You are on page 1of 21

AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENJANA INOVASI DAN TRANSFORMASI SEKOLAH: MUDAH, PRAKTIKAL DAN EFEKTIF Oleh Samsudin Bin

Said Pengetua SMK Sultan Abd Samad, Banting Selangor Darul Ehsan

ABSTRAK
Bermula tahun 2010, saya mula bertugas di SMK Sultan Abdul Samad, Telok Datok Banting, Selangor . Saya mendapati sekolah ini mempunyai beberapa aspek pengurusan, budaya kerja, budaya disiplin pelajar serta keadaan persekitaran yang kurang memuaskan. Prestasi akademiknya adalah sangat rendah, sehingga pada tahun 2010, sekolah ini telah diletakkan dalam banda 6 oleh pihak NKRA. Langkah pertama yang saya jalankan ialah membuat anilisis SWOT dan mengadakan perbincangan dengan semua pihak untuk mendapatkan maklumat tepat bagi membuat perancangan pembangunan sekolah secara menyeluruh. Pembangunan sekolah secara menyeluruh ini, saya namakan sebagai program dan transformasi fizikal sekolah secara holistik meliputi aspek

persekitaran

sekolah,

profesionalisma

guru,

instruksional,

pembangunan budaya penyayang, disiplin pelajar serta aspek perancangan semula bidang iaitu akademik, HEM dan kokurikulum. Beberapa program inovasi telah dijalankan bermula awal tahun 2010. Hasilnya pada tahun 2011, sekolah ini telah menunjukkan perubahan yang drastik dari segi disiplin, budaya belajar, instruksional guru dan persekitaran fizikal secara keseluruhannya. Keputusan peperiksaan tahun 2010 telah meningkat dengan baik sehingga sekolah ini telah berjaya mencapai band 5. Pada tahun 2011, prestasi akademik telah bertambah baik, di mana ia telah mendapat anugerah peningkatan prestasi SPM tertinggi peringkat negeri. Terakhir, sekolah ini telah diberitahu dicalonkan untuk menerima tawaran baru bagi kategori lonjakan prestasi peperiksaan awam tahun 2011.

1.

Latarbelakang Pengetua Nama : SHAMSUDDIN BIN SAID

Pengalaman bertugas: BIL. JAWATAN 1. 2. Guru Penolong Nazir Sekolah

TEMPAT BERTUGAS SMK Telok Datok, Banting Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM

TEMPOH 25.4.83-15.4.89 16.4.89-31.8.94

3. 4. 5. 6.

Penolong Pengarah Kaunselor Pelajar PK Pentadbiran PK Pentadbiran

Jabatan Pelajaran Selangor SMKA Maahad Hamidiah, Kajang SMK Methodist, Banting SMK Jugra, Banting

1.9.94-31.4.96 1.5.96-31.3.99 1.4.99-15.1.07 16.1.0729.12.09

7.

Pengetua

SMK Sultan Abdul Samad, Banting

30.12.09Sekarang

2.

Kejayaan dan Pencapaian Utama Amalan Kepimpinan Instruksional, bermula 4.1. 2010 hingga Mei 2012. Pada tahun 2009 sekolah ini berada pada band 6, pada tahun 2010 pada band

5, pada tahun 2011 ,GPS bagi keputusan SPM di tempat ke 5 daripada 16 buah sekolah menengah di daerah Kuala Langat. manakala pada Pada tahun 2010 , 87 orang pelajar

2011 seramai 40 orang pelajar gagal menguasai 3M berjaya

menguasai kemahiran 3M dalam tempoh 4 bulan melalui kelas intervensi. Model kelas intervensi di sekolah ini telah dijadikan contoh pelaksanaan program intervensi di sekolah-sekolah menengah di Negeri Selangor. Sementara itu, amalan kajian tindakan yang dijalankan pada tahun 2010 dan 2011 untuk menyelesaikan masalah 3M telah

diamalkan oleh semua guru dan pelajar kelas peperiksaan untuk meningkatkan prestasi mulai 2012. Sistem sekolah sesi ke 3 telah mendapat pengiktirafan dari pihak IAB apabila kami telah dijemput untuk membentangkannya dalam kolokium kajian tindakan

kebangsaan

pada tahun 2011. Pihak sekolah ini juga telah dijemput berkongsi

pengalaman dengan sekolah-sekolah Program SIP (School Improvement Program) Zon Utara pada tahun 2012. Selain itu, Pengetua juga telah di beri penghormatan untuk membentangkan perkongsian pintar transformasi sekolah dengan seluruh ahli Majlis Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (MPSM) Pulau Pinang dan Pengetua/Guru Besar/PPD Negeri Perlis pada tahun 2012. Pada tahun ini juga sekolah kami juga turut menerima kunjungan daripada beberapa buah sekolah menengah lain yang berminat mendengar dan berkongsi pengalaman berkaitan program transformasi yang berjalan di sekolah ini. Profil Sekolah
1. 2. 3. 4. 5. Nama dan alamat sekolah Kod sekolah Gred sekolah Jenis sekolah Bilangan guru SMK SULTAN ABDUL SAMAD, TELOK DATOK 42700 BANTING, SELANGOR BEB 1070 A ( luar bandar ) Smk harian ( dua sesi) 78 orang (lelaki = 16 perempuan= 62 )

6. 6.

Bilangan staf Bilangan murid

9 orang 1132 orang ( 85 % bm, 15 % b/p)

Sejarah dan latar belakang sekolah Kronologi Peristiwa 1. Diasaskan sebagai secondary continuition school TAHUN 1962

2. 3. 4. 5. 6. 7.

Mempunyai bangunan sendiri, iaitu 4 blok Dimulakan comprehensive education system

1964 1965

Dipanggil Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) 1969 Telok Datok Dipanggil Sekolah Sultan Abdul Samad, Telok Datok 1972 Dipanggil SMK Sultan Abdul Samad, Telok Datok (Gred A) 1994

Akan dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional, KPM, iaitu Mulai 2013 sekolah harian pertama di naik taraf di bawah transformasi pendidikan vokasional.

Kepentingan Kepimpinan Instruksional dalam Organisasi Sekolah. Memandangkan sekolah adalah sebuah institusi yang berfungsi untuk membentuk dan menghasilkan pelajar ke arah kemenjadian sahsiah, akademik dan bakat serta kepimpinan, maka model dan amalan kepemimpinan sekolah perlulah benar-benar sesuai dan selari dengan fungsinya yang subjektif. Oleh itu, kepimpinan instruksional perlu menjadi teras dan perlu dikuasai dengan terbaik oleh setiap orang pemimpin sekolah khususnya Pengetua dan Guru Besar. Malah ia perlu di fahami dengan jelas oleh penggubal dasar, pegawai profesional di semua peingkat dan institusi latihan pendidikan. Saya sangat percaya dan telah mempraktikkannya selama 2 tahun di SMK Sultan Abdul Samad, Telok Datok, Banting. Ternyata melalui pengalaman sekolah ini, terbukti bahawa pengetua mampu merubah sebuah sekolah dalam jangka masa tidak sampai dua tahun. Transformasi ini telah merubah sebuah sekolah yang berprestasi rendah, bermasalah disiplin, motivasi guru sangat rendah, sebuah sekolah yang dianggap gagal oleh masyarakat sehingga menjadi sebuah sekolah yang Berjaya dalam pelbagai aspek. Sekolah ini kini mempunyai budaya kreativiti, menjadi pilihan ibu bapa,

menjadi penanda arasan pengurusan, budaya disiplin, budaya kerja guru dan programprogram inovasi di peringkat negeri dan kebangsaan. Rumusannya di sini, walaupun ada orang mengatakan pemimpin atau pengetua itu penting dalam menjana kecemerlangan sekolah, tetapi percayalah apa yang lebih penting dari itu ialah

bagaimanakah stail dan jenis kepimpinan yang kita diamalkan serta sejauhmanakah kita dapat mengoptimumkan dan menerapkan nilai-nilai kepimpinan itu dalam budaya kerja warga sekolah kita adalah penentu utama pembangunan sebuah sekolah yang berkarektor. Halangan utama kebanyakan pemimpin sekolah atau Pengetua ialah pertama; kita kurang yakin kepada potensi diri sendiri, guru-guru, pelajar dan kemudahan yang sedia ada.Sebagai contohnya ada yang berkata saya tak mampu membuat seperti dia, di sekolah saya tidak ada guru yang mahir pemulihan untuk mengajar pelajar yang tidak menguasai 3M, pelajar saya masih lagi tidak menguasai 3M dan sekolah saya ini sekolah lama dan sebagainya. Jadi, dalam soal ini, kita mestilah ketepikan dahulu halangan pemikiran itu dan cuba kita tanya apakah sikap, cara berfikir, visi, misi, daya kepimpinan kita telah kita perbetulkan dan optimumkan. Kalau kita katak, kita telah memperbetulkan dan optimumkan semuanya itu, persoalannya mana analisis SWOT, SKT/KPI, kepimpinan dan pengetahuan, perancangan, pelan tindakan, sistem,

pendekatan, kajian tindakan, senarai semak, keteladan, pasukan, a kreativiti, inovasi, bimbingan, perkongsian, budaya kerja, budaya penyayang, tindakan, buku rekod mengajar, buku latihan, buku catatan, pencerapa, program, nilai-nilai murni,

penghargaan, mana pengagihan tugas, mana motivasi, prioriti, teknologi, komitmen, instrument pengurusan, budaya disiplin, budaya belajar, budaya bilik darjah, budaya

sekolah, budaya penyelenggaraan,

analisis, post-mortem, rekod,

dokumentasi,

transformasi dan semua pertanyaan itu merumuskan di manakah kepimpinan instruksional kita. Pada masa ini,sekolah ini telah menghasilkan guru model dalam semua aspek

khususnya pengajaran. Hampirke semua pencerapan pembelajaran dan pengajaran biasa serta juga lesson study pada tahun 2012 ini, bukan sahaja dirakamkan dalam bentuk gambar tetapi juga dalam bentuk video dan dikongsi di laman face book guru serta dikongsi dalam you tube termasuk P&P Pengetua sendiri. Hari ini juga, kami telah menjadikan hampir semua pelajar-pelajar kami sebagai pelajar contoh atau model dari segi sahsiah walaupun rata-rata mereka mempunyai asas akademik yang lemah dari sekolah rendah.

Kepimpinan dan Kepimpinan Instruksional di SMKSAS. Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin.Pimpin bererti bimbing, pandu, atau tunjuk.Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke suatu tempat.Kepimpinan membawa erti keupayaan sebagai pemimpin, daya serang pemimpin (Kamus Dewan 1994). Kepimpinan juga boleh dimaksudkan sebagai kebolehan mempengaruhi orang lain untuk melaksanakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamat. Manakala instruksional boleh di definisikan sebagai the act of instructing (to teach, to educate, to impart knowledge or information) or teaching. Oleh itu, kepimpinan instruksional boleh didefinisikan sebagai gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum (Blas, 1998). Manakala pendapat lain pula mengatakan bahawa kepimpinaan instruksional ialah gelagat secara langsung

atau tidak langsung yang mempengaruhi pendekatan guru mengajar dan menghasilkan pembelajaran murid serta peningkatan potensi (Gupton, 2003). Manakala Hussien (1989) mengatakan bahawa kepimpinan instruksional sebagai oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi usaha yang diambil dan untuk

kurikulum

memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. Persoalan dan isu yang sering dibangkitkan ialah sejauhmanakah pemimpin sekolah atau Pengetua memberi penekanan dan peruntukan masa yang banyak kepada kepimpinan instruksional secara langsung.Dapatan dari pihak JNMK, KPM dan kajiankajian yang dijalankan di peringkat negeri mendapati bahawa ada kalangan Pengetua kurang memberi perhatian terhadap instruksional secara langsung.Berdasarkan pengalaman saya, kita bukan sahaja perlu memberi perhatian atau tanggungjawab langsung tentang kepimpinan instruksional ini, tetapi juga memberi perhatian secara tidak langsung atau menegaskan tentang instruksional atau pembelajaran dan pengajaran ini dalam semua aspek serta aktiviti di peringkat sekolah. Unsur-unsur tentang instruksional ini misalnya perlu di selitkan atau digabungjalinkan dalam ucapan harian, doa, aktiviti kokurikulum, program pembangunan disiplin dan sebagainya. Proses penggabungjalinan dan penerapan ini penting bagi membolehkan perkara yang dianggapkan sukar sama ada oleh guru, pelajar dan ibu bapa, iaitu kecemerlangan akademik itu akan menjadi fokus, tanggungjawab dan amalan penting oleh semua pihak. Dengan cara ini, pembangunan sekolah menjadi lebih holistic dan wujudnya budaya sosial dan belajar yang kondusif sama ada di dalam bilik darjah, luar bilik darjah atau di rumah.

Sebagai pemimpin sekolah, pengetua terpaksa memberi focus pada pembelajaran dan pengajaran. Penyelidikan sekolah telah menunjukkan bahawa pengetua sekolah boleh membawa perubahan yang mendadak tentang produktivi sekolah. Pengetua

melakukannya melalaui peranannya sebagai pemimpin instruksional di sekolah. Pengalaman Pengetua Sewaktu Memulakan Tugas di SMKSAS. Setiba di sekolah pada hari tersebut adalah merupakan hari pendaftaran pelajar Tingkatan 1 . Seterusnya pada hari yang sama, saya terus mengendalikan mesyuarat guru sehingga hamper tiba waktu makan tengahari. Kemudiannya saya telah mengadakan perbincangan khas dengan barisan pentadbir selama satu jam. Pada minggu pertama bertugas, saya telah meninjau persekitaran , bilik-bilik darjah dan

memerhati budaya sekolah. Seterusnya saya membuat analisis prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum dan mengkaji semula perancangan program-program

sekolah. Seterusnya saya telah mendapatkan maklumat dari pentadbir serta guru-guru dan menetapkan keperluan dan prioriti baru untuk sekolah kami.

Berdasarkan kepada maklumat awal satu analisis SWOT telah dibuat untuk mendapatkan data dan gambaran sebenar tentang tahap sekolah. Analisis rekod menunjukkan bahawa tahap pencapaian akademik adalah sangat rendah sama ada secara bandingan dengan sekolah-sekolah lain di daerah Kuala Langat ( pencapaian kuantiti, kualiti dan GPS bagi peperiksaan SPM/PMR). Daripada enam belas buah sekolah menengah, SMKSAS berada pada kedudukan ke empat belas atau tiga belas. Status sekolah berasaskan ranking NKRA pada tahun 2009 ialah pada band 6.

Isu kedua, ialah berkaitan tahap disiplin pelajar dan masalah vandalisma pelajar. Kes terakhir tahun 2009, iaitu yang berlaku pada bulan November telah melibatkan pergaduhan pelajar tingkatan 4 yang mana seorang pelajar Melayu Tingkatan 4 telah dipukul dengan kerusi plastik oleh seorang pelajar India menyebabkan pelajar tersebut luka di kepala. Seorang guru perempuan yang sedang mengandung secara kebetulan lalu di kelas tersebut dan cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut telah dipukul juga dengan kerusi plastik dan telah terkena pada kandungan. Kes ini telah dilaporkan kepada polis, di mana seorang pelajar telah ditangkap polis, manakala pelajar yang luka dan guru perempuan tersebut telah dihantar ke hospital. Berhubung dengan vandalisme pula, sebanyak 140 keping siling di enam buah bilik-bilik darjah di blok D telah dirosakkan dengan menggunakan berbagai cara. Sejumlah RM 4,000.00 telah dibelanjakan oleh pihak PIBG untuk membaikinya segera pada awal Oktober, manakala sebanyak RM2000.00 digunakan untuk membaiki kerosakan tandas dan pintu-pintu kelas pada minggu pertama dan kedua 2010. Berdasarkan kepada situasi tersebut, saya mendapati bahawa budaya belajar dalam kalangan murid-murid khususnya di bilik darjah hampir tidak berkesan langsung

khususnya bagi kelas pelajar sederhana dan lemah. Daripada dapatan tersebut satu kertas cadangan telah dibuat dengan diberikan nama program transformasi sekolah. Komponen utama dalam transformasi sekolah ialah membangunkan budaya disiplin berasaskan pendekatan budaya penyayang dan tindakan disiplin semerta,

pembangunan program instruksional berasaskan kepimpinan instruksional dan program pemulihan 3M serta pendekatan penyelesaian masalah secara kreatif dan inovasi, termasuk penggunaan kajian tindakan.

Hasilnya dalam masa empat bulan pertama, semua masalah kerosakan kemudahan asas termasuk vandalisme telah dipulihkan. Pada masa yang sama aspek pembangunan kesedaran dan budaya sahsiah diberi penekanan utama seperti konsep amalkan 5 perkara sebelum tiba 1 perkara, program 3S 1L berkonsepkan budaya penyayang di mana Pengetua dan guru-guru adalah sebagai ibu dan ayah dan pelajar adalah anak mereka sewaktu di sekolah. Program budaya bilik darjah dan kelas 3M ini telah mula menguba sikap dan budaya sekolah sehingga pada pertengahan tahun 2010, suasana sekolah menjadi lebih konsdusif dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Masalah disiplin menurun secara drastik dan sudah mula ramai ibu bapa memohon untuk memasukkan anak-anak mereka ke SMKSAS. Mulai tahun

2011, pihak PPD Kuala Langat mula menghadkan permohonan untuk pertukaran masuk pelajar ke SMKSAS dan ibubapa perlu mendapatkan persetujuan pengetua terlebih dahulu untuk mengelakkan kepadatan pelajar dalam satu-satu kelas.

Amalan kepimpinan instruksional Model SMKSAS(Hasil kajian tindakan)

SWOT (HOLISTIK) Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman

IMPAK/PENCAPAIAN Post-Mortem, Laporan & Dokumentasi

AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

DASAR DAN ARAH TUJU Visi, Misi,Matlamat, Objektif, SKT/KPI (P. Strat.)

AMALAN/PELAKSANAAN Konsep, Pendekatan, Ciri KI: Aktiviti/Program, Budaya, Pengurusan dan Persekitaran (Pengetua, Pentadbir, Guru & Pelajar)

Berdasarkan kepada model di atas, proses perubahan dan pembangunan instruksional di semua peringkat pelaksanaan adalah bermula dengan analisis SWOT, sebelum dirangka arah tuju atau dirangka program transformasi atau dijana idea baru atau dirangka pelan tindakan atau pendekatan. Proses pelaksanaan idea atau

program/aktiviti menggunakan pendekatan kajian tindakan. Pendekatan ini didapati sangat sesuai dan dapat menyelesaikan masalah dengan baik kerana ia membolehkan perubahan dan kajian semula terhadap sebarang tindakan itu secara berterusan. Ini dapat mengatasi sebarang kelemahan dalam sesuatu jangka masa pelaksanaan yang ditetapkan. Melalui model SMKSAS ini juga, proses pelaksanaan sesuatu program instruksional itu dibuat dalam satu bentuk pusingan atau kitaran berterusan. Sesuatu program atau

sistem itu akan terus menerus dilakukan penambahbaikan melalui kitaran kedua, ketiga dan seterusnya. Inilah yang menjadi faktor kenapa proses penambah baikan sekolah atau peningkatan prestasi akademik itu dapat berlaku dalam tempoh masa yang singkat dan mencapai lonjakan saujana (rujuk model di atas). Kepentingan Model SMKSAS Ke Arah Transformasi Instruksional Berkesan Antara elemen-elemen utama yang member kesan besar terhadap pembelajaran dan budaya sekolah ini ialah; i. Idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam menangani masalah ii. Berasaskan nilai teras profesional, etika kerja KPM, tonggak 12 iii. Membangunkan budaya profesionalisme: - Membangunkan model kepimpinan ikutan - Meningkatkan penyatuan kepakaran - Mempertemukan persamaan fikiran/amalan - Mempertemukan matlamat state holder - Kepimpinan yang jelas dan telus Proses Transformasi Sekolah Doa/Niat/keinginan Visi/Misi/SKT/KPI Tunjuk teladan/terap dalam kerja harian Bina pasukan dan kerjasama Doa, usaha dan komitmen semua pihak

Kenapa amalan kepimpinan instruksional mudah dilaksanakan ? i. ii. iii. iv. Pengetua adalah pemimpin kurikulum dan instruksional Pengetua diberi mandat dan kuasa merencana kejayaan Sekolah mempunyai sumber melaksanakan perancangan Pengetua ada pengalaman luas dan peluang mencetus idea mengubah sikap, nilai dan amalan guru yang ramai Bagaimana Kepimpinan Instruksional model SMKSAS dilakasanakan ? i. ii. iii. iv. v. Penjanaan idea kreatif dan inovatif Merentas bidang pengurusan Gabung jalin dengan aktiviti/tugasan rutin Membina tanggapan dan kepercayaan warga Penyerapan dan penerapan dalam budaya kerja Instrumen pelaksanaan kepimpinan instruksional model SMKSAS i. ii. iii. iv. v. vi. vii. AnalisisSWOT Sistem perancangan SKT/KPI Sistem pengelolaan tindakan & pimpinan Sistem pengawalan/pemantauan Sistem penilaian/penambahbaikan Sistem pelaporan/dokumentasi Sistem penghargaan/kebajikan

Transformasi Berasaskan Sistem Pembelajaran dan Pengajaran:


PROSES
RUJUK SUMBER KUASA

INPUT

IMPAK 1 & 2

RUJUKAN GURU
JELAS VISI, MISI & DASAR

MOTIVASI GURU SEDIAKAN SKT/KPI IKUTAN GURU TEORI DAN AMALI MODEL P & P :
1.PER. MENGAJAR 2.P & P BILIK DARJAH 3.B. LATIHAN MURID 4.PENCERAPAN P&P MODEL PENULISAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR BUDAYA PROFESIONAL

P & P BERJALAN BAIK


PENCERAPAN EFEKTIF
AMALAN LESSON STUDY

MODEL P&P, LESSON STUDY MODEL LAT. & BUKU LATIHAN MURID

LATIHAN MURID BAIK


PERIKSA BUKU BERTULIS

MODEL PENCERAPAN
RAKAM/VIDEO AKTIVITI BUDAYA B. DAR. BAIK TINDAKAN KERJA BAIK

BENTANGKAN LADAP

Transfromasi Berasaskan Nilai-nilai Professionalisme Pihak Pentadbir, Guru dan Staf:


IMPAK 1 & 2

INPUT

PROSES
ANALISIS SWOT

GURU MODEL
KAJIAN KEPERLUAN TANGGUNGJAWAB
ORIENTASI ARAH TUJU PROFESIONAL: 1. PENTADBIR 2. GURU 3. STAF LAIN RANGKA SISTEM & BUDAYA KERJA

KOMITMEN
KERJASAMA UTAMA TUGAS

KETELADAN & BIM. INSTRUKSIONAL


ETIKA DAN PERATURAN

POSITIF & PRO AKTIF KREATIF & INOVATIF

PERANCANGAN SISTEMATIK SUMBER KUASA PENINGKATAN ILMU

KUALITI KERJA AMANAH/INTEGRITI


TERIMA PERUBAHAN

UKHWAH & MESRA KEPUASAN KERJA

Transformasi Berasaskan Pelaksanaan Program-program Kurikulum:


INPUT PROSES
ANALISIS SWOT KAJIAN KEPERLUAN
T ETAPKAN ARAH TUJU JAWATANKUASA & FUNGSI SKT /KPI (GURU & PELAJAR)

IMPAK 1 & 2

PERAN. STRA TEGIK HARI PERUBAHAN

PROGRAM: 1.KURIKULUM 2.PEMB.PELAJAR 3.SOKONG KHAS

MOTIVASI B. IBUNDA
BICARA AKADEMIK

PERANCANGAN PELAKSANAAN KEPEMINPINAN PENILAIAN


PELAPORAN & DOKUMENTASI

KAJIAN TINDAKAN
BUDAYA NILAI & BELAJAR

NOTA PETA MINDA BUDA YA 3S 1L(MESRA) HARI GRADUASI


KELAS PECUTAN AWAL & AKHIR
PEMBELAJARAN KENDIRI

Berasaskan Pencapaian Pelajar UPSR rendah, 80 % SJK(C)/(T) dan 35 %BM:

INPUT

PROSES ANALISIS SWOT KAJIAN KEPERLUAN


ORIENTASI ARAH TUJU

IMPAK 1 & 2

PEMBELAJARAN KENDIRI

CATATAN KENDIRI LATIHAN BANYAK SIFAR PONTENG


TERIMA KASIH BANYAK

SET NILAI BARU


PELAJAR: 1.UPSR RENDAH

RANGKA STRATEGI TERAP NILAI BARU MOTIVASI & CONTOH

2.80% SJK(C)/(T) 3.35% MASALAH


BM

SIMPAN SUARA
SAYA ANAK GURU
KAUNSELING

POST-MORTEM KENDIRI
YA-BASMILAH(AKU STAR)

HARGA DIRI PENGHARGAAN MODEL PELAJAR

JAYAKAN MBMMBI
5 TERAS NILAI KENDIRI

Berasaskan Input Fizikal dan ICT/Media Baru:


INPUT PROSES ANALISIS SWOT SELESA DIGUNAKAN KAJIAN KEPERLUAN
ORIENTASI ARAH TUJU
FIZIKAL & ICT: 1.PONDOK, KANTIN, SS,ICT,KOMPUTER 2.PERSEKITARAN SELESA

IMPAK 1 & 2

BERKEADAAN BAIK BERINFORMASI BERSIH DAN NYAMAN

BAIKPULIH PELBAGAI GUNA PENJAGAAN PENGGUNAAN MEMBANTU P & P PEMANTAUAN PENAMBAHBAIKAN NILAI TAMBAH
CERIA DAN TENTERAM
MENGGALAK KREATIVITI

MUDAH AKSES/CAPAI
TERJAGA DAN BERGUNA

MENGGALAK INOVASI MENGGALAK MOTIVASI

RUMUSAN
BIL. 1. AMALAN KREATIVITI DAN INOVASI di SMKSAS Doa hati ayah/guru (dimulakan tahun 2010) PENCAPAIAN KPI/ IMPAK Perubahan sikap dan budaya hormat serta nilai-nilai murni yang ketara. Semua pelajar tidak kuasai 3M telah boleh kuasai 3M dan dijadikan contoh JPNS Dibentang peringkat kebangsaan (IAB) Dibentangkan peringkat kebangsaan(IAB) dan tanda aras SM Daerah Klang Pencalonan amalan terbaik pemimpin sekolah JPNS Nilai & budaya ilmu serta menggerakkan budaya belajar yang unggul. Lonjakan PMR/SPM

2.

Kelas intervensi kemahiran asas 3M dan pengukuhan 3M model SMKSAS (tahun 2010, 2011 dan 2012)

3.

Budaya kajian tindakan guru dan pelajar (2010,2011 dan mulai 2012 semua guru dan pelajar) Sistem sekolah sesi ke 3 (11.30 pg 1.20 ptg, bagi pelajar sesi petang datang awal). Dimulakan tahun 2011. Budaya 3S 1L dan sekolah penyayang (dimulakan tahun 2010, 2011 dan dimantapkan 2012) Ilmu cahaya fajar (kelas 7.00 pg 7.40 pg). Bermula pada tahun 2011 hingga kini Kelas pecutan awal (Jan P. Percubaan, dimulakan tahun 2011 hingga kini) Kelas pecutan akhir ( lepas percubaan PMR/SPM, dimulakan tahun 2011 hingga kini) Pusat pembelajaran umum (kantin dinaiktaraf dan ditukar fungsi untuk aktiviti pembelajaran dan relief). Mulakan tahun 2011 dan dilengkapkan 2012.

4.

5.

6.

7.

8.

Lonjakan PMR/SPM

9.

Menjadi tanda aras sekolah luar yang membuat lawatan.

10.

Open library (perpustakaan terbuka atau anjung bestari) terletak di dalam pusat pembelajaran umum (PPU). Dimulakan tahun 2011. Relief berpusat ( di PPU, 1 guru 2/3/4 kelas). Dimulakan tahun 2012 Program guru muda (membantu guru relief untuk mengelolakan aktiviti P & P mengikut tugasan yang diberikan oleh guru. Dimulakan tahun 2012 Hari instruksional (dimulakan tahun 2012), berasaskan pelaksanaan dan pelancaran aktiviti kurikulum seperti pencerapan, pengajaran lesson study, pemeriksaan buku latihan, budaya bilik darjah, pedagogi model

Menarik perhatian pelajar untuk menggunakan dengan lebih terbuka dan santai. Sifar kelas tanpa guru dan pembelajaran menyeronokan. Rancangan pengajaran guru tidak tertinggal.

11.

12.

13.

Peningkatan kualiti instruksional, motivasi guru, budaya dokumentasi video / you tube (media baru)

kognitif dan aktiviti LADAP berkaitan instruksional.

14.

Pedagogi model kognitif dan pendekatan pengajaran berasaskan kaedah lesson study untuk semua guru dan semua mata pelajaran (dimulakan tahun 2011)

Meningkatkan kualiti P&P dan minat pelajar untuk mengikuti pengajaran guru khususnya bagi pelajar lemah. SKT/KPI tercapai seperti yang ditetapkan dan wujudnya budaya P&P yang berkualiti. P&P guru dapat dijalankan dengan berkesan kerana tiada gangguan disiplin Pembangunan kecemerlangan sahsiah yang cepat. Pelajar mempunyai gagasan yang jelas dan dapat menilai tahap SKT/KPI kendiri

15

Guru Model wujud hasil daripada pembangunan sistem dan pendekatan inovasi dalam amalan kepimpinan instruksional (bermula tahun 2010) Program budaya bilik darjah (displin dan belajar). Dimulakan tahun 2010

16.

17. 19.

Program motivasi bahasa ibunda (kerohanian). Dimulakan tahun 2010. Hari perubahan diri konsep kesedaran kepentingan menambahbaik diri dan sikap, menggunakan instrumen catatan harian (borang semak nilai kendiri). Dimulakan tahun 2010 Progaram jaminan kualiti (guru dan pelajar) melalui penyediaan SKT/KPI secara konstruktif dan menyeluruh. Dimulakan tahun 2011 Hari graduasi SPM terima slip SPM secara formal pakai jubah akademik. Dimulakan tahun 2011 dan tahun 2012. Nota ulangkaji peta minda (dimulakan tahun 2012)

20.

Peningkatan kualiti dan pengurusan kerja serta pencapaian SKT Membentuk minat dan motivasi kepada pelajar lain

21.

22.

Kaedah ulangkaji efektif dan cepat. Pelajar dapat mengingat pelajar dengan lebih baik. Pelaksanaan aktiviti akademik dapat dijalankan secara sistematik dan mengikut takwim. Pencapaian sifar salahlaku 5 disiplin utama(bergaduh, melawan guru, mencuri, merokok dan merosak harta benda sekolah). Pelajar menyiapkan sendiri analisis dan post-mortem ujian / peperiksaan dalaman

23.

Program perancangan strategik akademik (dimulakan tahun 2010 hingga kini)

24.

25.

Konsep 5 teras nilai-nilai kendiri utama. Program ini melatih pelajar berkongsi visi dan misi sekolah khususnya berkaitan disiplin yang sangat memberi kesan kepada program akademik. Dimulakan tahun 2010 hingga kini Post-mortem kendiri ( guru dan pelajar) dibuat setiap kali lepas ujian dan peperiksaan dalaman dengan penglibatan Pengetua, PK akademik dan kaunselor (dengan merujuk kepada SKT/KPI). Dimulakan tahun 2011

26.

Catatan kendiri (dibuat secara harian berhubung dengan aspek disiplin, latihan/kerja rumah, NILAM dan budaya belajar bilik darjah (guna format khas). Dimulaka tahun 2012

Pelajar lebih bertanggungjawab dan tahu tugas atau peranan mereka.

27.

28.

Latihan banyak dan latihan kendiri. Pelajar telah menetapkan perancangan dan target latihan yang hendak dibuat setiap minggu dengan bimbingan. Dimulakan tahun 2011 dan 2012 Sifar ponteng. Setiap pelajar membuat rekod kehadiran mereka setiap hadir dalam buku catatan kendiri dan menentukan ia memberi surat penjelasan atau surat doktor apabila tidak hadir bersebab. Dimulakan tahun 2012 Amalan simpan suara, iatu bercakap dengan perlahan semasa dalam kelas atau semasa mengikuti sesuatu majlis rasmi melalui konsep simpan suara. Dimulakan tahun 2010 Konsep Pengetua/guru dan pelajar adalah ibu bapa anak di dalam kawasan sekolah.Menjadikan persekitaran sosial sekolah kondusif dan mesra. Dimulakan tahun 2010 Konsep terima kasih banyak-banyak Cikgu. Pelajar bukan sahaja mengamalkan budaya memberi ucapan terima kasih apabila guru hendak meninggalkan kelas, tetapi perlu ditambah dengan perkataan banyak(mulai tahun 2012) Program YA BASMILAH. Satu konsep di mana jika pelajar itu boleh membaca, menulis, memahami dan membuat latihan yang mencukupi atau banyak. Pelajar itu mesti boleh lulus termasuk pelajar sederhana atau lemah.

Meningkatkan bilangan latihan yang dibuat oleh pelajar selain daripada yang diberikan oleh guru. Membentuk nilai tanggungjawab untuk hadir sekolah dan mengemukakan surat pengesahan apabila tidak hadir.

29.

Berjaya menjadikan bilik darjah terkawal dan senyap dan ini membolehkan P&P dijalankan dengan berkesan. Berjaya mewujudkan konsep kekeluargaan dan budaya penyayang.

30.

31.

Semua pelajar telah mengamalkan termasuk semasa di luar kelas. Kesannya komitmen dan motivasi guru meningkat.

32..

Pelajar bermotivasi dan bersemangat untuk melakukan yang terbaik kerana telah memahami bahawa tiada sebab mengapa mereka gagal.

CABARAN

Cabaran utama ialah tanggapan bahawa aktiviti p & p adalah sesuatu yang menjadi perkara lazim atau routine maka tiada inovasi yang perlu berlaku. Namun begitu dengan pembinaan budaya kerja positif dan usaha membina budaya kerja berkualiti, pemikiran itu dapat dibendung. Cabaran kedua merubah paradigma guru-guru untuk meyakini bahawa setiap murid boleh diajar. Inilah halangan perubahan dan inovasi dalam instruksional yang besar. Saya menegaskan bahawa kita hendaklah melihat bahawa masalah tersebut adalah satu anugerah berbentuk cabaran dan kita perlu mencari idea atau usaha bagaimana menukarkan masalah kepada peluang. Pemimpin sekolah atau guru-guru perlu harus ingat bahawa kita mempunyai kuasa ikhtisas dan profesional. Hasilnya ,program kelas pemulihan atau intervensi SMKSAS telah diangkat menjadi program Jabatan Pelajaran Negeri Selangor pada tahun 2012. Pada tahun 2012 ini, SMKSAS telah bebas sepenuhnya dari masalah pelajar tidak menguasai 3M.

KESIMPULAN Amalan kepimpinan instruksional yang dilaksanakan di SMK Sultan Abdul Samad Banting telah menjadi pemangkin kepada transformasi sekolah dari segi pencapaian akademik. Sekolah ini telah berada dalam band 6 pada tahun 2010 telah melalui pelbagai proses transformasi dalam setiap aspek dari pentadbiran sehinggalah ke bilik darjah. Hasil dari pelbagai program yang kreatif dan inovatif telah melionjakkan sekolah ini ke band 5 pada tahun 2011.

RUJUKAN

Ahmad Atory Hussien, Pengurusan Organisasi, Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1996 Ee Ah Meng, Bimbingan dan Kaunseling Jilid 2, Penerbit Fajar Bakti, KualaLumpur, 1998 Ibrahim Mamat, Kepimpinan Sekolah: Teori dan Praktis, Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur, 1996 Leith, K.A, The move toward transformational leadership, Educational Leadership, 1992 Mumtaz Begum Abdul Kadir, Kualiti Dalam Pengurusan Sumber Manusia Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.

You might also like