You are on page 1of 12

LATIHAN 3 Jawab soalan mudah dahulu

1 2 3 4 Faham Baca Kesan Pilih Memahami pilihan jawapan Baca ayat soalan.Fahami betul-betul soalan dan kesesuaiannya dengan pilhan jawapan Kesan klu dalam ayat atau gambar yang dapat membantu memilih jawapan Pilih jawapan paling tepat dan mengikut kehendak soalan

Soalan 1 berdasarkan gambar 1 1

Para penonton __________ tangan setelah menyaksikan persembahan nyanyian berduet itu. A bertepuk B bersilang C bertampar D berpeluk

Gambar 1 Soalan 2 berdasarkan gambar 2 2

Sempena Hari Guru, Cikgu Siti Aminah __________ hadiah daripada murid-muridnya. A membeli B menerima C memberikan D menyampaikan

Gambar 2 3 Nurfadilah seorang murid yang cemerlang. __________ pihak sekolah menganugerahinya Tokoh Murid Cemerlang pada tahun ini. A Sejak itu B Jika begitu C Lantaran itu D Namun begitu

Soalan 4 berdasarkan gambar 3 4 Pada pagi itu, Mak Cik Tipah sedang __________ air di dapur. A merebus B menanak C mengukus D menjerang

Gambar 3

Soalan 5 berdasarkan gambar 4 5 Sempena perayaan Hari Guru, Wan Zalela telah memberi __________ bunga kepada guru kelasnya. A seikat B setangkai C sejambak D sekuntum

Gambar 4 6 Nurul Shuhaibah __________ lembaran kamus itu untuk mencari makna perkataan yang tidak difahami. A memusing-musing B membelek-belek C mengkaji-kaji D melihat-lihat

Soalan 7 berdasarkan gambar 5 7 Encik Ahamad sedang ______ barang-barang dari lorinya ke kedai runcit untuk dijual. A memunggah B memungut C mengutip D menurun

Gambar 5 8 Beberapa orang daripada kumpulan pendaki gunung itu masih dalam perjalanan manakala yang lain telah sampai di __________ nya. A sisi B hujung C puncak D pangkal

Soalan 9 berdasarkan gambar 6 9 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah ____________ bangunan baharu itu. A merasmikan B menubuhkan C memansuhkan D membubarkan

Gambar 6 Soalan 10 berdasarkan gambar 7 10 Shamsudin sedang __________ bola takraw yang dilambung oleh apit kanannya. A melibas B merejam C melontar D memukul Gambar 7 11 Puan Maria menghadiahkan __________ kalung mutiara kepada anak gadisnya sempena ualang tahun kelahirannya yang ke dua belas. A seurat B sebutir C sebilah D seuntai

12 Projek _________ kos rendah yang terbengkalai itu merupakan tempat pembiakan nyamuk aedes. A perumahan B dirumahkan C merumahi D merumahkan

Soalan 13 berdasarkan gambar 8

13 Nur Afiqah berusaha __________ diri dengan kawan-kawan di sekolah barunya. A B C D Gambar 8 Soalan 14 berdasarkan gambar 9 14 Lelaki itu jatuh __________ apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar. A terduduk B tersandar C terjelepok D terperosok Gambar 9 Soalan 15 berdasarkan gambar 10 15 Puan Choo sedang __________ tepung untuk membuat kuih donat. A menguli B mengaul C meramas D membancuh Gambar 10 16 Beberapa __________ kayu api dan beberapa __________ papan lapis disusun di atas para-para oleh datuk. A puntung keping B batang batang C ketul longgok D ikat potong tersesuai kesesuian bersesuaian menyesuaikan

Soalan 17 berdasarkan gambar 11 17 Cik Linda hendak menyediakan juadah pada tengah hari itu, dia sedang __________ bawang besar. A B C D Gambar 11 meraut menyiang menghiris mengupas

18 __________ para ibu bapa __________ para guru mestilah bekerjasama menangani masalah disiplin murid masa kini. A B C D Bukan saja namun Walaupun tetapi Baik mahupun Kian kian

Soalan 19 berdasarkan gambar 12

19 Seekor siput kelihatan __________ di atas seketul batu yang besar A B C D Gambar 12 menjulur menyusur mengesot merangkak

20 Ura-ura hendak mendirikan sebuah pasar raya di kawasan itu senyap begitu sahaja. Perkataan seerti bagi ura-ura ialah A Rancangan B Cadangan C Desakan D Saranan

21 Melissa Chong kelihatan tenang sewaktu pembedahan ke atas bapanya dijalankan. Perkataan berlawanan bagi tenang ialah A kacau B bosan C gelisah D runsing Soalan 22 Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. 22 Para penonton tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan hakim pertandingan itu. A berat sebelah B berat tangan C berat tulang D berat hati

Soalan 23 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan. 23 Sudah. Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu dengan keluarganya. A B C D Bilakah Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu? Sudahkah Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu? Dengan siapakah Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu? Mengapakah keluarga Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu?

Soalan 24 Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan. 24 Siapakah yang akan merasmikan Karnival Borong Sakan itu? A B C D Saya rasa perasmi tidak penting. Karnival akan merasmikan Borong Sakan itu. Karnival Borong akan dirasmikan oleh Sakan. Jika tidak silap, Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Soalan 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 25 Pihak kerajaan menggalakkan rakyat membeli barangan buatan tempatan bagi memulihkan ekonomi negara. A Rakyat disaran memulihkan ekonomi pihak kerajaan tempatan serta membeli barangbarang buatan negara. B Rakyat dan pihak kerajaan bersetuju membeli barangan buatan tempatan untuk memulihkan ekonomi negara. C Rakyat dimestikan oleh pihak kerajaan membeli barangan buatan tempatan bagi memulihkan ekonomi negara. D Rakyat digalakkan oleh pihak kerajaan membeli barangan buatan tempatan bagi memulihkan ekonomi negara. Soalan 26 dan Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 26 I II III IV A B C D 27 I II III IV A B C D Amir tercicir bas sekolah kerana bangun lewat pagi tadi. Isi di dalam kotak itu tercicir kerana bocor di bawahnya. Kakak tercicir tas tangannya sewaktu keluar daripada teksi itu. Nama Khalid telah tercicir daripada senarai pemain bola sepak sekolahnya. I dan II sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja Anak bongsu Raja Mahmud sedang beradu di kamarnya. Peserta tarik tali itu beradu tenaga untuk menentukan juara. Mangsa rompakan beradu kejadian itu di balai polis berdekatan. Pasukan sekolah kami telah mendapat tempat kedua dalam beradu itu. I dan II sahaja I dan IV sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 28 I II III IV A B C D Semua pelajar-pelajar diminta beratur semasa membeli makanan di kantin. Kita mesti belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang gemilang. Anisah tidak putus-putus menerima ucapan tahniah atas kejayaannya. Di waktu pagi, puncak gunung itu diselubungi kabus tebal. I dan II sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja I, II, III dan IV sahaja

29

I II III IV A B C D

Mengedar dadah adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Setiap golongan perlu bekerjasama untuk menjayakan wawasan negara. Lagu permintaan ini ditujukan kepada rakan-rakan yang mengenali dirinya. Siew Fong berasa bangga kerana terpilih mewakili sekolah dalam perbahasan. I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja I, II, III dan IV Penduduk Kampung Rahmat saling tolong-menolong membersihkan kawasan surau. Kedua-dua orang pengantin itu kelihatan berseri di atas pelamin. Bapa Jamalul adalah seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Seri Kandi. Puan Lela menghidangi tetamunya dengan sepiring kuih abuk-abuk. I dan II sahaja I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja

30

I II III IV A B C D

Tips menjawab Pemahaman


1 2 3 4 Baca dan faham Cari klu jawapan Sesuaikan Pilih Baca dan fahami petikan. Kemudian baca dan fahami soalan Garis klu dalam petikan Sesuaikan klu dengan pilihan jawapan Pilih jawapan yang sesuai dengan klu yang ditanda atau digariskan. Pilih jawapan mengikut kehendak soalan

Soalan 31-35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Jumaat, 14 Ogos 2010 Peserta perkhemahan berkumpul di padang SJKT Ladang Kaki Bukit untuk perkhemahan tahunan. Cikgu R.Siva selaku penyelaras perkhemahan memberi taklimat kepada semua peserta. Selesai taklimat, kami mula melakukan kerja-kerja mendirikan khemah di kawasan yang disediakan. Pada malamnya, kami berkumpul di tempat yang sama untuk aktiviti suai kenal. Sabtu, 15 Ogos 2010 Seawal jam 7.00 pagi, semua peserta berbaris di padang untuk upacara menaikkan bendera. Kami menyanyi lagu kebangsaan dengan penuh semangat. Ketua pasukan membacakan ikrar dengan diikuti oleh semua peserta. Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan memasak, kawad kaki, ikatan dan ikhtiar hidup. Guru pembimbing banyak membantu kami. Pada sebelah malam, kumpulan kami membuat persembahan lakonan dan nyanyian. Kami semua amat terhibur. Sebelum bersurai, kami diberi taklimat untuk aktiviti yang akan dijalankan pada hari esoknya. Ahad, 16 Ogos 2010 Sebagaimana yang diberitahu oleh guru pembimbing, aktiviti kembara pada hari ketiga ini amat memenatkan. Kami memulakan aktiviti ini pada pukul 7.30 pagi. Sepanjang aktiviti kembara, kami perlu berjalan kaki sejauh lebih kurang 10 kilometer secara berpasukan, merentasi belukar, menyeberang anak sungai dan mendaki bukit. Ada antara kami yang basah separuh badan kerana terjatuh ke dalam anak sungai. Semua peserta selamat sampai lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Aktiviti perkhemahan berakhir pada pukul 5.00 petang. Guru Besar, Encik S.Ravichandran menutup rasmi program perkhemahan ini. Sebelum pulang, kami bergotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan. Pencatat : Nancy a/p Ramasamy

31 Penulis mencatat tentang A acara persembahan. B perkhemahan tahunan. C aktiviti kembara. D aktiviti suai kenal. 32 Siapakah yang menyempurnakan majlis penutupan perkhemahan tersebut? A Penyelaras perkhemahan B Ketua pasukan C Guru besar D Guru pembimbing 33 Penulis mengatakan aktiviti kembara amat memenatkan kerana A perlu sampai pada pukul 12.00 tengah hari. B berjalan kaki sejauh 10 kilometer. C bermula pada pukul 7.30 pagi. D terjatuh ke dalam sungai. 34 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A Para peserta terdiri daripada murid-murid SJKT Ladang Kaki Bukit. B Perkhemahan tahunan diadakan selama tiga hari dua malam. C Acara persembahan diadakan pada malam kedua. D Cikgu R. Siva merasmikan perkhemahan tahunan. 35 Rangkai kata memberi taklimat dalam petikan bermaksud A menyampaikan penerangan. B menghebahkan berita. C mengumumkan keputusan. D menyebarkan risalah.

Soalan 36 - 40 Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Samad melihat ibunya yang terlantar sakit itu. Dia terpaksa menjaga ibunya itu sejak ayahnya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya tiga tahun yang lalu. Pandangan Salleh tertumpu pada suatu ruang. Buku-buku sekolahnya sudah lapan hari tidak diusik. Dia tidak dapat pergi ke sekolah kerana kesihatan dan keselamatan ibunya lebih penting. Jam dinding menunjukkan pukul 10.00 pagi. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk orang. Samad mendapati ketua kampung dan guru kelasnya datang ke rumahnya bersama-sama Ah Meng dan Tanaseelan. Mereka ingin membantu Samad dan ibunya. Samad, kami akan membawa ibu kamu ke hospital sekarang, kata Cikgu Jamal. Sementara ibu kamu dirawat, kamu boleh tinggal bersama-sama dengan pak cik, kata Pak Cik Ramli, Ketua Kampung Linau. Sudah seminggu kamu tidak ke sekolah, Samad. Tahun ini kita akan menduduki UPSR. Mengapakah awak tidak pernah menceritakan hal ini kepada kami semua ? tanya Ah Meng. Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Biarlah kepayahan ini saya tanggung sendiri, kata Samad dengan nada sebak. Samad, kita mestilah saling membantu. Samad dan ibu akan dibantu sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pak cik akan memastikan kehidupan Samad lebih terurus selepas ini, kata Pak Cik Ramli. Samad hanya tunduk membisu. Kemudian dia melihat ibunya dibawa masuk ke dalam kereta.

36 Samad menjaga ibunya sejak A kesusahan hidup diketahui oleh guru kelasnya. B ketua kampung datang ke rumahnya. C ayahnya meninggal dunia. D seminggu yang lalu. 37 Siapakah Ramli ? A Guru kelas Samad B Ketua Kampung Linau C Rakan kelas Samad D Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat

38 Samad tidak pernah mengadu masalahnya kepada orang lain kerana A akan menduduki UPSR. B telah mendapat bantuan. C tidak mahu menyusahkan sesiapa. D tidak mahu tinggal bersama-sama Pak Cik Ramli.

39 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Samad membawa ibunya ke hospital. B Ah Meng, Tanaseelan dan Cikgu Kamal berkawan. C Pak Cik Ramli mengabaikan tanggungjawabnya. D Samad dan ibunya akan mendapat bantuan. 40 Rangkai kata lebih terurus dalam petikan bermaksud A semakin teratur. B bertambah tenteram. C banyak masa. D murah rezeki.

You might also like