Professional Documents
Culture Documents
Tajuk : Pemuliharaan ex-situ ( Zoo dan Taman Botani ) Tujuan : Mengkaji dan memahami tentang spesis haiwan dan tumbuhan dipulihkan secara pemuliharaan ex-situ.
Pengenalan : Strategi jangka masa panjang untuk memelihara ekosistem dan biodiversiti adalah dengan memulihara populasi dan komuniti semula jadi di habitat semula jadi mereka, atau lebih dikenali sebagai pemuliharaan in situ. Walau bagaimanapun, terdapat banyak jenis spesies tidak mempunyai pilihan lain, tetapi perlu dipulihara dalam keadaan buatan manusia yang dihasilkan oleh manusia. Keadaan ini dikenali sebagai pemuliharaan ex situ, ataupun pemuliharaan off-site. Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan terhadap organisma sama ada flora dan fauna di luar habitat semulajadi mereka. Bagi flora spesis tumbuhan yang diambil dari lapangan atau habitat asalnya akan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil itu bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetatif seperti propagul, sel dan tisu kultur. Antaranya ialah untuk meelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini. Bagi fauna spesis yang dikategorikan sebagai terancam atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakkan dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jdi mereka apabila saiz populasi tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan ex-situ
hidupan liar fauna dijalankan seperti di zoo, akuarium, arboreta, dan bank benih. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingannya tersendiri. Program pembiakaan kurungan hidupan liar merupakan salah satu kaedah yang dijalankan untuk memmastikan spesies-spesies hidupan liar tidak pupus.
Prosedur : 1. Melawat zoo maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam rangkaian sesawang. 2. Maklumat tentang folra dan fauna yang dipulihara secara ex-situ di zoo dan taman botani dikumpul. 3. Dalam kumpulan tidak melebihi tiga orang, 10 minit pembentangan dalam kelas telah disediakan. 4. Cara kemandirian sesuatu tumbuhan dan haiwan yang diperhatikan dari segi pemuliharaan ex-situ diterangkan. Imej dan video digunakan semasa menjelaskan pembentangan dalam kelas. 5. Satu laporan berbentuk esei dibuat dan dibincangkan secara individu tentang isu-isu yang dikemukakan.
Perbincangan : 1. Apakah julat kedapatan kepelbagaian? Bagaimana jumlah bidiversiti diwakili pada (a) peringkat kebagngsaan (b) peringkat sejagat dari segi jumlah zoo dan taman botani? Apakah mereka fokuskan pada kumpulan utama atau lain-lain kumpulan yang diwakili? Terangkan .
PENYU : Peringkat Sejagat
Di dunia saat ini hanya ada tujuh jenis penyu yang masih bertahan, iaitu
Penyu hijau (Chelonia mydas) Penyu sisik (Eretmochelys imbricata) Penyu Kemps ridley (Lepidochelys kempi) Penyu lekang (Lepidochelys olivacea) Penyu belimbing (Dermochelys coriacea) Penyu pipih (Natator depressus) Penyu tempayan (Caretta caretta)
Dari ketujuh jenis ini, hanya penyu Kemp's ridley yang tidak pernah tercatat ditemukan di perairan Indonesia. Dari jenis-jenis tersebut, penyu belimbing adalah yang terbesar dengan ukuran panjang badan mencapai 2,75 meter dan bobot 600 - 900 kilogram. Penyu lekang adalah yang terkecil, dengan bobot sekitar 50 kilogram. Namun demikin, jenis yang paling sering ditemukan adalah penyu hijau.
Taburan C. mydas. Bulatan merah menandakan tapak-tapak pembiakkan utama. Bulatan kuning pula lokasi pembiakkan kecil.
Peringkat Kebangsaan : Daripada Tujuh Spesies Empat Penyu Spesies Yang Wujud Di Dalam Dunia, Buku Empat Data Bertelur Merah Di
Malaysia. Kesemua
Tersenarai
IUCN
(IUCN Red Data Book) Sebagai Spesies Suaka. Keempat-empat spesis penyu ini adalah dipulihara. PENYU BELIMBING (Dermochelys coriacea) Nama Inggeris : The Leatherback Turtle Penyu Terbesar, Purata Berat Badan 500 Kg. Dan Panjang 1.5m. Warna : Hitam Dengan Tompokan Putih Atau Kelabu. Makanan Utama : Obor-Obor Satu-Satunya Penyu Yang Tidak Mempunyai Cengkerang Keras (Hard Bony Shell) Sebaliknya Mempunyai Cengkerang Kulit Yang Licin (A Smooth Leathery Shell) Yang Ditandakan Dengan Tujuh Rabung Memanjang (Longitudinal Ridges) Taburan : Samudera. Bertelur Di Tropika Tetapi Bergerak Ke Laut Temperat Untuk Mencari Makanan
PENYU AGAR, PENYU PULAU (Chelonia mydas) Nama Inggeris : The Green TurtleBerat Purata : 150 Kg. Dan Panjang Badan 1 Meter. Warna : Perang Kehijauan, Hijau Atau Hitam. Makanan Utama : Rumput Laut Dan Rumpai Laut. Taburan : Persisir Pantai Dan Pulau Di Tropika.
Nama Inggeris : The Hawksbill Turtle Purata berat badan 45 kg. Dan panjang antara 75 90 cm. Warna : Kombinasi warn perang pekat, kuning dan perang. Makanan Utama : span (sponge) Taburan : Laut tropika berhampiran terumbu.
PENYU LIPAS (Lepidochelys olivacea) Nama Inggeris : The Olive-Ridley Turtle Purata berat badan hanya 40 kg. Dan panjang badan antara 60 70 cm. Warna : Perang ke hijauan. Makanan Utama : Udang, Keta mTaburan : Pantai Tropika
Senarai pusat pemuliharaan penyu di Malaysia. Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin, Rantau Abang, Terengganu Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah, Kemaman, Terengganu Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka Pusat Pengurusan Penyu Segari, Perak Pulau Lankayan Sabah Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Cherating, Pahang
Titan Arum Titan Arum dikenali sebagai penduduk tempatan sebagai bunga bangkai ditemui di Sumatera, Indonesia. Dilaporkan ia mula ditemui pada 1878 oleh ahli botani Itali Odoardo Beccari. Bunga ini menjadi bunga rasmi untuk wilayah Bengkulu. Tumbuhan yang jarang ditemui ini dikategorikan sebagai tanaman liar daripada keluarga Araceae mempunyai bunga yang cantik seakan calalily berwarna perang mengeluarkan bau busuk untuk menarik kumbang dan lalat yang menjadi makanannya. Bagi penduduk di negara ini, mereka menggelarkan bunga ini sebagai keladi gajah, namun rupanya sedikit kecil berbanding bunga bangkai yang ditemui di Indonesia
Asal dan ditemui di Sumatera, Indonesia Lokasi Pemuliharaan Ex-situ Kew Royal Botanical Garden, London Brooklyn Botanical Garden UC Berkeley Botanical Garden Bonn Botanical Garden, German Kebun Raya Cibodas, Indonesia Botanical Garden Wilhelma, German Sydney Royal Botanical Garden, Australia United State Botanic Garden, America Bogor Botanic Garden, Indonesia
2. Apakah erti in-situ dan ex-situ? Apakah kelebihan dan kekurangan pemuliharaan ex-situ? Pemuliharaan In Situ Pemuliharan in situ merupakan salah satu cara untuk memulihara flora dan fauna di kawasan-kawasan semula jadi, di mana kawasan tersebut telah ditetapkan dan flora dan fauna yang terdapat di kawasan tersebut dijaga dan dipulihara daripada ancaman alam sekitar. Dengan kata lain, pemuliharaan in situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan in situ bertujuan untuk pemuliharaan kepelbagaian jenis dan genetik flora dan fauna yang terdapat di kawasan yang dilindungi tersebut. Antara contoh pemuliharaan in situ termasuklah taman negara (national parks), taman hutan (forest parks), taman laut (marine parks), hutan perlindungan, dan sebagainya.
Terdapat banyak taman negara yang terdapat di negara kita. Contohnya Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Mulu, Taman Negara Bako, dan sebagainya. Salah satu contoh pemuliharaan in situ yang dianggap amat berjaya di Malaysia ialah Taman Negara, Titiwangsa, Pahang, Malaysia. Ia merupakan taman negara yang paling besar di negara dan ditubuhkan untuk memulihara spesies-spesies yang terancam dan hampir terpupus seperti Harimau Malaya, Badak Sumatara, Beruang Madu Malayan, tapir, ungka, dan sebagainya. Selain daripada haiwan yang bersaiz besar, Taman Negara juga memulihara sesetengah mamalia yang kecil, burung, serangga, dan juga invertebrate. Malah, Taman Negara juga mempunyai banyak spesies tumbuhan yang amat berharga, sama ada tumbuhan yang kecil seperti kulat atau tumbuhan yang besar seperti pokok-pokok besar. Strategi pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan jangka panjang dan terbaik. Namun begitu, pemuliharaan jenis ini menjadi semakin sukar untuk dilaksanakankan disebabkan keadaan habitat dan ekosistem semula jadi mereka yang makin hari makin banyak mengalami perubahan serta pembangunan. Usaha pemuliharaan in situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya dapat berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
Pemuliharaan Ex Situ Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar habitat semula jadi mereka. Pemuliharaan ex situ merupakan salah satu cara untuk mengumpul dan memindahkan flora dan fauna ke kawasan yang lebih kecil seupaya mereka dapat dipulihara dengan lebih baik. Ia merupakan satu alternatif apabila populasi serpihan tidak berupaya untuk membiak di habitat semula jadi.Antara contoh pemuliharaan ex-situ termasuklah zoo, santunari, akuaria, taman botanikal, institusi penyelidikan, bank gen, bank germaplasma, dan sebagainya. Pada masa kini, zoo dibina dengan menyerupai habitat semula jadi haiwan-haiwan yang dipulihara. Sama seperti akuaria, pertubuhan zoo ini didirikan bukan bertujuan untuk memulihara spesies-spesies yang terancam sahaja, tetapi juga bertujuan untuk pembiakbakaan spesies-spesies
tersebut. Santunari
pula
diwujudkan
bertujuan
untuk
menjaga
dan
memulihara haiwan yang diselamatkan daripada penjualan haram. Salah satu contoh santunari yang terdapat di Malaysia ialah Santunari Orang Utan di Sabah. Santunari juga menjalankan usaha-usaha pemuliharaan. Selain itu, taman botanikal dan institusi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Hutan (FRIM) pula bertanggungjawab untuk memulihara tumbuh-tumbuhan. Jabatan Pertanian dan MARDI juga berperanan penting dalam pemuliharaan sesetengah spesies pohon dan pokok buah-buahan liar. Malaysia turut memiliki bank gen dan bank germaplasma seperti bank biji benih, bank telur, dan bank sperma untuk menyimpan spesies-spesies ancaman ini. Pemuliharaan ex situ dijalankan bertujuan untuk memulihara flora dan fauna yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di masa akan datang. Sebagai contoh, spesies yang dikategorikan sebagai mengalami ancaman kepupusan atau akan mengalami kepupusan mengikut kategori apendiks II menurut CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) akan dilindungi dan dibiakbakan dalam habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai.
Kelebihan-Kelebihan Pemuliharaan Ex Situ Terdapat banyak kelebihan sekiranya flora dan fauna dipulihara melalui strategi ex situ. Antaranya termasuklah ia dapat menghalang sesetengah spesies flora dan fauna yang terancam daripada terus diancam bahaya kepupusan. Pada masa kini, aktiviti-aktiviti manusia seperti pembangunan, pembalakan, pemburuan, dan sebagainya telah memberikan ancaman yang serius terhadap flora dan fauna. Oleh itu, spesies terancam perlu dipulihara sebelum mereka menjadi pupus, dan pengekalan populasi spesies-spesies liar yang subur dan dapat bermandiri dalam keadaan semula jadi merupakan matlamat utama pemuliharaan ex situ dilaksanakan. Selain itu, pemuliharaan ex situ juga menyediakan satu peluang yang berharga untuk para profesional, amatur, atau masayarakat untuk belajar biologi, memahami ancaman-ancaman yang dihadapi oleh spesies yang
terancam, dan
seterusnya
membantu
menjayakan
program-program
pemulihan spesies yang dilancarkan oleh pihak yang berkaitan. Strategi pemuliharaan ex situ juga membolehkan dan memudahkan ahliahli saintis dan ekologi untuk menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan flora dan fauna, tanpa merosakkan populasi semula jadi. Pemuliharaan ex situ dianggap sebagai pelengkap kepada pemuliharaan in situ dan ia bertindak sebagai "polisi insurans" apabila spesies diancam dalam habitat semula jadi mereka. Ini merupakan satu proses untuk melindungi spesies tumbuhan atau haiwan yang terancam dengan memindahkan sebahagian populasi spesies tersebut daripada kawasan hbitat yang terancam, dan meletakkan mereka di lokasi baharu, yang mungkin merupakan kawasan liar ataupun dalam penjagaan manusia yang rapi. Antara kelebihan pemuliharaan ex situ termasuklah memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, menjadi simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan pada masa yang akan datang, memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini, mengurangkan tekanan daripada pengumpul liar, membekalkan bahan untuk pameran dan pendidikan, dan sebagainya.
Kekurangan-kekurangan Pemuliharaan Ex-Situ Sesungguhnya pemuliharaan ex situ mempunyai beberapa kekurangan yang tersendiri. Pertama sekali, spesies flora dan fauna yang dipulihara melalui strategi ex situ memerlukan satu tempoh masa peralihan yang panjang sebelum mereka dapat mengadaptasi dan menyesuaikan diri mereka dengan keadaan pemuliharaan ex situ tersebut. Oleh itu, terdapat sesetengah jenis spesies yang gagal mengadaptasi diri mereka mungkin akan mati dan seterusnya mengalami ancaman kepupusan. Selain itu, pemuliharaan ex situ memerlukan banyak sumber tenaga pakar professional dan ahli-ahli ekologi untuk menjalankan usaha kajian penyelidikan dan kegiatan eksporasi yang banyak terlebih dahulu. Usaha ini adalah perlu untuk melihat kecocokan sesetengah spesies terhadap daerah atau lokasi pemuliharaan ex situ, sebelum flora dan fauna dipindahkan ke
tempat tersebut. Oleh itu, bagi negara yang kekurangan kepakaran dalam bidang ini, mereka sukar untuk menjalankan pemuliharaan ex situ. Di samping itu, pemuliharaan ex situ ini juga memerlukan dana wang yang banyak dan sokongan ekonomi yang cukup kukuh. Sesungguhnya semua kajian dan tindakan yang dilaksanakan atas tujuan pemuliharaan ex situ ini memerlukan kos pembelanjaan yang amat tinggi dan mahal. Kos-kos ini meliputi bayaran kepada tenaga ahli professional, bayaran kepada gaji sumber manusia, pembiayaan rawatan persekitaran, pembelian peralatan yang canggih, kos pengangkutan flora dan fauna, kos penyenggaraan kawasan pemulihan ex situ, dan banyak lagi. Oleh itu, sekiranya dana wang terhad dan tidak mencukupi, maka usaha pemuliharaan ex situ ini mungkin akan terganggu dan tidak dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. Antara kelemahan lain yang terdapat dalam pemuliharaan ex situ termasuklah masalah-masalah untuk menyimpan benih spesies yang degil, membekukan pembangunan evolusi spesies flora dan fauna, kepelbagaian genetik mungkin hilang setiap dengan kitaran semula, dan sebagainya
3. Kenapa para ekologis percaya pemuliharaan in-situ sebagai pengurusan yang cermat, hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja, dan tidak sebagai strategi pemeliharaan untuk jangka masa panjang bagi setiap habitat semulajadi atau apakah jenis yang boleh membiak dalam keadaan liar dalam zoo atau taman? Sesetengah ahli ekologis mempercayai bahawa hanya pemuliharaan in situ dan pengurusan habitat yang teliti merupakan strategi pemuliharaan yang beretika. Bagi mereka, pemuliharaan in situ merupakan cara dan langkah yang terbaik untuk mengekalkan kewujudan sesuatu spesis berbanding dengan memulihara flora dan fauna di luar habitat asal mereka. Sesungguhnya pendapat dan pendirian mereka adalah berasas dan boleh diterima. Hal ini demikian kerana sekiranya haiwan dan tumbuhtumbuhan dipulihara melalui cara pemuliharaan ex-situ, maka mereka perlu mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri mereka dengan
keadaan ekosistem-ekosistem tiruan atau buatan manusia, seperti zoo, akuaria, taman botanikal, arboreta, dan sebagainya. Sekiranya flora dan fauna tersebut gagal untuk mengadaptasi dan menyesuaikan diri mereka dalam keadaan ekosistem tiruan, maka mereka mungkin akan mati dan pupus. Sebaliknya, jika dibandingkan dengan dengan hutan yang merupakan ekosistem semula jadi, flora dan fauna akan lebih dapat menyesuaikan diri dan mengadaptasi diri mereka dengan lebih baik. Oleh itu, kebarangkalian untuk mereka terus hidup dan peratusan kemandirian flora dan fauna di habitat semula jadi mereka adalah lebih tinggi. Malah, di kawasan pemuliharaan in situ, keselamatan dan kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan lebih terjamin kerana terdapat rangerranger hutan yang akan kerap menjalankan rondaan untuk menjaga kawasan tersebut. Dengan pengawasan yang sistematik oleh pihak pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang yang ketat, haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan bebas daripada ancaman manusia yang semakin rakus seperti pemburuan haram atau pembalakan haram. Bukan itu sahaja, disebabkan keunikan dan kepelbagaian diversiti yang wujud dalam pemuliharaan in situ, ianya akan menjadi salah satu tempat tumpuan para penyelidik untuk menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan di situ. Kesannya, mereka akan dapat menjalankan
pengrekodan flora dan fauna yang lebih bersistematik, merawat dan memberikan bantuan perubatan kepada flora dan fauna yang sakit, serta mengikhthiarkan cara untuk memulihara flora dan fauna dengan lebih berkesan. Oleh itu, dengan pengurusan habitat yang begitu teliti ini, golongan ahli ekologi tersebut berpegang teguh bahawa pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan yang paling beretika. Sehubungan dengan itu, ahli-ahli ekologi ini beranggapan bahawa mengekalkan spesies yang tidak mempunyai mana-mana habitat semula jadi, atau tidak dapat membiak di hutan, zoo, atau taman merupakan strategi pemuliharaan yang tidak beretika. Hal ini demikian kerana mereka percaya bahawa spesies yang tidak tinggal di habitat semula jadi mereka akan kehilangan sifat-sifat semula jadi mereka dan seterusnya akan kehilangan kemahiran untuk bersaing dan mendapatkan keperluan asas mereka, seperti mencari makanan.
Konsep pemulihan semula jadi merupakan satu daya evolusi yang memilih gen-gen berfaedah dan menghapuskan gen-gen yang tidak berfaedah. Pemilihan semula jadi memihak kepada spesies yang paling bersesuaian dengan persekitarannya, mengekalkan spesies yang mempunyai fenotip yang paling sesuai untuk kemandirian dan pembiakan dalam satu populasi semula jadi melalui pembiakan seks dan pewarisan. Oleh itu, sekiranya spesies tersebut sudah kehilangan habitat semula jadi, tidak dapat membiak, atau kehilangan kemahiran untuk bersaing dan mencari makanan, maka pemilihan semula jadi harus menghapuskan genotip yang tidak berfaedah ini kerana ia tidak dapat menghasilkan ciri-ciri penyesuaian yang membolehkan spesies tersebut bermandiri dan membiak dalam persekitaran berkenaan.
Tuntasnya, ahli-ahli ekologi percaya bahawa sekiranya manusia berusaha untuk mengekalkan spesies yang tidak lagi mempunyai habitat semula jadi atau tidak dapat membiak melalui program-program seperti pembiakbakaan khas, pengklonan, dan sebagainya, maka ia adalah melanggar peraturan alam dan mengingkari undang-undang dan hukum semula jadi. 4. Kenapa ramai orang berfikir tidak betul untuk membawa kembali spesis yang pupus seperti Harimau Tasmania? Apakah implikasi terhadap usahausaha pemuliharaan akibat daripada tindakan itu? Belakangan ini, pelbagai eksperimen dan percubaan telah dijalankan oleh ahli-ahli saintis yang berhasrat untuk membawa balik spesies-spesies yang terpupus pada masa dahulu, seperti Harimau Tasmanian, Itik Bobo, Dinasaor Feniks, dan sebagainya. Kepupusan spesies dapat ditakrifkan sebagai jumlah populasi spesies menjadi semakin berkurangan dan generasi akan datang mungkin tidak dapat lagi mengenali apakah spesies tersebut jika gambar-gambar spesies tersebut tidak ditunjukkan kepada mereka. Walaupun tindakan mencuba membawa balik spesies terpupus merupakan satu inisiatif yang baik, tetapi pada hakikatnya ia merupakan satu perbuatan yang tidak beretika atau moral. Tidak dapat dinafikan bahawa usaha membawa balik spesies terpupus dapat membolehkan baka dan
spesiesnya dapat direkodkan semula di samping generasi masa kini dapat melihat spesies tersebut dengan mata sendiri. Tetapi siapakah yang boleh memastikan kes-kes eksploitasi dan penyalahgunaan tidak berlaku? Apakah yang terjadi terhadap keselamatan dan perubahan masyarakat jika spesiesspesies terpupus ini dibawa kembali? Adakah betul bagi manusia memainkan peranan pencipta dalam proses pembiakan? Pembangkitan isu-isu ini telah menyebabkan kontroversi dan mengakibatkan masyarakat membantah perbuatan ini atas isu-isu etika dan moral. Sesungguhnya kita tidak tahu apakah keperluan-keperluan asas spesies-spesies terpupus. Selain itu, kita juga tidak tahu adakah mereka mampu menyesuaikan diri dan hidup dalam cuaca dan iklim masa kini sekiranya dibawa kembali ke dunia ini. Kita tidak tahu adakah mereka akan membawa mikroorganisma yang telah pupus dan membahaya kepada kita. Kita turut tidak tahu sama ada usaha membawa balik spesies terpupus ini akan memberikan gangguan keamanan dan ancaman keselamatan kepada manusia. Perbuatan ini juga dikatakan melanggari peraturan alam dan hukum semula jadi. Ia mengingkari hukum konsep pemulihan semula jadi dan nescaya bahawa mereka akan tetap pupus walaupun dibawa kembali kerana mereka tidak berupaya untuk menyesuaikan dan mengadaptasi diri mereka dengan persekitaran dengan baik.
Kesimpulan :
Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau spesies tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya. Sampel atau spesies tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan
pemuliharaan ini. Strategi terbaik bagi melindungi biodeversiti adalah dengan memelihara dan memulihara populasi secara semulajadi dan komuniti semulajadi di dalam habitat tersendiri dikenali in-situ. walaubagaimanapun, bagi haiwan yang tidak ada pilihan untuk dipulihara pada habitatnya. Cara yang terbaik dilakukan adalah dengan menghasilkan habitat baru yang mempunyai sama keadaan seperti habitat semulajadi haiwan tersebut. Maka pemuliharaan tersebut dipanggil ex-situ. Pemuliharaan in-situ dilihat lebih baik untuk hidupan liar kerana ianya dibiarkan hidup di habitat masing-masing.
RUJUKAN :
http://bioscigreenhouse.osu.edu/titan-arum http://keysahker.blogspot.com/2012/03/pantai-pengkalan-balakmerupakan.html
http://dnelayanbeachresort.blogspot.com/2013/03/pusat-pemuliharaan-penyupadang.html
http://insanklasih.blogspot.com/2012/12/pemeliharaan-in-situ-dan-exsitu_7.html
http://cikwiduri.wordpress.com/tag/program-pemeliharaan-dan-pemuliharaanpenyu/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyu http://dnelayanbeachresort.blogspot.com/2013/03/pusat-pemuliharaan-penyupadang.html