You are on page 1of 10

Amali 3 Tajuk:

Pemuliharaan ex-situ Zoo & Taman Botani

Pengenalan: Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala Fauna bermaksud seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah. Oleh itu kita dapat menyimpulkan Kepupusan flora dan fauna ialah, apabila sesebuah spesis flora atau fauna yang hilang atau lenyap dalam sesebuah daerah pada sesuatu masa. Dalam biologi dan ekologi, saat kepupusan biasanya dianggap sebagai kematian individu terakhir dalam kumpulan sesebuah kumpulan hidupan. Hutan berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna, namun masih lagi terdapat flora dan fauna yang hampir pupus seperti orkid hutan yang cantik, tapir, gajah Sumatra dan pelbagai lagi. Hal ini berlaku kerana disebabkan oleh keadaan bumi dan tingkah laku manusia sendiri yang mengganggu kestabilan alam. Antara faktor tingkah laku manusia yang mengganggu kestabilan dan ekologi alam ini adalah kegiatan

pembalakan haram. Kegiatan ini telah banyak menebang spesies-spesies pokok yang dilindungi seperti pokok Meranti dan Cengal. Kegiatan ini digelar pembalakan haram kerana mereka membalak di kawasan hutan perlindungan yang telah diwartakan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia juga memusnahkan spesies tumbuhan yang lain. Ianya berlaku apabila pokok balak yang ditumbangkan ia akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu pokok itu dengan menghempapnya apabila ia jatuh ke tanah. Kemusnahan pokok ini juga menyebabkan binatang-binatang yang hidup di persekitaran kawasan itu kehilangan habitat asal mereka. Selain daripada itu, pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera turut memusnahkan hutan dan menyebabkan spesies-

spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan mati. Kegiatan ini dilakukan oleh manusia bagi membuka kawasan pertanian atau perladangan yang baru seperti pembukaan tanah rancangan oleh Felda dan Felcra. Walaupun mereka akan menanam tumbuh-tumbuhan ladang seperti pokok getah atau sawit, namun kegiatan itu akan memusnahkan spesies tumbuh asal kawasan itu berserta dengan haiwannya sekali. Kepupusan fauna di Malaysia meningkat kerana berlakunya pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia kegiatan ini akan membawa kepada kemusnahan habitat dan spesies haiwan yang terancam. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesies yang semakin terancam kepupusannya kerana kegiatan pemburuan secara haram yang dilakukan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal dalam bilangan yang sedikit sahaja. Masalah ini kepupusan flora dan fauna ini akan dapat diatasi dengan mewujudkan satu sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsurunsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesies flora dan fauna yang menghadapi bahaya kepupusan. Kegiatan pemeliharaan dan pemuliharaan seperti penanaman hutan semula, mengehadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan. Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi, memperketat kan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram, pemburuan haram, Penubuhan pusat Pemeliharaan atau Santuari bagi haiwan-haiwan yang terancam dan menjalankan usaha penyelidikan bagi pemeliharaan atau pemuliharaan untuk sesebuah spesis oleh FRIM, PERHILITAN dan Jabatan Alam Sekitar. Contohnya usaha-usaha pihak PERHILITAN untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya. Pemeliharaan bermaksud satu perbuatan memelihara, membela, merawat, dan menjaga sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan manakala pemuliharaan

adalah satu proses, usaha, perbuatan memulihara sesuatu untuk memulihkan, menjaga dan melindungi sesuatu supaya ia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Dalam konteks alam sekitar, sudah tentu kedua-dua perkataan tersebut berkaitan dengan perbuatan atau proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Tujuan/Objektif: Mengkaji dan memahami tentang spesies flora dan fauna yang dipulihkan secara pemuliharaan ex-situ Prosedur: 1. Maklumat berkenaan pemuliharaan Harimau Siberia dan pokok bakau secara exsitu dicari. 2. Maklumat yang dapat dicari ditukarkan ke dalam bentuk pembentangan 3. Pembentangan dijalankan di dalam kelas 4. Laporan berbentuk esei berkenaan dengan isu-isu yang telah disenaraikan ditulis

Perbincangan: 1. Apakah julat kedapatan kepelbagaian (diversity)? Bagaimana jumlah

biodiversiti diwakili pada (a) peringkat kebangsaan (b) peringkat sejagat dari segi jumlah zoo dan taman botani? Apakah mereka fokuskan pada kumpulan utama atau lain-lain kumpulan yang diwakili? Terangkan.

(a) Negara: Harimau Siberia tidak ada populasinya di Malaysia kerana Harimau Siberia hidup di kawasan yang beriklim sejuk, ianya tidak sesuai untuk hidup di Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Untuk pokok bakau pula Hutan bakau di Malaysia meliputi kawasan seluas 586,036 ha; 57% daripadanya terletak di Sabah, 26% di Sarawak dan 17% lagi di Semenanjung Malaysia. Menurut Wetlands International, di Semenanjung Malaysia terdapat 28.7% hutan paya bakau di Johor (27733ha) atau 4.7% daripada keseluruhan jumlah hutan bakau di Malaysia. Tanjung Piai meliputi kawasan bakau seluas 526 hektar dan lagi 400 hektar dataran berlumpur. Taman Negeri Tanjung Piai adalah kediaman kepada kira-kira 20 spesies tumbuhan bakau sebenar, dan juga kepada lagi 9 spesies bakau berkaitan. Ini menunjukkan kadar kepelbagaian spesies yang tinggi.

Julat kedapatan kepelbagaian:

(b) Tahap Global: populasi Harimau Siberia liar yang ada di dunia ini dianggarkan lebih kurang 500 ekor sahaja. Populasi Harimau Siberia liar ini boleh di jumpa di kawasan utara Rusia, Korea Utara dan kawasan utara China. Namun begitu terdapat lebih banyak bilangan Harimau Siberia yang jinak dapat di lihat di

Heilongjiang Northeast Tiger Forest Park di China.

Baki kawasan hutan bakau di dunia pada tahun 2010 adalah 53,190 batu persegi (137.760 km2) yang merangkumi 118 negara dan wilayah di kawasan tropika dan subtropika. Peratusan terbesar bakau didapati di antara 5 U dan latitud 5 S. Kira-kira 75% daripada bakau dunia terdapat dalam hanya 15 buah negara. Asia mempunyai jumlah terbesar (42%) daripada bakau di dunia, diikuti oleh Afrika (21%), Utara / Tengah Amerika (15%), Asia (12%) dan Amerika Selatan (11%).

Di Bahamas , sebagai contoh, usaha-usaha aktif untuk menyelamatkan bakau ini berlaku di kepulauan Bimini dan Great Guana Cay. Di Trinidad dan Tobago juga, usaha-usaha sedang dijalankan untuk melindungi bakau diancam oleh pembinaan sebuah lombong besi dan pelabuhan. Di Thailand, pengurusan komuniti telah berjaya dalam memulihkan hutan bakau yang rosak.

2. Apakah erti in situ dan ex situ ? Apakah kelebihan (merits) dan kelemahan (shortcomings) pemuliharaan ex situ?

Pemuliharaan boleh dibahagikan kepada dua. Iaitu pemuliharaan secara in-situ dan ex-situ. Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan menubuhkan tamantaman negara , seperti di Malaysia taman negara yang telah ditubuhkan adalah seperti Taman Negara Pahang, Taman Laut Pulau Perhentian dan pelbagai lagi. Mereka akan dibiarkan bebas untuk mencari makan, mengawan dan berevolusi secara sendiri tanpa gangguan dan bantuan dari manusia.

Kelebihan pemulihan in-situ adalah ianya dapat memulihara lebih banyak kepelbagaian bilangan spesies di dalam satu kawasan. Contohnya di taman negara. Gajah, tapir, orang utan dan pelbagai lagi haiwan dipulihara di dalam satu kawasan yang sama, ini membuatkan haiwan-haiwan ini dapat berinteraksi di antara satu sama lain seperti di kawasan persekitaran semula jadi haiwan tersebut. Kos pengurusan nya juga lebih murah kerana ia tidak memerlukan kewangan untuk membeli makanan atau memperbaiki infrastruktur kawasan tempat tinggal haiwan-haiwan tersebut. Haiwanhaiwan yang diletakkan di sini tidak akan kehilangan identiti diri kerana ianya masih lagi pandai untuk mencari makanan sendiri dan masih mampu mengenal apa-apa bahaya. Namun begitu pemuliharaan jenis ini agak sukar dijalankan kerana perubahan habitat dan ekosistem semula jadi yang semakin banyak mengalami perubahan disebabkan pembangunan. Selain itu pengurusan masa agak sukar kerana kawasan yang sangat luas dan keadaan kesihatan haiwan di kawasan itu juga tidak dapat diketahui dengan tepat sama ada ia berada di dalam keadaan yang baik atau tidak Pemuliharaan ex-situ pula ialah pemuliharaan terhadap organisma sama ada flora atau fauna di luar habitat asal mereka. mereka akan di ambil dari habitat asal mereka dan di bawa ke dalam kurungan atau habitat buatan manusia untuk dilindungi dan dibiakkan ke satu tahap populasi yang sihat sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya. Pemuliharaan ex-situ bagi fauna biasanya dijalankan di zoo, aquarium dan

pusat santuari. Contohnya di Malaysia adalah seperti Pusat Pembiakan Seladang, Zoo negara, Aquaria dan pelbagai lagi.

Pemuliharaan jenis ini memerlukan kos yang lebih tinggi dari pemuliharaan secara in-situ, hal ini demikian kerana pemuliharaan jenis ini memerlukan kos yang tinggi bagi menampung kos pengurusan kawasan perlindungan, makanan seharian haiwan, kajian terhadap proses pembiakan dan pelbagai lagi. Pemuliharaan jenis juga hanya dapat memulihara spesies yang terhad di dalam satu kawasan kerana kawasan yang kecil dan tenaga kerja serta kepakaran yang kurang. Haiwan yang dipulihara juga akan senang untuk kehilangan identiti diri kerana telah terbiasa di jaga oleh manusia sehingga tidak tahu untuk mencari makanan sendiri mahupun mengenal bahaya. Namun begitu kebaikan pemuliharaan ini ialah kita dapat mengelakkan dari berlakunya kepupusan terhadap sesebuah spesies haiwan secara serta merta. Kita juga dapat memastikan keadaan haiwan yang dipulihara sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat, malah kaedah ini juga akan dapat meningkatkan populasi sesebuah kumpulan haiwan itu dengan menggunakan pelbagai teknologi yang telah dikaji untuk meningkatkan pembiakan.

3. Kenapa para ekologis percaya pemuliharaan in situ sebagai pengurusan habitat yang cermat, hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja, dan tidak sebagai strategi pemeliharaan untuk jangka masa panjang bagi sebarang habitat semula jadi atau apakah jenis yang boleh membiak dalam keadaan liar, dalam zoo atau taman?

Terdapat beberapa orang ahli ekologis yang berpendapat pemuliharaan in situ hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja kerana proses pemuliharaan yang digunakan adalah untuk mengekalkan kewujudan sesuatu spesies yang tinggal di tempat asal mereka. proses pemuliharaan ini adalah lebih berkesan berbanding dengan memulihara haiwan di luar habitat asal mereka seperti yang dilaksanakan di dalam proses pemuliharaan ex-situ yang dijalankan di zoo ataupun pusat-pusat santuari. Hal ini demikian kerana, kawasan ekosistem zoo dan ataupun pusat-pusat santuari yang lain merupakan satu ekosistem tiruan, berbeza dengan ekosistem di dalam pemuliharaan in-situ yang menggunakan kawasan hutan simpanan yang merupakan ekosistem semula jadi bagi flora dan fauna tersebut. Perbezaan di antara ekosistem semula jadi dan ekosistem tiruan ialah, ekosistem semula jadi boleh diadaptasi oleh kebanyakan spesies hidupan tetapi di dalam ekosistem tiruan hanya sebilangan spesies yang kecil sahaja yang mampu untuk hidup di dalam ekosistem tiruan. Spesies yang tidak mampu beradaptasi dengan ekosistem tiruan ini, akhirnya akan mati dan pupus. para ekologis tidak percaya atau menerima pemuliharaan in situ sebagai satu strategi pemeliharaan untuk jangka masa yang panjang kerana di dalam satu proses pemeliharaan, hidupan tersebut akan dijaga dengan diberi makan atau dirawat ketika sakit dan pelbagai lagi bantuan yang akan diberikan oleh manusia untuk jangka masa yang panjang. Ini bertentangan dengan kaedah pemuliharaan in-situ yang hanya memindahkan hidupan tersebut ke tempat yang lebih selamat dan membiarkan hidupan tersebut untuk hidup dan beradaptasi dengan persekitaran yang baru tanpa mendapat apa-apa bantuan daripada manusia. Tetapi cara ini tidak dapat memastikan keadaan haiwan yang dipulihara sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan baik

4. Kenapa ramai orang berfikir tidak betul untuk membawa kembali spesies yang pupus seperti Harimau Tasmania? Apakah implikasi terhadap usahausaha pemuliharaan akibat dari tindakan ini?

Orang ramai berpendapat adalah kurang wajar untuk mewujudkan semula spesies-spesies yang tertentu yang sudah pupus seperti spesies Harimau Tasmania . Hal ini demikian kerana, kewujudan spesies tersebut di atas muka bumi pada waktu sekarang tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada manusia mahupun persekitaran, malah ianya juga dikatakan kewujudan spesies ini akan lebih banyak memberi banyak gangguan kepada manusia dan akan memberi kesan sampingan yang lebih teruk jika ia diwujudkan semula. Selain daripada itu spesies yang pupus itu tidak akan mampu bertahan dengan ekosistem muka bumi ini kerana perubahan cuaca dan alam yang telah berubah dan berbeza dari keadaan di mana mereka belum lagi pupus, ini menjadikan persekitaran sekarang tidak lagi sesuai bagi mereka untuk hidup. Ini membuatkan pembaziran sumber kewangan yang besar kerana ia memerlukan jumlah kewangan yang besar untuk mewujudkan sesuatu spesies yang telah pupus.

Kesimpulan: Pemuliharaan ex-situ dan in-situ dapat menghalang daripada berlakunya kepupusan kepada sesuatu spesies malah ianya dapat membantu dalam menambahkan populasi haiwan yang terancam

Rujukan:

(tiada nama pengarang). 2011 Modul sains SCE 3107 Ekosistem dan Biodiversiti (tiada nama pengarang). 2013. Wikipedia Endangered Species http://en.wikipedia.org/wiki/Endangered_species dilayari pada 9 Julai 2013 (tiada nama pengarang). 2013. Wikipedia International Union Conservation of Nature http://en.wikipedia.org/wiki/IUCN dilayari pada 10 Julai 2013 (tiada nama pengarang). 2013. Wikipedia World Wide Fund for Nature http://en.wikipedia.org/wiki/World_Wide_Fund_for_Nature dilayari pada 10 Julai 2013 Asmah (2012) nota kuliah pemuliharaan ex-situ

You might also like