You are on page 1of 21

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

TAJUK :

Laporan Bentuk Muka Bumi Setempat


TUJUAN:

1 2

Mengenal pasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan kajian. Memerhati dan mengkaji potensi bentuk muka bumi di kawasan hidupan dan manusia.

3 4 5

M e m e r h a t i d a n m e n g k a j i b e n t u k m u k a b u m i k e p a d a kegiatan ekonomi penduduk-penduduk setempat. Mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar . Mengkaji langkah-langkah penyelesaian kepada kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

6 7

Mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan bentuk muka bumi di kawasan kajian. Meningkatkan kesedaran mengenai kesan-kesan kegiatan m a n u s i a k e p a d a kemusnahan alam sekitar.

PENGENALAN/TEORI Bentuk muka Bumi merangkumi Muka Bumi di Lautan , Muka Bumi di daratan. Muka Bumi di daratan terdiri daripada dataran , pergunungan , tasik , sungai , banjaran , pinggir laut ,tanjung , tebing tinggi , teluk dan tanah pamah. Setiap kawasan di Muka bumi mempunyai pelbagai peranan kepada ekosistem Bumi yang bergerak secara teratur. Keadaan buma bumi sesuatu tempat mempengaruhi tumpuan kepada pendudukan manusia sebagai pilihan tempat tinggal. Pada zaman dahulu kawasan pinggir sungai menjadi pilihan utama untuk pendudukan kerana sistem pengangkutan semulajadi yang baik untuk menghubungkan ke tempat lain. Pada abad ke -18 kawasan tanah pamah atau kawasan perlombongan menjadi pilihan penempatan. Kawasan tanah pamah digunakan untuk membangunkan bidang pertanian dan kawasan perlombongan sebagai sumber pekerjaan . Menjelang abad ke 19 peningkatan kemajuan teknologi manusia telah mengubah lanskad dunia , dimana tumpuan penduduk lebih kepada kawasan yang mendatang sumber ekonomi sama ada

Sce3110

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

di bandar atau di desa. Pekembangan sistem perhubungan yang baik telah mengubah senario pendudukan manusia. Kebanyak bandar besar di negeri di Malaysia bermula di kawasan sekitar sungai , samada di muara, di dataran pinggir sungai atau di kawasan pertengahan dan hulu sungai. Kepadatan manusia yang semakin bertambah menyebabkan tumpuan pembinaan rumah telah berlaku di mana-mana sahaja kecuali di kawasan pergunungan , tebing curam atau kawasan kutub bumi. Asalkan sahaja boleh dihubungi dengan jalan raya. Pilihan keselamatan juga mempengaruhi penempatan penduduk. Sekiranya bentuk muka bumi sesuatu kawasan berdekatan dengan kawasan beresiko sepeti kawasan gunung berapi maka pilihan untuk memnajuhi kawasan ini diutamakan. Sungai merupakan sumber air utama bagi negeri-negeri di Malaysia sama ada untuk aktiviti harian atau aktiviti pertanian seperti padi. Sungai-sungai di Malaysia adalah airnya sentiasa ada sepanjang tahun. Ini kerana hujan di Malaysia turun sepanjang tahun.Sungai juga merupakan sumber rezeki kepada penduduk sekitarnya termasuk nelayan untuk mendapatkan ikan , udang , ketam dan siput. Para nelayan atau pengusaha penternakan ikan air tawar yang menjadi pilihan untuk memajukan sektor perikanan di Malaysia. Sungai juga disesetengah tempat di Malaysia menjadi sumber ekonomi dalam pelancongan, contohnya sungai Pahang , Sungai Melaka , Sungai Rajang Serawak. Bentuk Buka bumi ada kepentingan tersendiri kepada manusia contohnya tanah pamah berkepentingan kepada penempatan , pertanian , perkilangan, perlombongan dan pembinaan perhubungan dan sebagainya. Kepentingan tanah tinggi juga tidak kurang pentingnya di Malaysia seperti Tanah Tinggi Cameron Highlands , Genting Highlands , Bukit Bendera dan lain-lain lagi berkepentingan dalam bidang pertanian , perlancongan , pertanian , kawasan tanahan air , sumber kayu balak dan juga pembinaan empangan untuk penjanaan hidro elektrik Bentuk muka Bumi di kawasan pinggir pantai juga memberikan mafaat yang amat berguna kepada manusia. Keindahan pantai dengan lanskap yang indah telah
Sce3110 2

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

dimafaat manusia untuk membangunkan kawasan pantai sebagai sumber ekonomi dalam bidang perlancongan. Contoh pantai-pantai terkenal di Semenanjung Malaysia ialah pantai Port Dickson di Negeri Sembilan , Pantai Tanjung Aru , Pantai pasir Tengkorok , Pantai Chenang , Pantai Cahaya Bulan dan lainn-lain lagi. Pantai Rantau Abang di Terengganu terkenal dengan kawasan penetasan penyu yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Bentuk muka Bumi pinggir pantai seperti tanjung ,teluk memberikan manfaat kepada manusia untuk dijadikan perlabuhan atau jeti. Pelabuhan utama di Semenanjung Malaysia ialah Pelabuhan Kelang , Pelabuhan Pasir Gudang , Pelabuhan Pulau Pinang. Kawasan pinggir laut juga dijadikan sebagai pelabuhan bagi penempatan atau Pangkalan Angkatan Tentera laut.

RADAS:

1. Sebuah kamera

BAHAN :

1. Binokular

Sce3110

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

PROSEDUR:
1. Memilih kawasanyang ingin dikaji 2. Menandakan jarak kawasan yang ingin dikaji 3. Membahagikan tugasan kepada ahli kumpulan untuk mendapatakan maklumat dan data di kawasan kajian. 4. Mengambil gambar , maklumat dan membuat pemerhatian. 5. Semua maklumat yang diperolehi dan dikumpul di catatkan 6. Berdasarkan data yang diperolehi laporan ditulis.

2 Mengapa Kawasan Kajian Ini dipilih. Lokasi pilihan kami adalah mengkaji bentuk muka Bumi dikawasan sebatang sungai dan sekitarnya. Sungai menjadi pilihan kami atas sebab-sebab berikut: (a) Sungai mempunyai bentuk muka bumi dan kawasan sekitar yang mempunyai banyak perkara yang boleh dibuat kajian.
(b)

Sungai merupakan pilihan utama penduduk Malaysia untuk membina penempatan terutamanya bangsa Melayu semenjak zaman sebelum merdeka kerana sungai merupakan jalan perhubungan utama sebelum terbinanya jalan raya.

(c)

Sungai juga merupakan sumber ekonomi dan sumber makanan penduduk sejak zaman dahulu.

3.Tempoh Masa Kajian Dijalankan Di sini Tempoh masa kajian cuma mengambil masa lebih kurang 4 jam sahaja kerana kesempatan masa adalah sangat terhad. Kami menggunakan masa tersebut sebaik mungkin untuk memerhati , berbincang , mengambil gambar dan menemu bual beberapa penduduk setempat untuk memantapkan kajian kami. Setelah maklumat yang diperlukan dikumpul pembahagian tugas untuk membuat laporan dijalankan mengikut tugasan masing-masing.

Sce3110

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

4.KAWASAN KAJIAN 4.1. Latar Belakang Kawasan Kajian. Kawasan kajian merupakan kawasan muara sungai dan muka Bumi sekitarnya. Jenis sungai yang dikaji ialah jenis saka , kerana sungai ini mengalirkan air sepanjang tahun. Jarak kajian lebih kurang 1500 meter ,meliputi kawasan muara sungai , kawasan hutan bakau sekitar , bukit-bukit berhampiran serta kawasan tanah pamah yang mempunyai rumah dan bangunan disekitarnya. Mojoriti penduduk setempat di kawasan ini merupakan bangsa melayu .Kebanyakan penduduk setempat menceburi bidang pekerjaan sebagai nelayan sebagai pekerjaan utama dan sambilan. Ada sebilangan penduduk menceburi bidang pelancongan disamping pekerjaan-pekerjaan lain sebagai sumber ekonomi utama penduduk disini.

4.2. Bentuk Muka Bumi Bentuk muka Bumi kawasan ini terdiri daripada kawasan :a) Tanah rata. Tanah rata meliputi kawasan landai di kekitar tebing sungai hingga mencecah 300 meter ke menuju ke kawasan kaki bukit dan 1500 meter sepanjang sungai hingga ke kawasan daratan. Kawasan sekitar sungai jenis tanah ialah campuran tanah leterit ( tanah liat )yang mempunyai campuran pelbagai jenis batuan kecil dan besar. Keadaan jensi tanah semakin berubah apabila menjauhi tebing sungai hingga ke kawasan lebih ke pendalaman di mana tanah pasir berwarna kelabu dan putih pula lebih banyak. Tanah di kawasan tanah rata dijadikan sebagai kawasan penempatan untuk membina penempatan dan juga rumah tumpangan ( home stay) atau ressort. Jenis tanah di kawasan ini terdiri daripada :i) Tanah liat (berwarna merah keperangan )yang mempunyai batuan di

bawah tanah. Tanah jenis ini berada di kawasan sekitar kaki bukit . Kawasan mempunyai hanya amat sedikit penempatan. Ini mungkin kerana agak berhampiran dengan bukit dan pantai yang boleh mengundang bahaya menyebabkan kurangnya pendudukan untuk membina rumah di situ. Sesetengah kawasan adalah tanah rizab kerajaan.
Sce3110 5

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

ii)

Tanah campuran hitam dan pasir . Tanah jenis ini berada jauh menghala

ke kawasan daratan dan menjauhi kawasan sungai dan bukit. Kawasan ini merupakan penempatan penduduk yang lebih padat. Terdapat banyak tanaman terdapat di sekitar seperti pokok kelapa , mangga , rambutan yang di tanah penduduk di samping hutan kecil. Tanaman ini menjadi sebagian sumber makanan dan juga sumber ekonomi mereka.

b) Berbukit.

Rajah 1 : Kawasan kaki bukit bersebelahan kiri sungai Jika diliahat pada gambar , bahagian tanah yang dikorek pada tebing bukit menunjukkan ada pelbagai jenis batu seperti batu kapur dan pelbagai jenis batuan jenis enapan. Batuan juga banyak terdapat di tebing-tebing sungai yang jelas kelihatan akibat proses hakisan air samada aliran air sungai atau akibat hentaman ombak semasa air pasang. Batuan ini menjadi penampan yang kuat terhadap hakisan berbanding kawasan yang kurang berbatu. Akibat hakiasan juga batuan ini kelihatan pecah-pecah menjadi batuan lebih kecil dan membentuk separa bulatan dan licin.

Sce3110

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

Rajah 2 : bukit disebelah kanan sungai Kawasan sekitar sungai dikelilingi bukit yang mempunyai hutan tebal. Kawasan bukit mempunyai batuan keras dan lembut.Hutan sekitar menjadi tempat perlindungan pelbagai haiwan seperti burung , monyet , biawak , cicak , pelbagai jenis serangga. Bukitbukit ini terbentuk di kiri dan kanan sungai yang mana aliran air di lurah antara bukit-bukit ini membentuk aliran air yang membentuk sungai ke laut. Keadaan ini semulajadi ini kelihatan sangat cantik dan menarik. Sesuai untuk aktiviti perlancongan di sini. Bukit di kiri dan kanan sungai , membentuk aliran air masuk ke sungai dan membentuk teluk cantik yang dapat melindungi kawasan muara sungai daripada tiupan angin kencang dan juga ombak besar. Keadaan ini muara sungai ini menjadi kawasan strategik bagi nelayan untuk membina jeti pendaratan hasil laut. Batuan dikawasan terdiri daripada batuan jenis igneus , batuan enapan dan batuan metamorphosis. Kawasan berbukit batuan terdiri daripada batu kapur dan kawasan tebing sungai mempunyai pelbagai jenis batuan yang ditemui seperti dalam rajah di bawah :

Sce3110

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

Rajah : Batuan-batuan di tebing sungai

Rajah : Batuan Granit ditemui di lereng bukit

Rajah : Batuan di temui di kawasan tebing dicelah-celah akar pokok.

Sce3110

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

c) Kawasan hutan bakau .

Rajah : Sebahagian hutan bakau ketika air laut surut Gambar ini diambil ketika air surut yang menampakan seluruh bahagian pokok hingga ke bahagian bawah akar poko bakau. Apabila air pasang bahagian akar dibahagian bawah akan tenggelam.

Rajah : Kelihatan bangau bertebangan di hutan bakau. Burung-burung bangau antara burung yang menjadi penghuni di hutan bakau. Burung bangau adalah burung hijrah, tetapi menurut pendudk setempat burung

Sce3110

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

bangau sentiasa ada di kawasan tersebut tetapi bilangan sahaja berbeza. Ada bulan terdapat burung bangau yang banyak.

Rajah : Pokok bakau berhampiran kaki bukit.

Kawasan hutan bakau terdiri daripada pokok-pokok bakau dan di bawahnya mempunyai lembah berlumpur . Kedalaman lumpur ini hampir mencecah paras dada bagi sesetengah kawasan. Kedalaman lumpur bertambah apabila jarak dari pinggir muaran dan pantai hingga ke kawasan 50 meter ke dalam laut.Keadaan lumpur ini boleh dilihat dengan jelas ketika air laut surut. Semasa air pasang lupur tidak kelihatan kerana air laut telah mencecah tinggi ke kawasan pantai dan masuk 100 meter ke dalam kawasan sungai. Akar-akar pokok bakau akan ditenggelami air dan hanya akar yang tinggi sahaja kelihatan. Akar-akar pokok bakau memberikan mafaat berguna kepada perlbagai hiudpan di bawahnya . Ia menjadi tempat pelindungan percuma kepada hidupan kecil seperti anak-anak ikan , udang , ketam dan siput disamping tempat tinggal bagi haiwan pemangsa seperti ular dan biawak. Wujud satu sistem siratan makanan semulajadi di kawasan ini.

Sce3110

10

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

Rajah : Kawasan lumpur di celah-celah akar pokok bakau Hutan bakau ini menjadi tempat tinggal dan habitat semujadi bagi pelbagai jenis hidupan. Hasil pemerhatian , kami telah mengelaskan hidupan kepada bahagian iaitu : a) kami dapati hidupan seperti siput , udang ,ketam anak-anak ikan , ikan-ikan kecil , belangkas berada di bawah dan di celah-celah akar pokok bakau yang berair sebagai tempat perlindungan dan membiak. b) Serangga seperti semut , pepatung , rama-rama, ulat beluncas , mentadak , ulat gonggok , dan lain-lain lagi serangga yang tidak dikenali nama dan spesisnya menghuni di atas bahagian atas pokok bakau seperti di dahan , ranting dan daun. c) Haiwan seperti burung seperti kelicap , burung raja udang , burung bangau , burung pucung , helang , merbah kapur , merbah kunyit ,burung belatuk ,burung punai daun , burung enggang adalah penghuni tetap atau penghijrahan atau tetamu yang menjadikan hutan bakau sebagai tempat perlindungan , membiak dan mencari makanan.

Sce3110

11

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

Rajah 1 : Burung bangau

Rajah 2 : Burung pucung

Rajah 3 : Burung raja udang ( atau Burung Tekaka)

Rajah 5 : Monyet

Rajah 6 : Ketam nyior( Ketam nipah )


Sce3110 12

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

d) Haiwan seperti monyet , biawak dan ular adalah haiwan pemangsa yang juga berada di kawasan hutan bakau tersebut . Haiwan ini samada tinggal dalam hutan bakau atau sebagai tetamu yang datang ke hutan bakau tersebut untuk mendapatkan makanan. Hutan bakau bukan sahaja sebagai tempat tinggal hidupan , tetapi berperanan penting kepada manusia dan alam sekitar tersebut kawasan tersebut. Antara peranan penting hutan bakau ialah :

a) Sebagai kawasan perlindungan daripada angin kencang yang berlaku ketika angin monsun bertiup. Pokok bakau sebagai penampan ribut yang membawa angin kencang yang boleh memusnahkan rumah dan juga bot-bot nelayan yang ditinggalkan di dalam sungai tersebut.

b) Pokok bakau juga sebagai penampan hakisan dan hentaman ombak besar . Menurut penduduk di situ ombak besar sering berlaku ketika tiupan angin monsun yang mengambil masa yang agak lama. Pokok bakau telah menghalang dan mengurangkan hentaman ombak besar ke pantai yang boleh menghakis pantai.

c) Sumber ekonomi kepada nelayan setempat kerana hutan bakau adalah tempat pembiakan ketam Nyior atau juga dikenali sebagai ketam nipah atau ketam batu mengikut tempat. Harga pasaran ketam ini ialah RM18.00 sekilo iaitu harga borong kepada peraih. Cara penagkapan ketamn ini ialah dengan memasang uncang . Ketam akan terperangkap di dalam uncang untuk memakan umpan yang dipasang.

Sce3110

13

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

d) Kawasan muara sungai .

Rajah : Kawasan muara yang bertembung denga laut. Kawasan muara sungai adalah satu kawasan menghubungkan sungai dengan pinggir laut. Pertembungan air laut yang pasang dan surut menyebabkan air di kawasan muara sungai ini bertambah dan berkurang aras airnya. Sungai ini merupakan sungai jenis saka kerana aliran airnya berlaku sepanjang tahun. Keluasan sungai ini tidak lebar seperti sungai-sungai lain kerana punca air sungai tidak banyak dan sungai ini tidak panjang dan tidak mempunyai cabang di hulu sungai.Panjang sungai ini cuma dianggarkan lebih kurang 5 kilometer ke daratan atau punca utama sungai . Sungai ini hanya sesuai untuk bot-bot kecil sahaja dan terlalu cetek untuk kapal yang lebin besar. Pertembungan air laut dan sungai juga menyebabkan batuan kecil , pasir dan lumpur yang dibawa oleh aliran sungai terkumpul di kawasan muara. Patikel-partikel kecil batu yang dibawa oleh ombok juga menyebabkan muara sungai menjadi cetek. Terdapat beting-benting pasir terjadi di kawasan antara aliran sungai dan kawasan pukulan ombak. Benting-benting pasir kelihatan seperti beralun-alun , pemandangan ini boleh dilihat ketika air laut surut dan kita boleh melihat aliran air sungai beralun-alun mengikut alunan benting-benting pasir. Lumpur dan selut berkumpul di sekitar muara sungai dan juga sekitar kawasan yang mempunyai pokok-pokok bakau. Hal ini terjadi kerana akarakar pokok bakau memerangkap lumpur dan selut daripada dibawa oleh ombak atau arus sungai.
Sce3110 14

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

Bentuk muka Bumi di muara sungai ini membentuk teluk yang cantik dan terlindung daripada angin kencang dan ombak besar . Pembentukan bukit kiri dan kanan sungai membantuk muara sungai dan sungai ini terlindung daripada angin kencang. Keadaan ini membantu nelayan untuk menjadikan muara sungai ini sebagai tempat menempatkan perahu-perahu mereka. Jeti telah dibina kawasan muara sungai ini untuk mendaratkan hasil laut dan juga tempat menurun dan menaikan pelancong samada ke pulau berdekatan atau ke laut untuk aktiviti memancing. Oleh kerana pemandangan yang cantik , ada penduduk setempat membina rumah tumpangan di pinggir sungai berhampiran muara sungai. Walaupun kawasan ini agak berlumpur dan sedikit berbau lumpur tetapi pengubahsuai lanskaps muka bumi dibuat oleh pengusaha tersebut menjadikan kawasan itu nampak cantik dan menarik. Suasana sunyi dan tenang menarik minat pengunjung datang ke kawasan itu. 4.3. Jenis Petempatan

Hasil pemerhatian kami mendapati penempatan rumah-rumah penduduk di sini adalah secara berselerak. Kebanyakkan pemilik rumah membina rumah diatas tanah sendiri dan tiada plan khas dan hanya mengikut plan sendiri. Tiada sistem peparitan yang sempurna menyebabkan suasana kawasan perumahan agak berselerak dengan bahan buangan disebabkan aliran air kubahan dan aliran air hujan yang tidak sempurna . Kaum mojoriti utama penduduk terdiri daripada orang melayu , cina dan india.

4.4

Soial Ekonomi Penduduk Setempat

Pekerjaan penduduk setempat bertumpu kepada dua pekerjaan utama iaitu nelayan , bidang perhotelan( pelancongan). Oleh kerana penduduk disini tinggal berhampiran sungai yang menghubungkan ke laut, maka kebanyakkan penduduk terutamanya generasi tua bekerja sebagai nelayan. Manakala generasi muda pula lebih kepada bidang pelancongan. Selebihnya bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan lain. Ada juga penduduk yang mengusahakan penternakan hidupan air di kawasan hutan bakau yang diterokai dengan membina kolam-kolam ikan dan udang.Kolam-kolam ini dibina dengan menghubungkan saluran air ke laut.Air laut akan masuk semasa air pasang dan keluar apabila surut. Hanya separuh air yang tinggal pada paras yang ditetapkan. Oleh itu menurut pengusaha tersebut , keadaan ini dilakukan supaya air sentiasa bertukar dan membolehkan ikan dan udang mendapat kitaran air yang baru.
Sce3110 15

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

Keadaan ini membantu tumbesaran ikan dan udang lebih cepat dan lebih besar. Ada juga penduduk yang mengusahakan penanaman getah di kawasan lereng bukit berhampiran tetapi kebun-kebun getah yang ada tidak banyak. Bagi penduduk yang berkemampuan , mereka mengusahakan bot pelancong untuk aktiviti memancing atau melawat pulau-pulau berdekatan. Biasanya pemintaan untuk aktiviti memancing sangat menggalakan yang menjadi fonomena baru penduduk Malaysia. Kedaan ini bertambaha apabila tiba musim sotong, ramai pelancong yang datang untuk aktiviti mencandat sotong.

Rajah 2 : jeti pendaratan hasil laut bagi nelayan tempatan.

Sce3110

16

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

Rajah : Sebahagian bot-bot nelayan Jika dilihat kepada bot-bot yang digunakan nelayan adalah bersaiz kecil. Ini menunjukkan golongan nelayan disini adalah nelayan tepi pantai di mana hasil tangkapan mereka tidak banyak dan sekadar untuk menampung kehidupan harian mereka sahaja. Mojoriti para nelayan di sini masih lagi berada di bawah paras miskin .

Rajah : Sebuah rumah Penginapan ( Ressort) dan sebuah bot pelancong Gambar ini menunjukan sebuah bot pelancong dan sebuat rumah tumpangan yang ada di kawasan mauara sungai. Ini menunjukkan ada penduduk yang mengubah sumber ekonomi mereka dalam bidang perlancongan . Bot-bot pelancong ini untuk sewaan membawa pelancong untuk melawat pulau berdekatan atau untuk aktiviti memancing.

Sce3110

17

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

5.

KAEDAH KAJIAN

Sepanjang menjalankan kajian , kami menggunakan kaedah-kaedah berikut : a)Pemerhatian: Membuat pemerhatian secara meneluruh kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat bentuk muka bumi , ekosistem hutan bakau , hidupan-hidupan dan juga kegiatan ekonomi setempat. b)Rujukan: Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti kejadian benting pasir , pembentukan batuan , jenis sungai , hidupan akuatik air separa masin. c) Buku rujukan : buku rujukan untuk mendapatkan maklumat lebih jelas dan terperinci tentang bentuk muka bumi.

5.1

Kaedah Pemerhatian

Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis-jenis sistem pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lainlain yang berkaitan d e n g a n k a j i a n s a y a . S e m u a y a n g d i l i h a t a k a n d i c a t a t d a l a m b u k u c a t a t a n u n t u k digunakan semasa membuat lapuran kajian nanti.Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian 5.2 Kaedah Temubual

Kaedah ini dijalankan untuk mengumpul maklumat tentang sejarah tempat tersebut , social ekonomi penduduk setempat dan masalah yang dihadapi penduduk setempat. 5.3 Kaedah Rujukan

Rujukan daripada orang sumber internet , buku dan majal amat penting dan banyak membantu untuk mengenali latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci. Tujuan rujukan dibuat adalah untuk mendapakan malumat yang tidak dapat diterjemahkan dengan pemerhatian kami seperti jenis batuan , jenis tanah dan sebagainya.

Sce3110

18

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

Perbincangan Kajian dilakukan dengan perbincangan memilih lokasi kajian yang akan dikajian. Kami semua telah bersetuju memilih lokasi sungai .Antara perkara yang diperbincangkan ialah tarikh kajian mengikut kelapangan masing-masing ,alatan yang diperlukan dan siapa individu yang bertanggungjawab untuk membawanya ke lokasi dan lokasi tempat yang hendak dikaji.. Penyiasatan dimulakan dengan perbincangan pengagihan tugasan dibahagikan kepada setiap individu dalam kumpulan apabila tiba dilokasi memandangkan lokasi kajian sangat luas . Antara agihan tugasan ialah tugasan mengambil gambar , tugasan membuat pemerhatian keadaan lokasi dari segi bentuk muka bumi , aliran sungai , tugasan menemuramah penduduk tempatan. Setelah tiba dilokasi kami menandakan anggaran jarak lokasi yang ingin dikaji. Oleh kerana jalan perhubungan yang agak baik dan selamat kami memilih jarak lokasi kajian meliputi 1500 meter di sekitarnya. Kami berbincang untuk memulakan arah permulaan kajian dari titik mula hingga akhir. Setelah perbincangan sekali lagi tugasan yang akan dijalankan kami mula bergerak mengikut tugasan masing-masing. Setelah selesai tugasan masing-masing , kami berkumpul semula di tempat pertemuan mula untuk berbincang dan menyerahkan hasil dapatan kajian masingmasing. Kami memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam laporan. Kami juga membincangkan perkara-perkara yang perlu dimuatkan dalam kajian ini dengan susunan laporan yang betul. Seorang ahli kumpulan yang bertanggungjawab menyediakan laporan mengumpulkan maklumat hasil perbincangan dengan setiap individu mengikut kajian masing-masing.Untuk memastikan laporan ditulis berjalan lancar kami sentiasa berhubung antara satu sama lain.

Sce3110

19

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

Kesimpulan Bentuk muka bumi merupakan faktor utama menentukan lanskap hidupan sesuatu tempat kepada benda hidup ,benda bukan hidup dan termasuk manusia. Secara semulajadinya, bentuk muka bumi telah menetukan ekosistemnya sendiri beinteraksi secara teratur. Kekayaan Biodiversiti sesutu tempat bergantung kepada rupa bentuk muka bumi setempat. Manusia akan bertumpu ke sesuatu kawasan bergantung kepada rupa bentuk muka bumi dan kekayaan sumber alam sebagai sumber makanan , mata pencarian atau keselamatan. Berdasarkan kajian kami mendapati lokasi sungai menjadi menjadi tumpuan penduduk kerana faktor muka bumi dan faktor sumber ekonomi . Kawasan tanah pamah sekitar sungai ( 500 meter hingga 5 km) menjadi lokasi penempatan penduduk asal. Manakala penempatan baru mungkin kerana kesan pembangunan dan ketiadaan tanah bagi generasi muda. Hasil laut menjadi nadi ekonomi asal penduduk tempatan sejak puluhan tahun dahulu berdasarkan temubual dijalankan. Bidang perlancongan hanya berkembang sekitar 10 tahun kebelankangan hasil peningkatan ekonomi rakyat Malaysia. Kamajuan dalam sistem pengankutan dan Sistem perhubungan menjadikan lokasi ini bertambah maju dan akibat meningkatnya jumlah penduduk tempatan. Secara keseluruhannya bentuk muka bumi amat mempengaruhi struktur ekonomi penduduk sesuatu tempat. Kemajuan negara secara tidak lansung telah mengubah lanskap semulajadi bentuk muka bumi yang dapat meningkatkan taraf hidup manusia.

Sce3110

20

Amali 3 : laporan bentuk muka bumi setempat

Rujukan Rosnah Hj Salleh & Shukri Sulaiman (2011)Geografi Fizika Tingkatan 6 Rendah Kuala Lumpur: Penerbit Fajar bakti Yew Poi Keng et al. (2002),Geografi Fizikal STPM .Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Unit Pengajian Abadi. Fizik .SPM.Kuala Lumpur. Maktab Adabi Gaya Pos

Miftahul Fatih (2013,January 2). Tajuk: Bentuk muka bumi [Web blogs pot]. Sutingan dari http://langitkalimireng.blogspot.com/2013/01/batuan.html kamus meteorology (2012 Mac 9)Tajuk:Batuan dan jenis-jenisnya http://kamusmeteorology.blogspot.com/2012/03/jenis-jenis-batuan-dangambarnya.html Wikipedea ( june 2006)Tajuk : Bentuk muka bumi http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Wolkenstockwerke.png Scoria ( 2012 dicember )Tajuk : sungai .Sutingan dari http://geology.com/rocks/scoria.shtml Fitrah sunnah ( 2013 april) Tajuk : muka bumi pinggir laut[Web blogs pot]. Disunting dari http://fitrahsunnah.blogspot.com/2013/04/jaluran gunung.html http://www.learner.org/interactives/rockcycle/types.html Majalah informasi ( 2009 November) Tajuk : Jenis-jenis batuan . disunting dari http://lawu-hadiningrat.blogspot.com/2009/11/beberapa-macam-jenis-batu2antermasuk.html Scribd :Tajuk : amali 3 disunting daripada scrid http://www.scribd.com/doc/46130630/Bentuk-Muka-Bumi-Gambar

Sce3110

21

You might also like