Professional Documents
Culture Documents
+
Sumber
radioaktif Tiub GM
Pembilang
Katod
Gas neon
Pembilang
Mica
450 V
Anod
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 8
(5) Kebuk awan
- Kebuk awan boleh mengesan ketiga-tiga jenis
sinaran radioaktif.
- Apabila sinar radioaktif melalui ruang di
bahagian atas ia mengionkan molekul-molekul
udara di sepanjang lintasannya.
- Wap yang tepu lampau mengkondensasi pada
ion-ion itu untuk membentuk titisan-titisan air
yang halus dan kelihatan sebagai runut-runut
putih.
- Cahaya disinarkan disisi kebuk itu supaya
runut-runut putih itu dapat diperhatikan.
- Rupa bentuk runut yang terhasil bagi ketiga-
tiga sinaran radioaktif adalah berbeza.
Pandangan atas:
Runut yang dihasilkan dalam
kebuk awan
(a) Runut dihasilkan oleh zarah alfa
- Kuasa pengionan zarah alfa
yang tinggi menghasilkan
banyak pasangan ion, maka
runut kelihatan padat.
- Jisim zarah alfa yang besar
menyebabkan ia tidak
terpesong oleh molekul
udara dalam lintasannya,
maka kelihatan lurus.
(b) Runut dihasilkan oleh zarah beta
- Kuasa pengionan yang
sederhana menyebabkan
runut kelihatan kurang
padat.
- Jisim yang kecil
menyebabkan ia
dipesongkan oleh molekul-
molekul udara dalam
lintasannya dan kelihatan
tidak lurus.
(c) Runut dihasilkan oleh sinar gama
- Kuasa pengionan sinar
gama yang sangat rendah
menghasilkan sedikit
pasangan ion
menyebabkan runut
kelihatan pendek dan
berselerak.
- Sinar gama tidak
mempunyai jisim.
Ruang tepu
dengan wap
alkohol
Ais kering
Span
Sumber alfa
Kepingan felt
Sumber alfa (o)
Sumber beta (|)
Sumber gama ()
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 9
Reputan radioaktif
- Reputan radioaktif ialah proses di mana nukleus yang tidak stabil berubah
menjadi nukleus yang lebih stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif.
- Terdapat tiga jenis reputan radioaktif iaitu reputan alfa, reputan beta dan reputan
gama.
(1) Reputan alfa (o)
- Reputan alfa berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan
memancarkan satu zarah alfa (o) iaitu nukleus helium, He
4
2
.
Z = nombor proton N = nombor neutron
- Dalam proses reputan ini, satu zarah alfa (nukleus helium He
4
2
dengan 2
proton dan 2 neutron dipancarkan. Maka atom baru Y yang terbentuk
mempunyai nombor proton, Z yang berkurang sebanyak 2 unit dan nombor
nukleon, A yang berkurang sebanyak 4 unit.
- Perubahan dalam nombor nukleon dan nombor proton boleh diwakili oleh
persamaan berikut:
He Y X
4
2
4 A
2 Z
A
Z
+
- Contoh-contoh persamaan reputan alfa:
(i)
He Th U
4
2
234
90
238
92
+
(ii)
He Rn Ra
4
2
222
86
226
88
+
Lengkapkan persamaan-persamaan di bawah:
(a)
Th
234
90
Ra +
He
4
2
(b)
Ra
226
88
Rn +
He
4
2
(c)
Po
212
84
Pb
208
82
+ (d)
Hg
222
80
+
He
4
2
(e)
Po
218
84
+
He
4
2
(f)
Th
234
90
Pt
210
78
+
He
4
2
Z
N
Z 2
N 2
2p
2n
Zarah alfa (o)
mereput
Atom X Atom Y
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 10
(2) Reputan beta (|)
- Reputan beta berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan
memancarkan satu zarah beta (|) iaitu elektron yang berhalaju tinggi.
Z = nombor proton N = nombor neutron
- Dalam proses reputan beta, satu daripada neutron-neutron dalam nukleus itu
akan bertukar menjadi satu proton dan elektron.
- Proton yang terhasil itu kekal di dalam nukleus, manakala elektron yang
terhasil dipancarkan sebagai zarah beta berhalaju tinggi.
- Atom Y yang terbentuk mempunyai nombor proton, Z yang bertambah
sebanyak 1 unit dan nombor nukleon, A tidak berubah.
- Perubahan dalam nombor nukleon dan nombor proton boleh diwakili oleh
persamaan berikut:
e Y X
0
1 -
A
1 Z
A
Z
+
+
- Contoh-contoh persamaan reputan beta :
(i)
e Pa Th
0
1 -
234
91
234
90
+
(ii)
e U Pa
0
1 -
234
92
234
91
+
Lengkapkan persamaan-persamaan di bawah:
(a)
Pb
210
82
Bi
e
0
1 -
+
(b)
Na
24
11
Mg
e
0
1 -
+
(c)
Na
24
11
e
0
1 -
+
(d)
U
239
92
e
0
1 -
+
(e)
+ Pb Th
208
82
232
90
He
4
2
+
e
0
1 -
Z
N
mereput
Atom X
Zarah beta (|)
Z +1
N 1
Atom Y
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 11
(3) Reputan gama ()
- Dalam proses reputan gama, tenaga dibebaskan dalam bentuk sinaran
elektromagnet.
- Selepas pengeluaran zarah alfa dan zarah beta, sesetengah nukleus masih
berada dalam keadaan bertenaga yang lebih tinggi daripada biasa.
- Pada ketika proton-proton dan neutron-neutron dalam nukleus itu menyusun
semula untuk menjadi lebih stabil, tenaga lebihan padanya akan dikeluarkan
sebagai sinaran elektromagnet berfrekuensi amat tinggi yang dinamakan sinar
gama.
- Pemancaran sinar gama tidak mengubah nombor proton dan nombor nukleon
sesuatu atom seperti persamaan berikut:
+ X X
A
Z
A
Z
(Sinar gama)
- Contoh persamaan reputan gama :
(a)
+ Co Co
60
27
60
27
(b)
+ + e Bi Pb
0
1 -
214
83
214
82
(c)
+ + He Th U
4
2
234
90
238
92
Lengkapkan persamaan-persamaan berikut:
(a)
Ba
137
56
+
(b)
+ Dy
152
66
(c)
Ir
192
77
+ + e
0
1 -
Siri reputan
- Sesetengah nukleus tidak menjadi stabil walaupun ia telah melalui proses
reputan. Ini kerana nukleus baru yang terhasil masih tidak stabil.
- Oleh yang demikian, satu siri reputan akan berlaku sehingga nukleus asal
mereput menjadi satu nukleus yang stabil.
- Berikut ialah satu contoh siri reputan:
Pb Po U Pa Th U
206
82
210
84
234
92
234
91
234
90
238
92
o | | o
....
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 12
Berikut ialah siri reputan radioaktif uranium-238 ke Radium-226 yang lebih stabil.
Berdasarkan rajah siri reputan radioaktif di atas,
(i) Tuliskan persamaan reputan uranium-238 ke Torium-234.
(ii) Tentukan bilangan zarah alfa dan bilangan zarah beta yang terhasil daripada
siri reputan radioaktif tersebut.
Bilangan zarah alfa = ......................... Bilangan zarah beta =...........................
Separuh hayat
- Separuh hayat suatu unsur radioaktif ditakrifkan sebagai masa yang diambil
untuk separuh daripada nukleus unsur asal mereput menjadi nukleus unsur baru.
- Separuh hayat juga boleh ditakrifkan sebagai masa yang diambil untuk keaktifan
unsur itu berkurang menjadi separuh daripada keaktifan asalnya.
- Keaktifan suatu unsur radioaktif biasanya diukur dalam unit bilangan per saat.
Bilangan per saat merujuk kepada bilangan reputan yang berlaku dalam satu saat.
- Keaktifan atau kadar reputan suatu unsur radioaktif itu dapat ditentukan dengan
menggunakan tiub Geiger-Mller dan pembilang.
Nombor nukleon, A
Nombor proton, Z
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 13
- Konsep separuh hayat boleh digambarkan seperti berikut:
- Unsur-unsur radioaktif yang berlainan mempunyai separuh hayat yang berbeza.
Unsur radioaktif Separuh hayat
Uranium-238 4 500 juta tahun
Karbon-14 5 730 tahun
Radium-226 1 620 tahun
Kobalt-60 5.3 tahun
Fosforus-32 15 hari
Iodin-131 8 hari
Natrium-24 15 jam
Protactinium-234 72 saat
Radon-220 56 saat
Polonium-214 0.164 saat
- Nilai separuh hayat boleh ditentukan daripada graf lengkung keaktifan melawan
masa atau graf bilangan atom, N radioaktif melawan masa.
Contoh penyelesaian masalah:
(1) Satu sampel radioaktif mempunyai separuh hayat 20 minit. Berapa pecahan
daripada bilangan atom asal yang belum mereput selepas 1 jam?
N
o
2
1
T
2
1
2T
2
1
N
o
4
1
N
o
Masa/ saat
Keaktifan/Bilangan per saat
A
o
2
1
A
o
4
1
A
o
2
1
T
2
1
2T
2
1
N
o
4
1
N
o
N
Masa/ saat
N
o
2
1
T
2
1
2T
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 14
(2) Separuh hayat satu bahan radioaktif ialah 10 hari. Berapakah peratus atom
radioaktif asal yang telah mereput selepas 30 hari.
(3) Jika masa yang diambil untuk keaktifan suatu sampel bahan radioaktif mereput
dari 960 kepada 120 bilangan per minit ialah 168 saat, berapakah separuh hayat
bahan radioaktif itu?
(4) Satu sampel iodin-131 didapati mempunyai keaktifan 800 bilangan per saat.
Berapakah keaktifan sampel iodin-131 selepas 16 hari jika separuh hayat iodin-
131 ialah 8 hari?
(5) Fosforus-32 mempunyai separuh hayat 15 hari. Berapa lamakah masa yang
diambil untuk 75% daripada atom-atom satu sampel fosforus-32 mereput?
(6) Tentukan separuh hayat sampel radioaktif daripada graf susutan keaktifan
melawan masa berikut:
Keaktifan/Bilangan per saat
800
600
400
200
1 2 3 4 5 6 7 8
Masa/jam
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 15
5.3 Kegunaan radioisotop
- Radioisotop ialah isotop dengan nukleus yang tidak stabil. Radioisotop akan
mereput dengan memancarkan zarah alfa, zarah beta atau sinaran gama.
- Sinaran radioaktif yang dikeluarkan membolehkan radioisotop tertentu digunakan
dengan meluas dalam bidang perubatan, pertanian dan perindustrian.
- Antara ciri-ciri sinaran radioaktif ialah
Sinar radioaktif boleh dikesan menggunakan pengesan tertentu.
Sinar radioaktif mempunyai kuasa penembusan tertentu.
Sinar radioaktif mempunyai kuasa pengionan tertentu.
Sinar radioaktif boleh membunuh sel.
Bidang perubatan
Rawatan kanser/Radioterapi
- Sinar gama daripada Cobalt-60
digunakan untuk membunuh sel
kanser.
- Sinar gama dipancarkan daripada
lubang seni pada bongkah plumbum
supaya satu alur sinar yang halus
dan ditujukan tepat kepada sel kanser
untuk mengelak kerosakan kepada
tisu-tisu yang sihat.
- Isotop fosforus-32 dan strontium-90
mengeluarkan zarah beta dapat
merawat kanser kulit.
Sinar gama dipancarkan
kepada sel kanser
Penyurihan radioaktif
- Pewarna yang mengandungi
radioisotop seperti barium-138
disuntik ke dalam badan pesakit
untuk mengesan tumor pada kepala.
- Radioisotop natrium-24 disunti ke
dalam badan pesakit untuk mengesan
tempat pembekuan darah.
- Radioisotop iodine-131 digunakan
untuk memeriksa keadaan kelenjar
tiroid.
Surihan tiroid
Penstrilan
- Sinar gama daripada Cobalt-60
digunakan untuk membasmikan
bakteria dalam proses penstrilan alat-
alat perubatan seperti termometer,
alat bedah, jarum suntikan, picagari
dan sebagainya.
Peralatan perubatan yang didedahkan
dengan sinar gama
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 16
Bidang pertanian
Pengawalan serangga perosak
- Sinar gama digunakan untuk
membunuh kumbang dan serangga
perosak dalam bidang pertanian.
- Dos sinar gama yang kecil digunakan
untuk menjadikan serangga perosak
itu mandul dan pembiakannya dapat
dikawal.
Lalat buah
Mengkaji kadar penyerapan baja
tumbuhan
- Radioisotop seperti fosforus-32 dan
nitrogen-15 dicampurkan ke dalam
baja.
- Selepas baja itu disiram, kadar
penyerapan dan jumlah yang diserap
oleh tumbuhan dapat ditentukan
dengan mengesan kuantiti
radioisotop yang terkandung dalam
daun dan batangnya menggunakan
pembilang Geiger Muller.
Penentuan kadar penyerapan baja
Bidang perindustrian
Penyemak aras pengisian tin dan
bungkusan
- Di kilang menbuat makanan, tin-tin
atau bungkusan-bungkusan yang
telah diisi akan diangkut di atas satu
tali sawat yang melalui satu punca
sinar beta dan alat pengesan seperti
tiub GM.
- Jika terdapat bungkusan atau tin
yang kurang penuh, tiub GM akan
member satu bacaan yang lebih
tinggi daripada nilai bacaan piawai.
Mengesan kebocoran paip di bawah
tanah
- Radioisotop yang mempunyai
setengah hayat pendek seperti
natrium-24 dimasukkan ke dalam
saluran paip air atau gas yang disyaki
bocor.
- Alat pengesan seperti tiub GM
kemudian digerakkan di atas
permukaan tanah di sepanjang paip
itu.
- Tempat di mana tiub GM
menunjukkan bacaan yang paling
tinggi berbanding tempat lain adalah
tempat kemungkinan besar
kebocoran berlaku.
Pembilang
Paip bawah tanah
Pengesan
Sumber radioaktif
Pembilang meter
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 17
Mengesan ketebalan bahan
- Keseragaman ketebalan sesuatu
bahan seperti kertas, kepingan
aluminium boleh disemak dengan
melalukan bahan-bahan itu di antara
satu punca beta dan sebuah alat
pengesan tiub GM.
- Bacaan alat pengesan itu akan
berkurang jika ketebalan kepingan
bahan itu bertambah.
Pengawetan makanan
- Sinar gama boleh digunakan untuk
membunuh mikroorganisma seperti
bakteria dan spora kulat yang
terperangkap dalam makanan supaya
tempoh penyimpanan makanan
dalam bungkusan dan tin dapat
dilanjutkan.
- Kaedah ini adalah mudah, selamat
dan tidak mengubah nilai zat
makanan itu.
- Buah-buahan dan makanan dalam tin
biasa menggunakan kaedah ini.
5.4 Tenaga Nuklear
Unit Jisim Atom (u.j.a.)
- Jisim satu atom adalah sangat kecil dan sukar diukur dalam unit ukuran jisim
biasa seperti gram atau kilogram.
- Maka, satu unit yang menggunakan perbandingan (relatif) di antara jisim atom
lain dengan jisim satu atom karbon-12 telah digunakan.
- Isotop karbon-12 digunakan sebagai rujukan kerana ia terkandung dalam banyak
sebatian yang ditemui di Bumi.
- Unit untuk pengukuran jisim atom ini dinamakan unit jisim atom (u.j.a).
- Jisim satu atom karbon-12 = 1.993 10
-26
kg.
- 1 u.j.a. ditakrifkan sebagai jisim yang sama dengan
12
1
daripada jisim atom
karbon-12, iaitu:
1 u.j.a. =
12
1
jisim satu atom isotop karbon-12
1 u.j.a. =
12
1
1.993 10
-26
kg
1 u.j.a. = 1.66 10
-27
kg
Sumber
beta
Pengesan
Kepingan
bahan
Pengelek
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 18
Tenaga nuklear
- Dalam suatu tindak balas nuklear atau reputan radioaktif, didapati jumlah jisim
nukleus atom baru dan zarah yang terhasil adalah sentiasa kurang daripada jisim
nukleus atom asal.
- Kehilangan atau penyusutan jisim ini telah bertukar menjadi tenaga. Tenaga
dalam bentuk haba telah dibebaskan semasa tindak balas nuklear atau pereputan
berlaku.
- Albert Einstein, seorang ahli fizik yang terkemuka telah mengemukakan satu
prinsip yang mengaitkan hubungan antara jisim dengan tenaga, iaitu Prinsip
Keabadian Jisim-Tenaga Einstein yang menyatakan bahawa jisim dan tenaga
boleh saling bertukar antara satu sama lain.
- Hubungan antara jisim dengan tenaga telah dirumuskan dalam persamaan
Einstein iaitu:
Dengan:
E = jumlah tenaga yang dibebaskan akibat penyusutan jisim (dalam unit Joule)
m = jisim yang telah menyusut yang disebut cacat jisim (dalam unit kg)
c = halaju cahaya iaitu 3.0 10
8
ms
-1
- Contoh penyelesaian masalah (1):
Persamaan di bawah menunjukkan isotop radium-226 mereput menjadi radon-222
dengan memancarkan zarah alfa. Hitungkan :
(i) Kehilangan jisim atau cacat jisim, m.
(ii) Tenaga yang dibebaskan.
He Rn Ra
4
2
222
86
226
88
+
Penyelesaian:
(i) Kehilangan jisim, m
= Jumlah jisim awal jumlah jisim akhir
= 226.54 u.j.a (222.018 u.j.a + 4.003 u.j.a)
= 0.033 u.j.a
(ii) 1 u.j.a. = 1.66 10
-27
kg
Maka, m = 0.033 1.66 10
-27
kg
m = 5.5 10
-29
kg
Tenaga yang dibebaskan, E = mc
2
= 5.5 10
-29
(3.0 10
8
)
2
= 4.95 10
-12
J
Jisim atom Ra
226
88
= 226.54 u.j.a
Jisim atom Rn
222
86
= 222.018 u.j.a
Jisim zarah He
4
2
= 4.003 u.j.a
E = mc
2
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 19
Proses-proses penghasilan tenaga nuklear
(a) Pembelahan Nukleus (Nuclear fission)
- Pembelahan nukleus ialah satu tindak balas di mana satu nukleus yang berjisim
besar dipecahkan kepada dua atau lebih nukleus yang baru yang lebih ringan dan
lebih stabil.
- Apabila proses ini berlaku terdapat penyusutan jisim dan jisim yang telah hilang itu
berubah kepada tenaga haba yang besar.
- Contoh proses pembelahan nukleus ialah pembelahan radioisotop Uranium-235.
- Apabila satu nukleus uranium-235 dibedil oleh satu neutron, satu nukleus baru
yang tidak stabil, seperti uranium-236 terhasil.
- Pembelahan nukleus terus berlaku supaya menghasilkan nukleus yang lebih stabil.
- Nukleus-nukleus barium-141 dan kripton-92 yang lebih stabil serta tiga neutron
baru dihasilkan.
- Jisim yang telah hilang berubah kepada tenaga haba mengikut persamaan E= mc
2
.
- Tindak balas di atas ditunjukkan dalam persamaan berikut:
tenaga n 3 Kr Ba U n U
1
0
92
36
141
56
236
92
1
0
235
92
+ + + +
Tindak balas berantai (Chain reaction)
- Proses pembelahan satu nukleus uranium menghasilkan tiga neutron yang baru.
- Jika tiga neutron yang dibebaskan itu membedil pada nukleus uranium-235 yang
lain, proses pembelahan nukleus akan berulang, maka semakin besar tenaga
dihasilkan.
- Rajah di bawah menunjukkan satu contoh tindak balas berantai.
Nukleus
tak stabil
Neutron
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 20
- Tenaga haba yang dibebaskan semasa tindak balas berantai boleh digunakan
untuk:
(a) Menjana tenaga elektrik (tindak balas secara terkawal dalam sebuah reaktor
nuklear)
(b) Membuat bom atom (tindak balas berantai tidak terkawal).
(b) Proses pelakuran nukleus (Nuclear fussion)
- Pelakuran nukleus berlaku apabila dua atom yang ringan bercantum untuk
membentuk satu atom yang lebih besar di samping membebaskan tenaga haba
yang besar.
- Pelakuran nukleus hanya berlaku pada keadaan suhu yang amat tinggi.
- Contoh proses pelakuran nukleus ditunjukkan dalam persamaan berikut:
tenaga n He H H
1
0
4
2
3
1
2
1
+ + +
- Nukleus deuterium dan tritium yang berhalaju tinggi berlanggar lalu bercantum
pada suhu yang sangat tinggi.
- Satu nukleus helium-4 yang lebih besar terbentuk dan satu neutron dibebaskan
seperti dalam rajah di bawah.
- Tenaga haba yang dibekalkan daripada matahari merupakan haba yang dibebaskan
akibat proses pelakuran nukleus yang berlaku di permukaan matahari.
Contoh penyelesaian masalah (2):
Persamaan berikut menunjukkan proses pelakuran isotop hidrogen:
tenaga n He H H
1
0
3
2
2
1
2
1
+ + +
Maklumat berikut mengenai zarah-zarah yang terlibat dalam persamaan di atas:
Jisim deuterium = 2.015 u.j.a Jisim helium-3 = 3.017 u.j.a
Jisim neutron = 1.009 u.j.a 1 u.j.a = 1.66 10
-27
kg
Halaju cahaya, c = 3.0 10
8
ms
-1
Berdasarkan maklumat yang diberikan, hitungkan:
(a) Kehilangan jisim.
(b) Tenaga yang dibebaskan dalam proses pelakuran itu.
Tenaga
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 21
Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear
- Kegunaan tenaga nuklear yang utama ialah dalam penjanaan tenaga elektrik di
stesen janakuasa yang menggunakan reaktor nuklear.
- Terdapat dua proses yang boleh menghasilkan tenaga nuklear iaitu pembelahan
nukleus dan pelakuran nukleus.
- Walau bagaimanapun, hanya proses pembelahan nukleus digunakan untuk
menghasilkan tenaga nuklear di dalam reaktor nuklear kerana proses pelakuran
nukleus sukar dikawal dan memerlukan suhu yang amat tinggi.
- Di dalam reaktor nuklear, tindak balas berantai yang terkawal berlaku dan tenaga
haba dibebaskan pada kadar yang tetap.
Rajah reaktor nuklear
- Dalam reaktor nuklear, proses pembelahan nukleus uranium-235 membebaskan
tenaga haba yang banyak.
- Tenaga haba kemudian memanaskan air. Air panas itu dialirkan ke luar reaktor
untuk mendidihkan air sejuk menjadi stim.
- Stim memutarkan turbin dan seterusnya memutarkan dinamo di dalam penjana
elektrik untuk menghasilkan tenaga elektrik.
- Selain daripada menjana elektrik, tenaga nuklear juga digunakan dalam kapal laut,
kapal selam, sumber tenaga satelit dan digunakan untuk pengekstrakan minyak
daripada tanah dan pembersihan minyak.
- Kos penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear lebih murah daripada
pembakaran bahan api fosil.
- Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear tidak mengeluarkan bahan
pencemar seperti gas karbon dioksida.
- Kemalangan nuklear yang mengakibatkan kematian adalah pada tahap yang
rendah.
- Walau bagaimanapun, kos pembinaan reaktor nuklear adalah tinggi dan
memerlukan teknologi dan kepakaran yang termaju.
Rod pengawal Boron
Mengawal kadar tindak balas
dengan menyerap neutron
yang berlebihan
Rod Uranium
Menghasilkan tenaga nuklear
melalui proses pembelahan
nukleus
Teras grafit
Mengawal kadar tindak balas
dengan memperlahankan
neutron yang terhasil
Dinding konkrit tebal
Melindungi alam sekitar
daripada sinaran radioaktif
Stim dialirkan untuk
memutarkan turbin
Air sejuk dialirkan
untuk dididihkan
Air panas
Menyerap tenaga haba
daripada tindak balas berantai
untuk menghasilkan stim
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 22
5.5 Kepentingan pengurusan bahan radioaktif
Kesan negatif bahan radioaktif
- Tenaga nuklear boleh menjadi suatu ancaman yang serius terhadap keselamatan
dan kesihatan orang ramai kerana sinaran radioaktif boleh terbocor jika
berlakunya kemalangan dalam logi nuklear.
- Sinaran nuklear yang terbocor akibat daripada kemalangan yang berlaku boleh :
(1) Mencemarkan alam sekikar
(2) Memusnahkan atau merosakan semua benda hidup
(3) Menyebabkan masalah genetik seperti mutasi sel.
Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan radioaktif
1. Semua bahan radioaktif hendaklah disimpan di dalam bekas berdinding plumbum
setebal beberapa sentimeter.
2. Reaktor nuklear mesti dilindungi dengan menggunakan dinding plumbum yang
tebal dan dikelilingi oleh dinding konkrit beberapa meter tebalnya.
3. Label sumber radioaktif pada bekas yang mengandungi bahan
radioaktif perlu dicatatkan dengan kelas menggunakan simbol
radioaktif.
4. Sumber radioaktif yang kuat hendaklah dikendalikan dengan
menggunakan alat kawalan jauh melalui skrin kaca berplumbum.
5. Sumber radioaktif yang lemah boleh dikendalikan dengan menggunakan
penyepit.
6. Pakaian pelindungan dan sarung tangan harus digunakan semasa bekerja dengan
bahan radioaktif.
7. Lencana filem perlu dipakai untuk memantau dos sinaran yang diterima oleh
pekerja.
8. Sisa radioaktif hendaklah diuruskan mengikut kaedah yang telah ditetapkan.
Pengurusan sisa radioaktif
- Sisa radioaktif merupakan bahan pembuangan daripada sesuatu aktiviti industri
yang menggunakan bahan radioaktif yang ditinggalkan selepas sesuatu proses
pereputan radioaktif. Sisa ini masih mampu mengeluarkan sinaran radioaktif.
- Sisa-sisa ini wujud dalam bentuk pepejal, cecair atau gas yang mempunyai
separuh hayat yang berbeza.
- Pengurusan sisa radioaktif dikelaskan kepada 3 paras:
1. Sisa radioaktif paras rendah
Sumber hospital, makmal, kilang dan stesen jana kuasa nuklear. Tidak begitu
berbahaya dan mempunyai separuh hayat yang pendek. Dilupuskan dengan
kaedah pembakaran dan ditanam.
2. Sisa radiaktif paras sederhana
Sumber stesen jana kuasa nuklear. Mempunyai keaktifan yang agak tinggi
dan separuh hayat yang panjang. Ia dikeraskan dalam blok kontrit atau
bitumen sebelum dibuang. Sisa yang mempunyai separuh hayat melebihi 30
tahun ditanam di bawah tanah yang dalam.
3. Sisa radioaktif paras tinggi
Sumber stesen jana kuasa nuklear seperti rod uranium. Mempunyai keaktifan
yang sangat tinggi dan separuh hayat yang sangat panjang. Sisa disimpan
dalam bekas keluli tebal kemudian ditanam pada kedalaman 600 m dari
permukaan bumi di kawasan yang bebas daripada kejadian gempa bumi.
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 23