You are on page 1of 17

Bab 4 Soalan Objektif 1

Bab 4: Soalan Objektf

Soalan 1 dan Soalan 2 adalah berdasarkan jadual kos pengeluaran sebuah firma seperti di
bawah
Output Jumlah kos (RM)
0 100
2 150
4 190
6 220
8 240

1. Berapakah kos sut bagi keluaran ke - 6 ?


A 15
B 30
C 36.6
D 220

2. Berapakah kos tetap dan kos berubah untuk mengeluarkan 4 unit output ?

Kos tetap (RM) Kos berubah (RM)


A 90 190
B 100 340
C 100 90
D 90 40

3. Jadual di bawah menunjukkan tingkat keluaran, jumlah kos dan kos purata firma R
dan firma S

Firma Keluaran (unit) Jumlah kos (RM) Kos purata (RM)


R M 960 30
S N 1 248 24

Berapakah M dan N
M N
A 32 52
B 960 1 248
C 990 1 272

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 2

D 28 800 29 952
4. Antara berikut yang manakah matlamat utama yang ingin dicapai oleh Encik Ezman
dan Encik Azmeer yang berkongsi mengeluarkan barangan sukan berjenama
“JAGUH” ?
A Untuk menguasai pasaran
B Untuk memaksimumkan kepuasan
C Untuk memaksimumkan keluaran
D Untuk memaksimumkan keuntungan

5. Antara berikut yang manakah bukan kegiatan pengeluaran dalam ekonomi ?


A Puan Mazafira membuat kuih karipap
B Encik Rafiz seorang pemandu lori
C Encik Rashid membeli set hi-fi di sebuah pasar raya.
D Syarikat percetakan Buku Maju mencetak majalah sekolah

Harga (RM)
S
B
X

A
6

0 30 120 Kuantiti (unit)

Rajah 4 : Penawaran pasaran barang Q

6. Rajah menunjukkan penawaran barang Q dalam pasaran. Jika pekali keanjalan harga
penawaran barang Q ialah 2, hitungkan nilai X.
A RM 7.00
B RM 10.00
C RM 42.00
D RM 15.00

7. Dalam jangka pendek , kenaikan harga ayam tidak diikuti dengan kenaikan kuantiti
penawarannya kerana
A penawaran ayam anjal
B permintaan ayam anjal
C permintaan ayam tidak anjal
D penawaran ayam tidak anjal

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 3

8. Antara langkah-langkah berikut yang manakah tidak boleh dilakukan oleh firma untuk
menambahkan output dalam jangka pendek ?
I Menambahkan bilangan pekerja
II Menambahkan saiz kilang
III Menambahkan bahan-bahan mentah
IV Menggunakan teknologi baru

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9. Apakah yang dimaksudkan dengan firma ?


A Sebuah organisasi yang menjamin pengeluaran barangan yang mencukupi
B Sebuah organisasi yang bertanggungjawab memaksimumkan kepuasan
manusia
C Sebuah organisasi yang bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat
D Sebuah organisasi yang mengeksploitasi sumber ekonomi untuk menghasilkan
barangan

Kaedah Jumlah Kos Jumlah Kos Jumlah


Pengeluaran Tetap (RM) Berubah (RM) Output (Unit)

I 2 000 2 000 1 000

II 2 000 3 000 1 000 10.


J
a
III 2 000 4 000 1 000 d
u
IV 2 000 5 000 1 000 a
l
di atas menunjukkan empat pilihan kaedah pengeluaran dan kos pengeluaran Firma X
? Kaedah pengeluaran yang manakah perlu dipilih oleh Firma X ?
A I
B II
C III
D IV

11. Pilih pernyataan yang menerangkan konsep keanjalan penawaran harga.


A Peratus perubahan kuantiti dibahagi dengan perubahan harga
B Peratus perubahan harga dibahagi dengan peratus perubahan kuantiti

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 4

C Peratus perubahan harga dibahagi dengan perubahan kuantiti


D Peratus perubahan kuantiti dibahagi dengan peratus perubahan harga.

Keluaran (unit) Jumlah kos (RM)


0 10 000
10 15 000
20 22 000
30 30 000
40 36 000
Jadual 7

12. Berdasarkan jadual 7 kirakan kos berubah bagi tingkat keluaran 30 unit.
A RM 8 000
B RM 20 000
C RM 30 000
D RM 77 000

Harga

0 Kuantiti

13. Rajah di atas menunjukkan keluk penawaran Firma X. Keluk tersebut menunjukkan
A kuantiti mempunyai hubungan langsung dengan harga
B kuantiti mempunyai hubungan songsang dengan harga
C harga dipengaruhi oleh perubahan kuantiti
D kuantiti tidak dipengaruhi oleh harga

14. Apabila harga baju RM10 sehelai, jumlah penawaran ialah 400 helai. Berapakah
jumlah baju yang dapat dipasarkan apabila harga jatuh 20% dan keanjalan harga
penawaran baju ialah 1.5 ?
A 267 C 320
B 280 D 347

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 5

Output Kos purata Kos berubah


0 - -
1 70 30
2 49 58
3 40.7 82
4 35.5 102
5 32 120
Jadual 5 : Output , Kos purata dan Kos berubah bagi Barang Z

15. Kira kos tetap


A 12 B 18
C 21 D 40

16. Antara berikut yang manakah kos tetap ?


A Upah buruh asing
B Pembelian getah asli
C Pembelian mesin
D Bayaran bil elektrik

• Keluaran adalah sifar tetapi kos ini masih perlu ditanggung


• Perubahan dalam keluaran tidak mempengaruhi kos ini

17. Antara berikut, yang manakah menepati ciri-ciri kos di atas ?


I Kos bahan mentah
II Pembayaran gaji pekerja
III Pembelian jentera
IV Kos mendirikan kilang

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 6

Soalan 18 dan 19 berdasarkan jadual di bawah.

Keluaran (unit) Jumlah kos (RM)

0 14
2 20
4 38
6 96

18. Hitungkan jumlah kos tetap bagi keluaran ke-4.


A RM9.50
B RM14.00
C RM18.00
D RM38.00

19. hitungkan kos purata bagi output ke-8, jika kos berubah ialah RM132.00.
A RM16.50
B RM18.00
C RM18.25
D RM25.00

Kos tetap RM 600


Kos berubah RM200
Kos purata RM4

20. Jadual di atas menunjukkan kos yang terlibat dalam proses pengeluaran sebuah
firma. Hitungkan jumlah keluaran firma tersebut.
A 50 unit
B 150 unit
C 200 unit
D 400 unit

21. Firma ABC telah menggunakan 6 orang pekerja untuk menghasilkan 300 unit output.
Apabila firma menggunakan 10 orang pekerja, output yang dihasilkan meningkat
sebanyak 45%. Kirakan keluaran sut bagi firma tersebut pada tingkat output yang
baru.

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 7

A 22.5 unit C 43.5 unit


B 33.75 unit D 72.5 unit

Kos tetap RM 50.00


Kos berubah RM30.00
Kos purata RM2.00

22. Maklumat di atas menunjukkan kos pengeluaran buku dalam masa seminggu oleh
firma X. Berapakah jumlah output yang dihasilkan ?
A 30 unit C 50 unit
B 40 unit D 80 unit

Jumlah kos berubah bagi firma Y


Kuantiti (unit)
(RM)
10 500
20 700
30 875
40 1 200

23. Merujuk jadual di atas, diandaikan kos tetap firma Y ialah RM500. Pada tingkat
keluaran berapakah kos purata paling rendah ?
A 10 unit C 30 unit
B 20 unit D 40 unit

Kos pengeluaran
Kaedah Keluaran
Jadual 6 (RM)
P 200 300
24. Berdasark
Q 150 300 an Jadual
6, kaedah
R 300 300
S 320 300
pengeluaran yang manakah paling cekap ?
A Kaedah P C Kaedah R
B Kaedah Q D Kaedah S

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 8

25. Jika bilangan pekerja sesebuah firma bertambah daripada 7 orang kepada 9 orang,
kos pengeluaran meningkat dari RM2 900 ke RM3 400. Sementara keluarannya
bertambah daripada 2 100 unit ke 2 300 unit. Hitungkan keluaran sut bagi keadaan
tersebut
A 100 unit C 250 unit
B 200 unit D 500 unit

26. Kuantiti penawaran suatu barang bagi sebuah firma bertambah daripada 100 unit
kepada 125 unit apabila harga itu naik daripada RM4 kepada RM5 seunit. Hitungkan
pekali keanjalan penawaran barangan tersebut.
A 0.5
B 1.0
C 1.5
D 2.0

27. Pilih kenyataan yang benar tentang keanjalan penawaran.


A Nilai pekali bagi penawaran tidak anjal adalah lebih daripada satu
B Keanjalan harga penawaran adalah tindak balas orang ramai terhadap perubahan
harga
C Penawaran suatu barangan itu dikatakan anjal jika peratus perubahan kuantiti
kurang daripada perubahan harga
D Peratus perubahan yang sama banyak dalam harga dan kuantiti adalah
menunjukkan keanjalan penawaran harga sama dengan satu

28. Antara berikut, pilihan pasangan kos tetap dan kos berubah yang betul dalam proses
pengeluaran perabut

Kos tetap Kos berubah


A Sewa kilang Syelek
B Elektrik Susut nilai mesin
C Bayaran pinjaman Faedah pinjaman
D Upah buruh Kos kayu

29. Antara berikut, yang manakah benar tentang pengeluaran ?


A Pengeluaran melibatkan pengusaha dan buruh sahaja
B Aktiviti pengeluaran merupakan proses penciptaan utiliti
C Pengeluaran tidak melibatkan perubahan bentuk bahan mentah
D Aktiviti pengeluaran hanya berkaitan dengan pengeluaran barang sahaja

30. Firma ialah

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 9

A satu unit ekonomi yang bertanggungjawab meningkatkan kebajikan manusia


B satu unit ekonomi yang bertanggungjawab memenuhi kehendak manusia
C satu unit ekonomi yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi memenuhi
kehendak manusia
D satu unit ekonomi yang menawarkan faktor-faktor pengeluaran untuk
meningkatkan taraf hidup sesebuah negara.

31. Jadual berikut menunjukkan kombinasi input tetap dan input berubah untuk
mengeluarkan barang X.

Input tetap Input berubah Jumlah keluaran

P 2 1 3
Q 2 2 12
R 2 3 27
S 2 4 37

Pada jumlah keluaran yang manakah keluaran sutnya paling tinggi ?


A 3 C 27
B 12 D 37

32. Pn. Rozita Rashid membuat kajian mengenai harga kemeja T berjenama “SAYA”. Pn.
Rozita mendapati perubahan harga yang kecil sahaja telah membawa perubahan
yang besar dalam kuantiti yang ditawarkannya. Kajian di atas menunjukkan bahawa
penawaran kemeja T tersebut adalah
A anjal
B anjal sifar
C anjal uniti
D tidak anjal

33. Keluk penawaran biasanya bercerun positif dari kiri ke kanan. Apakah yang dapat
digambarkan oleh keluk penawaran yang bersifat demikian ?
A Apabila harga sesuatu barang merosot, kuantiti penawaran juga akan merosot.
B Apabila harga sesuatu barang itu meningkat, kuantiti penawaran akan merosot
C Apabila kuantiti penawaran sesuatu barang merosot, harga barang itu akan
merosot
D Apabila kuantiti penawaran sesuatu barang meningkat, harga barang itu akan
meningkat.

34. Seorang penjual menawarkan 1 000 kilogram ubi kentang apabila harganya RM3.00
sekilogram. Apabila harga ubi kentang naik kepada RM6.00 sekilogram, jumlah yang
ditawarkan oleh penjual itu ialah 1 500 kilogram.
Hitungkan keanjalan penawarannya.

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 10

A 0.166 C 0.5
B 0.2 D 3

Soalan 35 dan soalan 36 berdasarkan jadual di bawah.

Keluaran (unit) 0 1 2 3 4 5 6
1 1 2 2 2 3
Kos (RM) 37
2 8 1 3 6 0

35. Hitungkan kos tetap bagi keluaran yang ke-3


A 11 C 21
B 12 D 23

36. Berapakah kos berubah bagi keluaran yang ke-5


A RM6 C RM30
B RM18 D RM35

Soalan 37 dan 38 berdasarkan maklumat di bawah.

Berikut ialah butiran perbelanjaan sebuah firma percetakan F.B yang mengeluarkan
100 000 unit buku setahun.

Bayaran sewa mesin RM15 000


Gaji pekerja RM32 000
Bahan mentah RM60 000
Insurans RM12 000
Kos penyelengaraan RM 8 000

37. Kos tetap firma percetakan F.B terdiri daripada


A sewa mesin dan insurans
B gaji pekerja dan sewa mesin
C gaji dan kos penyelenggaraan
D kos penyelenggaraan dan bahan mentah

38. Sekiranya firma F.B menambah keluaran kepada 110 000 unit, jumlah kos akan
meningkat kepada RM129 000. Berapakah kos sut pengeluaran firma tersebut ?
A RM0.02 C RM1.17

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 11

B RM0.20 D RM5.00

39. Kuantiti penawaran buah mangga pada harga RM2.00 adalah sebanyak 50 kilogram.
Jika nilai keanjalan 2, berapakah kuantiti penawaran yang baru jika harga buah
manggan meningkat sebanyak 25% ?
A 75 kg
B 100 kg
C 250 kg
D 450 kg

Harga (RM) S

P3

P2

P1
S

0 Q1 Q2 Q3 Kuantiti barang

40. Jika keluk penawaran firma X seperti dalam rajah di atas, apakah yang boleh
dilakukan oleh firma tersebut ?
A Menetapkan harga sesuatu barang
B Mempengaruhi harga sesuatu barang
C Mengeluarkan barang dengan kuantiti yang kecil pada harga yang tinggi
D Mengubah kuantiti barang yang ditawarkan berdasarkan perubahan harga

41. Jadual 6 di bawah menunjukkan jadual pengeluaran sebuah firma.

Input tetap Input berubah Jumlah keluaran


3 1 5
3 2 8
3 3 12
3 5 22
3 7 30
Jadual 6
Hitungkan keluaran sut firma bagi input berubah yang ke-5 ?
A 4.25 C 5
B 4.4 D 10

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 12

42. Jadual 5 di bawah menunjukkan hubungan output dengan kos purata sebuah firma

Output (unit) Kos purata (RM)


1 20
2 16
3 12
4 8
5 4

Jadual 5

Andaikan kos tetap ialah RM8.00, berapakah kos berubah pada output ke-5 ?
A RM 12.00
B RM 20.00
C RM 28.00
D RM 40.00

Jadual menunjukkan pekali keanjalan harga penawaran bagi barang P dan barang Q

Pekali keanjalan
Barang
harga penawaran
P 4
Q 0.5

43. Apakah jenis pekali keanjalan bagi barang P dan barang Q ?

Barang P Barang Q
A Anjal Anjal satu
B Tidak anjal Anjal
C Anjal Tidak anjal
D Anjal satu Anjal

44. Jadual menunjukkan keluaran , kos tetap dan jumlah kos bagi sebuah firma.

Keluaran Kos tetap (RM) Jumlah kos (RM)


0 80 80
1 80 120

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 13

2 80 18

Antara berikut, pernyataan yang manakah benar berkaitan dengan firma itu ?
I Firma beroperasi dalam jangka pendak
II Firma tidak menggunakan input berubah apabila tiada keluaran
III Firma hanya menggunakan input tetap dalam operasinya
IV Firma menanggung kos tetap yang sama walaupun jumlah keluaran meningkat

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

45. Harga penawaran satu barang berubah daripada RM5 kepada RM6 menyebabkan
kuantiti penawaran barang tersebut bertambah daripada 1000 unit kepada 1500 unit.
Berapakah pekali keanjalan harga penawaran barang tersebut ?
A 0.4 C 2.1
B 1.5 D 2.5

46. Apakah yang dimaksudkan dengan keluaran sut ?


A Jumlah keluaran bagi setiap unit input berubah
B Jumlah keluaran dikeluarkan apabila input berubah ditambah kepada input
tetap
C Perubahan dalam jumlah keluaran apabila berlaku perubahan dalam penggunaan
satu unit input tetap
D Perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada perubahan dalam penggunaan
satu unit input berubah

47. Antara berikut, faktor yang manakah mempengaruhi peningkatan penawaran


barang ?
I Penggunaan teknologi tinggi
II Jangkaan harga pada masa depan meningkat
III Cita rasa pengguna bertambah
IV Penambahan subsidi kepada pengeluar

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

48. Firma adalah organisasi yang


A merancang untuk meminimumkan kos pengeluaran
B merancang untuk mendapat keuntungan yang maksimum

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 14

C menawarkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan


perkhidmatan
D menguruskan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan.

49. Antara berikut, yang manakah kos tetap firma ?


A Bil telefon
B Sewa kilang
C Upah pekerja
D Kos bahan mentah

50. Antara berikut, yang manakah merupakan faktor penentu penawaran ?


I Harga faktor pengeluaran
II Harga barang lain
III Matlamat pengeluar
IV Promosi

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

51. Antara berikut, faktor yang manakah menyebabkan peningkatan terhadap penawaran
cakera padat ?
I Penurunan cukai jualan
II Kemajuan tingkat teknologi
III Matlamat firma untuk menguasai pasaran
IV Penurunan harga cakera padat tersebut

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

52. Keanjalan harga penawaran adalah anjal jika peratus perubahan


A dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan pendapatan
B dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan harga
Harga
C (RM) melebihi peratus
harga S perubahan dalam kuantiti ditawar
D D
pendapatan melebihi peratus perubahan kuantiti ditawar
P2
E
53. Rajah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran barang X.
P0

P1
S D
Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan

0 Q1 Q0 Q2 Kuantiti
Bab 4 Soalan Objektif 15

Apakah kesannya jika harga turun dari P0 ke P1 ?


I ketidakseimbangan pasaran berlaku
II Keseimbangan pasaran berlaku di P1
III Berlaku lebihan penawaran sebanyak Q1Q2
IV Berlaku lebihan permintaan sebanyak Q1Q2

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
54. Dalam aliran pusingan pendapatan, isi rumah menerima ganjaran daripada firma
kerana
A membeli barang-barang daripada firma
B membekalkan barang akhir kepada firma
C memberi faktor-faktor pengeluaran daripada firma
D membekalkan faktor-faktor pengeluaran kepada firma

55. Antara yang berikut, yang manakah perbezaan antara pengeluaran jangka pendek
dengan pengeluaran jangka panjang ?

Pengeluaran jangka pendek Pengeluaran jangka panjang


A Terdapat input tetap dan input berubah Terdapat input berubah sahaja
B Terdapat input berubah sahaja Terdapat input tetap dan input berubah
C Terdapat input tetap sahaja Terdapat input berubah sahaja
D Terdapat input berubah sahaja Terdapat input tetap sahaja

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 16

56. Kilang M telah mengeluarkan 180 pasang kasut sehari dengan 20 orang pekerja.
Tambahan 2 orang pekerja menyebabkan pengeluaran kasut juga bertambah menjadi
210 pasang sehari. Berapakah keluaran sut bagi pekerja ke-22 ?
A 9
B 10
C 15
D 30

57. Berikut ialah kos yang ditanggung oleh seorang pengusaha dalam pengeluaran
jangka pendek.

• Sewa Kilang
• Pembelian Mesin

Tentukan jenis kos tersebut.


A Kos sut
B Kos tetap
C Kos purata
D Kos berubah

58. Rajah menunjukkan keluk penawaran suatu barang

Harga (RM)
S

P1
b
P0
S a

0 Q0 Q1 Kuantiti (unit)

Faktor yang menyebabkan pergerakan tersebut ialah peningkatan


A harga barang itu
B kos pengeluaran

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan


Bab 4 Soalan Objektif 17

C tingkat teknologi
D jangkaan harga masa depan

59. Jadual menunjukkan peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan dan peratus
perubahan harga bagi barang X dan barang Y.

Barang Peratus perubahan kuantiti Peratus perubahan harga


X 20 10
Y 15 15

Apakah jenis keanjalan harga penawaran bagi barang X dan barang Y ?

Barang X Barang Y
A Anjal Tidak anjal
B Tidak anjal Anjal satu
C Anjal Anjal satu
D Tidak anjal Anjal

Sumber: Panitia EA Daerah Kuantan, 2008

Panitia SMK Tanah Putih, Kuantan

You might also like