You are on page 1of 18

AMALI 2: DAYA DAN PERGERAKAN Objektif: 1) Mengenalpasti jenis daya yang berbeza dalam konteks yang berbeza.

2) Mengukur pecutan pada objek yang jatuh secara bebas.

Peralatan: Satu bongkah kayu, satu biji bola ping pong, satu jalur wayar yang ditegangkan pada bongkah kayu, sebuah bikar dan sebuah buku.

Aktiviti 1: Mengenalpasti jenis daya yang berbeza dalam konteks yang berbeza.

Prosedur :

1. Bongkah kayu telah diletakkan diatas permukaan lantai. Bongkah tersebut ditolak dan pemerhatian telah dicatatkan. 2. Situasi kedua, sebiji bola ping pong dilambungkan ke udara dan pemerhatian telah dicatatkan. 3. Sejalur wayar telahdiikat kemas diantara dua batang paku yang telah dilekatkan pada sebatang kayu yang panjang. Wayar tersebut kemudianya disentuh dan pemerhatiannya dicatatkan. 4. Sebiji bola ping pong telah diletakkan didalan sebuah bikar yang berisi air. Bola tersebut kami cuba sedaya upaya untuk menolaknya kedalam air. Pemerhatian yang dilihat telah dicatatkan. 5. Sebuah buku diletakkan diatas tapak tangan. Pemerhatian direkodkan. 6. Setiap pemerhatian terhadap situasi diatas telah dicatatkan inferens seperti dalam jadual dibawah.

Keputusan:

SITUASI 1. Prosedur 1 2. Prosedur 2 3. Prosedur 3 4. Prosedur 4 5. Prosedur 5

PEMERHATIAN

INFERENS

Aktiviti 2: Mengukur pecutan bagi objek yang jatuh secara bebas

Peralatan: Jangka masa detik, pita detik, penyepit, bekalan kuasa, wayar penyambung, pemberat 50g, 100g, 150g, 200g dan 250g dan pita selofan

Prosedur:

1. Sebuah kerusi telah diletakkan diatas meja. Kemudian, jangka masa detik dikepit pada sebelah atas kerusi. 2. Sejalur pita detik telah dimuatkan melalui jangka masa detik dan pemberat 50g diikat pada pita tersebut. 3. Jangka masa detik dihidupkan dan kemudiannya pemberat 50g tersebut dijatuhkan secara bebas. 4. Kemudian, pita tersebut dipotong kepada dua strip dan disusun dalam bentuk graf. 5. Setelah selesai untuk satu pemberat, langkah 3 diulang unuk pemberat 100g, 150g, 200g dan 250g. 6. Satu graf dibina daripada strip untuk setiap kes dan menentukan pecutan mereka.

Keputusan: PECUTAN / ms-1

PEMBERAT / g 50g 100g 150g 200g 250g

Soalan:

1. Adakah nilai pecutan yang diperolehi bagi jisim yang berbeza bersamaan dengan g (pecutan disebabkan tarikan graviti bumi)?. Jelaskan.

2. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat mengenai daya yang bertindak keatas objek yang jatuh secara bebas? .

3. Jika eksperimen ini dijalankan di bulan, adakah nilai pecutan yang diperoleh bagi jisim yang berbeza sama dengan g?. Jelaskan.

Soalan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

1. Diakhir amali, jawab soalan dibawah:

a. Apakah yang anda telah pelajari daripada amali ini? (10 markah)

b. Pada bahagian manakah dalam Kurikulum Sekolah Rendah mengajar topik kecil khusus ini?

(2 markah)

c. Bincangkan bagaimana anda menggunakan amali diatas dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) (10 markah) d. Apakah peranan guru dalam amali diatas?

AMALI 3 Objektif

: KUALITI BUNYI :1) Untuk menunjukkan dan menerangkan bagaimana kualiti bunyi dihasilkan.

Bahan-bahan : 3 gelas kaca yang sama, air, mangkuk, pembaris meter, pensil dan penala garfu. Aktiviti Prosedur : Menunjuk cara penghasilan kualiti bunyi yang berbeza. :

1. Sebiji mangkuk diisi dengan air. Kemudian, penala garfu diketuk pada tapak kasut. Hujung salah satu gigi garfu diletakkan di dalam air. Pemerhatian

direkodkan. 2. Penala garfu ditutup semula. Apa yang akan berlaku jika anda meletakkan penala garfu berdekatan dengan telinga anda? Hasil bunyi direkodkan. 3. 3 biji botol gelas diisi dengan air. Botol A 4 penuh, botol B 2 penuh dan botol C penuh 4. Jarak puncak botol dengan permukaan air diukur. Kemudian, tinggi air di dalam setiap botol diukur. Ukuran direkodkan. 5. Jangkakan perbezaan kelangsingan bunyi yang dihasilkan jika anda meniup botol. Alasan berdasarkan jangkaan diberikan. 6. Jangkaan anda diuji dengan meniup setiap puncak botol. Dengarkan bunyi yang dihasilkan. Terangkan setiap bunyi dalam sebutan rendah, sederhana dan tinggi. Setiap bunyi direkodkan. 7. Apabila bahagian sisi botol diketuk dengan pensil, anda menghasilkan bunyi lain. Adakah bunyi tersebut menyamai atau berbeza daripada bunyi hasil dari tiupan pada puncak botol? Terangkan. 8. Jangkaan anda diuji dengan cara mengetuk bahagian sisi setiap botol dengan pensil. Setiap bunyi direkodkan.

Botol

Panjang

Ketinggian

Kelangsingan bunyi dengan

Kelangsingan

bunyi dengan

ruang udara air (cm) (cm)

dihasilkan dihasilkan meniup mengetuk sisi

botol

puncak botol A B C Jadual 1 Soalan :

dengan pensil.

1. Dalam prosedur 6, botol manakah mempunyai bunyi paling langsing? Apakah yang menyebabkan perubahan kelangsingan bunyi pada setiap botol?

2. Terangkan bagaimana bunyi dihasilkan dalam prosedur 8? Botol manakah yang menghasilkan kelangsingan tertinggi? Apakah sebab perubahan kelangsingan bunyi pada setiap botol?

3. Bandingkan bunyi yang dihasilkan melalui meniup puncak botol dengan bunyi melalui ketukan botol. Apakah perbezaannya? Terangkan pemerhatian anda.

4. Berdasarkan

jadual

keputusan

anda,

bagaimana

panjang

ruang

air

mempengaruhi kelangsingan bunyi? Bagaimana tinggi air memberi kesan terhadap bunyi?

5. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai hubung kait antara bunyi yang dihasilkan dengan ruang bunyi bergerak.

6. FIKIRKAN : Violin adalah alat muzik yang bertali. Seruling dan klarinet adalah alat tiup dan trompet adalah alatan loyang. Apakah persamaan semua alat muzik tersebut?

Penguasaan Pengetahuan Dan Kemahiran Soalan : 1. Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan tersebut : a) Apa yang dapat anda pelajari daripada aktiviti ini? b) Dalam kurikulum sains sekolah rendah, dalam bahagian manakah topik ini diajar? c) Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran? d) Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

AMALI 4 Objektif

: MIKROSKOP DAN TELESKOP : Untuk mengenalpasti keadaan penting bagi meningkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi dan mikroskop

Bahan

: batang pemasang, plastisin (tanah liat) , pemegang kanta, kanta cembung (+2.5 D,+7D,+14D, +20 D)

Aktiviti 1 : Membina sebuah teleskop astronomi ringkas. Prosedur : 1. Kanta mencapah yang berlainan titik fokus diberi. Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana anda membina teleskop.

2. Teleskop astronomi dibina dan diuji dengan fokus yang berada pada suatu jarak objek.Pembesaran teleskop dikenalpasti.

3. Bagaimana untuk meningkatkan kuasa pembesaran teleskop?fikirkan.

Aktiviti 2 : Membina sebuah mikroskop Prosedur : 1. Kanta cembung yang berlainan titik fokus diberi. Dengan bantuan diagram, terangkan bagaimana anda membina mikroskop.

2. Mikroskop dibina dan diuji dengan berfokus pada objek kecil. Pembesaran mikroskop dikenalpasti.

3. Bagaimana untuk meningkatkan pembesaran kuasa mikroskop?fikirkan.

Soalan : 1. Nyatakan fungsi kedua-dua kanta objek dan kanta mata teleskop astronomi. 2. Bagaimana anda meningkatkan pembesaran kuasa bagi kedua-dua teleskop astronomi dan mikroskop?

3. Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi kedua-dua aktiviti di atas?kenapa?

Pengetahuan Masteri dan Soalan Berkemahiran:

1.

Pada akhir praktikal ini, jawab semua soalan yang berikut: a) Apakah yang kamu dapat pelajari dalam praktikal ini?

b) Bahagian manakah di dalam sukatan kurikulum sains sekolah rendah yang mengajar topik ini?

c) Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan praktikal ini dalam pengajaran dan pembelajaran?

d) Apakah peranan guru dalam praktikal ini?

AMALI 5:

LITAR ELEKTIK

Objektif:

Mengenalpasti kebaikan dan keburukan litar bersiri dan selari.

Perkakas: Pemegang bateri, bateri, beberapa wayar penebat, ammeter,voltmeter, mentol.

Aktiviti 1:

Membina litar bersiri dan selari yang mudah.

Prosedur:

1.

Dengan menggunakan bateri, pemegang bateri, beberapa wayar dan dua mentol untuk setiap litar, kedua-dua nya telah dibina seperti gambar berikut.

2.

Semua wayar disambungkan dan mentol diperhatikan.

3.

Kemudian, ammeter dan voltmeter disambungkan pada kedua-dua litar. Satu jadual dibina untuk merekod data bacaan.

4.

Mentol pertama tidak diskrukan untuk setiap litar. Pemerhatian dibuat pada mentol kedua dan bacaan ammeter dan voltmeter untuk setiap litar direkodkan.

5.

Seterusnya, mentol pertama disambungkan kembali dalam litar A secara bersiri. Pemerhaian dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.

6.

sekarang, mentol 1 di litar B disambungkan semula secara selari. Pemerhatian dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.

Soalan: 1. Apakah yang terjadi pada mentol dalam litar bersiri jika salah satu mentol terbakar?. Jelaskan. 2. Apakah yang terjadi pada mentol dalam litar selari jika salah satu mentol terbakar? Jelaskan 3. Anda sedang membina satu utas rantaian lampu menggunakan beberapa mentol. Bagaimanakah kecerahan cahaya lampu berkaitan samada anda menyambungnya secara bersiri atau selari? 4. Apakah akan terjadi kepada mentol di dalam litar bersiri jika satu lagi mentol ditambah kedalam litar tersebut secara bersiri? Jelaskan. 5. Apakah akan terjadi kepada mentol di dalam litar selari jika satu lagi mentol yang lain ditambah dan dipasangkan secara selari didalam litar tersebut?. Jelaskan.

Aktiviti 2:

Membina litar gabungan siri dan selari.

Prosedur:

1.

Satu litar dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, suis, beberapa wayar, 3 mentol.

2. 3.

Suis disambungkan dan mentol diperhatikan. Sekarang, ammeter dan voltmeter disambungkan untuk mengukur arus dan potential difference melalui setiap mentol. Jadual dibina untuk merekod data bacaan.

4.

Mentol 1 dialihkan. Pemerhatian pada mentol yang tinggal dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.

5.

Mentol 2 dialihkan. Pemerhatian pada mentol yang tinggal dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.

Soalan: 1. Apakah yang terjadi pada mentol yang lain apabila mentol 1 dialihkan daripada bekasnya?. Jelaskan. 2. Apakah yang terjadi pada mentol yang lain apabila mentol 2 dialihkan?. Jelaskan.

3. Adakah anda mahukan litar dirumah anda dipasang secara bersiri atau selari atau kombinasi keduanya? Jelaskan alasan anda.

Penguasaan Pengetahuan Dan Kemahiran Soalan : 2. Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan tersebut : a) Dalam kurikulum sains sekolah rendah, dalam bahagian manakah topik ini diajar?

b) Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran?

c) Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

AMALI 6:

ARUHAN DAN AND PEMINDAHAN ARUS ELEKTRIK

Objektif : Untuk menyiasat faktor yang mempengaruhi magnitud arus yang teraruh.

Bahan /Material : gegelung kuprum, galvanometer, dan magnet,

Aktiviti 1: Menyiasat arus yang teraruh.

Prosedur: 1. Gegelung kuprum dihayunkan sebanyak 10-20 lilitan sebanyak dua jari. Setiap penghujung disambungkan kepada Galvanometer yang sensitif. 2. Siasatan dilakukan apabila: (a) (b) (c) (d) (e) Kutub utara pada magnet digerakkan ke arah gegelung. Kutub utara pada magnet digerakkan menjauhi gegelung. Kutub utara pada magnet digerakkan secepatnya ke arah gegelung. Gegelung digerakkan melalui magnet. Magnet berada dalam keadaan pegun di dalam gegelung.

3. 4.

Prosedur 2 (a) hingga (e) diulangi menggunakan kutub selatan pada magnet. Kemudian, gegelung kuprum dihayunkan kepada 40 lilitan menerusi dua jari. Setiap penghujung dihubungkan kepada galvanometer yang sensitif. Prosedur 2 (a) hingga (e) diulangi menggunakan kutub utara pada magnet.

5.

Magnet yang kuat dibuat menggunakan dua atau tiga magnet yang diikat bersama dengan kedua kutub utaranya pada kedudukan yang sama hujungnya. Prosedur 2 (a) hingga (e) diulangi dengan menggunakan magnet yang kuat ini.

Soalan :

1. Apakah yang terjadi jika magnet digerakkan ke arah dalam gegelung? Jelaskan.

2. Apakah yang akan terjadi jika magnet dibiarkan berada dalam keadaan pegun di dalam tengah magnet? Jelaskan.

3. Apakah yang akan terjadi jika magnet digerakkan terlalu cepat ke dalam gegelung? Jelaskan.

4. Apakah yang akan terjadi jika magnet yang kuat digerakkan ke dalam gegelung? Jelaskan.

5. Apakah yang akan terjadi jika magnet berada dalam gegelung yang mempunyai banyak lilitan? Jelaskan. . 6. Apakah yang perlu kamu lakukan untuk menambah magnitud pada arus yang teraruh?

Aktiviti 2 : Membina penambah dan penurun transformer.

Objektif : Untuk mendemostrasikan penggunaan transformer dalam pemindahan arus elektrik.

Bahan/Material: Wayar tembaga yang diselaputi dengan PVC, besi lembut C-core, a.c. punca kuasa, suis, mentol, a.c. ammeter, a.c. voltmeter, dan C-core clamp.

Prosedur: 1. Wayar tembaga yang diselaputi dengan PVC dililitkan sebanyak 10 lilitan kepada besi lembut C-core dan gegelung tersebut dihubungkan kepada kuasa dan suis. Gegelung ini merujuk kepada gegelung asas. 2. Wayar dililitkan sebanyak 25 lilitan kepada C-core yang lain dan setaip hujung gegelung disambungkan kepada mentol. Diagram di bawah menunjukkan a.c. punca

bagaimana meter yang dihubungkan untuk mengukur arus dan perbezaan keupayaan di dalam gegelung asas.

3.

Kemudian meter dihubungkan sekali lagi untuk mengukur arus dan perbezaan keupayaan di dalam gegelung kedua seperti yang ditunjukkan dalam diagram di bawah.

4.

Dalam transformer di atas, bilangan lilitan dalam gegelung kedua lebih banyak daripada gegelung yang pertama. Apakah nama bagi transformer ini? Suis dihidupkan dan pemerhatian direkodkan.

5.

Sekarang hubungan bagi kedua-dua gegelung diterbalikkan.bilangan lilitan bagi gegelung kedua lebih kecil dari yang pertama. Apakah nama bagi transformer? Suis dihidupkan dan ukuran direkodkan.

Soalan :

1. Untuk transformer injak naik, arus apakah yang kamu jangkakan akan lebih besar. Gegelung pertama atau kedua?

2. Bagaimanakah kamu akan mengukur kuasa input dan kuasa output bagi transformer injak naik dan apakah nilainya?

3. Nisbah bagi kuasa output kepada kuasa input dikira. Nisbah dikenali sebagai apa?

4. Dalam pemindahan arus eletrik, kuasa yang hilang dalam setiap kabel elektrik dikira menggunakan formula, Kuasa yang hilang dalam setiap kabel elektrik = I2 R dimana I adalah arus dan R adalah rintangan dalam kabel. Bagaimanakah kehilangan kuasa ini dapat dikurangkan?

5. Jelaskan

peranan

transformer

penaik

dalam

membantu

mengurangkan

kehilangan kuasa sewaktu pemindahan arus elektrik.

6. Bagi transformer injak turun, arus yang manakah yang dijangkakan akan menjadi lebih besar- gegelung pertama atau kedua?

7. Apakah nilai kuasa input dan kuasa output yang diperoleh bagi transformer penaik dan transformer penurun?

8. Jelaskan peranan transformer penurun dalam pemindahan arus elektrik.

Pengetahuan masteri dan soalan berkemahiran:

1.

Pada akhir praktikal ini, jawab semua soalan yang berikut: (a) Apakah yang kamu dapat pelajari dalam praktikal ini?

(b) Bahagian manakah di dalam sukatan kurrikulum sains sekolah rendah yang mengajar topik ini?

(c) Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan praktikal ini dalam pengajaran dan pembelajaran?

(d) Apakah peranan guru dalam praktikal ini?

You might also like