You are on page 1of 12

Amali :

Pembiakan Tumbuhan Pendebungaan dan pencaran buah dan bijih benih

Tujuaan:

1. Mengenalpasti dan mengkelaskan tumbuhan berdasarkan jenis agen pendebungaa maklumat. 2. Mendapatkan maklumat berkaitan tumbuhan dengan buah dan biji benih yang terubah suai untuk cara penyebaran yang berbeza.

Hipotesis:

Agen pendebungaan dan pencaran buah atau bijih benih yang berbeza menyebabkan tumbuh-tumbuhan mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Teori:

Pendebungaan ialah proses yang melibatkan debunga dipindahkan dari anter ke stigma dalam pembiakan tumbuhan, lalu membolehkan penyuburan dan pembiakan seks. Terdapat dua jenis pendebungaan iaitu pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk. Pendebungaan sendiri ialah perpindahan debunga pada pokok yang sama, manakala pendebungaan kacuk pada pokok yang lain spesies yang sama. Antara dua jenis pendebungaan ini, pendebungaan kacuk adalah lebih baik berbanding dengan pendebungaan sendiri kerana proses ini dapat menghasilkan tumbuhan baru yang lebih sihat dan tahan penyakit, berciri baru dan boleh mengeluarkan hasil yang lebih berkualiti dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu, bagi mengalakkan pendebungaan kacuk dan membolehkan biji benih disebarkan ke tempat yang lebih jauh, pendebungaan boleh terjadi dalam beberapa cara termasuklah melalui bantuan manusia, haiwan, angin dan air. Setiap bunga yang didebungakan oleh agenagen tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan berhubung kait dengan habitatnya. Pencaran ialah proses penyebaran buah dan biji benih ke tempat pertumbuhan yang baru oleh agen-agen pencaran. Proses ini berlaku adalah untuk untuk mengelakkan persaingan dan kesesakan untuk

mendapatkan keperluan hidup seperti air, garam mineral dan cahaya matahari yang membolehkan individu bermandiri. Proses pencaran ini memerlukan bantuan agen-agen tertentu untuk membawa buah atau biji benihnya jauh dari induknya. Agen-agen pencaran termasuklah angin, air, manusia dan haiwan serta

mekanisma letupan.

Bahan dan Alat : Buku nota, Pen, Kamera, Beg plastik yang diguanakan untuk mengambil bunga atau buah atau biji benih

Prosedur: 1) Bersama-sama dengan beberapa orang rakan sekelas, saya telah

mengelilingi dan memerhatikan sekeliling kampus. 2) Buah dan biji benih telah diperhatikan dan ditangkap gambar dengan menggunakan kamera. 3) Gambar-gambar telah dinamakan dan dilabelkan. 4) Bunga-bunga yang ditentukan telah diasingkan dan dikelaskan dengan mengikut agen pendebungan mengasingkannya bunga mengikut jenis agen pendebungaan yang diadaptasinya. 5) Ciri-ciri buah dan biji benih telah dikenalpastikan berdasarkan jenis penyebaran biji benihnya. 6) Semua pemerhatian dan data telah direkodkan dalam jadual.

Pemerhatian: 1. Pendebungaan 1.1 Bagi Agen Serangga:

Rajah 1.1.1 Rama-rama

Rajah 1.1.2 Lebah-lebah

Rajah 1.1.3 Kupu-kupu Serangga merupakan salah satu agen yang penting bagi membantu pendebungaan bunga. Hal ini kerana serangga akan mendatangi bunga bagi sumber makanan terutamanya untuk mengambil madu yang diingini oleh serangga seperti rama-rama, lebah ataupun kupu-kupu. Apabila serangga bersinggah di bunga untuk mendapatkan madu, butir debunga yang melekat akan menempel pada rambut kaki atau badan serangga. Selepas itu, serangga akan menerbang dari bunga ke bunga yang lain. Secara tidak

langsung, debunga yang dibawa oleh serangga akan melekat juga pada stigma bunga yang lain. Maka, dapat berlaku proses pendebungaan pada bunga tersebut. Pendebungaan yang dibantu oleh agen serangga boleh berlaku sama ada pendebungaan sendiri atau pendebungaan kacuk. Oleh itu, perpindahan serangga dari satu bunga ke bunga lain dapat mempercepat proses pendebungaan.

Tumbuhan-tumbuahan yang didebungakan oleh serangga biasanya mempunyai ciriciri tersebut. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Bunganya biasa bersaiz besar Ranggi berwarna cerah untuk menarik perhatian serangga Mempunyai madu supaya dapat menghasilkan bau dan manis Filamennya pendek supaya anter berada di dalam ranggi Anter kecil yang menghasilkan butir debunga yang sedikit Stil pendek Stigma yang melekit untuk memudahkan persenyawaan Butir debunga yang boleh melekit pada badan serangga Tangkai panjang

1.1 Bagi Agen Haiwan :

Rajah 1.2.1 Siput

Rajah 1.2.2 Burung Madu

Rajah 1.2.3 Kelawar Siput, burung madu dan kelawar merupakan jenis agen haiwan yang dapat membantu dalam pendebungaan. Seperti serangga, burung madu dan kelawar dapat membantu pendebungaan tumbuh-tumbuhan apabila mengambil makanan atas tumbuhan tersebut. Perbezaan antara burung madu dan kelawar adalah burung madu adalah untuk mendapat madu dari bunga manakala kelawar adalah untuk mendapat buah dari tumbuh-tumbuhan. Apabila mereka mendekati tumbuhtumbuhan tersebut, butir debunga akan melekat pada kaki atau badan haiwanhaiwan tersebut. Seterusnya, butir debunga dapat dipindah ke stigma-stigma di bunga lain apabila burung madu atau kelawar berpindah ke bunga lain.

Bagi haiwan siput, siput boleh dijadikan pollinator pada bunga yang memiliki anther dan stigma yang mempunyai kedudukan yang hampir atau sama tinggi. Badan siput yang berlendir amat membantu dalam pendebungaan. Siput akan merambat pada permuakaan bunga, membawa butir debunga yang menempel di kakinya yang berlendir menuju putik

Bunga yang didebungakan oleh haiwan mempunyai ciri-ciri berikut: i. Bunganya biasa bersaiz besar dan ranggi berwarna cerah untuk menarik perhatian haiwan ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Mempunyai madu sebagai makanan haiwan Berbau manis Filamennya pendek supaya anter berada di dalam ranggi Anter kecil yang menghasilkan butir debunga yang sedikit Stil pendek Stigma yang melekit bagi menerima butir debunga dengan mudah. Butir debunga yang boleh melekit pada badan serangga

2. Agen pencaran biji behih 2.1 Bagi Angin:

Rajah 2.1.1 Nama: Angsana Nama:

Rajah 2.1.2 Dandelion

Nama Saintifik : Pterocarpus indicus

Nama Saintifik : Taraxacum

Ciri-ciri Biji benih/buah : 1. Saiz adalah kecil 2. Ringan 3. Mempunyai sayap 4. Boleh diterbangkan 5. Mudah ditiupkan oleh angin

Ciri-ciri Biji benih/buah : 1. Ringan 2. Saiz adalah kecil 3. Berbulu kecil 4. Boleh diterbangkan 5. Mudah ditiupkan oleh angin

2.2 Bagi Air:

Rajah 2.2.1 Nama: Kelapa Nama:

Rajah 2.2.2 Buah teratai

Nama Saintifik : Cocos nucifera

Nama Saintifik : Nelumbo nucifera

Ciri-ciri Biji benih/buah : 1. Ringan 2. Buah bersabut 3. Buah dalamannya berisi rongga udara 4. Kulit luar mengilap, tipis, dan kuat 5. Kulit buah kalis air supaya biji benih tidak rosak 6. Buah boleh terapung dalam

Ciri-ciri Biji benih/buah : 1. Ringan 2. Kulit licin 3. Mempunyai rongga udara 4. Boleh terapung atas air 5. Biasanya tumbuh di dalam air

tempoh yang lama. 7. Biasanya tumbuh berdekatan air atau di pesisir pantai.

2.3 Bagi Mekanisma Letupan:

Rajah 2.3.1 Nama: Buah Keembung Nama:

Rajah 2.3.2 Clover

Nama Saintifik : Impatiens Balsamina

Nama Saintifik : Oxalis acetosella

Ciri-ciri Biji benih/buah : 1. Kulit buah kering dan keras

Ciri-ciri Biji benih/buah : 1. Kulit buah kering dan keras bila masak 2. Mempunyai garis di antara karpelkarpel buah

apabila masak 2. Mempunyai garis di antara karpelkarpel buah 3. Buah akan pecah akibat

3. Buah

akan

pecah

akibat

tegangan pada kulitnya 4. Biji benih tercampak keluar.

tegangan pada kulitnya 4. Biji benih tercampak keluar.

2.4 Bagi Haiwan:

Rajah 2.4.1 Nama: Kemuncup Nama:

Rajah 2.4.2 Durian

Nama Saintifik : Mimonasu pudica L

Nama Saintifik : Durio zibethinus

Ciri-ciri Biji benih/buah : 1. Ringan 2. Bercangkuk 3. Boleh

Ciri-ciri Biji benih/buah : 1. Warna yang cerah 2. Bau yang wangi 3. Isi buah untuk dimakan 4. Rasa yang sedap 5. Memiliki biji benih yang keras dan tidak boleh dihadam

melekat pada badan

haiwan

Perbincangan: Selepas menjalankan permerhatian dan eksperimen di atas, saya dapat menentukan ciri-ciri bunga atau tumbuhan yang berbeza dengan mengikutkan kelas agen berbeza. Ciri-ciri tumbuhan bagi agen serangga dan haiwan adalah lebih kurang sama, hanya terdapat sedikit perbezaan sahaja. Hal ini kerana kedua-dua jenis tumbuhan perlu menarik perhatian daripada serangga atau haiwan. Mereka perlu mempunyai visual dan bau yang kuat dan manis. Bunga mereka juga berwarna-warni dan besar. Sebenarnya, terdapat lagi satu jenis agen pendebungaan bunga, iaitu angin. Akibat kekurangan bahan dan tumbuhan di sekitar kampus kita, tumbuhan yang memerlukan agen angin untuk pendebungaan tidak dapat didapati. Ciri-ciri bagi tumbuhan agen angin adalah amat berbeza dengan ciri-ciri agen serangga dan haiwan. Hal ini kerana tumbuhan jenis ini adalah bergantung pada angin. Ciri-ciri mereka perlu ringan dan mudah ditiupkan oleh angin manakala bagi agen serangga dan haiwan adalah tidak diperlukan. Perbezaan ini menunjukkan lagi setiap jenis tumbuhan mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan mengikuti agen masing-masing. Dengan bantuan agen-agen pendebungaan, pendebungaan kacuk dapat dilaksanakan secara meluas. Pendebungaan kacuk merupakan pendebungaan yang berlaku pada pokok lain tetapi spesies yang sama. Dengan ini dapat menghasilkan tumbuhan baru yang lebih sihat dan tahan penyakit seterusnya dapat meningkatkan produksi tumbuh-tumbuhan. Apabila butir debunga jatuh ke atas stigma, persenyawaan dua ganda akan berlaku seterusnya menghasilkan buah dan biji benih. Pencaran biji benih akan berlaku apabila biji benih terbentuk supaya dapat mengelakkan persaingan dengan tumbuhan induk. Keempat-empat agen iaitu agen angin, agen air, agen haiwan atau manusia dan agen mekanisma letupan yang membantu dalam pencaran biji benih akan menentukan ciri-ciri tumbuhan. Ciri-ciri tumbuhan akan berbeza dengan mengikut cara penyebaran biji benih masing-masing. Selain itu, ciri-ciri biji benih bagi sesuatu tumbuhan juga amat dipengaruhi oleh habitat yang dialami.

Kesimpulan:

Agen pendebungaan dan pencaran buah atau bijih benih yang berbeza menyebabkan tumbuh-tumbuhan mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Rujukan :

Abdulaziz. (2012). Pemancaran Biji Benih. Didapatkan February 1, 2014, daripada Scribd: http://www.scribd.com/doc/129100328/Pemencaran-Biji-Benih Aslina Awang. (2012, February). Pengenalan Pendebungaan. Didapatkan January 22, 2014, daripada Scribd: http://www.scribd.com/doc/170259764/PENGENALAN-PENDEBUNGAAN Foo Yuen Kooi. (2003). STPM BIology Volume 1. Bangi: Penerbit Pelangi. Liew Shee Leong, Lee Soon Ching dan Chan Cheok Lean. (1984). Biologi STPM Jilid 1. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Wai, M. C. (2003). Biologi SPM Tingkatan 4-5. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

You might also like