You are on page 1of 14

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN Bahagian 1

TAJUK TUJUAN : : BATUAN Mengenalpasti dan mengelaskan tiga jenis batuan mengikut spesifikasi.
a) Batu Igneous Batu Sedimentary Batu Metamorfik

b) c) BAHAN RADAS : :

9 jenis batu 100ml air, duit syiling , kepingan logam, piring petri, bikar, silinder penyukat, penimbang elektronik .

PENGENALAN

Bumi diliputi lapisan luar berbentuk batuan keras yang disebut kerak bumi. Kerak bumi terdiri daripada kombinasi satu atau lebih mineral, dan biasanya terdiri daripada unsur-unsur seperti karbon, oksigen dan besi. Terdapat kira-kira 3000 jenis mineral yang berbeza di dalam perut bumi. Mineral ialah bahan binaan bagi batuan. Hal ini bermakna batuan terdiri daripada satu atau lebih komposisi mineral. Sebagai contoh batu granit terbentuk daripada campuran mika, kuarza dan lain-lain. Seterusnya batuan ini akan membentuk kerak bumi. Batuan bolah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu batuan igneus, batuan enapan dan batuan metamorphosis ( jelmaan). Ketiga-tiga jenis batuan di atas berbeza dari segi warna, kandungan mineral, struktur dan tekstur, keasidan, kekerasan dan ketahanan serta cara pembentukan. Komposisi mineral batuan dapat ditentukan berdasarkan sifat-sifat batuan seperti: i) Keras dan lembut mineral yang membentuk batuan. Jika mineral yang membentuk batuan adalah keras, maka batuan tersebut akan tahan dan stabil seperti batuan granit. Jika mineral yang membentuk batuan adalah lembut, maka batuan tersebut akan lemah serta mudah dilulurhawakan seperti batu kapur. Keras dan lembut mineral pembentuk batuan sering kali dirujuk kepada skala kekerasann yang diberikan oleh Mohs.

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN


Oleh sebab itu, bagi kumpulan batuan igneus seperti granit, riolit dan andersit adalah keras disebabkan oleh mineral yang membentuknya keras iaitu terdiri daripada feldspar dan kuarza (tahap 6 dan 7). Batu kapur pula dibentuk oleh mineral kalsit yang lembut ( tahap 3), maka mudah dilulurhawa dan digondolkan.

ii)

Kestabilan mineral dan bahan perikat yang membentuk batuan. Sesetengah batuan mendak dibentuk menerusi proses penyimenan. Oleh itu, batuan mendak mempunyai banyak bahan perikat untuk menyimen mineral-mineral pembentuk tersebut. Kestabilan bahan perikat ini menjamin keteguhan batuan. Mengikut Bowen, mineral seperti Kuarza, feldspar dan biotit diikat olah bahan perikat yang stabil manakala mineral seperti olivine, augit, dan anotit diikat oleh mineral yang tidak stabil. Darjah mobility atau pergerakan mineral apabila menerima kehadiran air dan asid lemah. Mineral yang paling cepat bergerak dan bergerak balas akan menyebabkan batuan itu menjadi lemah seperti mineral kalsium, natrium, magnesium dan kalium. Mineral seperti kuarza, mika, ferum, dan aluminum yang lambat bertindak balas menyebabkan pembentukan batuan yang teguh. :

iii)

LANGKAH-LANGKAH:

1. Sampel batu dikumpul, dilabel dengan tarikh dan tempat dijumpai. 2. Batuan dikenalpasti dan dikelaskan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. 4. Seterusnya, setiap jenis batuan dikenalpasti berdasarkan jenis mineral yang terdapat dalam batuan tersebut. Jenis batuan dikenalpasti berdasarkan jenisnya dan diberi nama kemudian dilabelkan. 5. UJian dijalankan ke atas batu bagi menguji jenis batu, warna, berat, Isipadu, kegilapan,
kekerasan, lapisan, textur dan corak. 6. Pemerhatian direkodkan dalam jadual 1.

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN


KEPUTUSAN / HASIL DAPATAN : JENIS BATUAN NAMA BATUAN WARNA JISIM (g) ISIPADU (ml) KILAUAN KEKERASAN
(SKALA MOPS)

LAPISAN

TEKSTUR RUPA BENTUK

Shale

Kelabu

232

90

Tiada

Ada (berlapis)

Licin

Conglomerate

Perang

77

20

Tiada

Ada (berlapis)

Kasar

SEDIMENTARY

Rock gypsum

Putih Kelabu

30

14

Tiada

5.5

Ada (berlapis)

Kasar

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN


Tuff Perang 192 90 Tiada 4 Tiada Kasar

Rhyclite

Perang

391

Tiada

5.5

Tiada

Licin

IGNEUS

Sycnite

Hitam putih

25

10

Tiada

5.5

Tiada

Kasar

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN


Metachonglo merate Merah 245 150 Tiada 4 Tiada Kasar

Slate grey METAMORFIK

Kelabu

170

80

Tiada

Tiada

Licin

Migmatite

Putih

92

40

Tiada

5.5

Tiada

Kasar

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN


PERBINCANGAN : 9 jenis batu yang mempunyai cirri yang berlainan telah dikenalpasti dan diuji dengan beberapa kaedah untuk menentukan ciri-cirinya. Setelah dianalisis satu persatu batuan ini, saya mendapati setiap batuan ini mempunyai jisim yang berbeza, tekstur yang berbeza, kekilatan yang berbeza Cuma apa yang sama adalah dari segi kekerasan. Batuan juga berkitar dan berubah-ubah mengikut ruang dan masa. Kitar batuan ditakrifkan sebagai perubahan yang dialami oleh batuan seperti kejadian batuan baharu, pemusnahan batuan atau perubahan fizikal dan kimia batuan akibat prosesproses dalaman dan luaran bumi. Kerana tempoh masa yang sangat panjang, batuan mendak ini terus tertimbus jauh ke dalam bumi akibat daripada pemendapan yang berlanjutan sehingga batuan mendak tadi mengalami tekanan dan suhu yang tinggi. Akibat daripada tekanan dan suhu yang tinggi, maka batuan mendak akan bertukar menjadi batuan metamorphosis.Suhu dan tekanan di dalam perut bumi sentiasa tinggi dan menyebabkan batuan metamorphosis yang baharu terbentuk mudah lebur dan cair lalu bertukar kepada magma. Magma yang cair akan dipaksa naik ke permukaan bumi dan membeku di dalam lapisan lapisan kerarak bumi atau dipermukaan bumi. Magma yang membeku membawa maksud batuan metamorphosis telah bertukar kepada batuan igneus. KESIMPULAN : Perbezaa jenis batuan menentukan konfigurasi (kepelbagaian) bentuk bumi di sesebuah kawasan kerana batuan unsur yang membentuk muka bumi. Ciri-ciri ini menunjukkan sifat-sifat geologi. Batuan yang menjadi asas pembentukan bentuk bumi itu pula sentiasa mengalami proses-proses geomorfik (gondola) melalui agen luluhawa, hakisan dan proses gerakan jisim. Melalui proses ini maka dapat disimpulkan bahawa mineral memainkan peranan utama dalam kehidupan dan taraf hidup manusia. Ia menjadi semakin penting dan pada masa ini kita bergantung terhadap mineral dalam pelbagai perkara, dari pembinaan
EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN


bangunan pencakar langit hingga kepada pembuatan alatan elektronik teknologi tinggi. Sesungguhnya tanpa mineral masyarakat moden tidak akan wujud kerana ianya sebagai penyumbang kerangka asas pengeluaran industri. Selain daripada itu batu-batuan ini menjadi penting kepada ahli-ahli geologi terutamanya dalam menentukan umur bumi.

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN Bahagian 2


Berkenaan dengan lawatan anda ke Jabatan Mineral dan Goelogi anda dikehendaki untuk menyelesaikan tugasan tersebut. 1. Kenalpasti kawasan dan tanda kawasan pada peta dimana anda dapat menjumpai ketiga-tiga batuan di Timur dan Barat Malaysia. Malaysia Barat: Batuan Igneus banyak terdapat di kawasan bukit bukau seperti di banjaran-banjaran di Malaysia. Contohnya Banjaran Titiwangsa. Batuan Enapan banyak terdapat di kawasan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Batuan Metamorfik banyak terdapat di kawasan Gua Musang Kelantan, Pulau Langkawi dan Raub Pahang.

Malaysia Timur: Batuan igneus banyak terdapat di kawasan pergunungan di Taman Sabah. Batuan jenis ini banyak didapati dikawasan lereng-lereng gunung yang curam dan mempunyai tekstur yang kasar. Batuan Enapan banyak terdapat di kawasan Gunung Kinabalu di Sabah. Batuan Mateamorfik banyak di Kawasan, Sarawak.

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN


Rujukan:

Buku Azlina Azmi (2011). Sumber Mineral Khazanah Dari Perut Bumi. Petaling Jaya;Penerbit Prisma Sdn.Bhd.

Micheal A.Seed (2008). Foundations of Astronomy. Thomson Brook/Cole.

Modul Modul Sains: Bumi dan Angkasa Lepas

Laman Sesawang

http://geology.com/rocks/igneous-rocks.shtml http://geology.com/rocks/sedimentary-rocks.shtml http://geology.com/rocks/metamorphic-rocks.shtml http://inani.tripod.com/batu.htm

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

BACAAN LEBIH LANJUT


http://inani.tripod.com/batu.htm

PELBAGAI JENIS BATUAN


[ Batuan igneus Batuan enapan Batuan metamorfosis ]

Bagaimana batuan di kelaskan ?


Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan (a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini. (b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan; (c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: (a) batuan igneus; (b) batuan enapan; (c) batuan metamorfosis.

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

10

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

Batuan Igneus
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahanbahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu : l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan hakisan. 2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengahsetengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menaramenara batu. Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar. Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir.

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

11

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

Batuan Enapan
Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu : l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu. 2. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat.
EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

12

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN


Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi. 3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.

Batuan Metamorfosis
Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di Sarawak. Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma ini. Metamorfisma yang berlaku secara besarbesaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan
EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A 13

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN


gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mertgalami proses penghabluran semula. Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

14

You might also like