You are on page 1of 26

Nama: Tingkatan:

SULIT
Sains
Kertas 1
1½ jam
Tingkatan 3

SEKOLAH ALAM SHAH


JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN RAZAK
56000 KUALA LUMPUR

PEPERIKSAAN PERTAMA 2001

SAINS
Satu jam tiga puluh minit

Bagi soalan 1 hingga 50, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih
satu yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan
pada kertas jawapan objektif anda.

1. Isipadu purata sebiji guli ialah 2.5 cm3. 20 biji guli diletakkan ke dalam suatu
silinder penyukat yang mengandungi 100 cm3 air. Berapakah isipadu air yang
disesarkan oleh 20 biji guli itu.
A 30 cm3
B 40 cm3
C 50 cm3
D 60 cm3

P Q R
Rajah 1

2. Simbol P, Q dan R dalam Rajah 1 adalah simbol amaran bagi tiga bahan

1
kimia. Tiga buah botol reagen yang masing-masing asid hidoklorik pekat,
karbon tetraklorida dan etanol telah hilang simbol amarannya. Antara berikut,
simbol yang manakah harus dilabelkan pada botol bahan kimianya?

Asid hidroklorik pekat Karbon tetraklorida Etanol

A R P Q
B P R Q
C P Q R
D Q R P

J - Kumpulan beberapa jenis tisu


yang menjalankan fungsi tertentu
K - Kumpulan sel yang sama untuk
menjalankan fungsi yang sama
L - Unit asas benda hidup

3. J, K dan L dalam maklumat di atas menunjukkan peringkat-peringkat dalam


binaan organisasi sel satu organisma. Antara berikut yang manakah contoh
bagi binaan organisasi sel J, K dan L?
J K L

A Ovum Perut Otot


B Perut Otot Ovum
C Otot Ovum Perut
D Otot Perut Ovum

4. Seekor haiwan mempunyai sifat-sifat


• Berdarah sejuk
• Persenyawaan dalam badan
• Mempunyai telur bercangkerang
• Badan bersisik

Haiwan itu paling mungkin adalah


A buaya
B landak
C katak
D ikan

2
Dawai logam
yang halus

Pemberat

Rajah 2

5. Dawai logam dalam Rajah 2 akan menjadi semakin panjang apabila jisim
pemberat ditambah. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada
eksperimen ini?
A Logam bersifat mulur
B Logam mudah ditempa
C Logam merupakan konduktor haba yang baik
D Logam mempunyai kekuatan regangan yang tinggi

Z
Rajah 3

6. Objek Y mempunyai jisim 12 g dan isipadu 60 cm3 manakala cecair Z


mempunyai jisim 40 g dan isipadau 50 cm3. Apakah yang dijangka akan
berlaku jika objek Y diletakkan ke dalam bekas yang berisi dengan cecair Z
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3?
A Objek Y akan tenggelam pada dasar bikar
B Objek Y akan terapung di atas permukaan cecair Z
C Objek Y akan berada di lapisan tengah cecair Z
D Objek Y akan memindahkan haba kepada cecair Z

3
7. M menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik manakala N
mengubahkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik. Apakah alat yang
diwakili oleh M dan N?
M N
A Telefon Mikrofon
B Mikrofon Telefon
C Dinamo Motor elektrik
D Motor elektrik Dinamo

8. Seorang pelajar sedang mendaki bukit dengan menunggang basikal.


Perubahan tenaga yang berlaku pada pelajar itu ialah
A tenaga kimia → tenaga kinetik → tenaga keupayaan
B tenaga kinetik → tenaga keupayaan
C tenaga kimia → tenaga mekanik → tenaga kinetik → tenaga
keupayaan
D tenaga kimia → tenaga mekanik → tenaga haba → tenaga
kinetik → tenaga keupayaan

Tekanan
Selaput getah
yang regang

Penitis
Air

Balang

Rajah 4

9. Pada rajah 4 di atas, sebuah penitis yang berisi sedikit air sekadar terapung
dalam air di dalam balang itu. Apabila selaput getah yang diregangkan itu
ditekan ke bawah,
A air memenuhi penitis itu dan penitis itu kemudian timbul
B air keluar daripada penitis itu dan penitis itu kemudian tenggelam
C lebih banyak lagi air masuk ke dalam penitis itu dan penitis itu pegun
D lebih banyak lagi air masuk ke dalam penitis itu dan penitis itu kemudian
tenggelam

4
Cahaya Cahaya
matahari matahari

Minyak Air didih Air + Natrium


yang disejukkan Bikarbonat

Rumpai air
Bikar X Bikar Y
Rajah 5

10. Rajah 5 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji faktor yang


mempengaruhi proses fotosintesis. Antara berikut yang manakah merupakan
faktor yang dikaji?
A Air
B Karbon dioksida
C Klorofil
D Cahaya matahari Q
Daun dimasukkan dalam
P tabung uji yang
Daun direbus mengandungi alkohol dan
dalam air didih direndam dalam kukus air

R
Daun diuji
dengan larutan Daun direndam dalam
iodin air panas selama 2
minit
Rajah 6
11. Rajah 6 menunjukkan proses untuk menguji kehadiran kanji dalam daun
hijau. Proses P, Q dan R dilakukan untuk,

P Q R
A mengeluarkan klorofil melembutkan daun memecahkan
dinding
B melembutkan daun mengeluarkan memecahkan
klorofil dinding sel
C memecahkan dinding mengeluarkan melembutkan daun
sel klorofil
D mengeluarkan klorofil memecahkan melembutkan daun
dinding sel

5
12. Dawai-dawai telefon mengecut pada hari hujan kerana pada hari sejuk
zarah-zarah dawai
A. berhenti bergetar
B. bergetar dengan lebih lambat
C. berkurang jisimnya
D. berkurang saiznya

Ais
Haba Haba

Kasa
dawai

Ais Kasa
dawai
Haba Haba Ais Ais
P Q R S

Rajah 7

13. Rajah 7 menunjukkan satu eksperimen mengkaji pemindahan haba dalam


air. Ketulan ais dalam tabung uji yang manakah paling lambat mencair?
AP
BQ
CR
DS

14. Dua gelas yang sama saiz tertindih dan tidak dipisahkan. Antara tindakan
berikut, yang manakah boleh menyelesaikan masalah ini?

A. C.
Air panas

Air panas

Air panas
B. D.

Air panas Air sejuk

6
Tangan tersentuh Mata melihat epal
air panas di meja

V T U

Tangan mengambil epal


Tangan menjauhi
air panas
Rajah 8

15. Rajah 8 menunjukkan rajah skema tentang pengesanan rangsangan luar


pada manusia. Antara berikut yang manakah mewakili S, T, U dan V?

S T U V

A Efektor Saraf tunjang Otak Reseptor


B Reseptor Saraf tunjang Otak Efektor
C Efektor Otak Saraf tunjang Reseptor
D Reseptor Otak Saraf tunjang Efektor

16. Susunan yang manakah berikut adalah BENAR mengenai pergerakan


gelombang bunyi dalam telinga manusia ?

A Cuping telinga → tulang osikel → gegendang telinga → saraf


auditori → otak

B Cuping telinga → otak → saraf auditori → gegendang telinga


→ tulang osikel

C Cuping telinga → gegendang telinga → tulang osikel → saraf


auditori → otak

D Tulang osikel → cuping telinga → gegendang telinga → saraf


auditori → otak

7
Rajah 9

17. Pernyataan yang manakah antara berikut BENAR mengenai kecacatan mata
yang ditunjukkan dalam Rajah 9? Kecacatan mata ini
A mungkin disebabkan oleh kanta mata terlalu tebal
B mungkin disebabkan oleh bola mata terlalu panjang
C menyebabkan seseorang tidak dapat melihat benda-benda yang jauh
dengan jelas
D boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cembung

18. Seorang pemancing ikan melihat seekor ikan di dalam sungai. Ikan itu
kelihatan
A lebih dekat di permukaan air kerana cahaya dari ikan itu terbias ke arah
normal
B lebih dekat di permukaan air kerana cahaya dari ikan itu terbias jauh dari
normal
C lebih dalam di permukaan air kerana cahaya dari ikan itu terbias ke arah
normal
D lebih dalam di permukaan air kerana cahaya dari ikan itu terbias jauh dari
normal.

19. Antara berikut yang manakah BENAR tentang serbuk asid sitrik kontang?
A mengakis tangan yang basah
B menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah
C membebas gas hidrogen apabila dicampur dengan serbuk magnesium
D membebaskan gas karbon dioksida apabila dicampur dengan serbuk
kalsium karbonat.

8
Tabung Uji P Tabung Uji Q

Air suling + asid

Anod Katod
karbon karbon

Rajah 10
20. Rajah 10 menunjukkan susunan radas bagi elektrolisis air suling berasid.
Selepas suis dihidupkan beberapa minit, didapati gas terkumpul dalam
tabung uji P dan Q. Antara berikut yang manakah merupakan isipadu gas
yang mungkin terkumpul dalam tabung uji P dan Q?

P Q
A 10 cm3 20 cm3
B 20 cm3 10 cm3
C 40 cm3 10 cm3
D 10 cm3 40 cm3

10cm3 natrium hidroksida


+ 3 titis penunjuk semesta

Rajah 11

21. Rajah 11 menunjukkan sebuah kelalang kon yang mengandungi 10 cm3


larutan natrium hidroksida dan tiga titis penunjuk semesta. Seorang pelajar
menambahkan asid hidroklorik cair dengan perlahan-lahan ke dalam kelalang
kon itu. Perubahan warna dicatatkan apabila 0 cm3, 10 cm3 dan 15 cm3 asid
ditambahkan. Antara perubahan warna berikut, yang manakah BENAR jika
asid dan alkali mempunyai kepekatan yang sama?

9
0 cm3 10 cm3 15 cm3

A Hijau Kuning Ungu


B Kuning Hijau Ungu
C Ungu Hijau Kuning
D Ungu Kuning Hijau

22. Organisma J tinggal dalam badan organisma K dan mendatangkan kerugian


kepada organisma K. Hubungan ini dipanggil
A simbiosis
B parasitisme
C pemangsaan
D persaingan

Air Urea
Garam P
Mineral Ureter Pundi kencing Air kencing

Rajah 12

23. Rajah 12 menunjukkan peringkat-peringkat perkumuhan air kencing. Antara


berikut yang manakah diwakili oleh P?
A Uretra
B Ginjal
C Tiub Fallopio
D Zakar

Ruang Jantung P Q
Kandungan darah Beroksigen Beroksigen
Ketebalan dinding Tebal Nipis

24. Jadual di atas menunjukkan perbandingan antara dua ruang jantung


manusia. Antara ruang jantung berikut, yang manakah mewakili P dan Q?

P Q
A Aurikel kiri Aurikel kanan
B Aurikel kanan Aurikel kiri
C Aurikel kanan Ventrikel kanan
D Ventrikel kiri Aurikel kiri

10
Q

Rajah 13

25. Rajah 13 menunjukkan sebahagian daripada sistem pencernaan manusia


dan organ-organ yang berkaitan dengannya. Jika bahagian Q seseorang
telah dikeluarkan, antara kelas manakan berikut, yang manakah TIDAK
boleh diambil oleh orang itu?
A Protein
B Lemak
C Karbohidrat
D Vitamin

Z
10%
Y W
20% 40%

X
30%

Rajah 14

26. Rajah 14 menunjukkan peratusan populasi W, X, Y dan Z yang hidup dalam


suatu habitat. Antara rantaian makanan berikut, yang manakah menunjukkan
hubungan yang betul?

A Y → X → Z → W
B Z → Y → X → W
C W → X → Y → Z
D Z → W → X → Y

11
• Saiz daun yang halus
• Batang sukulen
• Akar yang panjang
• Lapisan kutikel yang
tebal

27. Maklumat di atas adalah penyesuaian bagi suatu tumbuhan. Antara berikut
yang manakah sesuai untuk tumbuhan itu tumbuh?
A Kawasan tundra
B kawasan tropika
C kawasan iklim sederhana
D kawasan gurun

Daya

2 kg

Rajah 15

28. Rajah 15 menunjukkan sebatang pancing ikan yang panjangnya 2.5m.


Berapakah daya yang diperlukan untuk memancing seekor ikan yang
jisimnya 2 kg?
(Anggap daya graviti yang bertindak ke atas jisim 1 kg ialah 10 N)
A 8N
B 10 N
C 80 N
D 100 N

12
Pemberat Panjang spring
Tiada pemberat 6 cm
Pemberat 50 g 11 cm

Pemberat Panjang spring

10 keping duit syiling 12 cm

29. Jadual di atas menunjukkan panjang satu spring apabila pemberat-pemberat


yang berlainan digantung padanya. Berapakah jisim sekeping duit syiling?
A1g
B5g
C6g
D 50 g

30. Tujuan rancangan pengimunan bayi adalah untuk


A menjamin kesihatan bayi
B menentang jangkitan penyakit pada bayi
C memenuhi keperluan nutrisi bayi
D menjalinkan hubungan erat antara ibu dan bayi

Y X

Z
Rajah 16

31. Rajah 16 menunjukkan sendi pada tulang lengan manusia. V, W, X, Y dan Z


menunjukkan kawasan pada tulang itu. Hujung otot triseps melekat pada
kawasan berlabel.
A V dan X
B W dan X
C V dan Y
D W dan Z

13
32. Di antara bahagian-bahagian bunga berikut, yang manakah BUKAN satu
daripada bahagian organ pembiakan betina?
A Ovari
B Ovul
C Anter
D Stigma

33. Berdasarkan jenis-jenis tumbuhan berikut, yang manakah SALAH


dipadankan dengan cara pembiakan vegetatifnya?
A Pegaga - Batang rayap
B Kunyit - Rizom
C Ubi kentang - Tuber
D Pokok bunga raya - Anak pokok

X
Y

Rajah 17
34. Rajah 17 menunjukkan sistem pembiakan perempuan. Antara proses berikut
yang manakah berlaku di X, Y dan Z?

X Y Z
A Persenyawaan Pengovulan Penempelan
B Persenyawaan Penempelan Pengovulan
C Penempelan Persenyawaan Pengovulan
D Penempelan Pengovulan Persenyawaan

14
S

Rajah 18

35. Di antara berikut, pernyataan yang manakah BENAR mengenai struktur S


pada Rajah 18 di atas?
A Ia membekalkan butir-butir debunga
B Ia menerima butir debunga
C Ia adalah tempat sel jantan dan sel betina bercantum
D Ia adalah salur untuk gamet jantan bergerak melaluinya

36. Di antara haiwan-haiwan berikut, yang manakah TIDAK menjalankan


persenyawaan dalam ?
A Cacing tanah
B Ikan haruan
C Lalat
D Kura-kura

37. Tumbuhan boleh mengatasi kesesakan dalam habitatnya dengan


A mengeluarkan sedikit bunga
B menggulungkan daunnya
C menyebarkan biji benihnya jauh daripada tumbuhan induk
D mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang berlainan

38. Struktur yang manakah menghalang darah fetus daripada bercampur dengan
darah ibu?
A Plasenta
B Tali pusat
C Dinding uterus
D Tiub Fallopio

15
Umur/tahun 2 4 6 8 10 12 14 16 18

Tinggi/cm
Lelaki 72.0 100.0 109.5 123.0 125.5 130.5 138.0 148.0 165.5
Perempuan 72.0 92.5 102.0 120.0 128.5 132.0 138.0 148.0 158.0

39. Jadual di atas menunjukkan purata tinggi lelaki dan perempuan mengikut
umur. Berdasarkan jadual itu kesimpulan yang manakah benar?
A Sepanjang tempoh kajian, lelaki sentiasa lebih tinggi daripada perempuan
B Perempuan mengalami kadar pertumbuhan tinggi lebih besar daripada
lelaki
C Ketinggian lelaki dan perempuan tidak bertambah pada umur antara 14
hingga 16 tahun
D Kadar pertumbuhan lelaki dan perempuan yang paling pesat berlaku antara
umur 2 hingga 4.

40. Antara pernyataan berikut, yang manakah BUKAN mengenai sperma


manusia?
A Ia mempunyai nukleus
B Ia merupakan sel yang paling kecil dalam badan
C Ia tersimpan dalam vesikel semen sebelum dibebaskan
D Ia mengandungi simpanan makanan

Biji Kotiledon
benih mengecut

Rajah 19

41. Rajah 19 menunjukkan peringkat-peringkat percambahan biji benih suatu


tumbuhan. Antara tumbuhan berikut, yang manakah menunjukkan jenis
percambahan seperti di atas?
A Pokok bunga matahari
B Pokok jagung
C Pokok getah
D Pokok kelapa

16
42. Antara berikut yang manakah merupakan turutan yang betul bagi perjalanan
sperma di dalam badan perempuan?

A Faraj → Serviks → Tiub Fallopio → Uterus


B Faraj → Serviks → Uterus → Tiub Fallopio
C Serviks → Faraj → Tiub Fallopio → Uterus
D Uterus → Tiub Fallopio → Serviks → Faraj

43. Antara berikut yang manakah menunjukkan kitar hidup seekor lebah?

A. C.
Imago Telur
Larva Telur Imago Nimfa
Pupa

B. D.
Imago Telur

Telur Pupa Imago Nimfa

Larva

44. Berikut adalah ciri-ciri bunga sejenis tumbuhan:


• Mempunyai ranggi yang kecil
• Mempunyai anter yang besar
• Mempunyai butir debunga yang kecil dan ringan
• Mempunyai stigma yang berbulu

Antara tumbuhan berikut, yang manakah mempunyai ciri bunga di atas?


A Teratai
B Orkid
C Jagung
D Durian

45. Antara berikut yang manakah BENAR bagi pasangan struktur biji benih dan
fungsinya?
A Testa - membekalkan makanan
B Plumul - menjadi akar
C Radikel - menjadi pucuk
D Mikropil - membenarkan kemasukan air dan udara

17
46. Pokok betik TIDAK dapat menjalankan pendebungaan sendiri kerana
A ia mempunyai pistil dan stamen pada pokok yang berasingan
B ia mempunyai pistil dan stamen pada bunga yang berlainan pada pokok
yang sama
C kedudukan stigma bunganya lebih tinggi daripada anter
D pistil biasanya matang lebih awal daripada stamen pada pokok yang sama

47. Lapisan ozon dalam atmosfera bumi terletak di


A eksosfera
B ionosfera
C stratosfera
D troposfera

48. Kerak bumi mempunyai lapisan luar bumi yang terdiri daripada tiga
komponen X,Y dan Z seperti berikut:

Komponen Huraian
X Terdiri daripada air
Y Membina benua dan dasar lautan
Z Terdiri daripada pelbagai jenis gas

Apakah yang diwakili oleh X,Y dan Z?


X Y Z
A Litosfera Hidrosfera Atmosfera
B Atmosfera Litosfera Hidrosfera
C Hidrosfera Atmosfera Litosfera
D Hidrosfera Litosfera Atmosfera

49. Berdasarkan contoh-contoh jenisi batuan yang berikut, yang manakah adalah
BETUL

Batu igneus Batu enapan Batu metamorfik


A granit batu kapur marmar
B marmar granit batu kapur
C batu kapur marmar granit
D granit marmar batu kapur

50. Antara berikut yang manakah menyebabkan batuan enapan dan batuan
igneus bertukar menjadi batuan metamorfik?
A Lapisan-lapisan batuan yang lama
B Mendapan bahan kimia dalam liang batuan
C Penyejukan dan pembekuan magma dalam kerak bumi
D Haba panas daripada magma dan tekanan daripada kerak bumi

18
Bagi soalan 51 hingga 75, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada
satu cadangan jawapan yang betul. Tentukan tiap-tiap cadangan jawapan itu
betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang betul daripada pilihan A, B,
C dan D seperti berikut:

A jika semua I, II dan III betul


B jika I dan II sahaja betul
C jika II dan III sahaja betul
D jika I sahaja betul

Ringkasan Arahan
A B C D
I, II, III I, II II, III I sahaja
sahaja sahaja

51. Seorang pelajar disuruh menghitung isipadu bagi sebatang rod logam.
Panjang dan diameter bagi rod logam itu ialah 80 cm dan 2 cm masing-
masing. Antara alat ukur berikut, yang manakah harus digunakan oleh
pelajar itu?

I Angkup luar
II Pembaris meter
III Angkup dalam

52. Di antara ciri-ciri berikut yang manakah dipunyai oleh kelawar?

I Badan yang berbulu


II Haiwan yang berdarah panas
III Kepak yang terbentuk daripada kulit

53. Apakah yang berlaku apabila stim terkena pada permukaan yang sejuk?

I Zarah-zarah stim bergetar lebih cepat


II Zarah-zarah stim itu kehilangan tenaga
III Stim bertukar menjadi air

54. Dua belon, satu diisi dengan air dan satu lagi dengan gas metana, digantung
dalam makmal. Setelah tiga jam, belon yang berisi gas metana didapati kecil
sedangkan belon berisi air tidak berubah saiznya. Ini kerana

I Zarah-zarah gas dapat keluar melalui dinding belon


II zarah-zarah gas dalam belon menjadi lebih kecil
III suhu gas dalam belon bertambah tinggi

19
55. Yang manakah di antara keadaan berikut akan menambahkan kandungan
tenaga kimia objek itu?

I Pokok durian yang sedang tumbuh dalam cahaya matahari


II Sebuah bateri yang sedang dicas
III Sebuah jam randik yang sedang dikunci

56. Pernyataan manakah di antara berikut benar mengenai udara yang


dihembus keluar oleh haiwan?

I Ia mengeruhkan air kapur


II Ia menukarkan warna penunjuk bikarbonat menjadi kuning
III Ia bersifat alkali

X Y Lubang
Z

Lubang

Lubang
Air

Rajah 20
57. Air dalam tabung uji yang ditunjukkan dalam Rajah 20 di atas boleh disedut
keluar melalui tiub

I X
II Y
III Z

58. Memakai pakaian yang berwarna gelap lebih panas daripada memakai
pakaian yang berwarna putih. Ini kerana permukaan yang gelap

I menyerapkan lebih banyak haba


II menyinarkan lebih banyak haba
III mengkonduksikan lebih banyak haba

59. Sebiji botol kaca diisikan dengan air sehingga penuh dan kemudian ditutup
ketat dengan penutup skru. Selepas itu ia diletakkan di ruang sejuk beku
dalam peti sejuk. Setelah beberapa lama, botol itu didapati pecah. IIni berlaku
kerana

20
I udara yang terlarut di dalam air itu mengembang
II air dalam botol mengembang
III botol kaca mengecut

kertas hitam

anak benih
kayu

kotak

pin

kapas lembab

Rajah 21

60. Rajah 21 di atas menunjukkan satu anak benih yang dipinkan mengufuk dan
disimpan dalam sebuah kotak yang mengandungi kapas lembap. Dalam
masa 24 jam yang manakah di antara berikut dapat diperhatikan?

I Pucuk dan akar akan bertambah panjang


II Pucuk akan tumbesar ke arah atas
III Akar akan tumbesar ke arah bawah

P R Q

1m

Rajah 22
61. Sekerat wayar diregang di P dan Q seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 22
di atas. Apabila wayar ini dipetik seperti tadi juga, apakah ciri-ciri bunyi yang
terhasil?
I langsing nada bunyi itu lebih tinggi
II Frekuensi bunyi itu lebih tinggi
III Bunyi itu lebih kuat

21
62. Satu wabak taun telah berlaku dalam sebuah kampung di mana
penduduknya menggunakan air telaga. Di antara langkah-langkah berikut
yang manakah patut diamalkan untuk menjadikan air itu selamat untuk
diminum?

I Menuraskan air itu dengan kain


II Mendidihkan air itu
III Mengklorinkan air itu

70
bahan X bahan Y
60
50
40
30
20 bahan Z
10

0 20 40 60 80 100
suhu (oC)

Rajah 23

63. Graf dalam Rajah 23 di atas menunjukkan bagaimana keterlarutan bahan X,


Y dan Z dalam 100 cm3 air berubah dengan suhu. Di antara
pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai keterlarutan
bahan-bahan X, Y dan Z?

I Bahan Z mempunyai keterlarutan yang rendah


II Bahan X mempunyai keterlarutan yang sama dengan bahan Y pada suhu
600C
III Keterlarutan bahan-bahan X,Y dan Z bertambah dengan bertambahnya
suhu

22
64. Antara berikut yang manakah benar tentang kegigian kambing?

I Diastema menyimpan rumput sebelum dicerna


II Pedap keras membantu semasa pemotongan rumput
III Jumlah gigi geraham lebih banyak daripada jumlah gigi kacip dan gigi
taring

65. Transpirasi dalam tumbuh-tumbuhan menolong

I menyejukkan tumbuh-tumbuhan itu


II menyingkirkan air yang berlebihan dari tumbuh-tumbuhan itu
III menyingkirkan karbon dioksida dari tumbuh-tumbuhan itu

66. Cara kawalan biologi adalah lebih baik daripada penggunaan racun perosak
untuk mengawal perosak kerana
I tidak mencemarkan alam sekitar
II tidak menjejaskan keseimbangan antara organisma
III biasanya melibatkan kos yang lebih rendah

Takal

Daya

Beban

Rajah 24

67. Rajah 24 menunjukkan beban yang diangkat dengan menggunakan takal.


Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

I Nilai daya sama dengan nilai beban


II Jarak daya bergerak sama dengan jarak beban bergerak
III Kerja yang dilakukan oleh beban sama dengan kerja yang dilakukan oleh
daya

23
68. Badan zirafah menjadi lebih stabil apabila zirafah itu berdiri dengan
mengangkangkan keempat-empat kakinya. Ini akan

I mengurangkan berat badannya


II merendahkan pusat gravitinya
III menyebarkan berat badannya sekata kepada kawasan sokongan yang
lebih luas

69. Oviduktus seorang wanita telah dibedah dan diikat. Tujuan pembedahan ini
ialah untuk

I menghalang ovum daripada menuruni oviduktus


II menghalang wanita daripada hamil
III memberhentikan kitar haidnya

70. Antara berikut manakah campuran bahan kimia dalam larutan kultur yang
dapat membekalkan unsur nitrogen, fosforus dan kalium dalam tumbuhan?

I Kalium nitrat
II Kalium fofat
III Kalsium sulfat

71. Fungsi uterus manusia termasuk untuk

I menyediakan tempat bagi zigot menempel


II melindungi fetus daripada kecederaan
III membantu menolak bayi semasa kelahiran

24
X

Rajah 25
72. Rajah 25 menunjukkan keratan membujur buah mangga. Fungsi bahagian
yang berlabel X ialah untuk

I menyimpan makanan bagi embrio


II menarik perhatian serangga
III menyerap air

Panjang badan / cm
Dewasa

Masa / hari

Rajah 26
73. Rajah 26 di atas menunjukkan pola pertumbuhan serangga. Antara berikut
yang manakah merupakan sifat serangga itu?

I Serangga itu mempunyai rangka ular


II Serangga itu mengalami metamorfosis tak lengkap
III Serangga itu mengalami empat kali penyalinan kulit

25
74. Berdasarkan jenis-jenis batuan yang berikut, yang manakah mengandungi
mineral-mineral dalam bentuk hablur?

I Batu granit
II Batu marmar
III Batu konglomerat

Angkasa lepas

Bumi

Rajah 27

75. Rajah 27 menunjukkan lapisan-lapisan atmosfera Bumi. Antara berikut yang


manakah berlaku di lapisan G?

I Gelombang radio dipantulkan


II Pembentukan awan
III Penyerapan sinar ultra-ungu daripada matahari

KERTAS SOALAN TAMAT

26

You might also like