You are on page 1of 7

AMALI : PENGAWETAN SPESIMEN TUMBUHAN SECARA KERING

PENGENALAN :

Untuk pengawetan kering, spesimen tidak direndam dalam sebarang bahan pengawet. Walau bagaimanapun, spesimen yang diawet secara kering tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang diberi perhatian. Tempat penyimpanan harus kering, gelap, bebas daripada kehadiran sebarang perosak. Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai sampel secara pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat dikekalkan. Koleksi spesimen tumbuhtumbuhan yang dikeringkan, disimpan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium. Herbarium merupakan istilah yang pertama kali digunakan oleh Turnefor (1700) untuk tumbuhan ubat yang dikeringkan sebagai koleksi. Luca Ghini (1490-1550) seorang Professor Botani di Universitas Bologna, Italia adalah orang pertama yang mengeringkan tumbuhan di bawah tekanan dan melekatkannya di atas kertas serta mencatatnya sebagai koleksi ilmiah. Herbarium berasal dari kata hortus dan botanicus, ertinya kebun botani yang dikeringkan. Secara ringkasnya herbarium adalah koleksi spesimen yang telah dikeringkan, biasanya disusun berdasarkan sistem klasifikasi (Onrizal, 2005). Herbarium merupakan suatu spesimen dari bahan tumbuhan yang telah dimatikan dan diawetkan melalui cara tertentu dan dilengkapi dengan data-data mengenai tumbuhan tersebut. Herbarium memiliki beberapa fungsi, iaitu sebagai rujukan, dokumentasi dan sebagai pusat penyimpanan data. Herbarium merupakan sumber rujukan tiga dimensi, herbarium bukan hanya mendefinisikan suatu tumbuhan, namun segala sesuatu dari

tumbuhan berkenaan. Herbarium yang baik selalu mempunyai maklumat seperti nama saintifik dan nama tempatan tumbuhan berkenaan, nama pengumpul, serta dilengkapi keterangan lokasi asal spesimen dan keterangan tumbuhan tersebut untuk kepentingan penelitian dan identifikasi. Kelebihan herbarium kering adalah dapat bertahan lama sedangkan kelemahan herbarium kering mudah rosak jika tidak dijaga, memerlukan biaya yang besar dan tidak dapat diakses dari jarak jauh. Waktu yang diperlukan untuk melakukan pembuatan herbarium minimal selama 2 minggu, agar mendapatkan hasil yang baik. Faktor-faktor yang mempengaruhi koleksi herbarium adalah tempoh masa pembuatan herbarium, tempat penyimpanan dan faktor lingkungan seperti suhu.

AMALI : PENGAWETAN KERING

Tajuk : Pengawetan Spesimen Tumbuhan Secara Kering Tujuan : Untuk mengawet tumbuhan secara kering Bahan/Radas : 1. Sejenis spesimen tumbuhan (Setawar Putih) 2. Kertas akhbar lama 3. Papan lapis 4. Tali 5. Pemberat (bata) 6. Kertas tebal (mounting board), pembalut plastik, gam (glue stick) Prosedur :

Pengawetan tumbuhan melibatkan proses-proses berikut :


1. Pengumpulan mengumpul tumbuhan

Memilih spesimen yang sesuai seeloknya yang mempunyai daun, akar, buah atau bunga yang segar dan sihat. Memastikan tumbuhan itu bersaiz kecil dan tidak melebihi kadbord yang digunakan.

2. Penekanan menekan / mengapit tumbuhan

Menyusun spesimen secara mendatar di antara kertas akhbar lama. Bahagian seperti daun dan bunga pastikan terbuka untuk mudah dilihat. Bahagian daun perlu diselangselikan antara bahagian yang terlentang dan tertiarap.

Meletakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah susunan spesimen itu. Untuk menambah tekanan, ketatkan ikatan di antara papan lapis dan letakkan pemberat di bahagian atas susunan.

3. Pengeringan mengeringkan tumbuhan

Mengeringkan tumbuhan di bawah cahaya matahari selama kira-kira 2 minggu. Kertas akhbar mestilah sentiasa ditukar selang dua hari. Pengeringan spesimen dilakukan di bawah alat tekanan dan alat pemberat. Pemberat dan alat tekanan digunakan membantu menekan dan mengeluarkan cecair di dalam spesimen untuk menjadi kering. Proses ini dilakukan sehingga spesimen betul-betul kering.

4. Pemanjangan menyusun dan melekat

Menyusun spesimen yang telah kering di atas kertas mounting board yang berwarna putih berukuran 30x40 cm. Melekatkan spesimen menggunakan gam (glue stick).

5. Pengelasan mengenalpasti spesimen

Membuat rujukan untuk mengenalpasti spesimen daripada internet yang banyak memberikan maklumat.

6. Pelabelan melabel herbarium

Melabel spesimen tadi dengan tepat seperti nama saintifik, nama tempatan, lokasi ditemui, nama pengumpul, dan tarikh. Label diletakkan pada satu sudut herbarium itu (bahagian bawah).

7. Penyimpanan menyimpan herbarium

Spesimen yang telah siap dilabel,dibalut kemas dengan plastik lutsinar bertujuan untuk menjaga spesimen daripada rosak dan tahan lama. Spesimen kemudiannya disimpan elok dan disusun kemas. Untuk memastikan herbarium tahan lama, ia hendaklah sentiasa disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk.

Perbincangan : Costus Speciosus atau lebih dikenali sebagai Setawar Putih adalah dalam sub famili costoideae dan sejak kebelakangan ini mendapat perhatian dan diburu ramai sebagai pokok hias laman kerana mempunyai bunga yang cantik. Uniknya, jika tidak berbunga pun, pokok ini nampak seperti berbunga kerana tangkai bunganya berwarna merah dan cantik. Ada yang menggelarkan tangkai bunganya seperti bentuk buah nanas. Selepas bunganya layu, tangkai bunga itu akan kekal di tempatnya untuk beberapa minggu. Bunga Setawar Putih berwarna putih dan biasanya pokoknya boleh mencapai ketinggian antara satu hingga tiga meter. Pokok ini biasa dijumpai di dalam hutan kerana ia dikategori sebagai tumbuhan liar. Satu yang menarik mengenai Setawar Putih ia mempunyai rizom yang menyerupai rizom halia. Cara pembiakannya juga sama dengan tumbuhan lain dalam famili halia iaitu biji benih dan pecahan rizom. Pokok ini sangat mudah tumbuh, namun memerlukan cahaya matahari yang sederhana sesuai dengan tempat asalnya kawasan tropika. Bererti tanah yang sedikit lembap memudahkan tumbesarannya. Apa yang menarik mengenai tumbuhan ini ialah daunnya yang tersusun dalam bentuk spiral manakala bunganya berwarna putih dan kelihatan seolah-olah kertas crepe yang biasa digunakan untuk dijadikan bunga. Maka, ramai yang menggelarkan tumbuhan ini sebagai crepe ginger. Batang Costus lembut dan ada ruas seperti buluh dan biasanya batang itu boleh membentuk lingkaran bertingkat-tingkat. Pokok ini sesuai ditanam di sebelah tiang pegola atau pancang kayu kerana ia nampak lebih cantik apabila ia mula melingkari. Selain seni hias landskap, Costus sangat berguna dalam perubatan yang mana rizom Setawar Putih dijadikan penawar untuk penyakit seperti kusta, kecacingan, penyakit kulit, demam, asma, bronkitis, anaemia dan sembelit. Ia juga dijadikan ubat untuk merawat luka terbakar, malah dijadikan ubat menghilangkan rasa loya, pening dan muntah. Malah, masyarakat Sunda di Indonesia percaya Setawar Putih dapat meningkatkan tenaga batin lelaki.

Tangkai bunga berbentuk nanas dan nampak eksotik.

FAKTA: Setawar Putih # Dipercayai dijumpai di Pulau Sunda, Indonesia. # Costus juga dijumpai di pulau-pulau di Kepulauan Pasifik seperti Fiji, Tonga, Kepulauan Islands dan Hawaii. # Salah satu spesies Costus dikenali sebagai Costus spectabilis menjadi bunga rasmi Nigeria # Nama lain bagi Costus adalah isebsab (Palauan), keukand (Hindi), pakarmula (Gujarati), pushkarmula (Marathi and Sanskrit), and kostam (Tamil). # Nama Tempatan: Setawar Putih # Nama Saintifik: Costus speciosus # Nama Lain: White costus, lemba batu, spiral ginger, white spiral ginger, crepe ginger #Famili: zingerberaceae # Lokasi dijumpai: Liar dan ditanam sebagai tumbuhan hiasan di taman.

Kesimpulan : Bagi pengawetan tumbuhan secara kering, spesimen tidak direndam dalam sebarang bahan pengawet. Walau bagaimanapun, spesimen yang diawet secara kering tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang diberi perhatian. Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai sampel secara pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat dikekalkan. Koleksi spesimen tumbuhtumbuhan yang dikeringkan, disimpan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium.

You might also like