You are on page 1of 41

MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010

1

4.3 PENUBUHAN PUSAT PRASEKOLAH ( 10 jam )

SINOPSIS
Modul ini menghuraikan prosedur penubuhan pusat prasekolah yang meliputi matlamat
dan objektif penubuhan, tinjauan kebolehbinaan dan infrastruktur kawasan, lokasi,
keluasan, ruang dan juga persekitaran bangunan. Ia juga meliputi peraturan dan
undang-undang penubuhan pusat prasekolah Modul ini membincangkan mengenai
definisi pengurusan penyayang dan sembilan peranan guru iaitu sebagai fasilitator,
instruksi, penyedia permainan, pemerhati, penilai, perancang,model dan peranan
refleksi. Modul ini juga merangkumi konsep penyayang,ciri-ciri intelek penyayang dan
amalan budaya penyayang yang harus dimiliki oleh seorang guru prasekolah dalam
pengajaran dan pembelajaran

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, pelajar dapat :-
1. mengetahui akta yang berkaitan dengan penubuhan, peraturan dan undang-
undang penubuhan pusat prasekolah.
2. menghuraikan kriteria penubuhan pusat prasekolah
3 membincangkan penglibatan ibu bapa berkaitan persekitaran prasekolah.
4 melakar pelan lantai persekitaran dalam dan luar prasekolah
5 menghuraikan definisi pengurusan penyayang dan peranan guru prasekolah
dalam pengajaran dan pembelajaran.


MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
2

KERANGKA : Perancangan Penubuhan dan Pengurusan Program Prasekolah

PERANCANGAN
PENUBUHAN
DAN PENGURUSAN
PROGRAM
PRASEKOLAH







PENUBUHAN
PRASEKOLAH

PENGURUSAN
PENYAYANG
DALAM PUSAT
PRASEKOLAH

















MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
3

4.3 PENUBUHAN PUSAT PRASEKOLAH (10 JAM )

Soalan Pra Ujian
Jelaskan akta yang berkaitan dengan penubuhan,
peraturan dan undang-undang penubuhan pusat prasekolah

Bangunan Prasekolah
4.3.1 Syarat Penubuhan Pusat Prasekolah Mengikut Akta Pendidikan
(Akta 550)
Program pendidikan prasekolah merupakan program untuk memberikan
pengalamansebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan
formal. Semua institusi pendidikan prasekolah telah dimasukkan ke dalam
sistem Pendidikan Kebangsaan. Semua tadika adalah tertakluk kepada Akta 550
(Akta Pendidikan 1996). Berikut petikan daripada Akta 550 (Akta Pendidikan
1996) yang meliputi hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah:

Definisi
Perlu merujuk Akta 550 (Akta Pendidikan 1996) pendidikan prasekolah
ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga
enam tahun.

MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
4

Seksyen 20: Larangan Terhadap Penubuhan, Pengendalian Atau
Pengurusan Tadika
(i) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan
melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini.
(ii) Seseorang yang melanggar subseksyen (i) adalah melakukan suatu
kesalahan.

Seksyen 21: Kuasa Menteri Untuk Menubuhkan Tadika
Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menubuhkan dan
menyenggarakan tadika.

Seksyen 22 : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan hendaklah
digunakan oleh semua tadika
(a) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum, yang dikenali
sebagai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah
digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

(b) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah
subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir
tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.

(c) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa
kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan hendaklah,sebelum melaksanakan kurikulum tambahan
sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu
mengikut cara yang ditetapkan.
(d) Seseorang yang melanggar subseksyen (1 ) atau (3) adalah melakukan
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
5

suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi sepuluh ribu ringgit (RM 10,000.00) atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duannya.

Seksyen 23 : Bahasa Pengantar Di Tadika
Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa
kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi
jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa
kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib.

Seksyen 24: Kuasa Untuk Membuat Peraturan Berhubungan Dengan
Pendidikan Prasekolah
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan
Bab ini.

Seksyen 25 : Bab 2 Tidak Terpakai Bagi Taman Asuhan Murid-murid
Peruntukan Bab ini tidaklah terpakai bagi taman asuhan murid-murid yang
ditubuhkan dan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
berhubungan dengan taman sedemikian.

Seksyen 26 : Ketidakpakaian Seksyen 18 Dan 19
Seksyen 18 dan 19 tidaklah terpakai bagi tadika.




MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
6

Pendaftaran : Proses Pendaftaran Tadika
(Peraturan ini hanya untuk tadika swasta sahaja)
Sebelum sesebuah tadika swasta itu ditubuhkan, pengurusan tadika
hendaklah terlebih dahulu mengemukakan permohonan kepada Pendaftar
Sekolah-sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran untuk
perhatian Unit Pendidikan Swasta.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan:
(a) Lakaran pelan lokasi, kedudukan dan pandu arah kawasan sekeliling
(b) Lakaran pelan lantai, bilik-bilik dengan ukuran
(c) Nama tadika beralamat penuh 3 km keliling/ 300 buah rumah (bagi
kawasan perumahan)
(d) Surat persetujuan jiran-jiran terdekat, mengandungi nama, nombor
kad pengenalan, alamat rumah dan tandatangan tuan punya rumah
tidak kurang dari 10 buah rumah jiran.
(e) Surat perjanjian sewa bangunan (tenancy agreement)
(f) Sijil kelayakan menduduki bangunan (CF)
(g) Kertas kerja (garis panduan disediakan)
Pendaftaran dan pembaharuan tadika perlu memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh agensi-agensi yang berkaitan untuk mendapatkan kelulusan.

4.3.2 Kriteria Penubuhan
Dalam merancang menubuhkan pusat prasekolah perkara yang perlu difikirkan
ialah adakah tempat atau kawasan untuk ditubuhkan bangunan prasekolah.
Penentuan lokasi perlu mengambil kira keluasan kawasan untuk dijadikan tapak
bangunan prasekolah. Mengikut Akta 267 (Perancangan) Wilayah Persekutuan
1982 Seksyen 19); sesebuah bangunan yang akan dijadikan pusat prasekolah
tidak boleh digunakan serentak sebagai tempat kediaman, kedai atau klinik.
Setiap bangunan pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan,
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
7

rekabentuk, struktur dan juga keselamatan. Memandangkan di Malaysia
kemudahan prasekolah adalah berbeza, maka pihak berkuasa tempatan telah
menetapkan beberapa kategori bangunan yang digunakan sebagai prasekolah.

Menurut Bustam dan Puteri Zabariah (2005), berikut adalah perkara yang
perlu diberi perhatian untuk mendapatkan kelulusan penubuhan prasekolah

(i) Fizikal
Konsep
Fizikal merupakan salah satu daripada kriteria utama yang perlu diberi perhatian
dalam penubuhan sesebuah pusat prasekolah. Ia merangkumi infrastruktur
kawasan, lokasi, keluasan, ruang. persekitaran dan bangunan.

Bangunan yang sesuai dijadikan pusat prasekolah :-
1. Rumah banglo yang saiz lotnya berukuran kurang lebih 7000 kaki persegi
dan kawasan sekeliling tidak lebih daripada 30%.
2. Rumah berkembar lot tepi, jika lot pertengahan hendaklah dicantumkan
kedua-dua lot untuk dijadikan sebagai satu pusat prasekolah.
3. Rumah-rumah lot sudut dari jenis teres dan berangkai dengan kawasan yang
tidak kurang dari 3000 kaki persegi.
4. Rumah sebuah di kampung tradisional dan kampung melayu.
5. Rumah pangsa dan pangsapuri yang mempunyai ruang khas untuk
penggunaan prasekolah.
6. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan masjid, surau dan madrasah.
7. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan gereja, tokong Cina serta kuil
Hindu.
8. Dewan orang ramai atau dewan serbaguna.
9. Bangunan-bangunan yang dibina khas untuk dijadikan pusat prasekolah
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
8

Mengikut peraturan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya bangunan/rumah
dua tingkat, sebuah tangga keselamatan perlu disediakan ke luar dari bangunan
dari tingkat atas. Pihak berkuasa yang memantau dan meluluskan bahagian ini
adalah Pihak Berkuasa Tempatan.

Kesan Persekitaran Kepada Murid-murid
Selain daripada spesifikasi bangunan yang sesuai, faktor persekitaran juga
merupakan kriteria penting yang perlu diberi perhatian dalam penubuhan pusat
prasekolah. Berikut adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan persekitaran
- Tempat yang selamat.
- Udara bersih.
- Jauh dari pusat hiburan.
- Tiada pencemaran bunyi.
- Kebenaran bertulis dari jiran.
- Kadar tadika iaitu 1 (SATU) tadika bersamaan dengan 300 (TIGA
RATUS) buah rumah.
Kesemua perkara di atas memberi kesan kepada murid-murid dan guru agar proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Kemudahan Asas
Kemudahan asas juga perlu dititikberatkan dalam penubuhan pusat prasekolah.
Kemudahan asas yang dimaksudkan di sini adalah seperti ruang pembelajaran,
dapur, ruang makan, bilik air , tandas, bilik sakit dan padang permainan.
Walau apa pun tempat atau kawasan yang dipilih, perkara yang paling penting
diberi perhatian semasa merancang penubuhan prasekolah ialah aspek
keselamatan dan keselesaan murid-murid secara keseluruhannya.

MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
9

Keselamatan

- Mempunyai sekurang-kurangnya dua buah pintu yang mudah
- dibuka tanpa halangan.
- Dapur perlu diasingkan.
- Alat pemadam api sentiasa diperiksa dan mematuhi peraturan.
- Perabot alat permainan dan bahan pengajaran selamat
digunakan.
- Semua punca elektrik hendaklah yang tidak mudah dicapai atau
dilindungi.
- Kolam atau tempat menampung air hendaklah mengikut ukuran
yang ditetapkan dan berpagar.

Jabatan yang memantau dan meluluskan bahagian ini adalah Pihak Berkuasa
Tempatan, Bomba dan Tenaga Nasional.

Keselesaan dan Kesejahteraan

Semua kemudahan asas yang terdapat di pusat prasekolah bertujuan memberi
keselesaan dan kesejahteraan kepada murid-murid dan guru prasekolah. Susun
atur perabot serta ruang pembelajaran yang terancang juga memainkan peranan
penting bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Persekitaran Yang Kondusif

Persekitaran fizikal yang yang kondusif dapat membentuk sikap dan tingkahlaku
yang boleh membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada masyarakat.
Persekitaran yang kondusif merangkumi :
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
10

- Kawasan bangunan dan lantai hendaklah dalam keadaan bersih dan
selamat.
- Bilangan tandas mencukupi, bersih, selamat dan selesa untuk
murid-murid.
- Menyediakan peralatan pertolongan cemas yang lengkap.
- Pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.

Jabatan yang memantau dan meluluskan bahagian ini adalah Pihak Berkuasa
Tempatan dan Jabatan Kesihatan.

Fikirkan :
Seandainya anda bercadang untuk membuka pusat
prasekolah, apakah ciri-ciri bangunan dan lokasi yang
menjadi pilihan anda?



REHAT SEBENTAR..
Pergi melancong ke Pulau Payar
Rasa gembira berada di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjayab







MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
11


Soalan Pra-ujian

Bincangkan perkara-perkara penting yang perlu diambil kira
di dalam merancang sesuatu pelan prasekolah.



Bahagian di dalam prasekolah yang tersusun cantik
ii) Bahagian Dalam
Pengurusan pelan dalam hendaklah mengambil kira dengan keperluan dan hak
murid-murid. Apabila murid-murid mula melangkah masuk ke dalam bilik
prasekolah secara tidak langsung dia telah mula melebarkan lagi pengalaman
kehidupannya dan persekitarannya. Pengurusan pelan dalam hendaklah dibuat
dengan pelbagai jenis peralatan yang boleh dipelbagai guna dan perlulah
mengikut kehendak guru dan juga ibu bapa murid-murid. Terdapat beberapa
perkara penting yang perlu diambil kira di dalam merancang sesuatu pelan
dalam antaranya ialah memilih sudut-sudut pembelajaran, pengurusan bentuk
pelan penggunaan ruang bilik darjah dan susun atur perabot-perabot. Mengikut
sumber NAEYC kesesuaian sebuah bilik untuk pelan dalam dianggarkan 3.5 kaki
persegi untuk seorang murid-murid.
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
12

Pelan Lantai

Pelan lantai di pusat prasekolah merupakan satu gambaran susun atur yang
sepatutnya dirancang oleh guru prasekolah bagi memenuhi keperluan
perkembangan murid-murid prasekolah. Ia mudah proses pelaksanaan
pengurusan prasekolah dan pengajaran dan pembelajaran. Pelan lantai perlu
merangkumi perkara-perkara seperti pusat-pusat pembelajaran, ruang
penyediaan, bilik sakit/rawatan, bilik pentadbiran, tandas dan susun atur perabot.
Berikut adalah antara contoh pelan lantai yang sepatutnya terdapat di pusat
prasekolah :

Gambarajah 1: Pelan Keseluruhan Pusat Prasekolah
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
13


Gambarajah 2: Pelan Lantai Kelas Prasekolah
Menyusun Persekitaran Dalaman

Penyusunan persekitaran dalam kelas prasekolah boleh dilakukan mengikut
rupa bentuk tetap dan rupa bentuk mudahubah. Rupa bentuk tetap biasanya
melibatkan pusat pembelajaran yang mempunyai peralatan atau perabot yang
sukar diubah seperti Ruang Dapur, Pusat Multimedia yang terdapat set komputer,
televisyen dan socket outlet / suis elektrik. Manakala reka bentuk mudah ubah pula
termasuklah perabot seperti meja dan kerusi murid yangterdapat di pusat
pembelajaran yang boleh disusunatur mengikut kesesuaian tema.

Guru hendaklah terlebih dahulu menyediakan susun atur ruang dalaman untuk
mengendalikan bilik darjah yang kondusif. Penyusunannya perlulah mengambil kira
keluasan sesebuah bilik kemudian dibuat pembahagian ruang mengikut domain-
domain perkembangan setiap kanak-kanak. Guru bolehlah mengendalikannya
dengan menggunakan daya imaginasi dan kreativiti sendiri dengan mengambil kira
amalan yang bersesuaian dengan kanak-kanak.
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
14

Antaranya ialah:
1. Domain Perkembangan Kognitif:
Penting bagi merangsang proses pemikiran kanak-kanak
2. Domain Perkembangan Sosio-emosi:
Untuk kanak-kanak membina sosialisasi dan mempertingkatkan tahap
emosi.
3. Domain Perkembangan Literasi:
Untuk perkembangan dan penguasaan berbahasa.
4. Domain Perkembangan Kreatif:
Untuk menjadikan kanak-kanak itu lebih kreatif dan inovatif di dalam
menjalankan kehidupannya.

Latihan
Sila jawab soalan-soalan berikut:
1. Hasilkan satu pelan lantai yang sesuai bagi sebuah pusat prasekolah
2. Berikan justifikasi anda mengenai reka bentuk pelan lantai yang anda hasilkan
3. Susun atur ruang yang kemas dan mesra kanak-kanak mempunyai pengaruh
terhadap proses pembelajaran yang positif. Berikan pandangan anda.





MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
15

iii) Bahagian Luar
Kawasan permainan

Bermain merupakan satu pendekatan pembelajaran yang utama di kelas
prasekolah. Aktiviti bermain dapat memupuk keyakinan diri murid prasekolah di
samping memperluaskan minda, membentuk sosiolisasi dan penyelesaian
masalah. Perancangan ruang hendaklah dilaksanakan dengan berhati-hati.
Peralatan yang dipilih menjurus kepada aktiviti permainan imaginasi. Reka
bentuk mengambil kira ciri-ciri ketahanan, keselamatan dan penggunaan jangka
panjang.
Ruang luar perlu disusun dan dirancang dengan rapi. Ruang luar kelas
hendaklah sentiasa bersih dan selamat. Aktiviti yang dirancang bergantung
kepada keadaan cuaca dan suhu. Ruang di luar kelas hendaklah mempunyai
permukaan yang sesuai dan selamat untuk memudahkan kanak-kanak
menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fizikalnya. Pelan luar yang dirancang
perlu mudah dilihat oleh guru atau pembantu untuk memastikan guru dapat
mengawasi setiap pergerakan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti. Segala
longkang hendaklah ditutup.


Kawasan Permainan
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
16


Gambarajah 3: Pelan luar- Taman Permainan Prasekolah

Jenis Taman Permainan dan Susun Atur
Jenis taman permainan dapat diklasifikasikan mengikut zon aktiviti yang akan
diadakan. Kanak-kanak biasanya gemar memilih aktiviti yang diminatinya semasa
berada di ruang luar kelas. Guru perlulah menyediakan pelbagai peralatan dan
bahan yang boleh diklasifikasikan dan diletakkan kepada zon-zon tertentu. Setiap
zon akan memainkan peranan yang unik di dalam memperkembangkan tahap
jasmani, emosi, rohani dan sosial kanak-kanak. Adalah diharapkan semasa kanak-
kanak ini berada di ruang luar bilik darjah ia akan dapat mempertingkatkan
kecekapan berbahasa dan berkomunikasi, memperluaskan lagi tahap kemahiran
berfikir, mengamalkan sikap berakhlak mulia dan beretika, sentiasa berkeyakinan
dan berdisiplin, melahirkan kanak-kanak yang sihat dan cergas serta boleh
menjadikan kanak-kanak itu seorang yang kreatif dan imaginatif.


MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
17

Alatan Permainan
- Buaian
- Gelongsor
- Papan Imbangan
- Peralatan memanjat
- Peralatan motor kasar
- Pondok Permainan
- Pusat Main Air & Pasir
- Stor Peralatan

Landskap
Landskap yang cantik dan ceria dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir ke
prasekolah. Seni bina landskap memberi keutamaan kepada reka bentuk yang
kreatif, inovatif, sensitif dan efektif dengan perancangan dan pengurusan
sesuatu ruang atau kawasan luaran mahupun dalaman agar ia berfaedah
kepada murid-murid prasekolah. Pusat prasekolah yang baik sepatutnya
dilengkapi dengan lanskap seperti taman bunga, kebun sayur kolam ikan dan
mini zoo.

Pagar
Pagar di pusat prasekolah adalah salah satu eleman yang penting yang perlu
diberi perhatian. Ini adalah kerana ia berkaitan dengan aspek keselamatan murid
prasekolah. Antara reka bentuk dan bahan pintu pagar serta pagar yang
diperbuat daripada kayu dan besi. Pemasangan pagar hendaklah terlebih dahulu
mendapatkan kelulusan pihak berkuasa berdasarkan pengemukaan permohonan
pelan perincian cadangan reka bentuk pagar yang mengutamakan dan
menggalakkan fungsi , prestasi dan inovasi pagar.


MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
18

Ciri-ciri perincian reka bentuk dan pintu pagar serta bahan kemasan seperti yang
berikut:
- Pagar dibina daripada tanaman pagaran
- Bahan kemasan daripada keluli bergalvani, logam lain atau bahan rencam
seperti jejaring kimpal atau kayu
- Logam padu atau kayu padat yang menghadang pandangan tidak
dibenarkan.
- Warna neutral hendaklah warna monokrom yang menjurus kepada warna
hitam atau kehitaman, putih atau keputihan, warna kayu atau warna perang
kekuningan dan warna asli pelbagai jenis logam.
- Reka bentuk hendaklah tidak mempunyai bahagian tajam dan berbahaya.


iv) Peranan ibu bapa menyediakan persekitaran prasekolah
gar hendaklaSejak 1990an, ramai kaum pendidik telah menyarankan dan bersetuju
tentang pentingnya penglibatan ibu bapa (Khoo, 1991). Ibu bapa juga boleh melibatkan
diri sebagai rakan kongsi dengan guru yang berusaha menyediakan persekitaran
prasekolah yang baik. Pendidikan prasekolah akan menjadi lebih berkesan sekiranya
guru, ibu bapa dan masyarakat bersama-sama bergabung idea dan tenaga dalam
menjayakan aktiviti-aktiviti seperti gotong royong dan sebagainya.


Perbincangan
1. Bincangkan tentang langkah-langkah perancangan
untuk penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak
2. Membincangkan kemudahan kanak-kanak berkeperluan khas


MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
19

PENGURUSAN PENYAYANG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
( 5 JAM )


Guru harus memiliki sifat penyayang
4.6.1 Konsep Penyayang
Penyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain,pengasih, pencinta,
bersifat belas kasihan. Setiap individu, anggota masyarakat dan
organisasi memiliki sifat ini yang dapat membantu mewujudkan antara lain
keharmonian dalam sesuatu hubungan.
Guru penyayang di dalam bahasa Inggeris bermakna caring intellectual, iaitu
guru sebagai intelektual penyayang. Seseorang itu dikatakan penyayang apabila
mempunyai sifat-sifat seperti berminat, bertimbang rasa, menyedari,
menyayangi, suka dan memuja.

4.6.2 Ciri-ciri Intelek Penyayang
Ciri-ciri intelek penyayang perlu dimiliki oleh guru prasekolah. Guru prasekolah
yang menguasai ilmu psikologi akan lebih prihatin terhadap murid-muridnya.
Sebagai contoh, mereka yang mempunyai pengetahuan yang tinggi, daya
ingatan yang baik, kebolehan dalam bidang pengamatan dan perkonsepan serta
kebolehan berbentuk kreatif akan dapat membentuk jati diri murid yang lebih
baik.
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
20

4.6.3 Amalan Budaya Penyayang

Amalan budaya penyayang dalam bilik darjah memberi implikasi ke atas proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru penyayang adalah guru yang menyedari,
prihatin, berminat, peduli, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi
perhatian terhadap permintaan, pandangan, harapan, masa depan, kebajikan,
keperluan dan kebahagian murid-muridnya.

Latihan
1. Anda adalah seorang guru yang berkesan dan mempunyai
pelbagai peranan yang penting. Huraikan semua peranan yang
perlu anda laksanakan di sekolah dan bilik darjah
2. Bagaimanakah anda melaksanakan peranan-peranan tersebut?













MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
21

Peranan Guru Prasekolah ( Krogh, S.A, 1990)



















Fasilitator
Peranan
reflektif
Pengajar
Penyedia
permainan
(play
provider)
Pengurus
Perancang
Pemerhati
Penilai
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
22


Peranan guru sebagai fasilitator
4.7.1 Guru sebagai fasilitator
Perkataan fasilitator berasas daripada bahasa Latin, iaitu facilis bermaksud
mudah dan facilitating educatio sebagai making academic and social learning
as easy as possible for childre. (Krogh, s, 1990). Berikut adalah ciri guru sebagai
fasilitator:
Peranan guru sebagai fasilitator lebih tertumpu kepada usaha berfikir
secara fleksibel dan sentiasa memilih kaedah dan teknik pengajaran yang
pelbagai.
Dalam bilik darjah setiap pelajar diberi ruang belajar dengan pelbagai cara
bergantung kepada keperluan, minat dan gaya pembelajaran masing-
masing. Mengamalkan pembelajaran secara aktif, berfikir, membuat
keputusan secara asli (ingenuity).
Sentiasa peka untuk memberi soalan secara konsisten kepada kanak-kanak
pada masa yang difikirkan sesuai bagi menambah dan meningkatkan
kematangan kognitif mereka.
Tidak melihat kekurangan kanak-kanak dalam membuat persepsi, aspek
pengetahuan dan pertimbangan sebagai kekurangan. Malahan itu
merupakan manifestasi perkembangan yang boleh dikembangkan.
Menggunakan kaedah pengajaran mata pelajaran (curricular subject
matter).

MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
23

4.7.2 Guru Sebagai Instruktur (Tenaga Pengajar )

Guru sebagai tenaga pengajar kepada anak didiknya
Guru sebagai insruktur ialah sebagai demonstrator kepada aktiviti yang
dijalankan bersama kanak-kanak . Berikut adalah guru sebagai instruktur:
Sesi pengajaran yang memerlukan guru berinteraksi secara langsung
kepada kanak-kanak perlu dilaksanakan mengikut keperluan kurikulum.
Situasi yang sesuai ialah semasa membuat demonstrasi, bercerita atau
menyampaikan maklumat yang penting.
Sentiasa menyediakan objek konkrit.
Gunakan perkataan mudah semasa menerang.
Kecilkan skop pencapaian objektif.
Gunakan bahan sedia ada seperti dinding papan notis semasa menerang
dan menarik perhatian kanak-kanak.
Rangsang perhatian kanak-kanak dengan menyediakan aktiviti-aktiviti
menarik sebelum memulakan tema baru.
Memberi peluang kanak-kanak menyiapkan suatu tugasan /projek yang
menarik minat mereka.
Mengingatkan kanak-kanak tentang peraturan bilik darjah.
Hadkan masa semasa memberi penerangan.
Mengumpul kanak-kanak disuatu tempat sebelum memberi penerangan.
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
24

4.7.3. Guru sebagai Penyedia Bahan Permainan
Guru menyediakan bahan
permainan kepada kanak-kanak
prasekolah

Guru perlu peka kepada alat permainan yang hendak digunakan dalam aktiviti
kanak-kanak. Penyediaan permainan perlulah selamat ,tahan lama,tidak ada
toksid dan tidak tajam ,menarik,berwarna warni dan boleh dimanipulatif. Berikut
adalah kepentingan guru sebagai penyedia bahan permainan:
Bermain merupakan sebahagian daripada fitrah kanak-kanak.
Kanak-kanak tidak sepatutnya bergantung pada permainan asas konkrit,
lain-lain bentuk permainan seperti asas air dan seni dapat membantu
perkembangan fizikal, emosi dan kognitif kanak-kanak.
Weininger, 1979, dalam The Integrated Early Childhood Curriculum oleh
Suzanne Krogh, kanak-kanak perlu mempunyai masa yang cukup untuk
aktiviti main asas imaginasi dan dramatik bagi membantu mereka
mengatasi masalah ketakutan / fears dan keinginan (wants).This is
accomplished by playing out the event again and again until it no longer
holds any elements which upset or inhibit the child (Weininger, 1979,
page 28)
Mengikut pakar psikologi Jean Piaget, menstruktur, mengklasifikasi,
memikir dan mengorganisasi merupakan proses aktiviti mental yang
berfungsi semasa aktiviti bermain.


MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
25

4.7.4 Guru Sebagai Pengurus

Guru harus menjadi seorang pengurus yang baik
Di sekolah guru menggunakan pelbagai cara mengurus keperluan dan bilik
darjah bagi menarik perhatian kanak-kanak.
Gaya pengurusan guru perlulah seiring dengan keperluan situasi dan
keperluan kanak-kanak.
Kriteria utama yang perlu ditekankan ialah fleksibiliti.
Melatih kanak-kanak membuat keputusan sendiri secara beransur-ansur.
Beri peluang kanak-kanak membuat keputusan sebagai satu pendekatan
ganjaran. Guru boleh menggunakan kaedah ini seawal permulaan
persekolahan. Mesyuarat kelas boleh dilaksanakan bagi memberi peluang
kanak-kanak berbincang dan memenuhi keperluan mereka.
Guru mesti sentiasa peka kepada keperluan dan minat kanak-kanak
terutama sekali dalam penyediaan aktiviti dalam kelas. Aktiviti yang kurang
menarik akan menyebabkan tumpuan akan berkurang yang membawa
kepada pelbagai masalah lain. Guru boleh mengurangkan masalah ini
dengan menselang selikan aktiviti yang difikirkan menarik dan kurang
menarik.
Aktiviti main, memerlukan guru membuat pelbagai persediaan dari aspek
pengurusan. Sebagai contoh guru mesti peka terhadap ahli-ahli kumpulan,
jantina, minat dan kecerdasan kanak-kanak.

MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
26

Tahap perkembangan aktiviti main ;
Main solitari - Egosentrik, memenuhi keperluan
sendiri.
Onlooker play - memerhati rakan-rakan lain tapi tidak
terlibat secara langsung
Main parallel - Bermain bersama tetapi tidak berkongsi
bahan mainan
Associatif - berkongsi atau bertukar alat mainan tapi
mempunyai kebebasan masing-masing.
Main koperatif - kanak-kanak memilih rakan dan aktiviti
bersama mengikut kesukaan mereka.
Sentiasa bersedia untuk merancang semula aktiviti yang mempunyai
kekurangan di masa akan datang.
Merancang dan mengurus kelas sebelum kanak-kanak sampai ke sekolah
setiap hari.
Mengurangkan kebisingan kelas dengan bergerak sepanjang masa dan
bercakap secara perlahan-lahan kepada ahli kumpulan aktiviti. Jika
suasana menjadi tidak terkawal, guru perlulah menghentikan semua aktiviti
seketika dan memberi arahan atau adakan perbincangan kelas semula.
Jika semasa guru berbincang dengan ahli kumpulan dan ahli kumpulan lain
membuat bising, panggil kanak-kanak tersebut dan tegur dengan baik
secara bersemuka.Elakkan menggunakan kata-kata atau riak emosi
yang negatif. Guru dalam pelbagai keadaan boleh mengawal suasana
kelam kabut dengan menyanyi, mainkan muzik atau permainan nombor.
Guru perlulah ingat setiap tindak tanduknya mempunyai kesan sama ada
positif atau negatif terhadap perkembangan kanak-kanak.


MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
27

4.7.5 Guru Sebagai Pemerhati
Setiap hari guru berdepan dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku kanak-
kanak. Ini menjadikan tugas memerhati bukan satu tugas yang mudah. Namun
demikian, aktiviti pemerhatian dalam jangka masa panjang dapat membantu
guru menyelesaikan pelbagai masalah di prasekolah. Contohnya, sukar
menjalankan aktiviti bersama dalam kumpulan. Setelah guru prasekolah
menjalankan pemerhatian didapati Ali mempunyai beberapa tingkahlaku yang
tidak disenangi oleh rakan-rakannya.

Proses Pemerhatian mempunyai pelbagai matlamat dan cara pelaksanaan
Pemerhatian untuk perkembangan kognitif.

Memberi input kepada guru cara pembelajaran yang paling berkesan
terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak A
sukar membaca sendiri atau kanak-kanak B sukar belajar bersama rakan-
rakan.

Pemerhatian untuk perkembangan afektif . Interaksi kanak-kanak dalam kelas
membantu guru melihat cara kanak-kanak bergaul dalam kumpulan,
membentuk kumpulan rakan sebaya, dominasi, kesukaran personaliti
(personality difficulties), kerja kumpulan dan lain-lain. Guru juga dapat melihat
hirarki sosial yang wujud dalam kelas dan bersedia memainkan peranan pada
bila-bila masa.




MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
28

Teknik Pemerhatian
Sambut kanak-kanak di waktu pagi secara bersemuka untuk melihat riak
wajah dan perasaan mereka.
Aktiviti yang pertama setiap hari perlulah ringkas untuk memudahkan guru
membuat pemerhatian. Aktiviti yang disediakan tidak perlu lama, di antara 2
3 minit.
Sentiasa berdiri menghadap kanak-kanak dan elakkan membelakangi
mereka.
Memantau semasa aktiviti sedang berjalan, dengan membawa bersama
board untuk mencatat pesanan yang perlu diberi perhatian.
Sentiasa peka terhadap perbualan kanak-kanak semasa aktiviti berjalan.
Boleh menggunakan alat perakam semasa guru mengendali aktiviti. Analisis
aspek yang perlu diperbaiki setelah mendengar semula rakaman tersebut.
Buat refleksi setiap hari lebih kurang 10 minit selepas sesi tamat.

4.7.6 Guru Sebagai Penilai
Pemerhatian merupakan satu cara guru menilai pelbagai aspek
perkembangan kanak-kanak. Tujuan penilaian terhadap hasil kerja kanak-
kanak adalah untuk mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran telah
tercapai. Sebelum membuat penilaian guru prasekolah perlu memahami
matlamat sebenar yang hendak dicapai.

Langkah-langkah yang perlu diambil perhatian ;
Sebelum memulakan aktiviti, senaraikan matlamat 6 objektif yang hendak
dicapai contohnya perkembangan atau hasil pembelajaran mengikut tahap
kanak-kanak.
Penilaian boleh dibuat semasa pemerhatian.

MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
29

Pemerhatian Sebagai Cara Menilai
Dijalankan sejurus aktiviti bermula sama ada secara senyap atau berdialog
dengan kanak-kanak.
Memudahkan guru mendapat maklum balas secara terus perlu diubah,
diganti, dipercepatkan atau diperlahankan.

Aktiviti Susulan
Salah satu cara yang berkesan untuk menilai sesuatu aktiviti ialah dengan
membuat tindakan susulan. Contoh aktiviti susulan.
Aktiviti utama : mengunjungi pasaraya untuk mempelajari (principal
activity) tentang harga barangan dan pembelian
Aktiviti Susulan : wujudkan satu sudut di kelas berkaitan pengalaman
melibatkan kanak-kanak membuat belian dan mengurus wang.
Aktiviti utama : kanak-kanak belajar lagu dan nyanyian.
Tindakan susulan : mengadakan program persembahan informal
dengan menjemput ibu bapa dan warga sekolah.
Teknik menilai boleh dirumuskan dengan pelbagai bentuk seperti ujian,
formal, pemerhatian tak formal, dan aktiviti pembelajaran.

4.7.7 Guru Sebagai Perancang
Bilik darjah yang berpusatkan murid dan menggunakan kurikulum bersepadu
perlu dirancang dengan teliti sebelum ia dilaksanakan. Semasa merancang
pengajaran dan pembelajaran untuk setengah tahun akademik, tema perlulah
disusun mengikut kepentingannya. Berikut adalah tugas guru sebagai
perancang :
Membaca dan meneliti sukatan dan huraian sukatan pelajaran
Merujuk kepada takwim semester dan tahunan
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
30

Mengenal pasti matlamat dan objektif komponen kurikulum
Mengenal pasti kanak-kanak dan latar belakang mereka
Mengenal pasti tahap perkembangan mereka
Menyediakan peralatan alat bantu mengajar yang mudah didapti dari
persekitaran
Guru memilih aktiviti yang bersesuaikan dengan perkembangan kanak-kanak
dan minat kanak-kanak
Guru perlu memperuntukan masa yang sesuai untuk kanak-kanak beraktiviti
Mengambil keputusan untuk menilai aktiviti dan keberkesanan aktiviti
selepas mengajar mereka

Guru sebagai perancang perlu merujuk pelbagai pihak terutamanya guru
besar dalam menentukan perbelanjaan seperti kewangan . Berikut adalah
aktiviti yang dirancang oleh guru :
Hari sukaneka
Hari ibu bapa
Lawatan
Penyampaian Sijil

4.7.8 Guru Sebagai Peranan Reflektif
Reflektif merupakan satu tindakan yang sangat penting dalam proses P & P.
Menurut John Dewey ( 1859-1952 ) guru reflektif perlu memiliki sikap mengkaji
diri, berfikiran terbuka dan sanggup untuk menerima tanggungjawab atas setiap
tindakan dan membuat keputusan yang telah dibuat.


MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
31

Terdapat beberapa strategi yang boleh diaplikasi bagi membantu guru baru di
sekolah :
Sentiasa berhubung dengan pensyarah pembimbing semasa mendapat
latihan di maktab.
Memerhati cara guru-guru berpengalaman / pakar mengendalikan sesi
pengajaran dan pembelajaran
Mesra bila berhubung dengan kanak-kanak benarkan mereka menyentuh
atau memegang guru. Kanak-kanak peka dan mudah tersinggung skiranya
mereka tidak dibenarkan memegang / menyentuh guru.
Kasih sayang dan pesefahaman tetap menjadi pemusatan yang lebih dalam
proses pendidikan, daripada mana-mana teknik, teori dan teknologi yang
ada.(Peter Kline The Everyday Genius)
Jangan membuat anggapan yang salah terhadap keupayaan kanak-kanak,
Kanak-kanak adalah individu yang unik serta berbeza.
Menyedari bahawa ada kanak-kanak yang lebih mahir menggunakan kaki
dan tangan daripada kanak-kanak yang lain. Kebolehan ini tidak semestinya
ada kaitan dengan kecerdasan.
Sebelum mula mengajar, guru hendaklah menarik minat kana-kanak dan
mengetahui apa yang mereka suka.
Rangsangkan kanak-kanak untuk belajar. Sediakan aktiviti yang boleh
menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan kanak-kanak.
Menyediakan bahan / alat untuk membolehkan mereka menumpukan
perhatian dan menggunakan masa sepenuhnya. Elakkan aktiviti yang sama
terlalu lama diulang sebab ini akan membosankan mereka. Kanak-kanak
yang bosan tidak boleh belajar dengan bermakna/berkesan.

Pastikan apa yang hendak ditunjukkan kepada kanak-kanak iu, mudah dan jelas
sebab kanak-kanak cepat keliru jika benda yang ditunjukkan terlalu banyak atau
terlalu sukar untuk mereka fahami
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
32

Kanak-kanak yang sihat mempunyai pemusatan yang pendek. Jadi
guruhendaklah bersedia untuk menukarkan aktiviti yang pelbagai.
Bila menegur atau memperbaiki kesilapan, baiki satu kesalahan sahaja pada
satu satu masa. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan.
Kanak-kanak suka membuat sesuatu pekerjaan dan melihat hasil kerjanya. Puji
usaha kanak-kanak dan hasilnya.
Bila mengajar angka dan huruf, ajar dengan beberapa cara hingga kemahiran itu
dapat dicapai. Gunakan berbagai-bagai jenis bahan / alat dari media yang
berlainan untuk membantu meneguhkan kemahiran itu.
Gunakan gambar / perbuatan yang menggelikan hati kanak-kanak. Kanak-kanak
cepat belajar jika mereka seronok.
Kanak-kanak suka mencuba sekiranya keadaan menyenangkan hati dan selesa.
Galakkan mereka mencuba sesuatu dan beri bantuan hanya jika diperlukan
sahaja.
Adakan pilihan tetapi dalam kadar yang terhad dalam pelajaran yang hendak
dicapai. Proses memilih merangsangkan kanak-kanak untuk memilih dan secara
tidak langsung membuat keputusan.
Memperkenalkan jenis-jenis permainan di mana kanak-kanak boleh bermain
sesama sendiri. Ini membantu perkembangan sosial.
Jangan memulakan pelajaran/konsep baru sebelum semua kanak- kanak
memahami konsep yang telah diajar sebelumnya.( Contohnya : kalau kanak-
kanak boleh belajar tambah, mereka telah mengenal nilai nombor)
Kanak-kanak bukanlah miniature adults kita tidak boleh berharap mereka
berkelakuan seperti orang dewasa. (Contohnya: kanak-kanak boleh mengurus
diri tetapi tidak boleh masak makanan untuk orang dewasa dengan sendiri )
Kanak-kanak tidak berada dalam keadaan yang sama sepanjang masa- reaksi
terhadap pengaruh persekitaran membuatkan mereka selalu berubah.

.

MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
33


Berikan definisi pengurusan penyayang dan
peranan guru prasekolah dalam pengajaran dan pembelajaran.


Tahniah! Anda telah dapat menyelesaikan aktiviti pembelajaran dari Modul 4
Sila teruskan untuk mempelajari bahagian modul ini
seterusnya. Selamat mencuba.













MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
34


RUJUKAN :
Amir Awang. (1986) Teori-Teori Pembelajaran. Shah Alam: Fajar Bakti
Brewer, J.A. (1995). Introduction To Early Childhood Education. NY: Allyn & Bacon.
Carol K.S. (2003). Life Span Human Development. Thomson & Wadsworth Pub.
Coole, P. & Steven, R. (1990). Whole Language: A New Zealand Approach
Christchurch: Christchurch College of Education.


Eva Essa (1996) Introduction To Early Children Education 2
nd
ed. Delmar Publishers
Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja.
Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kasnani et al (2006) Perkembangan Pendidikan Prasekolah; Bahagian 2,
Subang Jaya; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Mak Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Pengurusan Lepasan
Ijazah). Subang Jaya; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2004). Panduan Kurikulum
Prasekolah. Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.
. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala
Lumpur, PPK.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan,
Kuala Lumpur, PPK.
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
35

Rohaty Mohd Majzub, Abu Bakar Nordin (1989). Pendidikan Prasekolah.
Pendidikan Fajar Bakti
Stremmel, A.J., & V.R. Fu. (1993). Teaching In The Zone Of Proximal Development:
Implications For Responsive Teaching Practice. Child And Youth Care Forum 22 (5):
337-530

Thomas Keenan (2005). Introduction To Child Development. London. SAGE
Publications.

Vygotsky L. (1978). Mind And Society. Cambridge, MA: Harvard University Press.

William Crain (2000) Theories Of Development; Concept And Applications;4
th
Ed.
New Jersey, Prentice Hall
Zuraida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros dan Maznah Ali, (2003) Pendidikan
Sains Prasekolah. Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.













MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
36

PANEL PENULIS MODUL
KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA
ASPEK PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Nama Kelayakan
Dr. Noriati bt Rashid
Pengarah
Pusat Pembangunan Akademik
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

noriati.arashid@bpg.moe.gov.my
atie_dr@yahoo.com
Kelulusan:
PhD.(Sosiolinguistik), UM
Sarjana Pendidikan (Sosiologi
Pendidikan), UM
B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu),
UM
Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa
Melayu),UM

Dr. Jennifer Wee Beng Neo

Penolong Pengarah
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia


wjenee@moe.gov.my
wjenee@gmail.com


Kelulusan:
PhD. (Pentadbiran Pendidikan)
M.Sc (Pentadbiran Pendidikan)
Bac.Pend. (SRT)
Sijil Guru, MPTI

Penglaman Kerja:
Guru Sekolah Menengah (18 tahun)
Pensyarah IPG (8 tahun)
Pen.Pengarah BPG, KPM (7 tahun)
Pen.Pengarah IPG, KPM (2 tahun)

Fauziah binti Hussain

Ketua Jabatan Prasekolah
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani
08000, Kedah Darulaman

giempsah@yahoo.com

Kelulusan
MSc Physiology Exercise & Health
Science
Bac. Pend. (Pendidikan Jasmani &
Kesihatan)

Pengalaman Kerja:
Guru Sekolah Menengah (15 tahun)
Pen. Pengarah Bah. Buku Teks, KPM (5
tahun)
Pen. Pengarah Pusat Perkembangan
Kurikulum(5 tahun)
Pensyarah IPG (7 tahun)







MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
37

Nama Kelayakan
Ewe Mee King
Pensyarah Kanan
IPG Kampus Tuanku Bainun
Bukit Mertajam
!4000 Pulau Pinang
mkewe05@yahoo.com
012-4575678
Kelulusan:
M.Ed( Psikologi Pendidikan)
Diploma Pendidikan
B.A(Hons) Pengajian Melayu

Pengalaman Kerja:
Penyelaras Prasekolah 5 tahun
Pensyarah IPG : 23 tahun
Guru Sekolah: 3 tahun

Low Siew Wah

IPG Kampus Pulau Pinang
Bukit Coombe
11700 Gelugor, Pulau Pinang
janlowsw@yahoo.com
019-5435122
Kelulusan:
M Ed (Psikologi Pendidikan)
Dip Ed
B. A. (Hons) (Linguistik

Pengalaman Kerja
Ketua Bidang Prasekolah
IPG: 11 tahun
Sekolah: 10 tahun

Siti Patimah binti Ab. Kadir

Pensyarah
IPG- Kampus Pendidikan Islam,
Beg Berkunci No 214,
Pusat Mel Bandar Baru Bangi, 43657
Bangi, Selangor

013-6689404
spk13669@yahoo.com
Kelulusan:
M.Ed (Pendidikan Awal Kanak-kanak)
B.Ed (Pendidkan Awal Kanak-kanak)
Sijil Perguruan Asas (Prasekolah)

Pengalaman:
Ketua Unit Prasekolah
IPG- 10 tahun
Sekolah 5 tahun


Fatimah Binti Adam

Pensyarah Kanan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG, Kampus Dato Razali Ismail
21030, Kuala Terengganu

019-9811400
Fatimahadam57@yahoo.com
Kelulusan:
B.A(Hons) UKM

Pengalaman Bekerja:

Pensyarah IPGM 24 tahun
Guru Sekolah Menengah 5 tahun









MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
38

Nama Kelayakan
Normala binti Mehat

Ketua Unit Prasekolah
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Perlis
01000 Kangar Perlis.

012-4075043
normala64@yahoo.com


Kelulusan:
B. Economy (Hons) UKM
MBA (Business Administration)

Pengalaman Bekerja:
Pensyarah IPG 10 tahun
Pensyarah Politeknik 2 tahun
Guru Sekolah Menengah 8 tahun

Rohana binti Osman
Penolong Ketua Unit Prasekolah
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Perlis
01000 Kangar Perlis.
019-4455541
rohanaosman@ymail.com

Kelulusan:
BA (Hons) USM
MA (Kesusasteraan) UKM.
Sijil Perguruan Asas (TESL) MPSI

Pengalaman Bekerja:
Pensyarah IPG 5 tahun
Guru Sekolah Menengah 5 tahun
Guru Sekolah Menengah 17 tahun
























MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
39

PANEL PEMURNIAN MODUL
KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA
ASPEK PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Nama Kelayakan

Dr. Noriati bt Rashid

Pengarah
Pusat Pembangunan Akademik
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

noriati.arashid@bpg.moe.gov.my
atie_dr@yahoo.com

Kelulusan:

PhD.(Sosiolinguistik), UM
Sarjana Pendidikan (Sosiologi
Pendidikan), UM
B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu),
UM
Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa
Melayu),UM

Dr. Jennifer Wee Beng Neo

Penolong Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

wjenee@moe.gov.my
wjenee@gmail.com



Kelulusan:
PhD. (Pentadbiran Pendidikan)
M.Sc (Pentadbiran Pendidikan)
Bac.Pend. (SRT)
Sijil Guru, MPTI

Penglaman Kerja:
Guru Sekolah Menengah (18 tahun)
Pensyarah IPG (8 tahun)
Pen.Pengarah BPG, KPM (7 tahun)
Pen.Pengarah IPG, KPM (2 tahun)

Fauziah binti Hussain

Ketua Jabatan Prasekolah
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani
08000, Kedah Darulaman

giempsah@yahoo.com


Kelulusan
MSc Physiology Exercise & Health
Science
Bac. Pend. (Pendidikan Jasmani &
Kesihatan)

Pengalaman Kerja:
Guru Sekolah Menengah (15 tahun)
Pen. Pengarah Bah. Buku Teks, KPM (5
tahun)
Pen. Pengarah Pusat Perkembangan
Kurikulum(5 tahun)
Pensyarah IPG (7 tahun)

Siti Patimah binti Ab. Kadir

IPG- Kampus Pendidikan Islam,
Beg Berkunci No 214,

Kelulusan:
M.Ed (Pendidikan Awal Kanak-kanak)
B.Ed (Pendidkan Awal Kanak-kanak)
Sijil Perguruan Asas (Prasekolah)
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
40

Pusat Mel Bandar Baru Bangi,
43657 Bangi, Selangor

013-6689404
spk13669@yahoo.com


Pengalaman:
Ketua Unit Prasekolah
IPG- 10 tahun
Sekolah 5 tahun


Nama Kelayakan

Fatimah Binti Adam

Pensyarah Kanan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG, Kampus Dato Razali Ismail
21030, Kuala Terengganu

019-9811400
Fatimahadam57@yahoo.com

Kelulusan:
B.A(Hons) UKM

Pengalaman Bekerja:
Pensyarah IPGM 24 tahun
Guru Sekolah Menengah 5 tahun


Norasmah binti Mohd Noor

Pensyarah
IPG, Kampus Dato Razali Ismail
21030, Kuala Terengganu,
Terengganu

019-9161336
n_asmaumi@yahoo.com.my


Kelulusan:

Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak
(UM)
Sarjana Muda Pengajian Melayu (UM)

Pengalaman Bekerja:

Pensyarah IPGM 4 tahun
Guru sekolah 13 tahun

Rosmah Binti Abd. Ghani

Pensyarah
IPG Kampus Sultan Mizan
22200. Besut, Terengganu

013-9835771
rosmahabdghani@yahoo.com.my









Kelulusan:
Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-
kanak
Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pengalaman Bekerja:

Guru sekolah 16 tahun
Pensyarah IPGM 6 tahun
MODUL 4 KDPM PRA AMBILAN NOVEMBER 2010
41


Normala binti Mehat

Ketua Unit Prasekolah
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Perlis
01000 Kangar Perlis.

012-4075043
normala64@yahoo.com



Kelulusan:
B. Economy (Hons) UKM
MBA (Business Administration)

Pengalaman Bekerja:
Pensyarah IPG 10 tahun
Pensyarah Politeknik 2 tahun
Guru Sekolah Menengah 8 tahun

Rohana binti Osman
Penolong Ketua Unit Prasekolah
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Perlis
01000 Kangar Perlis.
019-4455541
rohanaosman@ymail.com








Kelulusan:
BA (Hons) USM
MA (Kesusasteraan) UKM.
Sijil Perguruan Asas (TESL) MPSI

Pengalaman Bekerja:
Pensyarah IPG 5 tahun
Guru Sekolah Menengah 5 tahun
Guru Sekolah Menengah 17 tahun

You might also like