Keselamatan adalah faktor penting yang perlu diutamakan semasa menjalankan aktiviti perkebunan. Antara ciri-ciri keselamatan adalah seperti :-
1. Keselamatan Diri dan Rakan * Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. * Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika bekerja di kawasan kebun. * Pakai apron dan kasut but yang sesuai. * Perlu memakai sarung tangan yang sesuai. * Jangan bermain atau bergurau atau bermain di dalam kawasan kebun. * Sentiasalah bekerjasama dan tolong menolong dengan rakan sekerja. * Basuhlah tangan menggunakan air dan sabun selepas selesai membuat kerja.
2. Keselamatan Am * Fahamkan semua peraturan keselamatan yang telah digariskan semasa berada di kawasan kebun * Dapatkan kebenaran guru sebelum memasuki kawasan kebun. * Pastikan kawasan kebun sentiasa bersih, kemas dan teratur. * Berkebunlah dengan penuh minat. * Selalulah bertanyakan guru jika ada sebarang masalah. * Bersihkan tempat kerja (kebun) dan lantai sebelum meninggalkan bengkel. * Kemas semua peralatan dan bahan di tempat yang disediakan.
3. Cara Menyimpan Alatan * Alatan perlu dibersihkan selalu terutamanya selepas menggunakannya. * Alatan perlu disimpan rapi, kemas dan teratur di tempat yang telah disediakan. * Pastikan kawasan kebun selamat tanpa ada peralatan yang bersepah atau diletak merata. * Keadaan stor perkebunan perlu dibersihkan dan dikemas serta di label nama peralatan tersebut.