You are on page 1of 12

Tajuk Kajian: Amalan Membaca di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Malaysia

1.0

Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Membaca Jambatan Ilmu
Slogan di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca
dalam kehidupan kita. Malahan surah Al-Alaq ayat satu hingga lima yang
diturunkan Allah Taala kepada Nabi Muhammad SAW turut menyeru umat Islam
supaya membaca. Keadaan ini juga turut menunjukkan kepada kita semua
maslahat

amalan

membaca.

Hal

ini

demikian

kerana,

melalui

pembacaan,seseorang akan dapat meluaskan horizon pemikiran serta mampu


melahirkan modal insan yang cemerlang yang secara tidak langsung, dapat
membantu memajukan negara.
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak dalam
memupuk amalan membaca di kalangan pelajar namun, bilangan pelajar yang
mengamalkan budaya membaca masih di tahap yang rendah. Isu budaya
membaca yang rendah di kalangan pelajar telah dikenalpasi sebagai salah satu
faktor masalah keciciran pelajar di sekolah. Jika isu ini berterusan dan dibiarkan
begitu sahaja, pasti ianya sukar untuk kita mencapai Wawasan 2020.
1.2

Pernyataan Masalah
Dewasa ini, amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini
masih rendah malah di tahap yang membimbangkan. Secara purata, setiap rakyat
Malaysia hanya membaca satu halaman buku setiap tahun.
Pada tahun 2005, satu kajian telah dijalankan secara usaha sama antara
Perpustakaan Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia bertujuan
untuk mengenal pasti profil tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia
sebagai kesinambungan daripada kajian yang telah dijalankan pada tahun 1996.
Data-data yang diperolehi telah dianalisis dan laporan kajian ini telah disediakan
oleh sekumpulan panel penulis yang diketuai oleh Prof. Datin Dr. Rahimah Hj.
Ahmad iaitu Pengarah Institut Pengajian Kepengetuaan dari Universiti Malaya.

Kajian tersebut telah dijalankan secara temubual bersemuka menerusi


kaji selidik berstruktur melibatkan informen seramai 60,441 orang atau
bersamaan dengan 0.23% jumlah penduduk Malaysia. Kajian telah menumpukan
kepada golongan yang berumur 5 tahun ke atas dan melibatkan kawasan
persekitaran yang berbeza iaitu penduduk di bandar dan di luar bandar. Kajian
telah mendapati bahawa peratusan boleh membaca atau literasi membaca
rakyat Malaysia pada tahun 2005 adalah 92.0% bagi mereka yang berumur 10
tahun dan ke atas. Sebagai perbandingan, Kajian Profil Membaca Rakyat
Malaysia pada tahun 1996 telah mendapati bahawa kadar literasi rakyat
Malaysia bagi mereka yang berumur 10 tahun dan ke atas ialah 93.0%. Ini
bermakna dalam tempoh 10 tahun lalu, didapati kadar literasi rakyat Malaysia
telah menurun sebanyak 1.0% bagi kumpulan umur 10 tahun ke atas. Terdapat
tiga punca utama kalangan masyarakat di Malaysia tidak membaca iaitu mereka
lebih berminat kepada aktiviti lain (60.4%), tiada masa lapang (15.2%) dan tidak
berminat membaca (13.5%).
Kajian Olahan Semula Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun
2010 pula merumuskan bahawa secara puratanya, golongan yang berusia 10
hingga 40 tahun membaca 8 buah buku setahun, manakala mereka yang berumur
lebih daripada 40 tahun hanya membaca enam buah buku setahun. Fenomena ini
menjelaskan bukti bahawa tahap pembacaan dalam kalangan masyarakat di
negara ini masih sangat rendah di mana menjelaskan bahawa semakin meningkat
umur seseorang maka semakin menurun tabiat membaca dalam kalangan
penduduk di negara ini.
Berdasarkan kepada apa yang dinyatakan di atas, maka satu kes kajian
mengenai amalan membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah perlu
dijalankan.
1.3

Objektif Kajian
Objektif kes kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti bilangan pelajar sekolah menengah yang mengamalkan
amalan membaca.
2. Mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi bilangan pelajar
pelajar yang tidak mengamalkan amalan membaca.

1.4

Kepentingan Kajian
Kes kajian ini dijalankan bagi mengenalpasi bilangan pelajar sekolah
menengah yang mengamalkan amalan membaca. Ianya juga dapat membantu
mengenalpasti faktor-faktor yang mengapa pelajar sekolah menengah kurang
minat membaca. Pada masa yang sama, langkah-langkah bagi menyelesaikan
masalah ini turut dibincangkan di dalam kertas kajian ini.

1.5

Tempat, Populasi dan Sampel Kajian


Populasi merupakan jumlah keseluruhan kumpulan yang hendak dikaji
manakalah sampel ialah individu-individu yang menjawab soalan-soalan
penyelidikan.
Populasi yang digunakan dalam kajian ini ialah pelajar-pelajar Tingkatan
Tiga Sekolah Menengah Beaconhouse Sri Inai, Petaling Jaya. Seramai 40 orang
pelajar dipilih secara rawak sebagai sampel kajian.

1.6

Kaedah Kajian
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan
borang soal selidik. Borang soal selidik ini diedarkan kepada responden. Kami
memilih kaedah ini kerana ianya mampu mengukur konsep yang berkaitan
dengan sikap, persepsi, dan pandangan selain daripada keterangan latar belakang
responden dengan lebih tepat dan jelas. Ianya juga merupakan kaedah yang
paling mudah, murah dan menjimatkan masa bagi tujuan mengumpul data yang
kami perlukan bagi melaksanakan kajian kes ini.
Selain itu, kaedah instrumen kajian ini lebih sesuai digunakan kerana
ianya lebih mudah untuk mendapat kerjasama daripada responden kerana ianya
memerlukan masa yang singkat untuk menjawab soalan soal selidik yang
diberikan malah mereka tidak perlu risau kerana maklumat peribadi mereka
dirahsiakan.
Borang soal-selidik yang kami gunakan mempunyai dua bahagian seperti
berikut:
Bahagian A:
Bahagian B:

Maklumat peribadi dan latar belakang responden.


Sikap pelajar terhadap membaca.
Dorongan ibu bapa, rakan, guru dan sekolah terhadap
budaya membaca.
Bahan bacaan yang diminati oleh pelajar untuk dibaca.

Bagi bahagian A, pengkaji menggunakan kaedah soalan berstruktur.


Manakala untuk bahagian B pula, pengkaji menggunakan Skala Likert. Skala
Likert sesuai digunakan dalam kajian kerana ia merupakan suatu inventori
sikap yang melibatkan perasaan individu terhadap sesuatu idea, prosedur dan
institusi sosial. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pengukur dan mengawal
persoalan yang dikemukan selaras dengan persoalan kajian bagi mendapatkan
keputusan bagi menjawab persoalan kajian ini. Skalah ini meliputi dua nilai
jawapan yang dikemukan dalam bentuk skala ordinal antara 1 dan 2.
Ini bagi memastikan yang setiap jawapan yang dipilih oleh responden
adalah diyakini berpendirian teguh terhadap penyataan yang dikemukan.

2.0

Dapatan Kajian
Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Beaconhouse Sri Inai,
Petaling Jaya terlibat dalam kajian ini. Pecahan dari segi jantina ditunjukkan dalam
jadual 2.1. Peratus pelajar lelaki dan perempuan adalah sama rata, iaitu seramai 20
orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan.
Jadual 2.1
Taburan Responden Mengikut Jantina
Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah

Bilangan (orang)
20
20
40

Peratus (%)
50
50
100

Pelajar-pelajar ini terdiri daripada golongan etnik dan latar belakang keluarga yang
berbeza. Semua pelajar sekolah ini mempunyai latar belakang keluarga yang
berpelajaran tinggi dan berpendapatan tinggi. Dalam kajian yang kami lakukan, semua
pelajar bersetuju bahawa amalan membaca itu penting bagi membantu mereka
memperoleh ilmu pengetahuan.

Di bahagian B pula, pelbagai soalan telah disediakan dan dijawab oleh para pelajar
bagi mengenalpasti bilangan pelajar yang mengamalkan dan tidak mengamalkan
amalan membaca. Pilihan jawapan Setuju menunjukkan yang pelajar tersebut
mengamalkan amalan membaca manakala pilihan jawapan Tidak Setuju
menunjukkan yang pelajar tersebut tidak mengamalkan amalan membaca. Hasil
dapatan kajian diperlihatkan dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2
Bilangan Pelajar Membaca dan Tidak Membaca
Item
1
2
5
6
7
8
10
11
13
Jumlah

Setuju (%)
4 (11)
6 (16)
13 (32)
15 (37)
10 (26)
19 (47)
10 (26)
8 (21)
4 (11)
10 (25)

Tidak Setuju (%)


36 (89)
34 (84)
27 (68)
25 (63)
30 (74)
21 (53)
30 (74)
32 (79)
36 (89)
30 (75)

Hasil dapatan kajian menunjukkan yang kekerapan pelajar yang tidak mengamalkan
amalan membaca di kalangan pelajar Tingkatan 3 sekolah tersebut adalah tinggi, iaitu
sebanyak 75% manakala kekerapan pelajar yang mengamalkan amalan membaca
adalah seramai 25%.
Ini jelas membuktikan yang rata-rata ramai pelajar sekolah di Malaysia yang masih
tidak mengamalkan amalan membaca seperti hasil kajian yang dijalankan oleh
Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2005.
Soalan mengenai faktor-faktor utama yang mempengaruhi bilangan pelajar yang suka
dan tidak suka membaca juga disediakan di dalam bahagian B. Pilihan jawapan
Setuju menunjukkan yang pelajar tersebut menerima galakan dan dorongan daripada
faktor tersebut untuk membaca. Pilihan jawapan Tidak Setuju pula menunjukkan

yang pelajar tidak menerima galakan dan dorongan daripada faktor tersebut untuk
mengamalkan amalan membaca. Hasil dapatan kajian diperlihatkan dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3
Faktor-Faktor Utama Mempengaruhi Amalan Membaca
Item
Ibu bapa
Rakan-rakan
Guru
(Aktiviti di dalam kelas)
Pihak sekolah

Peratus Setuju
32 (79)
8 (21)
15 (37)

Peratus Tidak Setuju


8 (21)
32 (79)
25 (63)

2 (5)

38 (95)

Hasil dapatan kajian menunjukkan yang 79% pelajar menerima galakan dan dorongan
daripada ibu bapa mereka untuk mengamalkan amalan membaca. Ini mungkin
disebabkan oleh latar belakang ibu bapa mereka yang berpendidikan tinggi. Ibu bapa
tersebut mempunyai kesedaran mengenai faedah amalan membaca dan cuba
menerapkan nilai tersebut di dalam diri mereka.
79% orang pelajar berpendapat yang mereka tidak menerima galakan untuk membaca
daripada rakan-rakan sebaya. Ini jelas membuktikan yang rata-rata pelajar sekolah
masih tidak berminat untuk mengamalkan amalan membaca.
Seramai 63% orang pelajar berpendapat yang mereka tidak mendapat dorongan
sepenuhnya daripada guru di sekolah untuk membaca manakala 95% orang pelajar
berpendapat yang pihak sekolah tidak memberikan galakan untuk mereka
mengamalkan amalan membaca.
Kesimpulannya, hasil dapatan kajian menunjukkan yang bilangan pelajar yang tidak
mengamalkan amalan membaca adalah tinggi dan terdapat banyak faktor-faktor yang
mempengaruhi bilangan pelajar yang tidak mengamalkan amalan membaca seperti
rakan sebaya, guru dan juga pihak sekolah.

3.0

Perbincangan
3.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah amalan membaca di kalangan
pelajar sekolah menengah

3.2

5.0

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Budaya dan amalan membaca perlu dipupuk di kalangan masyarakat Malaysia


khususnya pelajar-pelajar, memandangkan budaya membaca masih belum dihayati
sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Ahli falsafah barat menyatakan knowledge is
power yang membawa maksud pengetahuan adalah kuasa. Dengan adanya ilmu
pengetahuan, manusia dapat meningkatkan taraf kehidupan menjadi lebih sempurna dan
kaedahnya adalah melalui pembacaan. Oleh itu, wujudlah slogan Membaca Jambatan
Ilmu yang mana ungkapan tersebut amat sesuai untuk merungkaikan persoalan dalam
menanam minat membaca di kalangan pelajar kita pada hari ini dan betapa pentingnya
amalan membaca dalam kehidupan seharian kita sepertimana yang terkandung dalam
Surah Al-Alaq, ayat 1 hingga 5 yang Allah S.W.T turunkan kepada Nabi Muhammad
S.A.W, turut menyeru umat Islam supaya membaca. Melihat betapa pentingnya amalan
membaca, pelbagai usaha perlu dijalankan dan dipertingkatkan bagi memupuk amalan
tersebut di kalangan masyarakat di negara ini.
Antara usaha dan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan amalan
membaca di kalangan pelajar adalah:
5.1

Peranan Ibu Bapa


Ibu bapa seharusnya memberikan pendidikan awal yang sempurna
kepada anak-anak mereka kerana anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah
yang akan mencorakkan kehidupan mereka. Ibu bapa perlu menerapkan amalan
membaca dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi iaitu pada zaman kanakkanak seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Usaha ini
dapat dilakukan dengan cara ibu bapa mengajar anak-anak membaca dan
membelikan bahan bacaan yang sesuai mengikut perkembangan diri anak-anak.
Contohnya, ibu bapa membelikan buku bercerita bergambar untuk anak mereka
yang berusia lima tahun. Keadaan ini dapat menarik minat anak untuk membaca
buku tersebut dan jelaslah menunjukkan usaha untuk memupuk amalan membaca
perlu bermula di rumah dan semenjak anak-anak masih kecil lagi.
Selain itu, ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak
mereka. Ini kerana anak-anak sentiasa menuruti perbuatan kedua-dua ibu bapa

mereka. Sekiranya ibu bapa melakukan sesuatu yang baik, anak akan turut
melakukannya., Ibu bapa perlulah membaca di hadapan anak-anak mereka, bagi
memupuk amalan membaca. Keadaan ini secara tidak langsung akan mendorong
anak-anak untuk turut sama membaca dengan kedua-dua ibu bapa mereka.
Jelasnya, pemupukan amalan membaca turut boleh dilakukan melalui peranan ibu
bapa menjadi suri teladan dan tokoh membaca kepada anak-anak mereka.
Ibu bapa juga turut memainkan peranan dalam memupuk amalan
membaca dengan menyediakan kelengkapan seperti perpustakaan mini di rumah.
Perpustakaan mini tersebut perlulah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti
meja, kerusi, rak buku dan buku-buku. Buku-buku yang disediakan perlulah
berbentuk ilmiah serta bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak bagi
memupuk minat suka membaca dalam diri mereka. Perpustakaan mini tersebut
perlu digunakan oleh semua ahli keluarga termasuk ibu bapa. Ibu bapa perlu
menetapkan jadual penggunaan perpustakaan mini tersebut. Contohnya, ibu bapa
menetapkan hari minggu sebagai hari untuk seluruh ahli keluarga menggunakan
perpustakaan mini tersebut. Dengan wujudnya perpustakaan mini di rumah ini,
secara tidak langsung ibu bapa dapat memupuk amalan membaca dalam diri anakanak mereka.
5.2

Peranan Pihak Sekolah


Peranan pihak sekolah juga merupakan pihak yang penting dalam usaha
menanam minat membaca di kalangan pelajar. Ini kerana sekolah dikatakan
sebagai rumah kedua bagi pelajar-pelajar. Pihak sekolah seharusnya menyedarkan
para pelajar tentang kepentingan minat membaca. Oleh itu, pendekatan secara
agresif perlu dijalankan dan dipertingkatkan di sekolah seperti memperbanyak dan
memperkukuhkan lagi program dan kempen membaca di kalangan pelajar.
Salah satu program yang sering dijalankan di sekolah pada masa kini
adalah program NILAM. Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2002 oleh
Kementerian Pendidikan dan Pelajaran Malaysia. NILAM bermaksud Nadi Ilmu
Amalan Membaca iaitu penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan

membaca yang dijalankan di semua sekolah di Malaysia tidak kira sekolah rendah
mahupun sekolah menengah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Program ini bertujuan untuk menyemai sikap suka membaca di kalangan
pelajar seolah dan merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah
yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.
Program ini dijalankan dengan cara pelajar merekodkan bahan bacaan yang telah
dibaca ke dalam Buku Rekod Nilam yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Di
bawah program ini, pelajar-pelajar yang paling banyak membaca akan diberikan
anugerah, hadiah dan pengiktirafan menyebabkan secara tidak langsung ramai
pelajar telah menunjukkan minat mereka untuk membaca.
Oleh itu, pihak sekolah perlu memastikan dan memperkukuhkan lagi
program ini memandangkan program ini dijalankan sepanjang tahun bagi
melahirkan Tokoh Nilam yang gemilang, di samping menjadi wadah memupuk
amalan membaca di kalangan pelajar yang merupakan pemacu negara pada masa
hadapan.
5.3

Peranan Pihak Kerajaan


Pihak kerajaan perlu campur tangan dalam menanam minat membaca di
kalangan pelajar-pelajar agar keberkesanannya lebih menyeluruh. Sekiranya
ditinjau melalui skop yang lebih holistik, kerajaan memainkan peranan dominan
dalam usaha menyemai tabiat membaca dalam kalangan pelajar. Sebagai tonggok
negara, kempen dan aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan seharusnya menjurus
kepada pemupukan amalan membaca. Contohnya, kempen Mari Membaca yang
diperkenalkan oleh kerajaan, mengajak masyarakat malaysia agar gemar
membaca. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh memperbanyakkan perkhidmatan
Perpustakaan Bergerak di kawasan kampung yang tidak mempunyai perpustakaan
awam kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan
program yang dapat menimbulkan minat membaca di kalangan masyarakat
khususnya pelajar. Mengambil contoh daripada Dasar Pandang Ke Timur yang
diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, pelajar
negara ini digalakkan mencontohi budaya penduduk Korea dan Jepun yang kuat

membaca. Amalan membaca yang begitu sebati dalam jiwa mereka haruslah
dijadikan ikutan pelajar di Malaysia.

Kementerian Pendidikan dan Pelajaran Malaysia juga perlu memainkan


peranan dalam memastikan amalan membaca di kalangan remaja terus subur.
Contohnya, Kementerian ini boleh mengalakkan aktiviti membaca di kalangan
pelajar dengan mengadakan pelbagai pertandingan yang berbentuk ilmu
pengetahuan seperti pertandingan kuiz dan mengarang. Pihak Kementerian juga
perlu melengkapkan perpustakaan sekolah dengan buku-buku yang menarik dan
berkualiti bagi mendorong pelajar untuuk membaca. Justeru itu, jelas
menunjukkan kerajaan berperanan dalam pemupukan amalan membaca di
kalangan

pelajar

agar

dapat

melahirkan

masyarakat

yang

celik

ilmu

pengetahuannya.
5.4

Peranan Pihak Swasta


Pihak swasta turut memikul obligasi bagi memupuk tabiat suka membaca
di kalangan rakyat Malaysia dan pelajar khususnya. Mereka perlu menyokong
kempen membaca yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Contohnya, pekerja mereka perlu
digalakkan membaca dengan mewujudkan sudut bacaan seperti di klinik, hospital,
restoran dan kompleks membeli belah.
Pihak swasta khususnya penerbit buku juga seharusnya menyumbangkan dana
untuk menyuburkan benih membaca dalam diri pelajar seperti menganjurkan pameran
atau pesta buku. Dalam pameran buku tersebut, pelbagai jenis buku perlu dipamerkan
meliputi bahan bacaan pelbagai peringkat umur dengan harga yang berpatutan.
Penganjuran seperti ini tidak seharusnya diadakan di Kuala Lumpur sahaja tetapi turut
meliputi seluruh negeri di Malaysia termasuk daerah-daerah yang terpencil.
Penganjuran ini secara tidak langsung bukan sahaja dapat mewujudkan minat
membaca di kalangan masyarakat malah dapat mengeratkan silaturrahim antara mereka.
Ini kerana masyarakat akan bersama-sama bertukar bahan bacaan dan pendapat

ketika mereka mengunjungi pameran buku tersebut.

5.5

Kesimpulan
Budaya atau amalan membaca mendatangkan faedah kepada individu
mahupun masyarakat. Melalui pembacaan, kita dapat menambahkan ilmu
pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan sahaja dapat membantu
seseorang mendapat keputusan yang cemerlang, malah dapat memajukan negara.
Walaupun pada masa ini pelbagai pendekatan telah dilaksanakan untuk memupuk
minat membaca, memandangkan budaya membaca masih belum dihayati
sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia.
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya
membaca kerana budaya membaca perlu dipupuk semenjak anak-anak kecil lagi.
Ibu bapa juga bertanggungjawab menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan
banyak membaca buku. Peranan pihak sekolah juga tidak boleh dikecualikan.
Guru-guru perlu memastikan Program NILAM yang diperkenalkan dilaksanakan
dengan lebih berkesan sekaligus menyedarkan para pelajar tentang kepentingan
minat membaca. Selain itu, pihak kerajaan perlu menyediakan pelbagai
kemudahan seperti perpustakaan supaya masyarakat dapat membaca dengan
selesa. Kempen-kempen membaca juga perlu dipergiatkan dalam usaha memupuk
budaya membaca di kalangan masyarakat khususnya pelajar. Oleh itu, pihak
kerajaan dan swasta perlu berganding bahu menjalankan kempen mengenai
kesedaran membaca di kalangan pelajar dan menghebahkan kepentingan serta
manfaat amalan membaca kepada seluruh negara.
Kesimpulannya, pelajar masa kini merupakan pewaris kepada generasi
akan datang kerana merekalah yang bakal menentukan hala tuju negara di masa
hadapan. Dalam mencapai matlamat negara maju, pelajar-pelajar ini mestilah
menguasai pelbagai bidang ilmu sebagai persediaan. Aktiviti membaca merupakan
salah satu cara yang terbaik dapat menyumbang kepada pengisian ilmu
pengetahuan. Oleh itu, semua orang wajib membaca dan berusaha meningkatkan
budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan.

You might also like