You are on page 1of 21

TATABAHASA

Kata nama
Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu
nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuhtumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am
konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am
abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas
kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama
sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda
yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak
bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau
sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat
menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa,
apa, mana).

Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:


diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
Kata Nama Terbitan
Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang
membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata
( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan
( sisipan).
Kata kerja
Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang
berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja
tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda
lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang
menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini
biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada
imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki,
mempersilakan.
Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama
dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men,
men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.
Kata Kerja Transitif Pasif
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk
pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.
Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat
Radio itu didengari Atan.
Burung itu ditangkap oleh seekor kucing.
Sayur itu dijual oleh seorang perempuan.
Ikan itu dijala oleh Pak Abu.

Surat itu sedang ditulis oleh bapa


Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri
kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak
memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak
transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang
melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek
(penyambut).
Kami mandi di tasik.
Dia senyum semasa berjalan.
Air sungai beransur surut.
Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di
hujung ayat.
Rumahnya roboh.
Radio itu berbunyi.
Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula berkibar
Kata sifat
Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif
seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama
atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata
penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar
Jenis jenis kata adjektif
Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:

1. Sifat-menerangkan sifat keadaan atau seseorang


contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
2. warna - contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat
3. ukuran - contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis
4. bentuk -contoh: bujur, lurus,
5. waktu - contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam
6. jarak - contoh: dekat, hampir, jauh
7. cara - contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram,
lincah
8. pancaindera
rasa: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin
pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan
dengar:bising, sunyi, senyap
bau: busuk, wangi, hangit, hapak
sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin
9. perasaan - contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira
Pangkat pangkat adjektif
Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:
Pangkat biasa
Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.
Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.
Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan
sebagainya. Contoh:
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.
Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

Kata sendi
Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa
nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara
satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.
Contoh:
Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)
Fungsi kata sendi
Ada lima fungsi kata sendi:
1. Menunjukkan tempat atau arah : melalui jalan dalam,pada fikiran saya
2. Menunjukkan masa : dalam tahun lepas,sewaktu bulan biru
3. Menunjukan sebab akibat : Kemalangan berlaku kerana jalan licin, Sebab mulut badan
binasa
4. Menunjukkan pelaku : Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah FA
5. Menunjukkan mangsa : Perompak itu kena belasah
Bahagian kata sendi
Kata sendi boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:
Sendi nama
Sendi kata
Sendi nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara kata
sendi nama yang biasa digunakan ialah:di,ke,kepada,pada,dari,daripada,seperti,dengan
Sendi kata
Kata sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerja, kata sifat dan
kata tugas.
bagi,sambil ,selepas,sebelum
Bentuk kata sendi
Kata sendi juga boleh dibahagikan mengikut bentuknya:

Sendi tunggal ; antara,bagai,demi, hingga,kerana,sejak


Sendi berimbuhan :bagaikan,berikut,mengingat, merupakan,sehubungan,seputar
Sendi majmuk : atas sebab,bagaimanapun,dalam hal,daripada di antara,kepada,oleh
kerana,selain ,daripada
Ayat inti (bahasa Melayu)
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan
sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna.
Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih
daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit.
Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita,
atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat inti:
1. Frasa Nama + Frasa Nama
2. Frasa Nama + Frasa Kerja
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif
4. Frasa Nama + Frasa Sendi
Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa
patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek,
predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa
maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.
Frasa Nama + Frasa Nama
Contoh:
1. Ali jiran saya.
2. Kami jiran.
3. Kucing mamalia.
4. Itu guru.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap
keinggerisan. Mereka menganggap bahawa perkataan "seorang", "sebuah", dan
sebagainya harus disisipkan untuk mewakili artikel a dan an dalam bahasa Inggeris.
Umpamanya, ayat (1) di atas dianggap tidak lengkap jika tidak ditulis sebagai "Ali
seorang guru". Yang lebih bersikap keinggerisan menganggap ayat yang betul-betul
sempurna ialah: "Ali ialah seorang guru." Mereka menganggap "ialah" sebagai
terjemahan kopula seperti is dan are dalam bahasa Inggeris. Jadi timbullah anggapan
yang salah bahawa sesuatu ayat itu tidak sempurna jika tiadanya "ialah" ataupun

"adalah".
Walau bagaimanapun, perkataan "adalah" boleh disisipkan dalam ayat jika seseorang
hendak menegaskan maksud, umpamanya:
1. Ali adalah guru.
2. Kucing adalah mamalia.
Kata "adalah" dalam ayat-ayat itu digunakan apabila timbul keraguan yang dapat
dibayangkan dengan adanya pertanyaan yang menggunakan kata adakah seperti:
1. Adakah Ali guru?
2. Adakah kucing mamalia?
Kata "adalah" dalam ayat-ayat di atas samalah dengan kata "benarkah" atau "betulkah".
Bagaimanapun, ayat yang disertai "adalah" bukan ayat inti lagi.
Frasa Nama + Frasa Kerja
Contoh:
1. Saya menulis rencana.
2. Kami berdiri.
3. Kucing ini menangkap tikus.
4. Syarikat itu membuka kilang.
Predikat ayat inti untuk pola ini dapat diperluas dengan menggunakan kata bantu yang
terbahagi dua:
1. kata bantu aspek: akan, belum, masih, sedang, sudah, telah;
2. kata bantu modaliti: boleh, dapat.
Letak kata bantu ialah sebelum kata kerja. Selain itu, predikat untuk ayat ini dapat
diperluas dengan menggunakan keterangan seperti: Saya duduk di kerusi. "Di kerusi"
ialah keterangan tempat.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kata kerja transitif
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek.
Salah : Syarikat itu membuka di Pulau Pinang
Betul : Syarikat itu membuka kilang di Pulau Pinang.
Salah : Kami membincangkan tentang masalah itu.
Betul : Kami membincangkan masalah itu.

Kata kerja intransitif


Satu kesalahan lagi ialah penggunaan kata kerja intransitif tanpa diikuti oleh kata sendi
apabila predikat diperluas.
Salah : Saya sedar perkara itu .
Betul : Saya sedar akan perkara itu.
Salah :Dia masih ingat kejadian itu.
Betul : Dia masih ingat akan kejadian itu.
Frasa Nama + Frasa Adjektif
Contoh:
1. Dia bijak.
2. Kami lapar.
3. Anjing itu garang.
4. Pisau ini tajam.
Predikat ayat pola ini dapat dluaskan dengan menggunakan kata penguat yang terbahagi
tiga:
1. penguat depan: begitu
2. penguat belakang: sekali, betul
3. penguat bebas: sangat
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata penguat secara berlebihan:
Salah : Dia begitu bijak sekali
Betul : Dia begitu bijak.
Betul : Dia bijak sekali.
Salah : Anjing itu sangat garang betul.
Betul : Anjing itu sangat garang.
Betul : Anjing itu garang betul.
Frasa Nama + Frasa Sendi
Contoh:
1. Saya ke Kuala Lumpur
2. Dia di sekolah.
3. Kami di rumah.

4. Buku ini untuk adik.


Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah anggapan bahawa frasa sendi tidak boleh berdiri
sendiri tanpa kata kerja. Contohnya, ada orang yang beranggapan bahawa:
ayat (1) mesti ditulis: Saya pergi ke Kuala Lumpur; atau
ayat (4) mesti ditulis: Buku ini dibeli untuk adik.
Sebenarnya baik disertai kata kerja atau tidak, ayat-ayat itu betul belaka.
Hukum D-M
Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang
mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan
kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M
diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu
Indonesia.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan,
disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan
kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah
seperti berikut:
Kesalahan Padanan bahasa Inggeris Pembetulan
Salah : dalam lain perkataan
Betul :dengan kata-kata lain
Salah : lain-lain perkara
Betul : perkara-perkara lain
Salah : Minah Restoran
Betul : Restoran Minah
Salah : Dunlop tayar
Betul : tayar Dunlop
Salah : goreng pisang
Betul : pisang goreng
Kata hubung (bahasa Melayu)
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
perkataan dengan perkataan;
rangkai kata dengan rangkai kata; dan
ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:


1. Kata hubung gabungan
2. Kata hubung pancangan
o Kata hubung pancangan relatif
o Kata hubung pancangan komplemen
o Kata hubung pancangan keterangan
3. Kata hubung pasangan.
1. Kata hubung gabungan
Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta,
tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:
Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya
patah.
Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung, katanya.
Dia mengelak, lantas menikam.
2.Kata hubung pancangan
Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil).
Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
Kata hubung pancangan komplemen
Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama.
(Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu
melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan
untuk.
Contoh ayat:
Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa
utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau,

andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu,


sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
Saya berkawan dengannya semenjak kecil
3.Kata hubung berpasangan
Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata
hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun,
baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada...
ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan
walaupun...namun..
Contoh ayat:
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah
Imbuhan kata nama bahasa Melayu
Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan
awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan
sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit
kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.
Awalan
keAwalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata
nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan
semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan
akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa
maksud berikut kepada kata dasar:
penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata
nama): kekasih, ketua, kemudi
pe(n)Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada

perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:


alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir
sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok
orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis
milik sifat seseorang: pemuda, pembesar
ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.
peImbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama
memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan
imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti
berikut:
pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta
penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit
perImbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan
kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".
juruAwalan "juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat
secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata
dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar. Contoh-contohnya adalah
seperti berikut:
juru- + kata nama: juruwang, jurubahasa
juru- + kata kerja: jurukira, jurujual, juruselam, juruterbang
juru- + akar kata: jurutera, jurumudi
Akhiran

-an
Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada
perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan
hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan
tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan
benda kata dasar yang besar atau luas: lautan
Apitan
ke--an
Imbuhan apitan "ke--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan
keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan
pe(n)--an
Imbuhan apitan "pe(n)--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
perbuatan: pemeriksaan, pemilihan
hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan
Imbuhan "pe(n)--an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.
per--an
Imbuhan apitan "per--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
perbuatan: pertandingan, pergeseran

tempat: perumahan, perkuburan


Imbuhan "pe(n)--an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja.
Sisipan
Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan
sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak telapak; kuning kemuning.
JENIS-JENIS AYAT
Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan,
suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Perintah
Suruhan
Larangan
Permintaan
Ajakan
Silaan
Doa
Harapan

: Berdiri di atas kerusi itu.


: Ikat tali kasut anda dengan betul.
: Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
: Tolong angkat baju itu.
: Mengucaplah banyak-banyak.
: Sila jamu selera.
: Syukurlah kamu sudah kembali.
: Harap-harap hari tidak hujan.

Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya
tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat
perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang
tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak
boleh digugurkan.
Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah
digugurkan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi
digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.

Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan
sesuatu maksud. Contohnya:
Ayat biasa : Cadangannya harus diketepikan.
Ayat nafi : Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
Ayat biasa : Kerja ketua memang susah.
Ayat nafi : Kerja ketua tidak pernah senang.
Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama,
ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa
sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya,
umpamanya:
1. Bukankah orang itu guru kamu?
2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
3. Anda sudah faham, bukan?
Penggunaan dengan frasa nama
Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa
nama. Contohnya:
1. Ini bukan kucing.
2. Malaysia bukan negara republik.
3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.
Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama
dalam hubungan seperti yang berikut:
1. Dia bukan bodoh, tetapi malas.
2. Dia bukan belajar, tetapi bermain.
Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":
1. Dia tidak bodoh, tetapi malas.
2. Dia tidak belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan
maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan
penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.
Penggunaan dengan frasa sendi
Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:
1. Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
2. Saya bukan dari sektor kerajaan.
3. Malaysia bukan di benua Afrika.
4. Buku ini bukan untuk anda.
Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti.
Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Kesalahan yang biasa berlaku


Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata
"bukan" dan "tidak".
Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata
Ayat penyata Ayat tanya
Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba?
Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak?
Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?
Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk
dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas
dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.
2. Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan
partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya songsang:
Ayat penyata : Tetamu sudah tiba.
Ayat tanya : Sudah tibakah tetamu?
Ayat penyata : Buah itu sudah masak.
Ayat tanya : Sudah masakkah buah itu?
Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan
kesamaran makna.
3. Menggunakan pelbagai kata
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana,
berapa, mengapa, mana, dan siapa.
Kata Ayat tanya
Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah"

Apa : Apa yang kamu beli tadi?


Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana : Bagaimana cara untuk mendaftar diri?
Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
Bila : Bila ayah kamu pulang?
Bilakah ayah kamu pulang?
Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun,
partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat.
Umpamanya:
Tetamu sudah tibakah?
Buah itu sudah masakkah?
Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
Tetamu sudah tibake?
Buah itu sudah masakke?
Mereka hendak menolong kitake?
"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan.
Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.
Ayat songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada
hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT BIASA SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu
menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan
bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda
perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.

Susunan biasa

Susunan songsang

Ayat inti Encik Yosri birokrat.


Birokratlah Encik Yosri.
Kucing itu ke sana.
Ke sana kucing itu.
Orang itu adik kamu?
Adik kamukah orang itu?
Kamu belum makan?
Belum makankah kamu?
Surat itu akan saya kirimkan.
Akan saya kirimkan surat itu.
Saya ketinggalan bas pada hari itu.
Ketinggalan bas saya pada hari
itu.
Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk
ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk
ayat songsang itu.
Ayat inti
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan
sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna.
Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih
daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit.
Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita,
atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
Ayat gabungan
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan
menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi,
lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan
yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
1. Ayat dengan ayat
2. Subjek dengan subjek
3. Predikat dengan predikat
4. Adverba dengan adverba
5. Objek dengan objek.
6. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
Ayat pancangan
Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa
(ayat kecil), umpamanya:
Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar
berbanding dengan tentera Jepun
Analisis Kesalahan Bahasa

Ejaan dan Tanda Baca


Ejaan yang digunakan ialah ejaan menurut Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada
tahun 1972. Ejaan ini juga digunakan dalam semua kamus-kamus terutamanya Kamus
Dewan.
Calon harus memberikan perhatian terhadap perkara berikut:
a. Sistem keselarasan vokal
b. Ejaan kata terbitan
c. Ejaan kata majmuk
d. Ejaan kata pinjaman
Sistem Keselarasan Vokal
Pengguna bahasa Melayu terutamanya bangsa asing amat gemar menggunakan sistem
keselarasan vokal yang tidak tepat. Hal ini boleh didefinasikan sebagai pengaruh dialek.
Contohnya: hebuh, sinalai, olih, keleja
Sepatutnya : heboh, senarai, oleh, kerja
Ejaan Kata Terbitan
Awalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan
huruf d,c,j, sy dan z, serta perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang
bermula dengan huruf t dan s.
Contohnya :
deru - menderu
duga - menduga
caci - mencaci
Ejaan Kata Majmuk
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap sudah
mantap dan dieja sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut
mempunyai dua kata dasar. Perkataan yang demikian dieja sebagai satu perkataan.
Bentuk tersebut ialah:
tanggungjawab
olahraga
tandatangan
matahari
suruhanjaya
jawatankuasa

sukarela
warganegara
setiausaha
kakitangan
pesuruhjaya
bumiputera
antarabangsa
beritahu
kerjasama
Selain contoh yang ditunjukkan di atas, ejaan kata majmuk ditulis terpisah.
Contoh:
jalan raya
tunjuk ajar
ambil alih
kuat kuasa
kenal pasti
ibu bapa
campur aduk
daya serap
Ejaan Kata Pinjaman
Kesalahan penggunaan ejaan kata pinjaman merupakan akibat pengaruh ejaan bahasa
sumber bagi kata yang telah mantap, kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem
visual bagi ejaan dan ejaan kata khusus yang menggunakan nombor.
Contoh:
klas, plan, klab, gran - kelas, pelan, kelab, geran
psikoloji, otomatik, kota - psikologi, automatik, kuota
dekad ke 10, abad ke 20 - dekad ke-10, abad ke-20
Perbendaharaan Kata
Calon mestilah mempunyai perbendaharaan kata yang luas supaya senang mengenal pasti
kesalahan penggunaan kosa kata. Di samping itu, pemilihan kata mestilah bersesuaian
dengan maksud sesuatu ujaran.
1. Kata-kata yang mempunyai konotasi yang tertentu
Setiap perkataan mempunyai makna konotasi dan denotasi. Misalnya, perkataan kesan
dan akibat. Perkataan kesan bermaksud apa-apa yang timbul daripada sesuatu
tindakan, keputusan yang boleh jadi baik atau buruk. Manakala perkataan akibat
bermaksud kesan yang buruk akibat perbuatan dan tindakan. Oleh yang demikian calon
harus memilih konteksnya yang sesuai.
Contoh:

(a) Kesan daripada keletihannya berlatih bola sepak menyebabkannnya terpelecok lalu
jatuh.
- Kata akibat lebih sesuai digunakan kerana mempunyai konotasi yang tidak baik.
(b) Sistem lampu isyarat yang baru diperkenalkan itu mengakibatkan perjalanan kereta
menjadi tidak lancar.
- kata menyebabkan lebih sesuai untuk menerangkan situasi ini.
Penggunaan Bentuk Jamak
Penggunaan bentuk jamak sering kali disalahgunakan, bukan sahaja dalam situasi lisan
tetapi juga dalam tulisan. Kadang kala, bilangan sudah dinyatakan tetapi kata nama masih
digandakan untuk menunjukkan maksud jamak.
Salah : Semua peserta-peserta diminta bersiap sedia.
Betul : Semua peserta diminta bersiap sedia.
Salah : Para-para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan.
Betul : Para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan.
Salah : Semua pelajar-pelajar diminta memakai lencana sekolah.
Betul : Semua pelajar sekolah diminta memakai lencana sekolah.
Penggunaan Kata Ganti Nama Diri
Penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai amat penting apabila kita berkomunikasi
dengan lawan tutur. Kita kerap menemui penggunaan kata ganti nama diri yang tidak
tepat dengan situasi penggunaan bahasa.
Salah : Serigala itu mati. Ia ditembak oleh pemburu.
Betul : Serigala itu mati. Serigala itu ditembak pemburu.
Salah : Apakah yang mereka tulis?
Betul : Apakah yang ditulis oleh mereka?
Salah : Beliaulah pelajar yang selalu ponteng Kelas Bahasa Melayu.
Betul : Dialah pelajar yang selalu ponteng kelas Bahasa Melayu.

You might also like