You are on page 1of 14

Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah ( Etika Penampilan Guru)

Kategori: Berita JHEAINS (Pusat)


Jumaat, 21 Mei 2010

Oleh: Ahmad Haji Yassin

TAWAU - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
Datuk Haji Amri A Suratman memberi amaran bahawa Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sabah akan mengambil tindakan tegas termasuk
tindakan tatatertib seperti termaktub dalam Perintah Am Negeri Sabah PANS
kepada mana-mana guru-guru JHEAINS yang didapati ponteng mengajar atau
menyerahkan tugas mengajar kepada orang lain.
Amanat beliau disampaikan oleh Hajah Siti Afsah Kudi, Ketua Penolong
Pengarah (KPP) Bahagian Khidmat dan Pengurusan ketika memberikan
Taklimat Perjawatan kepada Guru-Guru JHEAINS di Tawau.
Katanya, dari laporan yang beliau terima terdapat guru-guru yang ponteng
mengajar selain terdapat kejadian menyerahkan tugas mengajar kepada
orang lain. Ini satu tindakan yang tidak sihat dan boleh menjejaskan imej
guru-guru JHEAINS. Katanya Jabatan tidak akan teragak-agak mengambil
tindakan tegas terhadap guru tersebut. Kita mahu semua guru-guru JHEAINS
komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Mengulas mengenai perjawatan guru, menurut beliau guru-guru yang


dulunya gred DG 6 yang telah lulus Diploma akan dinaikkan pangkat kepada
DG A 29. Bagi guru-guru Dg 17 mereka perlu berusaha mendapat kelulusan
Diploma supaya gred mereka dinaikkan ke gred DG A 29.
FAKTOR GURU PONTENG
Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja
kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada
di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan
sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke
pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir.
Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang
munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja. Perkara yang
sama boleh diperkatakan kepada pelajar sekolah yang tidak ke kelas ataupun
sekolah pada waktu persekolahan tanpa sebarang alasan, mereka juga akan
dianggap sebagai ponteng sekolah.
Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja
kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada
di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan
sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke
pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir.
Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang
munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja. Perkara yang
sama boleh diperkatakan kepada pelajar sekolah yang tidak ke kelas ataupun
sekolah pada waktu persekolahan tanpa sebarang alasan, mereka juga akan
dianggap sebagai ponteng sekolah.
Dalam konteks guru pula, diakui terdapat segelintir dari guru yang
terlibat dalam gejala ponteng ini disebabkan sebab-sebab tertentu. Menurut
Randolfi (1996), salah satu daripada kesan tekanan yang terlalu tinggi dalam
kalangan pekerja boleh mengakibatkanpelbagai kesan seperti psikologi,

fizikal, tingkahlaku dan organisasi di mana salah-satu daripada kesan


organisasi ialah ianya membawa kepada ketidakhadiran pekerja. Disebabkan
kerjaya guru yang mencabar sudah pastinya mereka akan berhadapan
dengan pelbagai jenis tekanan sepanjang berada di sekolah. Akibat daripada
tekanan yang dihadapi, tidak mustahil bagi seseorang guru bertindak untuk
ponteng kerja seiring dengan kenyataan Randolfi.

Kemungkinan guru bertindak demikian supaya mereka berada jauh


dari sekolah dan segala tekanannya untuk mendapatkan ketenangan jiwa.
Perkara ini turut disokong oleh Ho (1997), yang mengatakan tekanan di
dalam

organisasi

semakin

merisaukan

pengamal

pengurusan

kerana

memberi kesan terhadap keberkesanan perjalanan sesebuah organisasi.


Beliau ini juga mengatakan, punca utama untuk pekerja bertindak tidak
menghadirkan diri ke tempat kerja adalah disebabkan masalah psikologi
akibat tekanan kerja. Ketidakhadiran pekerja boleh membawa masalah yang
serius kepada organisasi lebih-lebih lagi apabila ianya berlaku secara kerap.
Segala

aktiviti

organisasi

akan

tergendala

kerana

mereka

yang

dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut tidak mampu


untuk

menyelesaikannya

mengikut

perancangan

yang

telah

dibuat.

Kegagalan pekerja menyiapkan tugasan mereka mengikut jadual akan turut


menggangu kelancaran tugasan pekerja lain dalam organisasi.
Bagi jangka masa panjang, organisasi akan menjadi semakin lemah
kerana tidak mempunyai kekuatan untuk membangun serta bersaing
angkara sumber manusianya yang kerap ponteng kerja. Perkara yang sama
boleh berlaku ke atas sekolah jikalau guru-gurunya sering mengamalkan
perlakuan negatif ini. Ketiadaan guru ketika khidmat mereka ditagih akan
menjadikan pelajar hilang punca kerana kebergantungan mereka terhadap
guru untuk mendapatkan ilmu. Prestasi pelajar dalam peperiksaan juga akan

menurun apabila guru gagal untuk menghabiskan silibus pengajaran seperti


yang terkandung dalam rancangan pengajaran mereka.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga tidak akan berjalan dengan lancar
tanpa kehadiran guru untuk memberi khidmat nasihat dan panduan berguna
kepada persatuan dan kelab. Pentadbiran sekolah juga turut bergerak
perlahan kerana tidak mendapat kerjasama penuh daripada guru yang
bertindak menghilangkan diri dalam memastikan segala laporan, kertas
kerja dan data pelajar dihantar tepat pada waktunya untuk memudahkan
pihak sekolah membuat perancangan tahunan.

Menurut Fletcher (1988), tekanan di tempat kerja bukanlah suatu


fenomena yang terpencil, sebaliknya ianya merupakan sesuatu yang biasa
berlaku. Kenyataan ini membuktikan bahawa guru juga menerima tekanan di
sekolah di mana ianya bukanlah satu perkara yang luar biasa. Sesiapa sahaja
yang sedang berada dalam keadaan tertekan sanggup melakukan apa
sahaja untuk memastikan mereka dapat keluar dari keadaan tersebut. Bagi
guru yang sedang tertekan, tidak mustahil mereka akan terfikir untuk
ponteng kerja.
Secara umumnya faktor-faktor yang mendorong kepada kelakuan tersebut
boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
a)

Sikap guru itu.

Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru setelah
mereka bertahun-tahun di sekolah yang sama dan menjalani rutin harian

yang sama. Guru tersebut akan mula berasa bosan dengan perkara yang
hampir sama dilaluinya setiap hari. Sikap guru yang tidak bertanggungjwab
dan tidak memegang amanah serta mengabaikan kod etika perguruan juga
cenderung melakukan kesalah ini secara tidak sengaja. Malah mereka tidak
menyedari bahawa mereka telah melakukan kesalahan yang amat berat dan
melanggar etika keguruan dan secara tidak langsung merendahkan martabat
keguruan dalam diri mereka itu sendiri. Selain ini minat yang hilang untuk
mengajar juga merupakan salah satu faktor menyebabkan guru hilang
motivasi untuk memberi komitmen yang sepenuhnya kepada sekolah.
b)

Persekitaran

Apabila dikaitkan dengan persekitaran, guru yang ditugaskan di persekitaran


sekolah yang harmonis akan memberikan komitmen sepenuhnya berbanding
sebaliknya. Rakan-rakan kerja yang komited akan mempengaruhi sedikit
sebanyak persembahan guru tersebut dalam pekerjaannya. Sekiranya guru
itu ditugaskan di sekolah yang persekirannya agak pasif maka guru tersebut
akan menjadi pasif dan akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi
komitmen yang sepenuhnya.

c)

Bebanan kerja

Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan salah
satu faktor yang menyumbang kepada masalah guru ponteng. Tekanan kerja
yang dibebani kadang kala menyebabkan mereka tidak bersedia untuk
mengajar demi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Guru mengambil
langkah mudah dengan meminta murid untuk melakukan kerja masingmasing sementara guru tersebut menyiapkan tugasan yang diberikan
kepadanya oleh pihak pentadbir. Masalah bebanan kerja ini perlu diteliti
semula kerana bebanan kerja yang melampau akan menganggu proses P&P

guru dan memberi tekanan emosi kepada guru sehinggakan minatnya untuk
mengajar terganggu.
Lagkah Mengatasi Masalah Perlanggaran Etika Guru.
Dalam memastikan guru menjaga keterampilan unggul dan tidak
melanggari kod etika keguruan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
haruslah memberi kursus dan latihan yang selengkapnya dalam melahirkan
guru yang berwibawa pada masa akan datang.
Seterusnya kerjasama daripada pihak pentadbir yang terdiri daripada
Guru Besar mahupun Pengetua Sekolah yang tidak pilih kasih tetapi turut
menilai prestasi guru-guru bawahannya secara adil dan saksama. Pihak
atasan juga tidak seharusnya memberi tekanan kepada guru.
Selain daripada itu, guru-guru yang bakal dikeluarkan seharusnya
menguasai elemen-elemen yang terdapat dalam kod etika keguruan di
Malaysia sebelum mereka di tempatkan untuk mengajar kelak.
Pihak kementerian pelajaran juga hendaklah mengambil tindakan
tegas kepada guru-guru yang melanggar etika perguruan agar tidak lagi
berlaku guru-guru yang melanggar etika keguruan. Penegasan dalam
undang-undang juga akan memberi kesedaran kepada guru-guru lain agar
tidak melakukan kesalahan yang sama dan berulang.
Kesimpulan, kesan-kesan yang dihadapi oleh guru antaranya ponteng
kerja masih lagi boleh dikawal oleh pihak sekolah. Namun, sesuatu yang
positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi
mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk
sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal
dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara
untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusan tekanan amat kritikal
atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk
menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang.

Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya


seorang guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu
mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya
mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakantindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan.
Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia
pendidikan pada hari ini ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah,
namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik
menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa
kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah
amnya dan di Malaysia khasnya.
Akhir sekali, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua
sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin
persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak.
Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih
tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua
belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik.

Isu Kesantunan Guru (Murid di Tendang Oleh Guru Besar)


Berdasarkan berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian, seorang
murid tahun empat yang mengalami kecederaan di bahagian belakang
badannya, telah hantar ke hospital Tengku Anis (HTA). Daripada sumber yang
diperolehi, murid ini telah disepak oleh seorang guru besar di sekoloah
sekitar Pasir Puteh.
Murid tersebut bernama Muhammad Irfan Mohd Zakee Zakaria telah
mendakwa dia telah ditendang oleh guru besar selepas menulis jawapan
mata pelajaran sains pada kertas jawapan, dan bukannya pada kertas soalan
seperti yang diarahkan oleh guru terbabit. Bapa kepada Muhammad Ifran,
Mohd Zakee Zakaria, 39, berkata belaiu mengetahui kejaidian yang berlaku
apabila beliau pulang dari kerja pada petang berkenaan. Daripada laporan
yang dikemukan oleh bapanya, muhammad irfan mengalami bengkak dan
lembam di bahagian belakang badannya. Beliau pada awalnya tidak
menyangka

keadaan

tidak

begitu

serius

dan

tidak

membawanya

mendapatkan rawatan.
Pada sebelah malamnya, Muhammad Irfan mengadu mengalami
kesakitan dan sesak nafa sehingga mukanya pucat dan kebiruan. Lantas,
beliau bergegas ke HTA untuk mendapatkan rawatan dan beliau diberi ubat
penahan sakit. Pegawau perubatan HTA yang merawat murid terbabit telah
menasihati

bapanya

untuk

membuat

laporan

polis

kerana

bimbang

kecederaan yang dialami oleh Muhammad Irfan mempunyai kesan jangka


panjang.
Selepas kejadian ini berlaku, terdapat individu yang mewakili guru
besar ke rumahnya bagi memohon maaf dan tidak memanjangkan kejadian
ini kepada pihak media. Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh, Ismail

Ghazaki yang dihubungi, berkata beliau sudah mengarahkan guru besar


sekolah terbabit bagi menyediakan laporan bertulis berhubung kejadian ini.
Implikasi Hujah Isu Kesantunan Guru
Berdasarkan berita yang disiarkan oleh Berita Harian, guru besar
sekolah tersebut telah menendang belakang murid tahun empat yang
bernama Muhammad Irfan. Kesalahan yang dilakukan oleh murid tersebut
ialah murid tersebut menulis jawapan pada kertas jawapan yang disediakan
dan bukan pada kertas soalan seperti yang diarahkan oleh guru besar bagi
mata pelajaran sains.
Isu ini perlu dilihat dari aspek kesantunan guru. Sebagai seorang guru
sudah menjadi amanah bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
murid. Dalam isu kesantunan, guru perlu memperlihatkan sikap yang
mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.
Sebagai seorang guru besar, beliau perlulah menjadi contoh kepada guruguru yang lain kerana beliau merupakan ketua bagi sesebuah sekolah.
Sekiranya guru besar bertindak diluar kesantunan yang telah digariskan,
sudah pasti guru-guru lain akan mempertikaikan sikap guru besar dan guruguru yang lain tidak akan mengamalkan kesantunan. Oleh itu, guru besar
perlulah menunjukkan segala tindakan yang mempunyai nilai sopan-santun
atau nilai etiket secara beradab bukan sahaja di sekolah tetapi juga di luar
sekolah.
Murid-murid mempunyai tahap pencapaian dan kefahaman yang
berbeza dengan rakan-rakan lain. Terdapat dalam kalangan murid yang
cepat memahami arahan, isi pelajaran yang disampaikan guru dan nasihat
yang diberikan. Terdapat juga murid yang lambat dalam memahami isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru serta memahami dan mendengar
arahan yang disampaikan. Sebagai guru kita perlulah mengenal pasti muridmurid yang lemah agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Muridmurid yang lemah ini memerlukan bantuan serta perhatian yang lebih

daripada guru agar mereka juga mampu bersaing dengan rakan-rakan


mereka yang lain.
Kesantunan

guru

terbahagi

kepada

tiga

ciri

iaitu

kesantunan

berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa. Dalam isi


guru besar menendang belakang murid, ia melibatkan isu kesantuan tingkah
laku dan kesantunan bahasa. Dalam hal ini, guru besar telah melanggar
kesantunan tingkah laku. Kesantunan tingkah laku adalah tatacara bertindak
atau gerak-geri guru ketika menghadapi sesuatu atau dalam situasi tertentu.
Sepatutnya di dalam kes ini, guru besar perlulah menasihati dan memberi
peringatan secara tegas kepada murid-murid tentang arahan soalan yang
diberikan. Berkemungkinan murid yang melakukan kesalahan ini tidak peka
atau berkhayal semasa guru sedang memberi arahan tentang ujian atau
peperiksaan yang diduduki. Apabila guru mengulang semula arahan yang
sepatutnya dilakukan oleh murid, hal ini mempamerkan kesantunan tingkah
laku guru yang mengambil berat terhadap murid-murid. Namun, guru juga
manusia biasa yang serba kekurangan dan mempunyai kelemahan yang
tersendiri. Guru juga tidak dapat lari daripada mengalami tekanan hidup
daripada sikap murid-murid dan juga bebanan kerja yang semakin mencabar.
Oleh itu, guru perlulah mempunyai kesedaran untuk berfikir secara rasional
sebelum bertindak.
Dalam aspek kesantunan tingkah laku, guru perlulah bijak dalam
mengawal perasaan dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas.
Dalam hal ini, berkemungkinan guru besar di sekolah sekitar Pasir Puteh ini
mengalami tekanan akibat bebanan kerja dan sikap yang dipamerkan oleh
murid. Namun guru besar perlulah mempunyai tingkah laku yang baik yang
menjadi contoh kepada seluruh warga sekolah. Dalam hal ini, guru besar
tersebut perlulah bijak dalam mengawal perasaannya dan tidak terbawabawa masalah atau bebanan kerja yang dihadapai ke atas murid-murid yang
masih lagi belum mengerti. Sekiranya guru besar mengawal perasaannya
dengan bijak, sudah pasti murid tahun empat itu tidak akan ditendang dan

murid tersebut sudah pasti tidak mengalami kecederaan di bahagian


belakang badannya.
Selain itu, dalam kesantunan tingkah laku, guru perlulah menerapkan
nilai mengambil berat terhadap murid-murid. Dalam isu ini sekiranya, guru
yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kelas tahun empat tersebut
memeriksa murid-murid yang sedang menjawab soalan tersebut sudah pasti
isu ini tidak akan berlaku kerana guru menyedari terdapat murid yang
melakukan kesalahan semasa menulis jawapan dan tidak mengikut arahan
soalan yang dikemukakan. Oleh itu, guru haruslah sentiasa mengawasi
tingkah laku murid-murid kerana sering kali terdapat murid-murid yang tidak
memberi perhatian semasa guru memberi arahan di hadapan kelas.
Sebagai guru apek kesantuan yang perlu dipamerkan ialah sifat sabar
yang tinggi. Profesion guru sememangnya memerlukan kawalan emosi serta
kesabaran yang tinggi. Sikap murid serta masalah mereka yang berbezabeza menjadikan guru tertekan sekranya tidak dapat bersabar dengan sikap
murid. Sekiranya guru mendapati murid-murid tidak mengikut arahan yang
diberikan atau murid tidak memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar
di hadapan kelas, guru perlulah bersabar dalam menangani masalah yang
dilakukan oleh murid. Hal ini turut terkandung dalam kesantunan guru. Guru
perlulah berfikir secara rasional terhadapa segala tindakan yang bakal
dilakukan serta berfikir panjang tentang akibat yang bakal berlaku sekiranya
guru bertindak tanpa berfikir secara rasional. Oleh itu, guru perlu mengawal
tingkah lakunya dengan memberi nasihat terlebih dahulu kepada muridmurid yang menimbulkan masalah di dalam kelas.
Guru besar perlulah mempamerkan kesantunan tingkah laku yang baik
serta menjadi teladan bagi rakan sejawat yang lain. di dalam isu ini guru
besar telah menendang murid dibelakang kerana murid tersebut tidak
menjawab soalan seperti yang diarahkan. Sebagai guru besar, beliau
perlulah menjaga imej sebagai ketua bagi guru-guru di sekolah. Sikap yang

dipamerkan ini merupakan sikap yang tidak dapat dijadikan teladan yang
baik kepada rakan-rakan yang lain. Kerana kesilapan murid yang kecil, guru
besar

telah

mencederakan

murid

tersebut

sehingga

murid

tersebut

mengalami sakit di bahagian belakang dan sukar bernafas. Guru perlulah


mempamerkan kesantuan dalam pengajaran dengan memberikan kasih
sayang kepada murid-murid dan bukan bertindak menghukum murid dengan
hukuman ynag tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Dalam aspek kesantunan juga, guru besar perlulah memohon maaf
kepada ahli keluarga murid berkenaan dan bukan menghantar wakil bagi
memohon maaf kepada murid dan keluarganya. Beliau perlulah mengakui
kesalahan yang beliau telah lakukan dengan memohon maaf atas kesalahan
yang telah beliau lakukan.
Selain daripada kesantunan tingkah laku, guru juga perlu menitik
beratkan kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa merupakan aspek
yang penting kerana ianya mencerminkan cara guru berkomunikasi sama
ada dari segi verbal dan dari segi bahasa badan (non-verbal). Ketika
berkomunikasi, guru harus menyesuaikan diri dengan budaya persekitaran
masyarakat setempat dan perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah
sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.
Dalam hal ini, guru besar perlulah berkomunikasi dengan baik serta
memberi arahan yang jelas dan memastikan semua murid mengikut arahan
yang diberikan. Oleh itu, sekiranya guru besar berkomunikasi secara dua
hala dengan baik sudah pasti murid akan memberi respon yang baik dan
mesej yang disampaikan dapat diterima dengan jelas dan berkemungkinan
murid tidak akan melakukan kesilapan semasa menjawab soalan yang
diberikan.

Rumusan dan Cadangan

Dalam kesantunan guru, terdapat beberapa model yang mampu


dijadikan sebagai panduan bagi membentuk kesantunan dalam diri guru.
Bagi isu ini guru dapat mengaplikasikan Model Prinsip Kerjasama (PK) Grice
1975, grice telah mencetuskan PK berasakan implikasi perbualan dalam
meneroka sesuatu kewajaran. Ini bermaksud guru perlu memberikan
pendapat atau berucap sebagaimana yang dikehendaki sahaja. Guru perlu
mengambil kira ketepatan apa yang dituturkan.
Grice telah mengemukakan beberapa prinsip yang dapat diaplikasikan
oleh guru di sekolah agar guru dapat menyampaikan maklumat dengan jelas
dan dapat diterima oleh murid-murid serta dapat mencegah daripada
berlakunya hukuman yang tidak sepatutnya berlaku ke atas murid-murid.
Prinsip yang dikemukan oleh Grice ialah kuantiti. Iaitu memberi
maklumat yang cukup berguna dan memastikan maklumat tidak melebihi
daripada sepatutnya. Dalam hal ini, guru perlulah menyampaikan maklumat
yang berkaitan dengan arahan soalan bagi menjawab soalan dengan betul.
Guru perlu mengelakkan daripada menyentuh perkara-perkara yang tidak
berkaitan kerana perbuatan ini akan mengelirukan murid dan maklumat
utama yang ingin disampaikan tidak dapat diterima dengan jelas.
Selain itu, Prinsip Kesantunan Leech (1983) juga dapat diaplikasikan
semasa di sekolah. Antara yang ditekankan dalam model ini ialah guru
perlulah bertanggungjawab atas beban yang dihadapinya. Guru perlu sedar
bahawa guru mempunyai akauntabiliti yang tidak hanya mengajar tetapi
meliputi skop yang lebih luas. Oleh itu, guru perlu memberi contoh dan
teladan yang baik kepada murid-murid. Dalam isu ini, guru besar perlulah
menyedari akauntabiliti yang dipikulnya, kerana guru besar menjadi sumber
rujukan utama kepada seluruh warga sekolah.
Selain itu, guru perlulah menanamkan sifat sabar yang tinggi di dalam
diri. Sememangnya manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan
dan kesilapan yang pernah dilakukan itu perlulah dikesali serta berazam

untuk tidak mengulang semula kesalahan yang dilakukan itu di masa


hadapan. Begitu juga dalam hal ini. guru besar dan guru-guru lain perlulah
menanam sifat sabar yang tinggi di dalam diri agar dapat mengawal
kemarahan apabila murid-murid melakukan kesalahan sama ada secara
sengaja atau tidak sengaja kerana gurulah yang mencorakkan murid-murid
mengikut acuan yang betul. Sekiranya guru tidak mempunyai kesabaran
yang tinggi sudah pasti isu memukul murid akan kembali berulang.
Sebagai guru juga, kita perlulah bersikap arif dan bijaksana dalam
melakukan sesuatu tindakan. Sekiranya kita gagal befikir dengan bijaksana,
sudah pasti kita akan melakukan sesuatu di luar jangkaan kita. Dalam kes ini
guru besar tidak dapat berfikir secara bijaksana, beliau lebih terikut kepada
kemarahan beliau yang akhirnya menyebabkan beliau menendang murid di
bahagian belakang yang akhirnya mendatangkan kesan buruk kepada diri
murid itu sendiri. Oleh itu, guru perlulah berfikir adakah tindakan, hukuman
yang dikenakan ke atas murid setimpal dengan kesalahan yang mereka
lakukan atau kita hanya terikut dengan sifat amarah yang ada di dalam diri
secara membuta tuli.

You might also like