You are on page 1of 43

TAJUK

1. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Langkah Keselamatan Am
Akuan Kuasa Dan Kelayakan
Surat Kebenaran Kerja
2. TIANG-TIANG
Tiang Untuk Talian Atas
Jenis Tiang Dan Susunan
Bahan-Bahan Yang Digunakan
Keperluan Pembumian
Kedudukan Tiang
3. PENGALIR
Data Pengalir
Keupayaan Membawa Arus
Laluan Pengalir
Keperluan Penegangan
Menyambung Pengalir
Talian Berpenebat PVC
Pengalir PVC Berpenebat Dan Simpai
Sesalur Bekal Dan Kaki Lima
Perjalanan Sesalur Bekal Dan Kaki Lima

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1.0

Langkah-Langkah Keselamatan Am

1.1

Kerja-kerja mengenai radas, pengalir-pengalir atau alat-alat bervoltan


rendah/sederhana yang MATI hendaklah dijalankan hanya oleh orang
yang berkelayakan dengan kebenaran seorang yang diberi kuasa.
Apabila mengasingkan pembahagian pada sesalur Talian Aerial daripada
bekalan, bekalan kepada pengalir lampu jalan mestilah diasingkan juga dan
dibumikan mengikut cara-cara tertentu supaya pengalir lampu jalan tidak
HIDUP kembali disebabkan oleh kerosakan suis masa atau kesilapan
setting masa.
Sebelum menjalankan kerja-kerja, orang yang berkelayakan atau orang
yang diberi kuasa mestilah melakukan satu ujian dengan menggunakan
Penunjuk Voltan (Voltage Indicator) atau lampu uji (test lamp) bagi
mengesahkan bahawa litar yang diasingkan telah MATI dan pengalirpengalir yang diasingkan mestilah dibumikan dengan kemas.
Setelah siap kerja litar JANGANLAH DIHIDUPKAN semula sehingga
orang yang diberi kuasa itu sendiri berpuashati bahawa semua pekerja telah
meninggalkan tempat itu dan telah diberitahu bahawa litar hendak
DIHIDUPKAN.
Kerja-kerja pada sesalur talian aerial tidak bertebat yang HIDUP tidak
boleh dilakukan sama sekali apabila kerja-kerja yang bersabit dilakukan
diatas tiang dan menyebabkan kepala pekerja berada keatas daripada paras
pengalir neutral, kecuali dibawah penyeliaan peribadi orang yang diberi
kuasa. Beliau bertanggungjawab memerhati segala langkah-langkah yang
perlu diambil dan mengingatkan pekerja dengan serta merta sehingga semua
pekerja-pekerja tersebut berada jauh daripada talian hidup.
Di dalam hal-hal kecemasan, orang yang berkelayakan dibenarkan
mengeluarkan fius ataupun link yang terdapat diatas tiang. Penggunaan tali
pinggang keselamatan mestilah diwajibkan apabila kerja-kerja dilakukan
diatas tiang.
Apabila melakukan kerja-kerja dilitar yang telah dimatikan, tanda AWAS
hendaklah diletakkan pada setiap tempat yang boleh menyebabkan litar yang
MATI boleh dihidupkan kembali secara senghaja atau tidak senghaja.
Apabila kerja hendak dijalankan diatas talian-talian aerial, sekiranya ribut
petir tiba semua kerja hendaklah diberhentikan dengan serta merta.

1.2

1.3

1.4

1.5

1.6

1.7
1.8

2.0

PERHATIAN

2.1
2.2

Sentiasa ingat bahawa voltan rendah boleh membawa maut


Sambungan sesalur bekalan tidak boleh dilakukan pada sesalur talian aerial
tidak bertebat yang hidup kecuali oleh sesiapa yang mempunyai/memegang
SIJIL KELAYAKAN untuk bekerja pada TALIAN HIDUP
Sambungan HIDUP pada sesalur bekalan untuk sesalur kali-lima bolehlah
dilakukan oleh sesiapa orang yang berkelayakan dan dibawah penyeliaan
orang yang berkuasa yang hadir.

2.3

AKUAN KUASA (AUTHORISATION) & KELAYAKAN


1.

PEGAWAI YANG DIBERI KUASA


Seseorang pegawai yang berkuasa adalah:
a. Telah berumur 21 tahun keatas dan
b. Mempunyai pengetahuan teknik tentang alatan-alatan voltan tinggi
dan rendah dan
c. Mempunyai pengetahuan yang baik tentang semua atau sebahagian
daripada system dan
d. Mempunyai sijil akuan kuasa (certificate of authorization) yang sah
mengikut seperti mana yang terkandung dalam peraturan 5 dalam
undang-undang yang tersebut. Ianya memberi definasi berikut:
i. Pengkelasan kerja oleh pekerja yang telah diberi kuasa untuk
menjalankan tugas dan
ii. Bahagian perbekalan dibawah mana-mana system dimana bersabit

2.

PEGAWAI YANG BERKELAYAKAN


Pegawai yang berkelayakan samada pegawai yang berkuasa ataupun
pegawai yang:
a. Telah berumur 21 tahun keatas dan
b. Ia samada telah mempunyai perkhidmatan yang cukup lama tentang
industri perbekalan elektrik
c. Ia juga telah mempunyai pengalaman yang baik tentang cara-cara
menghindar bahaya elektrik dan
d. Mempunyai sijil kelayakan yang telah dikeluarkan sejajar dengan
peraturan 5 dalam undang-undang tersebut

SURAT KEBENARAN KERJA (PERMIT TO WORK)


1.

MENGELUARKAN SURAT KEBENARAN KERJA


Sebelum kerja-kerja dijalankan didalam system voltan rendah/sederhana,
orang yang berkuasa mestilah mengeluarkan surat kebenaran kerja kepada
orang yang berkelayakan didalam kerja-kerja tersebut, yang mana harus
menyimpannya semasa melakukan kerja sehingga selesai kerja yang
dilakukan atau diberhentikan oleh orang yang berkuasa.
Setelah surat kebenaran kerja dikeluarkan orang yang berkuasa mestilah
menyelia dan memberi sepenuh perhatian dan menerangkan dengan katakata kerja yang tepat bersangkut paut dengan kerja-kerja yang dilaksanakan
yang perlu diambil. Orang yang berkelayakan hendaklah mengetahui
bahawa penerimaan Surat Kebenaran Kerja menandakan bahawa semua alatalatan didalam keadaan selamat untuk melakukan kerja dan hendaklah
dilakukan jika keadaan memerlukan dan pengembalian semula Surat
Kebenaran Kerja bermakna beliau telah mengeluarkan semua pembumian
sementara dan mengesahkan semua pekerja-pekerja sudah berhenti
melakukan kerja tersebut.

2.

KEADAAN DIMANA KEBENARAN KERJA MUNGKIN TIDAK


DIGUNAKAN
Apabila seorang yang berkuasa bertanggungjawab untuk memotong bekalan,
dimana beliau sendiri menyelia ujian-ujian dan pembumian segala alatalatan dan dengan sendiri menyelia, mengeluarkan pembumian, memberi
arahan kepada pekerja menjalankan kerja-kerja dengan tidak melebehi
lengkongan kuasanya tanpa mengeluarkan surat kebenaran kerja.

3.

TANDATANGAN SURAT PENGIZINAN DAN PEMBATALAN


SURAT KEBENARAN KERJA

Apabila kerja-kerja dilindungi dengan SURAT KEBENARAN KERJA telah


siap atau diberhentikan sebelum alat-alatan dihidupkan kembali:
i. Surat kebenaran kerja mestilah ditandatangani oleh orang yang
berkelayakan (iaitu beliau mestilah menandatangani surat keizinan yang
terdapat dibelakang surat kebenaran kerja yang menyatakan semua alatalatan tidak lagi didalam keadaan selamat untuk melakukan kerja) dan
mestilah dikembalikan kepada orang yang berkuasa untuk
membatalkannya.
ii. Pembatalan surat kebenaran kerja dijalankan oleh orang yang berkuasa
dengan menulis perkataan dibatalkan atau cancelled melintangi
permukaan surat tersebut dan menandatanganinya.

B.

Jikalau orang yang berkelayakan yang mempunyai surat kebenaran kerja


akan ditangguhkan sebelum kerja siap dibuat, dan akan digantikan oleh
orang lain (juga seorang berkelayakan). Sokongan pengesahan mestilah
didapati daripada orang yang berkuasa. Pengganti itu hendaklah
menandatangani dengan nama beliau dibawah tandatangan orang yang
berkelayakan yang asal. Pengganti ini hendaklah menyimpan surat tersebut,
semasa kerja-kerja disiapkan, orang yang berkelayakan yang terakhir yang
menjaga kerja mestilah menandatangani surat dan dipulangkan kembali
kepada orang yang berkuasa.

C. TIANG UNTUK TALIAN AERIAL VOLTAN RENDAH


1.

JENIS TIANG
Jenis tiang yang biasa digunakan ialah:
a.
b.
c.
d.

2.

Tiang kayu
Tiang konkrit bertetulang
Tiang keluli
Tiang spun (spunch pole)

FUNGSI TIANG
Fungsi-fungsi tiang adalah untuk menahan pengalir dan kelengkapan seperti
fius dan peti kabel supaya:
a. Jarak kelegaan yang selamat daripada tanah, bangunan dan lain-lain
terpelihara
b. Jarak kelegaan diantara pengalir-pengalir fasa dan neutral juga
terpelihara

3.

PANJANG TIANG
Panjang piawai tiang talian aerial ialah:

4.

a. 9 meter (30 kaki)

- untuk sesalur utama

b. 7.5 meter (25 kaki)

- untuk sesalur bekal / perkhidmatan / servis

DALAM TIANG DITANAM


Tiang ditanam pada kedalaman 1.5 meter (5 kaki) dan boleh dipanjangkan
sekiranya keadaan tanah tidak mantap.

5.

TIANG KAYU
5.1

UKURAN
Ianya mempunyai dua ukuran dan ianya digergaji empat persegi
mengikut ukuran berikut:
a.
b.

5.2

7.5m x 130mm x 130mm (25ka x 5in x 5in)


9m x 150mm x 150mm (30ka x 6in x 6in)

LUBANG
Lima lubang bergarispusat 18mm dikorek dibahagian atas tiang untuk
dipasangkan kelengkapan-kelengkapan. Lubang teratas hendaklah 6in
dari atas tiang dan jarak diantara lubang ialah 9in (230mm).

5.3

BERAT
Berat bagi tiang kayu 9m adalah dari 180kg hingga 210kg, bergantung
kepada jenis kayu dan kekeringannya. Bagi tiang 7.5m pula beratnya
ialah 105kg hingga 129kg.

5.4

ALUR UNTUK WAYER BUMI


Alur empatsegi berukuran 5mm dipotong pada satu permukaan tiang
untuk dimuatkan wayer bumi.

5.5

JENIS KAYU
Tiang kayu dibuat daripada kayu-kayu berikut:
a.
b.
c.

5.6

Cengal
Keruing
Kempas

PENGGUNAAN
Tiang-tiang kayu biasanya digunakan di kawasan luar bandar dan di
kawasan perumahan, tetapi untuk projek-projek baru tiang kayu tidak
lagi digunakan sebaliknya tiang konkrit spun lebih banyak digunakan.

5.7

TIANG DI CAT SEBELUM DI TANAM


Sebelum tiang kayu di tanam, hujung tiang yang mana akan di tanam
di cat dengan satu lapisan ubat kayu (creosote, salig-nam) untuk jarak
2m.

5.8

KEBAIKAN
Kebaikan tiang kayu ialah ianya rengan, oleh itu senang diangkat dan
tidak memerlukan ramai pekerja.

5.9

KEBURUKAN
Keburukan tiang kayu ialah:
a.
b.
c.
d.
e.
f.

6.

Tidak tahan lama (tahan sehingga lebih kurang 15 tahun)


Mudah reput dan dimakan anai-anai
Perlukan pemeriksaan yang kerap
Semangkin sukar diperolehi sebab hutan semangkin kurang
Kerap terdapat yang tidak lurus
Kualiti yang tidak seragam

TIANG KONKRIT
6.1

UKURAN
Panjang tiang konkrit ialah 9m dengan bahagian atas empatsegi
berukuran 130mm x 130mm manakala ukuran bahagian bawah tiang
ialah 280mm x 200mm.

6.2

LUBANG
Seperti tiang kayu, 5 lubang yang sama saiz dan jarak perlu
disediakan pada tiang konkrit.

6.3

BERAT
Berat bagi setiap tiang adalah lebih kurang 655kg.

6.4

TERMINAL UNTUK WAYER BUMI


Dua terminal mengandungi bolt dan nut bergarispusat 13mm perlu
disediakan, satu pada 1.1m daripada bahagian atas tiang dan satu lagi
1.2m daripada tapak tiang. Dua bolt tersebut dikimpal kepada keluli
yang berperanan sebagai pengalir keselanjaran bumi.

6.5

CARA DIBUAT
Mula-mula tetulang dibuat daripada batang keluli. Kemudian tetulang
keluli dimasukkan ke dalam acuan keluli selepas itu konkrit dituang
kedalamnya. Tiang dibiarkan tinggal dalam acuan tersebut selama 48
jam, selepas itu dikeluarkan daripada acuan dan direndam ke dalam
air hingga 14 hari. Selepas itu disimpan ditempat tedoh selama 14 hari
lagi untuk pemulihan.

6.6

PENGGUNAAN
Digunakan dikawasan bandar dan luar bandar.

6.7

KEBAIKAN
Tidak perlukan penyelenggaraan dan tahan lama melainkan rosak atau
patah dilanggar kenderaan.

6.8

KEBURUKAN
Tiang konkrit berat dan susah untuk diangkat dan ditegak kecuali
menggunakan jentera. Harganya juga mahal.

7.

TIANG KELULI

7.1

UKURAN
Tiang keluli biasanya berbentuk bulat dan dibentuk secara 3 bahagian.
Ukurannya adalah seperti berikut:
a. 7.632m x 127mm x 101.6mm x 76.2mm (25x 5x 4x 3)
b. 9.14m x 139.7mm x 129.7mm x 88.9mm (30x 5.5x 4.5x 3.5)

c. 9.75m x 139mm x 88.9mm (32x 5.5 x 4.5x 3.5)


7.2

LUBANG
Lima lubang bergarispusat 18mm perlu disediakan pada tiang keluli sama
seperti pada tiang kayu dan konkrit.

7.3

BERAT
Berat bagi tiang keluli berukuran 7.62m, 9.14m dan 9.75m ialah lebih
kurang 85.7kg, 114kg dan 120kg.

7.4

PENGGUNAAN
Pada masa ini tiang keluli kurang digunakan disebabkan faktur harga dan
senggaraan.

8.

TIANG SPUN KONKRIT

8.1

UKURAN
Tiang spun konkrit lazimnya berbentuk bulat, bahagian bawahnya lebih
besar dari bahagian atas.

8.2

LUBANG
Lima lubang yang sama saiz dan jarak dengan lubang pada tiang kayu,
konkrit dan keluli perlu disediakan.

8.3

BERAT
Berat tiang spun konkrit adalah kurang sedikit dari tiang konkrit bertetulang.

8.4

PENGGUNAAN
Tiang spun konkrit sesuai digunakan dimana-mana kawasan, bandar atau
luar bandar.

NAMA-NAMA TIANG
1.

NAMA TIANG
Untuk talian aerial voltan rendah, tiang-tiang dinamakan mengikut fungsifungsi dan kedudukannya seperti yang berikut:
a.
b.
c.
d.
e.
f.

2.

Tiang punca / Tiang tamatan (End pole)


Tiang terus (straight line pole)
Tiang sudut (angle pole)
Tiang tampang (section pole)
Tiang terus dengan Tee
Tiang tampang 3 cabang atau 4 cabang

SUSUNAN BAHAGIAN ATAS TIANG


Susunan atas tiang untuk berbagai jenis tiang didalam lukisan-lukisan yang
tercatat dibawah:

2.1

Pembentukan Tiang Kayu


a.
b.
c.
d.
e.
f.

2.2

Punca
Talian terus
Sudut
Tampang
Talian terus dengan Tee
Tampang 4 cabang

Pembentukan Tiang Konkrit


a.
b.
c.
d.
e.
f.

Punca
Talian terus
Sudut
Tampang
Talian terus dengan Tee
Tampang 4 cabang

2.3

Pembentukan Tiang Keluli


a.
b.
c.
d.
e.
f.

Punca
Talian terus
Sudut
Tampang
Talian terus dengan Tee
Tampang 4 cabang

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN DI BAHAGIAN ATAS TIANG


1.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN (FIG. 1)


Bahan-bahan yang digunakan ialah:
a. Besi D (D iron)
b. Penebat Belenggu (shackle insulator)
c. Belenggu U (U shackle)
d. Pengikat belenggu (shackle straps)
e. Bolt and Nut
Garispusat bolt 16mm
Panjang bolt

65mm (3)
120mm (5)
160mm (6)
180mm (7)
200mm (8)
230mm (9)
300mm (1 kaki)

PEMBUMIAN DI TIANG
1.

MULTIPLE EARTHED NEUTRAL (M.E.N)


Sistem pembumian di tiang talian aerial ialah sistem Multiple Earthed
Neutral dimana konduktor Neutral disambungkan ke bumi pada pencawang
(titik star alatubah) dan juga pada tiap-tiap tiang talian aerial.
Dengan pembumian pada tiang-tiang, rintangan bumi bagi Neutral
berkurangan dan neutral terapong (floating neutral) boleh dihindar sekiranya
talian neutral terputus dimana-mana bahagian.

2.

PEMBUMIAN BAHAGIAN LOGAM


Semua bahagian logam dibahagian atas tiang hendaklah disambung ke bumi
bersama-sama dengan konduktor neutral.

3.

CARA PEMBUMIAN DI TIANG


3.1

TIANG KAYU
Talian terus bahagian atas tiang
Selain daripada talian terus bahagian atas tiang
Tapak tiang

3.2

TIANG KONKRIT
Bahagian atas tiang
Bahagian tapak tiang

3.3

TIANG KELULI
Selain daripada talian terus bahagian atas tiang

KEDUDUKAN TIANG
1.

FAKTUR-FAKTUR YANG PERLU DIAMBIL KIRA APABILA


MENETAPKAN KEDUDUKAN TIANG
a. Jarak kelegaan panjang (span) maksima (50 meter atau 55 meter)
b. Jarak kelegaan daripada tanah, bangunan dan lain-lain perkhidmatan
c. Penanaman tiang dalam jalan reserve
d. Penanaman tiang diantara pinggir jalan dan longkang
e. Ruang untuk umbang dan tupang
f. Keadaan tanah
g. Pokok-pokok
h. Sempadan rumah-rumah, pagar-pagar, pintu pagar
i. Tiang telefon
j. Susunan jalan penjuru, simpang T, dan lain-lain

2.

PEMILIHAN JENIS TIANG


Talian aerial voltan rendah biasanya di tegak di tepi jalan dan pemilihan
jenis tiang bergantung kepada susunan jalan.
2.1

JALAN LURUS
Di tepi jalan lurus tiang-tiang yang sesuai ialah tiang talian terus, tiang
punca dan tiang tampang.

2.2

PENJURU/SELEKOH (CORNER)
Pada penjuru-penjuru jalan gunakan samada tiang sudut atau tiang
tampang.

2.3

HUJUNG JALAN MATI


Pada hujung jalan mati, tiang tamatan digunakan.

2.4

SIMPANG T (T-JUNCTION)
Pada simpang T, gunakan samada tiang talian terus dengan Tee atau
tiang tampang tiga cabang

2.5

MELINTAS JALANRAYA
Untuk melintas jalanraya gunakan samada tiang talian terus dengan
dua Tee atau tampang 4 cabang.

2.6

BULATAN (ROUNDABOUT)
Ada beberapa cara bagi membentuk talian aerial atas atau dekat
bulatan, dua daripadanya digambarkan dibawah.

2.7

DEKAT PENCAWANG
Berhampiran dengan pencawang, kabel yang membekalkan talian
aerial biasanya diakhiri sama ada atas tiang punca atau tiang tampang

3.

DAYA PADA TIANG


Tiang-tiang hendaklah ditempatkan dan diletakkan agar tiada daya tegangan
di bebankan di atas tiang apabila konduktor ditegangkan.

PENGALIR
1.

BAHAN PENGALIR
Bahan-bahan yang digunakan untuk talian aerial voltan rendah ialah:
a. Aluminium
b. Tembaga
Buat masa ini semua talian-talian baharu dibuat dengan menggunakan
aluminium sebab tembaga harganya mahal, berat dan kerap dicuri. Pengalir
tembaga hanya digunakan untuk membaiki talian-talian lama jenis tembaga.

2.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ALUMINIUM


2.1 Kebaikan
a. Murah berbanding tembaga
b. Kecenderungan untuk dicuri kurang
c. Ringan, mudah memasangnya
2.2 Keburukan
a. Lembut berbanding tembaga dan mengkehendaki pengendalian yang
berhati-hati
b. Senang oxidize, membuatkan penyambungan menjadi lebih susah
c. Kecenderungan lebih untuk pudar bahagian permukaannya

3.

PENGALIR ALUMINIUM YANG BERTEBAT DAN TAK BERTEBAT


Pengalir yang digunakan untuk talian aerial adalah dari jenis Aluminium tak
bersalut (bare aluminium). Pengalir berpenebat PVC digunakan hanya untuk
talian perkhidmatan dan sesalur kaki lima (5 foot way) atau merentangi
jalanraya.

4.

PENGALIR ALUMINIUM STRANDED BARE HARD DRAWN


4.1 Lembar / Unting Pengalir (strand)
Pengalir dihasilkan dalam bentuk beberapa lembar yang kecil (strand)
supaya ianya mudah melentur dan lembut, oleh itu senang untuk dipasang.

4.2

Ukuran Lembar Pengalir Yang Digunakan


Tiga ukuran pengalir yang boleh didapati adalah seperti dibawah:
Saiz pengalir
mm persegi
25
50
100

4.3

Bilangan lembar dan garispusat


in
mm
3/.132
3/3.350
7/.122
7/3.100
7/.173
7/4.390

Nama Kenalan
Aphis
Ant
Wasp

Data Pengalir
Saiz

Luas
fizikal

mm2 mm2
25
26.4
50 52.84
100
106

Garispusat
mm
7.21
9.3
13.17

in
.284
.366
.519

Berat
Kg/km
72
145
290

lb/ft
.049
.097
.195

Nota: 1 kN = 224.8 lb.

Rintangan d.c
Beban
pada 20 C
Pemutus
(ohm)
/km
/mile
kN
lb
1.080 1.7380 4.36
9
.5419 .8721 8.28
1
.2702 .4348 16.00
3

4.4

Susunan Pengalir
Pengalir-pengalir disusun dalam pembentukan tegak mengikut susunan
berikut bermula dari atas.
Fasa Merah
Fasa Kuning
Fasa Biru
Lampu Jalan (jika diperlukan)
Neutral
Bumi (jika diperlukan)
Sekiranya satu atau dua fasa talian berlarian, turutan yang sama hendaklah
dipelihara.
Untuk talian tiga fasa sekiranya lampu jalan tidak dikehendaki pada
mulanya, amalan yang dikehendaki ialah supaya dikosongkan kedudukan
keempat untuk pemasangan lampu jalan pada masa akan datang.

4.5

Jarak Rentang (span)


Jarak rentang maksima ialah 55m (180kaki) untuk kabel aluminium tak
bersalut dan 50m (160kaki) untuk kabel aerial bundle cable (ABC cable).
Jarak biasa ialah 45m.

KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS DAN SUSUT VOLTAN


1.

KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS


Keupayaan membawa arus bagi pengalir adalah seperti diberi didalam
Jadual dibawah.
Saiz Kabel
mm2
25
50
100

2.

Keupayaan Membawa
Arus
116A
172A
260A

Kadaran Fius
100A
160A
250A

KADARAN FIUS
Kadaran fius yang digunakan hendaklah yang diberikan dalam jadual diatas.
Beban sambungan hendaklah tidak melebehi kadaran fius.

3.

SUSUT VOLTAN
3.1 Susut Voltan Maksima Yang Dibenarkan
Voltan yang diakui ialah 415/240V plus 5% minus 10%. Ini memberikan
jumlah aturan voltan sebanyak 15%. Susutan voltan sebanyak 15% tidak
boleh diterima untuk talian utama voltan rendah sebab pertimbangan
perlu diberi untuk aturan voltan pada system 11kV dan juga alatubah
langkah turun (step down transformer). Untuk panduan peratus susutan
yang dibenarkan untuk talian aerial utama boleh diambil sebagai 5%.
Peraturan IEE membenarkan hanya 4% sahaja.
3.2 Formula Susut Voltan
Formula susut voltan adalah seperti dibawah:
% susut voltan = 3 x I (R cos + X sin ) x 100%
VL
Dimana

I
R
X
cos

arus talian
rintangan talian
regangan talian
faktur kuasa

VL

voltan talian

Untuk suatu beban yang diberi, peratus susut voltan talian aerial satu
fasa ialah 5 kali ganda peratus susut voltan pada talian tiga fasa.
3.3 Rintangan Dan Regangan Pada Talian Aerial Voltan Rendah
Rintangan dan regangan untuk talian aerial voltan rendah adalah seperti
jadual dibawah.
Saiz
mm2
25
50
100

R ohm/km
20 C
1.064
0.541
0.269

X ohm/km
75 C
1.300
0.661
0.329

0.301
0.280
0.258

3.4 Peratus Susut Voltan Per kVA Per km (% / kVA / km)


Untuk tujuan memudahkan perkiraan amalan yang digunakan ialah
beban diberi dalam kVA dan susut voltan diberi dalam peratus per kVA
per km. Peratus susut voltan untuk faktur kuasa yang berbeza adalah
seperti didalam Jadual 3 dibawah.
Saiz
P.F
25
50
100

3 fasa
1.0
.755
.384
.191

1 fasa

0.95 0.9 0.85 0.8 1.0 0.95 0.9


.772 .755 .734 .709 4.53 4.63 4.53
.415 .416 .412 .405 2.30 2.49 2.50
.228 .237 .241 .243 1.15 1.37 1.42
JADUAL 3

0.85
4.40
2.47
1.45

0.8
4.25
2.43
1.46

LALUAN PENGALIR
1. TINGGI MINIMA
Tinggi minima daripada tanah bagi sebarang pengalir talian aerial atau wayer
bumi tambahan di udara pada suhu 60 C (140 F) hendaklah tidak kurang dari
yang berikut:
a. Atas jalanraya
b. Tanah lapang tiada jalan / tepi jalan
c. Kedudukan yang tidak boleh dilalui kenderaan

- 5.5 m (18 kaki)


- 5.2 m (17 kaki)
- 4.6 m (15 kaki)

2. JARAK KELEGAAN DARIPADA BANGUNAN


Tiada pengalir talian dibenarkan melainkan dengan penebatan yang berkesan
menghampiri diantara 2.1m melintang atau 2.7m menegak pada mana-mana
bangunan selain daripada pencawang.
Hanya pengalir-pengalir yang bersalut sahaja yang boleh diikat atas bangunan
dan tingginya hendaklah tidak kurang daripada 2.7m daripada tanah.
3. MELINTASI TALIAN TELEFON
3.1 Sudut Lintasan
Sudut yang dibuat bagi melintasi diantara pengalir talian dan talian
telekomunikasi hendaklah tidak kurang dari 30 darjah.
3.2 Jarak Kelegaan Minima (Clearance)
Jarak kelegaan minima diantara pengalir fasa dan talian telekomunikasi ialah
60cm, manakala jarak kelegaan minima diantara neutral dan talian
telekomunikasi ialah 30cm.
3.3 Cara Lintasan
a. Dengan menggunakan penahan-penahan (guards)
b. Dengan menggunakan pengalir yang bertebat atau talian telekomunikasi
yang bertebat.

4. MELINTASI TALIAN AERIAL VOLTAN TINGGI


Amalan biasa ialah menggunakan kabel bawah tanah untuk mana-mana
bahagian talian atas yang melintasi talian atas voltan tinggi (33kV atau
132kV).
5. MELINTASI JALAN KERETAPI
Apabila talian telekomunikasi sama-sama larian di tepi rel keretapi, jarak
minima dan keadaan berhubung dengan talian telekomunikasi mestilah
dipelihara.

TEGANGAN DAN KENDURAN PENGALIR


1.

KEPENTINGAN PENEGANGAN YANG BETUL


Pengalir mestilah ditegang dengan betul kerana:
a.
b.

2.

Jika daya tegangnya kurang, mungkin kendurannya/lendutnya


(sagging) berlebihan dan jarak kelegaan selamat yang diperlukan
mungkin tidak dapat dicapai.
Sekiranya daya tegangnya pula berlebihan tenaga kekuatan diatas
pengalir, tiang dan umbang mungkin melebihi beban kerja yang
selamat dan boleh mengakibatkan bahaya atau kerosakan (penebat
belenggu pecah).

TEGANGAN BUNUH DAN TEGANGAN BINA (KILLING TENSION


AND ERECTION TENSION)
Tujuan tegangan bunuh adalah untuk melurus, mengemas dan merapatkan
semula lembar-lembar pengalir yang baru keluar dari drum dan juga untuk
mengurangkan pengalir yang berikutnya mengelongsor (creep).
Tegangan bina pula adalah untuk memastikan kelegaan dari paras tanah dan
bangunan seperti yang ditetapkan dapat dipelihara sepanjang masa. Daya
tegang bunuh adalah dua kali ganda daya tegang bina.
Pengalir dikenakan tegangan bunuh, dengan menggunakan samada
dynamometer atau cara sag board. Ia dibiarkan menggelongsor menjadikan
daya tegang berkurangan dan kenduran bertambah.
Selepas 20 minit daya tegang atau kendurannya diperiksa dan pengalir
ditegang semula jika perlu. Proses ini diulang sebanyak dua kali pada
selangan 20 minit. Keseluruhan proses mengambil masa 60 minit.
Setelah pengalir menjalani proses penegangan, daya tegang bunuh
dikurangkan kepada daya tegang bina dan selepas itu baharulah pengalir
tersebut disimpai. Tegangan bina hendaklah sentiasa dipelihara sepanjang
masa pengalir berada diatas tiang.
Tegangan bunuh dan tegangan bina untuk pengalir tak bersalut hard drawn
aluminium diberi dalam Jadual 1 dibawah.

Ukuran
(mm2)

Tegangan Bunuh
kN
1.22
2.24
4.88

25
50
100

lb
274
544
1096

Tegangan Bina
kN
0.61
1.21
2.44

lb
137
272
548

Jadual 1
Nota: 1 kN (kiloNewton) = 102 kgf (kilogram force)
3.

CARA MENGUKUR DAYA TEGANG DENGAN DYNAMOMETER


Ada beberapa cara mengukur ketegangan talian aerial dan salah satu caranya
ialah dengan menggunakan dynamometer yang disambung bersiri dengan
pull lift dan come along clamp. Pengalir kemudiannya ditegangkan dan
daya tegang boleh dibaca secara terus daripada dynamometer. Alat
dynamometer hendaklah ditentu ukurkan selalu bagi mempastikan ianya
mempunyai ketepatan yang betul. Bacaan dalam kN atau lb.

4.

MENGUKUR DAYA TEGANG CARA SAG BOARD


Formula Kenduran (Sag)
Formula mengira kenduran ialah:

Dimana

W x 2 / 8 x T

Sag (meter)

Berat pengalir per unit panjang (kg/meter)

Panjang span (meter)

Daya tegang pengalir (kgf)

Contoh
Kira kenduran (sag) bagi pengalir 100 mm2 dengan diberi data-data berikut:
W

290 kg/km

Panjang span

50 meter

Daya tegang

2.44 kN (kiloNewton)

(290/1000 x 502) / (8 x 2.44 x 102 kgf)

0.364 meter

364 mm

Jawab:

4.1

Peraturan Menggunakan Cara Sag Board

i.

Rentang (span) dipilih di salah satu tempat ditengah sesalur, pilih


rentang yang mana tanahnya rata dan yang terpanjang.

ii.

Ukur panjang rentang, iaitu jarak diantara dua tiang.

iii.

Setelah diketahui panjang rentang, cari sag yang berpadanan daripada


jadual sag (sag table).

iv.

Letakkan dua sag board di atas dua tiang yang berdekatan. Jarak
diantara sag board dan bahagian atas pengalir adalah sama dengan
sag.

v.

Pengalir ditegangkan hingga ke titik pengalir yang terkebawah


berjajaran dengan dua sag board tadi.

SAG TABLE
Pengalir Aluminium Tak Bersalut
Panjang Span
(meter)

Kenduran Bunuh
(Killing Sag)
(mm)

Kenduran Bina
(Erection Sag)
( mm )

20

30

60

25

45

90

30

65

130

35

90

180

40

115

230

45

145

290

50

180

360

55

220

440

MENYAMBUNG PENGALIR
1.

SAMBUNGAN BERDAYA TEGANG


1.1

Sambungan Rentang Tengah (Mid Span Joint)


Pengalir aluminium tak bertebat yang berada dibawah tegangan
disambung dengan menggunakan penyambung rentang tengah.

1.2

Ukuran Sambungan Rentang Tengah


Terdapat tiga ukuran sambungan rentang tengah untuk tiga ukuran
pengalir iaitu 25mm2, 50mm2 dan 100mm2.

1.3

Cara Menyambung Dengan Sambungan Rentang Tengah


a. Potong kedua-dua hujung yang hendak disambung dengan
menggunakan gergaji
b. Gunakan kikir (file) bagi membuang tepi-tepi yang tajam
c. Bubuh grease pada pengalir yang hendak disambung
d. Dengan menggunakan berus keluli, beruskan hujung pengalir yang
telah dibubuh grease
e. Buang grease yang berlebihan dengan kain yang bersih
f. Gunakan lembar kecil pengalir dan ukur dalam (dept) penyambung
rentang tengah

g. Tanda dalam penyambung rentang tengah pada hujung pengalir


dengan menggunakan tape
h. Masukan pengalir sehingga ke paras tanda tadi (kedalaman
maksima) dan tarik sedikit
1.4

Penggunaan Penyambung Rentang Tengah


Penggunaan penyambung rentang tengah hendaklah dielakkan
sekiranya boleh. Ianya hendaklah digunakan untuk kerja-kerja
senggaraan sahaja
Ia tidak boleh digunakan diatas jalan keretapi, talian telefon, jalan
awam atau jalan tali air yang sentiasa digunakan.
Ia tidak sekali-kali boleh digunakan untuk pengalir neutral dalam apaapa keadaan pun.

2.

PENYAMBUNG TAK BERDAYA TEGANG


2.1 Saddle Line Tap
Apabila menyambung pengalir aluminium dengan pengalir aluminium,
saddle line tap digunakan. Ada dua ukuran saddle line tap, satu untuk
pengalir 100 mm2 dan satu lagi untuk pengalir 50 mm2 dan 25mm2.
Bilangan Saddle line tap yang perlu digunakan untuk setiap
penyambungan diberi dalam jadual dibawah.
Ukuran Pengalir

Bilangan Saddle Line Tap

50mm (19/.064) dan keatas

2 bil. setiap pengalir

Pengalir satu fasa dibawah 50mm

1 bil. setiap pengalir

Pengalir tiga fasa dibawah 50mm

1 bil. setiap pengalir


2 bil. untuk pengalir neutral

2.2 Penyambung Dua Logam (Bi-metal connector)


Penyambung dua logam digunakan untuk menyambung pengalir aluminium
dengan pengalir tembaga. Pengalir aluminium hendaklah berada dibahagian
atas supaya oxidise tembaga tidak turun kebawah dan merosakkan
aluminium.
Setiap pengalir mempunyai sukatan 60A dan ianya digunakan sekiranya
mana-mana pengalir melebehi 50mm persegi.

2.4

Aluminium Grease Filled Tube


Sekiranya talian utama ialah aluminium, pengalir tembaga berukuran
dibawah 19/.064 (39mm2) boleh disambungkan kepada talian utama dengan
menggunakan saddle line tap dengan syarat pengalir tembaga dimasukkan ke
dalam aluminium grease filled tube.

Ada dua ukuran aluminium grease filled tube, yang kecil mempunyai
garispusat dalam berukuran 0.182 dan yang besar mempunyai garispusat
dalam berukuran 0.300. Yang besar digunakan untuk pengalir tembaga
berukuran daripada 0.0225 in2 (7/.064) hingga 0.04 in2 (19/.052). Yang
kecil pula digunakan untuk pengalir tembaga yang berukuran 0.145 mm 2
(7/0.052) dan kebawah.
Wayer bumi keluli juga disambungkan kepada pengalir aluminium neutral
dengan cara yang sama dengan menggunakan aluminium grease filled tube.

2.5

Copper Grease Filled Tube


Sekiranya talian utama ialah tembaga, pengalir aluminium yang berukuran
kecil boleh disambungkan kepada talian tembaga dengan syarat pengalir
aluminium dimasukkan ke dalam copper grease filled tube.
Copper grease filled tube berukuran 4 digunakan untuk pengalir aluminium
PVC 7/.044 dan 7/.083 sementara itu copper grease filled tube berukuran 5
digunakan untuk pengalir aluminium PVC 19/.064.

TALIAN AERIAL BERPENEBAT PVC


1.

SUSUNAN BAHAGIAN ATAS TIANG


Susunan bahagian atas tiang untuk talian sesalur bekal berpenebat PVC
diberi seperti ditunjukkan didalam rajah.
a. Tiang terus
b. Tiang sudut
c. Tiang punca
Pengalir neutral diletakkan kepada penebat berbelenggu tiang yang dipasang
atas besi D. Tiada wayer bumi yang disediakan dan semua bahagian logam
bahagian atas tiang seperti besi D dan bahagian atas umbang tidak diikat ke
bumi.

2.

PANJANG RENTANG
Panjang rentang maksima diberi dalam jadual 1.

3.

Saiz Pengalir Berpenebat


(in)

Panjang Rentang Maksima


(kaki)

7/.044
7/.083
19/.064
19/.083
7/.173

90
120
150
150
150

DAYA TEGANG ATAS PENGALIR


Pengalir PVC yang digunakan untuk talian aerial hanya dikehendaki ditarik
secara regangan tangan (hand tension) sahaja.

4.

PEMASANGAN PADA TALIAN AERIAL UTAMA ALUMINIUM TAK


BERPENEBAT
4.1

Sesalur bekal dua wayer satu fasa

4.2

Sesalur bekal tiga wayer dua fasa

4.3

Sesalur bekal empat wayer tiga fasa

5.

PEMASANGAN PADA BANGUNAN


5.1 Bangunan Konkrit Dan Batu Bata
Cara penyangkutan kepada bangunan konkrit dan batu bata untuk sesalur
1 fasa, 2 fasa dan 3 fasa adalah ditunjukkan seperti didalam rajah.
5.2 Bangunan Kayu Penyangkutan Terus
Cara-cara pemasangan kepada bangunan kayu digambarkan dalam rajah.
Penebat belenggu atau penebat won piece boleh digunakan. Kebanyakan
sesalur bekal menggunakan penebat won-piece.
5.3 Penggunaan Penyandar Yang Dipanjangkan
Untuk beberapa bangunan terutamanya yang mempunyai atap zing,
pemasangan terus sesalur bekal adalah sukar dibuat sebab jarak kelegaan
daripada tanah tidak mencukupi. Sekiranya pengalir tidak dikehendaki
terkena atap zing, penyandar yang dipanjangkan hendaklah digunakan.
Cara memasang penyandar sudut keluli dan potongan kayu adalah seperti
ditunjukkan dalam rajah. Ukuran kayu yang digunakan ialah biasanya 2
x 3 x 2.

6.

JARAK KELEGAAN
6.1

Jarak Kelegaan Daripada Tanah Dan Jalan


Jarak kelegaan minima pengalir berpenebat daripada tanah dan jalan
adalah sama seperti pengalir tak bersalut iaitu:
a. Atas jalanraya
b. Atas tanah tiada jalan
c. Kawasan tidak boleh dilalui kenderaan

6.2

5.5 meter (18 kaki)


5.2 meter (17 kaki)
4.6 meter (15 kaki)

Jarak Kelegaan Apabila Di Tamatkan Pada Bangunan


Pengalir bertebat hendaklah ditamatkan atas bangunan pada
ketinggian yang tidak kurang daripada 9 kaki.

SESALUR BEKAL DAN SESALUR KAKI LIMA


1.

DEFINASI
1.1

Sesalur Atas
Sesalur atas didefinasikan sebagai talian-talian yang berlarian dekat
atau selari dengan pinggir sebarang jalan, lorong atau tepi denai.

1.2

Sesalur Kaki Lima


Sesalur kaki lima didefinasikan sebagai kabel-kabel yang berlarian
sepanjang kaki lima kedai-kedai. Kabel-kabel PVC yang berlarian
sepanjang tepi atap atau dinding rumah teres juga didefinasikan
sebagai sesalur kaki lima.

1.3

Sesalur Bekal / Perkhidmatan


Talian-talian yang disambung daripada sesalur utama (talian aerial
atau sesalur kaki lima) untuk membekal satu atau sekumpulan
pengguna dipanggil sesalur bekal atau perkhidmatan.

2.

TIANG-TIANG SESALUR BEKAL


2.1

Panjang Tiang
Tiang yang berukuran 7.5m digunakan tetapi sekiranya jarak kelegaan
tidak mencukupi tiang yang berukuran 9m hendaklah digunakan.

2.2

Penggunaan Tiang
Tiang-tiang dikehendaki apabila:
a. Sesalur bekal merintangi jalan dan didapati jarak kelegaan tak
mencukupi
b. Panjang sesalur bekal melebehi panjang maksima yang dibenarkan
bagi pengalir yang digunakan
c. Didapati jarak kelegaan tanah tidak mencukupi

2.3

Penggunaan Tiang Sokong Yang Lebih Panjang


Jika panjang tiang sokong tidak mencukupi tiang sokong yang lebih
panjang bolehlah digunakan dengan syarat ianya munasabah dari segi
berat yang perlu ditanggung oleh tiang tersebut.

3.

Pengalir Yang Digunakan Untuk Sesalur Bekal


Pengalir aluminium berpenebat PVC digunakan untuk sesalur bekal.
Walaubagaimanapun sekiranya kabel bekal itu terlalu panjang, pengalir
aluminium yang tak bersalut boleh digunakan untuk sebahagian daripada
talian sesalur bekal. Sesalur bekal mesti ditamatkan atas bangunan dengan
menggunakan hanya pengalir berpenebat, yang bererti rentangan terakhir
mestilah berpenebat.

4.

Pengalir Yang Digunakan Untuk Sesalur Kaki Lima


Pengalir yang digunakan ialah pengalir aluminium berpenebat PVC atau
bahan-bahan penebat lain yang sesuai seperti polyethelene.

PERJALANAN SESALUR BEKAL DAN SESALUR KAKI LIMA


1.

CARA PEMASANGAN PADA BANGUNAN


1.1

Permukaan Kayu
Atas permukaan kayu, pengalir PVC dipasang terus kepada
permukaan dengan saddle timah dan paku tembaga.

1.2

Permukaan Konkrit, Batu Bata Dan Permukaan Dilepa


Atas permukaan yang telah di lepa (cement plaster), batu bata dan
konkrit, baten kayu keras terlebih dahulu dipasang dengan kukoh
kepada permukaan dengan menggunakan rawl plug dan skrew atau
paku keluli. Kabel kemudiannya dijalankan atas baten kayu dengan
menggunakan saddle dan paku tembaga.
Sekarang ini terdapat PVC trunking bagi menggantikan baten kayu.
Ukuran baten kayu diberi dalam jadual 1 dibawah ini.
Saiz Pengalir
(in)
7/.044
7/.083
19/.064
19/.083

2.

1 ph & N
1.5 x 0.5
1.5 x 0.25
2 x 0.25
2 x 0.25

Ukuran Baten Kayu (in)


2 ph & N
3 ph & N
1.5 x 0.25
1.5 x 0.25
2 x 0.25
2.5 x 3/8
2.5 x 3/8
3 x 3/8
2.5 x 3/8
3 x 3/8

JARAK SADDLE
Saddle hendaklah dijarakkan mengikut Jadual 2 dibawah ini.
Saiz
Pengalir
(in)
7/.044
7/.083
19/.064
19/.083

Garispusat Luar
(in)
0.192
0.309
0.380
0.475
Jadual 2

Jarak Maksima Saddle (in)


Memanjang
Menegak
6
9
9
9

6
9
9
9

3.

LALUAN PENGALIR
a. Pengalir hendaklah dijalankan menegak atau memanjang atas dinding
atau siling. Ianya jangan sekali-kali dijalankan secara garis pepenjuru.
b. Pengalir hendaklah dijalankan dengan fasa-fasa dalam susunan yang
betul iaitu Merah, Kuning, Biru dan Neutral.
c. Pengalir hendaklah dijalankan seboleh-bolehnya atas permukaan dimana
ianya senang diperiksa untuk kerja senggaraan dan bagi mencegah
perbuatan mencuri tenaga elektrik.
d. Pengalir jangan sekali-kali terkena tepi-tepi yang tajam ditakuti
penebatnya terhiris.
e. Dalam rumah teres, lubang-lubang yang sesuai hendaklah disediakan
melalui dinding bersama diantara rumah bagi mengelakkan perjalanan
sesalur kaki lima yang berlebihan panjangnya.
f. Untuk sesalur kaki lima 2 atau 3 fasa membekal kedai-kedai atau rumah
teres baharu, bilangan fasa hendaklah dikurangkan sepanjang sesalur kaki
lima.

4.

PENYAMBUNG SESALUR BEKAL KEPADA SESALUR KAKI LIMA


Sesalur bekal disambung kepada sesalur kaki lima dengan menggunakan
kotak simpang. Kotak simpang hanya boleh digunakan untuk pengalir
berukuran maksima 19/.064. Dengan itu saiz pengalir sesalur kaki lima
terhad dengan ukuran tersebut.

5.

PENYAMBUNGAN SESALUR BEKAL KEPADA PAPAN METER


PENGGUNA
Pengalir fasa ditamatkan pada cut-out dan neutral ditamatkan kepada neutral
link. Ada dua ukuran cut-out, satu dikadar pada 60A dan yang satu lagi pada
100A. Pengalir yang berukuran 7/.044 dan 7/.083 ditamatkan dalam cut-out
60A dan 19/.064 dan 19/.083 ditamatkan dalam cut-out 100A.

You might also like