You are on page 1of 14

AMALAN KITAR

SEMULA
DI
TAMAN NUSA
SUBANG,
40150, SHAH ALAM,
SELANGOR
SENARAI KANDUNGAN:

BILANGA ISI KANDUNGAN HALAMAN


N

1. PENGHARGAAN

2. PENDAHULUAN

3. OBJEKTIF KAJIAN

4. KAWASAN KAJIAN

5. KAEDAH KAJIAN

6. DAPATAN KAJIAN

7. BAHAN GRAFIK

8. RUMUSAN

9. LAMPIRAN

10. SENARAI RUJUKAN


PENGHARGAAN
Pertamanya saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada
Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapat saya menyempurnakan
folio ini tanpa sebarang masalah. Ribuan terima kasih saya
ucapkan kepada tuan pengetua cemerlang SDAR, Tuan Hj.
Zakaria bin Md. Zin kerana membenarkan saya membuat folio
ini.
Seterusnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada guru Geografi saya, En. Azimi bin. Md. Zain yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan kata-kata perangsang dalam
mengerjakan tugasan ini.Kepada kedua ibu bapa saya Nor
Azilah Bt Kasah dan Abdul Razak Bin Mohamed Noor, terima
kasih yang tak terhingga saya ucapkan kerana telah banyak
memberi bantuan dari segi kewangan kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada rakan-rakan setingkatan saya yang telah
memberikan bantuan dan kerjasama kepada saya.
PENDAHULUAN
Tajuk tugasan yang saya jalankan ialah Program Kitar Semula
di Taman Nusa Subang, 40150, Shah Alam, Selangor.

Saya telah memilih Taman Nusa Subang, 40150, Shah Alam,


Selangor sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini terletak
berhampiran dengan tempat kitar semula.

Saya telah menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang


telah ditetapkan iaitu dari pertengahan bulan Mac hingga ke
pertengahan bulan Mei.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif khusus kajian geografi tempatan ini dijalankan adalah
untuk:
a) Menyatakan konsep kitar semula di Taman Nusa Subang.
b) Mengenal pasti jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula
di Taman Nusa Subang.
c) Menjelaskan kepentingan amalan kitar semula di Taman
Nusa Subang.
d) Menghuraikan masalah dan halangan amalan kitar semula
di Taman Nusa Subang.
e) Mencadangkan langkah dan cadangan untuk mengatasi
masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula di
Taman Nusa Subang.

Program kitar semula di taman perumahan saya beroperasi


sejak cuti penggal persekolahan bulan Mac.Saya berasa sungguh
gembira kerana dengan kewujudan program kitar semula ini
pencemaran bau yang disebabkan oleh sampah sarap dapat
dibendung.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya terletak di Taman Nusa Subang.
Program kitar semula ini beroperasi sehingga akhir cuti
persekolahan bulan Mac.
Program ini berfungsi untuk menyedarkan manusia betapa
pentingnya alam sekitar kepada manusia.
Program kitar semula ini terletak di bahagian timur laut dari
rumah saya,utara dari Bandar Shah Alam dan arah barat dari
Semenanjung Malayasia.
Jarak tempat program kitar semula dari Bandar Shah Alam
sejauh 20 kilometer manakala jarak dari rumah saya sejauh 5
kilometer sahaja.
PETA KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN
Pelbagai kaedah yang telah saya lakukan untuk mengumpul
maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.
Antara kaedah yang dilakukan ialah:
a) Rujukan
-saya telah melayari laman web di internet dan peta
Selangor bagi mendapatkan maklumat tentang lokasi pusat
kitar semular ini dan jaraknya.
b) Soal selidik
-seramai 20 orang responden telah dipilih daripada
kalangan penduduk Taman Nusa Subang untuk menjawab soal
selidik yang telah disediakan
-kaedah yang digunakan untuk mendapat maklumat tentang
kepentingan kitar semula dan langkah untuk mengatasi masalah
dalam melakukan kitar semula.
c) Pemerhatian
-saya telah melawat ke kawasan kitar semula di rumah
saya untuk mengenal pasti bagaimana pentingnya mengitar
semula dalam mengekalkan suasana alam semulajadi.

Kitar semula
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Simbol kitar semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang
baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah
baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran),
dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau
berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula adalah komponen
utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan
pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan
elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buanagn
biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar
semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip
dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan
yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat
yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.
Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan
keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau
bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain
(contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran
rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari
komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa
dari pelbagai bahan).

Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar
berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan
lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa
kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan
melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan
oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam
pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan
bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan
menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan
pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.

BORANG SOAL SELIDIK


1. Nama:
2. Jantina: Lelaki( ) Perempuan( )
3. Umur: Kurang 20 Tahun( )
21 hingga 35 Tahun( )
36 hingga 45 Tahun( )
Lebih 45 Tahun( )
4. Bangsa: Melayu( ) Lain-lain( )
China( )
India( )
5. Tempoh menetap disini:……….
6. Jenis pekerjaan: Pelajar( )
Pelombong( )
Pekerja Kilang( )
Nelayan( )
Kakitangan kerajaan( )
Lain-lain…….
7. Apakah kepentingan amalan kitar semula
i. Menyediakan ruang pekerjaan( )
ii. Menambahkan pendapatan harian( )
iii. Mengurangkan penggunaan bahan asli( )
iv. Mencereiakan persekitaran( )

8. Bagaimanakah langkah untuk mengatasi masalah dalam


melaksanakan kitar semula.
i. Kerjasama antara insan( )
ii. Sediakan kemudahan tempat( )
iii. Kempen atau kursus( )

Nor Azilah Binti Kasah


41, Jalan Qamari U5/109
Taman Nusa Subang
40150, Shah Alam, Selangor 13 Mac 2010

Kepada sesiapa yang berkenan.


Tuan,
Per:Memberi Kebenaran Untuk Menjalankan Kerja Khusus
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.Sukacita dimaklumkan bahawa saya Nor Azilah bt Kasah,ibu kepada
Muhammad Ilyas Afham bin Abdul Razak, tingkatan 3
Zaaba,SDAR,menjalankan kerja khusus Amalan Kitar Semula di Taman
Nusa Subang.
3.Sehubungan dengan itu saya amat berharap agar pihak tuan dapat
membantu beliau dalam apa jua bentuk sumbangan, dorongan dan
sokongan.
4.Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian.
Saya yang ikhlas,
_______________
(Nor Azilah bt.Kasah)
650311085764

GAMBAR KITAR SEMULA YANG DIJALANKAN


SENARAI RUJUKAN
1) Laman web Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia
bebas.

2) Google map.

3) Buku teks geografi tingkatan 3.

4) Bapa ( Abdul Razak bin Mohamed Noor )dan

Ibu ( Nor Azilah bt Kasah ).

5) Rakan-rakan setingkatan.

6) Guru mata pelajaran Geografi En. Azimi bin Md Zain.

You might also like