You are on page 1of 23

AMALAN KITAR SEMULA

DI

KAMPUNG JALAN KEBUN SEKSYEN

32 SHAH ALAM

1
Senarai kandungan

Bil Perkara Mukasurat

 Tajuk

 Senarai Kandungan

 Penghargaan

 Pendahuluan

 Objektif Kajian

 Kawasan Kajian

 Kaedah Kajian

 Dapatan Kajian

 Rumusan Kajian

 Lampiran

 Rujukan

3.0 Penghargaan

2
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn Hajar Nor Akmal Binti

Ismail, Pengetua SMK Jalan Kebun kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalan

kan kajian ini.

Saya juga ingin menguapkan terima kasih kepada Cik Suranita Binti Aman iaitu guru

Geografi kerana telah memberikan tunjuk ajar dan panduan bagi menjalankan kajian ini. Tidak

lupa kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan sokongan dan dorongan kepada saya

bagi menyiapkan kajian ini dengan lebih lancar lagi.

Selain itu, ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada kepada rakan saya Mohammad

Afizzy, Mohammad Nazmi dan juga Mohd Faris kerana telah menbantu saya bagi mendapatkan

maklumat untuk menjalankan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya berikan kepada

Siti Suhana Binti Halim, penduduk kampung Jalan Kebun yang telah banyak memberikan

maklumat sepanjang kerja kursus ini dijalankan.

Sekian terima kasih.

4.0 Pendahuluan

3
Saya telah memilih Kursus Amalan Kitar Semula Di Kampung Jalan Kebun

Seksyen 32 Shah Alam, Selangor untuk memenuhi syarat pmr 2010.

Saya memilih kawasan ini untuk menjalan kajian kerana kawasan ini berdekatan dengan

tempat tinggal saya dan juga sekolah saya. Kawasan ini merupakan salah satu kawasan yang

terletak di Shah Alam. Selain itu, kawasan ini juga sesuai untuk dijadikan kajian kerana terdapat

beberapa pusatkitar semula yang terletek berhampiran dengan Kampung Jalan Kebun seperti di

Kota Kemuning Resident Assaciation yang terletak di MBSA Dewan Serbaguna Sekssyen 31,

seksyen 11 FCR Raa Shopping Complex.

Saya menjalankan kajian ini secara berkumpulan dan kajian ini telah berjaya disiapkan

dalam masa 4 minggu bermula dari bulan Mac sehingga bulan April 2010. Tugasan ini perlu

dihantar selewat-lewatnya pada bulan Mei dan disiapkan secara indiidu untuk dinilai oleh guru

Geografi kami.

5.0 Objektif kajian

4
Kajian ini dijalankan untuk;

a) Menerangkan konsep kitar semula

b) Mengenal pasti jenis-jenis bahan kitar semula dan amalan kitar semula di kampung Jalan

Kebun.

c) Mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula di kawasan kajian.

d) Mengenal pasti masalah / halangan amalan kitar semula di Kampung Jalan Kebun.

e) Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar

semula di kawasan ini.

f) Menerapkan unsur- unsur patriotisma dalam setiap kajian yang dijalankan di Kampung

Jalan Kebun.

6.0 kawasan kajian

5
kawasan yang saya kaji ialah kawasan Kampung Jalan Kebun, Seksyen 32 Shah Alam.

Kampung Jalan Kebun terletak di negeri selangor dengan kedudukan koordinat Geografinya

pada Utara 2o58’0’’ dan Timur 101o31’o’’. Kampung ini telah dibuka kira-kira seawal tahun

1930. Nama kampung ini diambil sempena kebun nenas.

Sebelum tahun 2000, pentadbiran tanah kampung ini di bawah majlis Perbandaran Klang.

Namun begitu, selepas tahun 2000 pensepadanan semula kawasan ini telah dilakukan semula

oleh kerajaan dan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam. Kawasan ini terletak di

pinggir bandar dan dikelilingi oleh Kampung Johan Setia, Kampung Bukit Kemandul, Kampung

Bukit Naga, Kota Kemunig, Bukit Rimau, dan kampung Lombong.

Kawasan ini terletak ditanah pamah yang rata dan rendah bertanih laterit dan gambut.

Terdapat juga kawasan hutan di sekeliling perkampungan ini walaupun telah banyak kawasan

yang telah ditarah bagi tujuan pembangunan.

Jarak antara Kampung Jalan Kebun dengan Bandaraya Shah Alam adalah lebih kurag 20

km, jarak antara Kampung Jalan Kebun dengan Bandaraya Klang adalah 13 km.

6.1 Peta

6.1.1 peta daerah: Bandaraya Shah Alam

6
Peta 6.1.1: Peta Daerah Shah Alam, Selangor

6.1.2 Peta kawasan kajian Kampung Jalan Kebun

7
Petunjuk

Peta 6.1.2: Lakaran Kawasan Kampung Jalan Kebun, Seksyen 32 Shah Alam, Selangor

7.0 Kaedah Kajian

Saya menjalankan kajian ini dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti yang berikut:

8
 Pemerhatian: saya mengunakan kaedah ini untuk mengenal pasti kegiatan dan amalan

kitar semula yang dijalankan di Kampung Jalan Kebun.

 Temubual: saya telah mengumpul maklumat dengan menemubual beberapa penduduk

tempatan, dan jiran tetangga mengenai pandangan mereka mengenai kepentingan dan

juga masalah di kawasan kajian.

 Rujukan : saya telah mencari maklumat tambahan daripada internet , buku, dan surat

khabar berkaitan kempen dan program kitar semula yang pernah berlangsung serta

langkah-langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

8.0 Dapatan Kajian

8.1 Konsep Kitar Semula

Konsep kitar semula melibatkan 3R iaitu:

9
1. Reduce yang membawa maksud mengurangkan jumlah bahan atau barang yang kita

ambil atau gunakan setiap hari dan dihadkan untuk yang perlu sahaja. Contohnya

menggunakan hanya satu plastik sahaja untuk membungkus barang daripada mana-mana

kedai bagi mengurangkan penggunaan plastik.

2. Reuse yang bermaksud menggunakan semula. Ia amat mudah untuk diamalkan.

Contohnya tin minuman boleh digunakan semula untuk dijadikan bekas alat tulis.

3. Recycle yang bermaksud kitar semula. Kitar semula ialah aktiviti memproses barang-

barang yang terbuang untuk dijadikan barang-barang baru yang berguna. Dalam erti kata

lain, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang

sama. Sebagai contohnya kertas terpakai yang telah digunakan diperoses bagi bagi

menghasilkan kertas yang baru,atau poleystyrene terpakai digunakan diperoses bagi

menghasilkan poleystyrene lain yang baru.

8.2 Jenis Bahan Yang Boleh Dikitar Semula Dan Amalan Kitar Semula

Antara bahan yang boleh dikitar semula di kawasan ini ialah kertas terpakai sama ada yang

berwarna atau tidak berwarna, seperti surat khabar, majalah, buku, helaian kertas, risalah,

kalendar, kad, sampul surat, kotak kadbord, dan juga katalog.

10
Untuk barangan daripada plastik pula, barangan yang selalu dikitar semula adalah seperti

beg plastik membeli-belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, botol pencuci dan

botol vitamin. Selain itu, tekstil dan aluminium juga biasa dikitar semula dikawasan ini.

Manakala kaca seperti botol minuman ringan, balang makanan, getah, kayu dan air tidak

begitu terkenal untuk dikitar semula oleh penduduk di kawasan ini.

Bahan yang hendak dikitar semula ini kemudianya akan dibawa ke pusat pegumpulan

untuk disusun dan dibersihkan sebelum diperoses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Antara amalan kitar semula yang dilakukan oleh penduduk di kawasan ini ialah menjual

kertas, tin aluminium, dan botol minuman plastik kepada Pusat Kitar Semula yang

berhampiran.kebiasaanya penduduk dikawasan ini akan mengumpil barang-barang terpakai

tersebut sehigga banyak barulah dijual.

Selain itu, bagi botol kaca pula, penduduk dikawasan ini menghantar untuk dikitar

semula. Mereka lebih gemar menggunakan semula botol kaca tersebut untuk dijadikan barang

perhiasan atau pasu bunga. Kaedah guna semula ini juga dapat mengurangkan wang penduduk

untuk membeli pasu bunga atau perhiasan untuk meletak bunga kerana bekas botol-botol kaca

tersebut dihias dengan cantik, boleh digunakan dan menggantikan pasu bunga yang terdapat

dipasaran. Hal ini secara langsug dapat megurangkan dan menjimatkan penggunaan sumber.

Bagi tekstil terpakai pula, penduduk disini menggunakanya untuk meghasilkan bahan

baru seperti pelapik kaki dan kain untuk mengelap tingkap. Selain itu, terdapat juga penduduk

yang mengumpulkan pakaian terpakai untuk didermakan kepada badan amal atau pusat

kebajikan. Tidak kurang juga yang menderma kepada MBSA untuk dijual bagi mengutip derma.

11
Melalui amalan kitar semula dan guna semula ini, pengeluaran dan penggunaan bahan

baru oleh penduduk Kampung Jalan Kebun dapat dikurangkan. Amalan ini juga secara tidak

langsung dapat menggeratkan hubungan antara penduduk di kampung ini serta memupuk sikap

berjimat cermat dikalangan penduduk Kampung Jalan Kebun.

Bil Jenis Bahan Bilangan Penduduk Yang Mengitar Semula

1 Kertas 18

2 Kaca 5

3 Plastik 13

4 Aluminium 10

5 Tekstil 8

12
kaca

Alumin
plastik
ium Jenis
bahan

Tekstil
kertas

13
18
16
14
12 Kertas
10 Kaca
8 Plastik
6 Aluminium
Tekstil
4
2
0
Jenis Bahan

Jadual 8:2 Jenis Bahan Yang Dikitar Semula Oleh Penduduk Kampung Jalan Kebun

Seksyen 32 Shah Alam

Jadual 8:2 atas merupakan hasil maklumat yang diperolehi daripada 20 penduduk di Kampung

Jalan Kebun yang dipilih secara rawak. Daripada 20 penduduk yang ditemui, 18 orang daripada

mereka mengatakan yang selalu dikumpul oleh mereka untuk dihantar ke pusat kitar semula

adalah kertas, diikuti oleh plastik iaitu seramai 13 orang, aluminium 10 orang, dan kaca 5 orang.

Manakala 8 orng daripada mereka juga ada mengumpul pakaian untuk disumbangkan kepada

badan kebajikan atau dijual untuk mengumpul derma.

14
8.3 Kepentigan Kitar Semula

Kitar semula amatlah penting untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa sekarang,

dianggarkan terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di seluruh Malaysia yang setiap

satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar,bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang

dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan

dibuka. Oleh itu tidak mustahil suatu hari nanti tapak- tapak pelupusan sampah ini akan

berkembang dan akan mula menceroboh ruang hidup yang ada sekarang. Disini jelaslah

menunjukan kitar semula semamangnya amat penting untuk dilaksanakan sebelum kita semua

hidup dalam lautan sampah. Berikut dihuraikan antara kepentigan yang boleh diperoleh hasil

daripada kitar semula.

1. Persekitaran lebih sihat dan lebih bersih

15
seperti kita sedia maklum sampah adalah benda yang kotor. Oleh itu, sampah boleh

menjejaskan kesihatan dan juga keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, sampah-sampah

ini akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui

kitar semula, kita bukan sahaja dapat mengurangkan sampah yang dibuang malah kita

juga dapat mengawal penyakit merebak.

2. Mengurangkan pencemaran

Longgokkan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah

merupakan salah satu punca pencemaran di negara ini. Oleh itu, melalui amalan mengitar

semula ia dapat mengurangkan ancaman terhadap alam sekitar seperti pencemaran air

bawah tanah dan pencemaran udara. Semakin ramai masyarakat yang mengamalkan

amalan kitar semula ini, semakin efektif masalah pencemaran ini boleh diatasi.

3. Menjimatkan kos

Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan

usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program

kitar semua bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurang. Ini

seterusnya akan manfaatkan kita kerana bayaran untuk pelupusan sampah akan

berkurang.

4. Menjimatkan sumber kita

Sebenarnya ramai yang tidak sedar jika kita tidak mengitar semula, kita sebenarnya

membuang sumber-sumber tersebut yang amat bernilai. Setiap bulan Malaysia

mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas untuk meghasikan produk bagi menampung

16
permintaan tempatan. Bukan itu sahaja , negara kita juga mengimport bahan buangan lain

untuk industri pengeluaran yang lain. Oleh itu ia, merupakan satu pembaziran kerana kita

sebenarnya tidak perlu mengimport kertas-kertas tersebut jka semua rakyat bersatu hati

menjayakan program kitar semula. Bukan sahaja wang dapat dijimatkan malah pokok

juga tidak peru ditebang untuk dijadikan sumber membuat kertas dan ini sememangnya

dapat dapat menjimatkan penggunaan sumber yang kita ada.

5. Menyelamatkan hutan

Kitar semula dapat menyelamatkan hutan. Hal ini kerana untuk menghasilkan satu tan

kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Oleh itu, dengan mengitar semula

kertas kita akan dapat mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang dan dapat

memelihara hutan yang amat penting sebagai pembekal oksigen dan udara bersih kepada

kita.

17
8.4 Masalah Atau Halangan Amalan Kitar Semula Di Kampung Jalan Kebun

Terdapat beberapa halangan kitar semula di kawasan kajian ini. Antaranya ialah sikap

penduduk yang malas untuk mengasingkan bahan kitar semula dengan sisa buangan. Masyarakat

pada hari ini khususnya penduduk di Kampung jalan Kebun kebanyakannya suka mengambil

cara mudah dan malas berfikir akan baik dan buruknya amalan kitar semula ini. Hasrat kerajaan

untuk memupuk budaya kitar semula di kalangan semua masyarakat dan seterusnya untuk

megurangkan tapak pelupusan sampah, ini tidak akan tercapai sekiranya tiada sokongan daripada

semua pihak.

Selain itu kekurangan seperti tong-tong kitar semula dikawasan kajian juga menyukarkan

penduduk untuk menjalankan aktiviti kitar semula. Lebih malang lagi apabila barang-barang

terpakai yang dimasukkan ke dalam tong-tong kitar semula ini dicuri oleh orang yang tidak

bertanggungjawab.

Kurang pengetahuan mengenai kitar semula juga telah menyebabkan penduduk terus

membuang sisa pepejal tanpa memikirkan mengenai kesannya terlebih dahulu. Mereka juga tidak
18
digalakkan untuk melakukan kitar semula. Oleh itu mereka mengambil jalan mudah untuk

membuang sisa pepejal tersebut.

Jelas menunjukan masalah atau halangan amalan kitar semula berpunca daripada sikap

penduduk. Hasil kajian yang dijalankan ia mendidik saya supaya lebih bertanggungjawab

sebelum membuang sebarang sampah. Saya juga turut berkongsi kesedaran bersama keluarga,

jiran, dan rakan-rakan. Diharapkan selepas ini lebih banyak pihak membuka mata dan prihatin

untuk sama-sama menyelesaikan isu ini.

8.5 Langkah Dan Cadangan Untuk Megatasi Masalah Dalam Melaksanakan Amalan Kitar

Semula Di Kampug Jalan Kebun.

Statistik menunjukkan kita menghasilkan lebih daripada 16 ribu tan sampah setiap hari,

kesannya kawasan untuk menampung dan melupuskan sampah semakin terhad. Lebih

membimbangkan, risiko pencemaran , resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah

dan isu-isu keselamatan yang berkaitan semakin meningkat.

Oleh itu masalah ini harus ditangani segera dan amalan kitar semula perlu dijadikan

sebagai sebahagian daripada kehidupan.

Berikut adalah lagkah-lagkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar

semula di kawasan kajian. Antaranya ialah dengan mengadakan kempen kitar semula di

kalangan pelajar sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi, sektor perindustrian, dan penduduk

setempat.

Seterusnya, dengan memperbanyakkan lagi tong-tong kitar semula dikawasan yang

bermasalah.

19
Mewujudkan akta atau garis panduan terhadap premis-premis perniagaan dan

perindustrian bagi mengurus dan melupuskan sisa buangan dengan betul.

Akhir sekali amalan kitar semula dapat dipupuk dengan menubuhkan kelab pencinta alam

sekitar di kawasan kajian.

9.0 Rumusan

Kampung Jalan Kebun adalah kawasan kajian yang saya pilih,bahan kitar semula yang

utama di kamasan ini ialah kertas,kaca,plastik,aluminium,dan tekstil.Terdapat beberapa masalah

dalam melaksanakan amalan kitar semula di kawasan tersebut,hal ini berpunca daripada

kekurangan prasarana dan sikap penduduk yang kurang pengetahuan dan kurang keprihatinan

terhadap kepentingan amalan tersebut ke atas alam sekitar.Konsep kitar semula iaitu

Reduse,Reuse,dan Recycle kurang difahami dan dipraktikkan penduduk untuk menguruskan sisa

buangan mereka.

Bagi mengatasi masalah ini beberapa anisiatif diambil antaranya mengadakan kempen

kesedaran, mewujudkan akta dan garis panduan ke atas pembuangan sisa pepajal, penubuhan

kelab pencinta alam dan memperbanyakkan tong sampah di kawasan bermasalah.

20
Kitar semula penting untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat,mengurangkan

pencemaran,menjimatkan kos,menjimatkan sumber alam,dan sekaligus dapat menyelamatkan

hutan.

Kesedaran dan keperihatinan merupakan faktor utama untuk menjayakan misi ini.

Amalan ini perlu diterapkan dalam diri setiap orang untuk menjamin kelangsungan hidup dan

kebersihan alam sekitar demi generasi akan datang.

10.0 Lampiran

Tong-tong sampah kitar semula

21
Logo kitar semula

22
Peta Kampung Jalan Kebun

11.0 Rujukan

Internet

1) http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula/Malay/home_m.asp

2) http://www.wikipidia.org/wiki/kitar_semula

3) http://www.nea.gov.sg/cms/eed/3Rs-malay.pdf

4) http://www.alamflora.com.my/V3/ListOfCommunityRecyclingCentre.htm

Orang Sumber

1) Hji. Aton binti Sakop (541028-13-5294)

2) Luqman bin Fadir (900909-13-6705)

Buku

1) Mohd. Jamil, Hj. Rodzi dan Hjh. Mahani. (2008). Geografi ingkatan 3.Shah

2) Alam : Cerdik Publications. Sdn. Bhd. Penulis Johore Central Store Sdn. Bhd.

23

You might also like