You are on page 1of 6

Tajuk:

Awan dan Cuaca


Tujuan:
Untuk mengkaji perhubungan antara perbezaan bentuk dan jenis awan dengan
cuaca.
Teori:
Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti
asap yang berwarna putih atau kelabu di langit. Awan terjadi apabila cahaya
matahari memanaskan permukaan bumi dan udara. Udara mengandungi wap air.
Apabila wap air mengalami proses pemeluwapan, maka awan terbentuk. Udara
panas mengandungi lebih banyak wap air, jadi udara panas yang sarat dengan air
akan berkembang dan naik tinggi. Apabila sampai ke lapisan yang mempunyai suhu
rendah, wap air akan mencair dan membentuk awan. Titik-titik air dalam awan
menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat sehinggalah hujan
turun.
Jenis-jenis awan diklasifikasikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan awan
pertama ialah kumpulan awan tinggi yang bermaksud awan yang berada pada
ketinggian melebihi 6,000 m. awan Sirus, awan Sirostratus dan awan Sirokumulus
merupakan contoh bagi kumpulan awan tinggi. Kumpulan awan yang kedua ialah
kumpulan awan pertengahan yang berada pada ketinggian 2,000 hingga 5,000
meter. Contohnya, Altrostratus, Altrokumulus dan Nimbostratus. Kumpulan awan
yang ketiga ialah kumpulan Awan Rendah yang berada pada ketinggian kurang
daripada 2000 meter. Contohnya, awan Stratuskumulus, Stratus, Nimbostratus,
Kumulus dan Kumulunimbus.
Kejadian rupa bentuk awan dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Bentuk awan
akan berubah-ubah mengikut keadaan cuaca. Oleh itu, bentuk dan jenis awan dapat
digunakan untuk meramal keadaan cuaca pada hari tersebut.
Hipotesis:
Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca persekitaran.
Pembolehubah:
Pembolehubah Manipulasi : Jenis awan yang terbentuk di langit
Pembolehubah Gerak Balas: Cuaca persekitaran

Pembolehubah Malar

: Kawasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Kemahiran Proses Sains:


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Memerhati
Mengelas
Meramal
Membuat inferens
Berkomunikasi
Mentafsir data
Membuat hipotesis

Alat Radas:
Kamera iPhone 6, pen, kertas
Prosedur:
1. Sebelum pemerhatian awan dilakukan, maklumat mengenai awan dicari dan
dikumpulkan daripada sumber buku dan internet sebagai rujukan amali.
2. Lokasi pemerhatian awan dipilih. Pemerhatian telah dijalankan selama 4 hari
berturut-turut.
3. Pemerhatian dijalankan pada waktu yang sama setiap hari di lokasi yang
sama iaitu pada waktu pagi dan tengahari.
4. Gambar awan yang muncul diambil menggunakan kamera.
5. Segala pemerhatian direkodkan termasuklah perubahan iklim yang berlaku
sama ada hujan, tidak hujan ataupun mendung dalam tempoh masa kajian.
6. Hasil pemerhatian dianalisis dan ditafsir berdasarkan gambar-gambar, jadual
dan carta berdasarkan rujukan sebagai sokongan.

Dapatan:
Lokasi

: Dataran Bestari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Tarikh

: 19 hingga 22 Januari 2016

Tempoh

: 4 hari

Masa

: 7.45 pagi dan 12.05 tengahari

Hari /

Masa

Tarikh
Hari

7.45am

Gambar Jenis Awan

Pemerhatian
Jenis: Awan Sederhana

Pertama

Nama: Altostratus

(19

Suhu: 24C

Januari

Cuaca: Mendung,

2016)

berkabus
Kelembapan: Sederhana
Visibiliti: 6 km
Keadaan awan:
-

Menyerupai lembaran
atau jalur-jalur
berwarna keabu-

abuan dan berserabut


Menutup sebahagian

atau seluruh langit.


Awan ini terlihat pada
saat siang atau
sepanjang sore hari.

12.05pm

Jenis: Awan Sederhana


Nama: Altostratus
Suhu: 29C
Cuaca: Mendung
Kelembapan: Sederhana
Visibiliti: 16 km
Keadaan awan:
-

Menyerupai lembaran
atau jalur-jalur
berwarna keabu-

abuan dan berserabut


Menutup sebahagian

atau seluruh langit.


Awan ini terlihat pada
saat siang atau
sepanjang sore hari.

Hari

7.48am

Jenis: Awan Tinggi

Kedua

Nama: Sirostratus

(20

Suhu: 22C

Januari

Cuaca: Cerah

2016)

Kelembapan: Sederhana
Visibiliti: 11 km
Keadaan awan:
-

Kurang berawan di

langit
Awan yang berbentuk

Hari

Waktu

Pagi
Tengahari

Jenis Awan

Sederhana
Sederhana

Nama Awan

Altostratus
Altostratus

Ramalan

Cuaca

cuaca pada

sebenar

waktu

pada waktu

petang
Cerah dan

petang
Cerah dan

panas

panas
Suhu:33C

Pagi
Tengahari

Tinggi
Rendah

Sirostratus
Kumulus

Cerah dan

Cerah dan

panas

panas
Suhu: 34C

Pagi
Tengahari

Tinggi
Rendah

Sirokumulus
Stratuskumulus

Hujan

Cerah dan

gerimis

panas Suhu:
36C

Pagi
Tengahari

Sederhana
Sederhana

Altostratus
Altostratus

Hujan

Hujan gerimis

gerimis

pada waktu
tengahari.
Pada waktu
petang,
cuaca cerah
dan panas
Suhu: 32C

Perbincangan:
Berdasarkan keputusan pemerhatian yang telah dijalankan selama empat
hari berturut-turut, awan sederhana didapati mempunyai kekerapan yang lebih tinggi
berlaku diikuti dengan awan sederhana dan awan rendah. Pada hari pertama, cuaca
yang saya ramalkan ialah cerah dan panas. Hal disebabkan kemuncukan awan
Altostratus. Awan Altostratus ialah awan yang biasanya terlihat pada saat siang atau
sore hari. Warnanya putih keabu-abuan dan meliuputi sebahagian atau seluruh
langit. Kemunculan awan ini tidak akan membawa hujan.
Pada hari kedua, saya meramalkan cuaca pada waktu petang adalah panas
dan cerah kerana kemunculan awan Sirostratus dan awan Kumulus. Walaupun awan
Sirostratus merupakan tanda bahawa mungkin akan teradi hujan pada hari
berikutnya, pada waktu tengahari awan Kumulus terjadi. Kemunculan awan Kumulus

menggambarkan keadaan cuaca yang cerah, baik dan tidak mungkin berlaku hujan
dalam tempoh yang lama. Seperti yang diramalkan, cuaca pada waktu petang hari
tersebut adalah cerah dan panas.
Pada hari ketiga, saya meramalkan hujan gerimis akan berlaku pada waktu
petang kerana kemunculan awan Sirokumulus pada waktu pagi dan awan
Stratuskumulus pada waktu tengahari. Awan ini menggambarkan hujan akan berlaku
dalam tempoh yang lama. Namun, cuacanya adalah panas dan cerah pada waktu
petang. Pada waktu malam hari tersebut, barulah berlaku hujan.
Pada hari keempat, awan Altostratus terbentuk. Saya meramalkan hujan
gerimis akan berlaku pada waktu petang kerana awan Altostratus merupakan awan
tanda hujan. Seperti yang diramalkan, hujan pun telah turun pada waktu tengahari.
Berdasarkan hasil pemerhatian, kebanyakan awan yang muncul ketika waktu
pemerhatian saya ialah awan yang menunjukkan cuaca yang cerah dan tidak
membawa hujan. Ini menunjukkan bahawa pada bulan Januari, cuaca di Kuala Lipis
adalah musim panas dan jarang berhujan.
Selain itu, saya telah merujuk kepada Accuweather.com mengenai ramalan
kaji cuaca di Kuala Lipis sepanjang tempoh kajian saya. Saya mendapati bahawa
hampir kesemua ramalan cuaca oleh Accuweather.com adalah tepat dengan cuaca
sebenar pada hari tertentu.
Berdasarkan amali ini, saya telah mengenalpasti kepentingan awan dalam
kehidupan seharian kita. Melalui perubahan bentuk dan jenis awan, manusia dapat
meramal keadaan cuaca sehingga dalam tempoh seminggu akan datang. Manusia
dapat merancang aktiviti kehidupan seharian agar faktor cuaca tidak menjadi
penghalang untuk meneruskan aktiviti. Selain itu, ramalan cuaca juga penting untuk
sektor

pengangkutan

seperti

sektor

penerbangan

dan

perkapalan

supaya

keselamatan terjamin.
Kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan:
Semasa menjalankan amali ini, saya telah memilih satu kawasan yang
lapang sebagai tempat kajian saya. Hal ini demikian kerana kawasan yang lapang
akan memudahkan saya mengambil gambar awan dan menentukan jenis serta
bentuk awan. Selain itu, kekuatan kaedah amali ini ialah saya telah memastikan
gambar awan diambil tepat pada masanya setiap hari di lokasi yang sama. Hal ini
adalah untuk menjamin ketepatan keputusan pemerhatian sepanjang tempoh amali
dijalankan.

Kelemahan yang terdapat dalam amali ini ialah saya hanya menggunakan
satu kaedah iaitu memerhati bentuk dan jenis awan untuk mengkaji dan meramal
cuaca di Kuala Lipus. Kaedah ini adalah tidak begitu tepat. Bentuk awan yang
berbeza dan kekurangan maklumat mengenai awan menyebabkan kesukaran untuk
menentukan jenis awan dan secara langsungnya sukar untuk meramal cuaca
dengan tepat. Di samping itu, kelemahan kedua ialah masalah kabus yang timbul
pada waktu pagi. Suhu rendah waktu pagi menimbulkan kabus dan mengurangkan
visibiliti. Kabus itu mempengaruhi ketepatan pemerhatian dan juga kejelasan gambar
awan yang diambil. Dengan itu, ketepatan ramalan cuaca telah dipengaruhi.
Untuk

mendapat

keputusan

pemerhatian

yang

lebih

tepat,

saya

mencadangkan faktor-faktor lain seperti faktor kelajuan angin, faktor tekanan udara
dan sebagainya juga perlu diambil kira semasa menjalankan amali. Hal ini demikian
kerana faktor-faktor tersebut penting dalam ramalan cuaca. Anemometer digunakan
untuk mengukur kelajuan dan tekanan angin manakala barometer digunakan untuk
mengukur tekanan udara. Dengan itu, ramalan cuaca akan menjadi lebih tepat.
Selain itu, saya mencadangkan untuk menggunakan kaedah manual yang ringkas
seperti tolok hujan, perakam sinaran matahari dan sebagainya untuk meramal cuaca
selain daripada membuat pemerhatian terhadap awan. Dengan itu, pembelajaran
menjadi lebih menarik dan boleh mendalami ilmu ramalan kaji cuaca.
Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca persekitaran.
Pembentukan awan dan pengenalpastian jenis awan merupakan salah satu faktor
utama yang diambil kira untuk membuat ramalan cuaca.

You might also like