You are on page 1of 2

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Badan cergas, otak cerdas. Aforisme tersebut dengan jelas


menggambarkan kepentingan amalan gaya hidup sihat kepada manusia.
Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas
dan bertenaga. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan.
Mengikut kajian yang dilakukan seseorang itu akan dapat mengekalkan
kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui amalan hidup
yang sihat. . Amalan ini akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras
dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Terdapat
pelbagai amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap
individu. Lantaran itu, persoalan yang perlu dirungkaikan apakah amalanamalannya?
Salah satu amalan signifikan yang perlu diamalkan ialah amalan
pemakanan seimbang. Tak tumbuh tak melata! Hal ini disebabkan tubuh orang
yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan
vitamin yang diperlukan. Sebagai uswahnya, seseorang itu perlu banyak
mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol
yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung
koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan
kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Sudah terang
lagikan bersuluh, kehidupan yang bahagia tanpa penyakit dapat dicapai melalui
amalan pemakanan yang sihat dan simbang.
Sementelahan, amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan
atau beriadah. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan
akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan
darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Biar kita ambil contoh yang dekat
dengan kita, seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola
sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang pada waktu lapang demi
memperoleh kehidupan yang sihat. . Jika badan seseorang itu sihat dan cergas,
sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana minda yang cerdas
datangnya daripada fizikal yang cergas. Selain itu, badan yang cergas dan
sihat kan menjadikan seseorang itu lebih aktif ketika melakukan sesuatu aktiviti.
Aktiviti yang dianggap serampang dua mata ini perlu dijadikan amalan hidup kita
seharian. Jelaslah bahawa bersukan dan beriadah mendatangkan banyak
maslahat kepada fizikal dan minda kita.
Amalan terakhir yang tidak dapat diketepikan sama sekali ialah seseorang
itu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Mengapakah amalan
ini perlu diraktikkan? Hal ini kerana amalan tersebut akan memastikan anggota
dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan
pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya,
contohnya penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat
dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan.
Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini
demikian kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit
lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah. Justifikasinya, masa dan
wang ringgit dapat dijimatkan melalui amalan tersebut.
Secara tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seyogianya perlu dijadikan
budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Dengan itu, semua pihak termasuk
Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk
merealisasikan kehidupan yang sejahtera. Sekiranya langkah tersebut tidak
diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas
tidak akan menjadi realiti. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang cergas

dan cerdas tidak akan menjadi fatamorgana jika semua pihak saling berpegang
pada prinsip yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kalau bukan
kita siapa lagi!

You might also like