You are on page 1of 3

AMALAN TERBAIK MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI).

Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas urusan atau alasan seperti:


1. Mesyuarat/hadiri taklimat.
2. Berkursus.
3. Menghadiri majlis rasmi.
4. Jemputan ceramah (Guru Cemerlang).
5. Mengiringi murid dalam pertandingan koakademik, sukan dan permainan.
6. Sikap guru yang kurang sense of urgency untuk hadir ke kelas tepat masanya.
7. Sikap murid yang tidak minat belajar.
8. Guru cuti sakit atau kecemasan.
9. Guru cuti bersalin.
10. Rawatan penyakit kronik guru.
11. Guru mengiringi murid dalam lawatan sambil belajar.

Amalan terbaik yang dilaksanakan :


1. Sebagai pemimpin sekolah, Guru Besar perlu menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan yang
menekankan amanah merupakan salah satu daripada sifat atau akhlak yang mulia. Oleh itu tugas
atau pekerjaan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap orang, lebih-lebih lagi tugas atau
pekerjaan yang dibayar upah daripadanya adalah salah satu daripada amanah yang wajib
dilaksanakan. Melaksanakan tugas atau tanggungjawab itu pula hendaklah dengan penuh sifat
amanah seperti Firman Allah swt: Tafsirnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah
kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanahamanah kamu,sedang kamu mengetahui (salahnya). (Surah al-Anfal :27). Guru-guru mesti
memastikan jumlah waktu pengajaran yang telah diamanahkan peruntukan masa untuk mengajar
mestilah mencukupi bagi setiap mata pelajaran yang diajar bagi setiap minggu. Perlu diingatkan
sebagai seorang Islam, kecukupan masa mengajar yang merupakan amanah seorang guru akan
disoal apabila di akhirat nanti.
2. Guru-guru hendaklah seboleh-bolehnya membuat tukar ganti atau jual beli masa pengajaran
dengan guru-guru lain yang mengajar kelas yang sama sebelum menghadiri urusan tersebut.
Sebuah papan kenyataan disediakan di bilik guru untuk guru-guru membuat urusan tukar ganti

atau jual beli kelas dan memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran apabila urusan tukar
ganti atau jual beli selesai.
3. PK Pentadbiran menetapkan guru ganti bagi guru yang tidak hadir atau tidak dapat
melaksanakan PdP disebabkan sesuatu urusan. Slip guru ganti akan diedarkan kepada guru-guru
ganti. Ketetapan guru ganti adalah berdasarkan kekosongan jadual mengajar mereka.
4. Guru yang akan berkursus boleh meninggalkan latihan atau kerja murid dengan menulis tarikh
dan masa latihan perlu diedarkan kepada PK Pentadbiran. Guru guru ganti akan memastikan
murid membuat latihan pada masa/waktu mata pelajaran sepatutnya berlaku. Dengan ini, masa
instruksional untuk mata pelajaran tersebut dilindungi.
5. Bagi guru yang kurang sense of urgency untuk hadir ke kelas tepat masanya, Guru Besar boleh
mengamalkan pemantauan Learning Walk yang melibatkan:
- lawatan ringkas Guru Besar ( tanpa menetapkan masa lawatan) ke bilik darjah semasa
-

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan


Guru Besar berada dalam bilik darjah dengan memfokuskan kepada kurikulum

operasi selama 5 10 minit.


data dikumpul daripada proses P&P dengan membuat catatan dalam borang

pemantauan (rujuk Lampiran 3).


guru dan Guru Besar membuat muhasabah (reflect) proses pengajaran.
dalam perjumpaan guru, Guru Besar berkongsi amalan pengajaran yang baik dan
menegur kebiasaan yang ditemui semasa lawatan.

6. Program Teach To Teach. Strategi pelaksanaannya ialah;


- Guru yang menghadapi masalah pengajaran atau masalah murid tidak memberi
-

tumpuan semasa P&P berjumpa Guru Besar untuk berbincang.


Menetapkan tarikh, hari, masa, topik yang hendak diajar dan memberi bahan

pengajaran (jika ada) yang perlu kepada Guru Besar.


Guru Besar melaksanakan pengajaran seperti dirancang oleh guru.
Guru Besar memberi maklum balas kepada guru berkaitan pengajaran guru yang

perlu dibaiki dan petua menarik minat pembelajaran murid.


Guru Besar berkongsi amalan pengajaran yang baik dan menegur kebiasaan yang
ditemui semasa pengajarannya dalam kelas yang bermasalah tadi.

7. Bagi guru yang cuti bersalin pula, usaha-usaha mendapatkan guru ganti akan dilakukan dengan
lebih awal. Guru Besar seharusnya memastikan enam bulan sebelum guru bercuti, guru telah
merancang dan membuat kelas-kelas bagi menyelesaikan tajuk-tajuk mengikut Rancangan

Pengajaran Tahunan yang ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian untuk tajuk-tajuk yang perlu
diselesaikan ini juga perlu dibuat pada muka surat khas supaya mudah dipantau oleh Guru Besar.
Kelas tambahan yang diadakan hendaklah dibuat selepas masa persekolahan, masa cuti
persekolahan atau masa-masa lain yang sesuai tetapi tidak menggangu masa P&P rasmi.
Cadangan ini adalah untuk memastikan masa instruksional dilindungi jika sekolah tidak
mendapat guru ganti pada masa guru cuti bersalin nanti.
8. Jika ada guru yang perlu mendapat rawatan penyakit kronik secara berjadual, dan perlu
meninggalkan sekolah pada waktu persekolahan, jadual mengajar guru berkenaan hendaklah
diawalkan pada hari beliau mendapatkan rawatan itu. Manakala pada hari yang tidak ada
rawatan, jadual guru berkenaan seharusnya dimaksimumkan sewajar yang mungkin.

Sekian.
Oleh : Cikgu Izham

You might also like