You are on page 1of 5

Amali 6

Tujuan

: Untuk menentukan nilai pemalar Avogadro melalui proses elektrolisis.

Teori

: Hukum Elektrolisis Faraday - jisim bahan yang termendak pada


elektrod berkorelasidengan kuantiti elektrik Q (arus masa) yang lalu
menerusi larutan, dan dengan jisim molar bahan berkenaan.
Manakala nilai pemalar Avogadro merupakan satu hukum dimana gasgas dengan isi padu yang sama, pada suhu dan tekanan yang sama,
mempunyai bilangan zarah atau molekul yang sama. Bilangan molekul
yang ada pada isi padu gas yang tertentu adalah bebas daripada saiz
ataupun jisim molekul gas tersebut. Nilai teori bagi pemalar Avogadro
merupakan 6.02 1023

Bahan

: 1 mol dm-3 larutan kuprum(II) sulfat dan dua kepingan kuprum

Radas

: Bateri, bikar 250 cm3 , wayar penyambung dengan klip buaya,


ammeter,suis, dan jam randik.

Gambar rajah

Rajah 1: Elektrolisis untuk menentukan nilai pemalar Avogadro

Prosedur

1. Dua kepingan kuprum dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir.


Kemudian, kepingan kuprum tersebut ditimbang.
2. Bikar diisi dengan 1 mol dm -3 larutan kuprum (II) sulfat sehingga memenuhi
separuh penuh.
3. Rajah disediakan seperti dalam gambar rajah 1. Kemudian,suis dihidupkan
dan jam randik dimulakan.
4. Rheostat dilaras untuk membenarkan jumlah arus yang kecil mengalir.
5. Bacaan ammeter direkod.
6. Suis elektrik dimatikan selepas 30 minit.
7. Sebarang perubahan pada terminal anod dan katod telah diperhatikan serta
direkodkan.
8. Kepingan kuprum dibersihkan dan dikeringkan dengan menggunakan
propanon. Kemudian, berat kepingan tersebut ditimbang.

Keputusan :
Kepingan

Sambungan

kuprum

pada
terminal

Berat kepingan kuprum (g)

pada
Ammeter

Sebelum

Selepas

Perubaha

30 minit

30 minit

(A)
0.1

A (anod)

Negatif

0.70

0.50

-0.20

B (katod)

Positif

0.70

0.89

+0.19

Perbincangan Soalan :

Bacaan

1.

Secara teori, pertambahan jisim dalam satu elektrod kuprum sepatutnya


sama dengan pengurangan jisim pada satu lagi elektrod. Jelaskan
mengapa terdapat sedikit perubahan kecil bagi kedua-dua nilai ini di dalam
eksperimen yang telah dijalankan.
Kepingan kuprum A telah berkurang sebanyak 0.2 g manakala kepingan kuprum
B telah meningkat sebanyak 0.19 g. Perbezaan perubahan nilai bagi kedua-dua
kepingan ini berlaku mungkin disebabkan oleh ralat ketika timbangan buat kali
kedua dilakukan. Selain itu, perbezaan nilai kedua-dua kepingan ini

berlaku

mungkin disebabkan kepingan kuprum tidak dikeringkan secara sempurna di


mana beratnya adalah kurang 0.01 g berbanding kuprum di anod.

2.

Tuliskan persamaan tindak balas yang seimbang untuk tindak balas


yang berlaku di anod dan katod.

3.

Terminal

Persamaan

Anod

2H2O (ce) O2 (g) + 4H (ak) + 4e-

Katod

Cu2+ (ak) + 2e- Cu (p)

Nyatakan dan terangkan dua cara untuk meningkatkan kejituan


keputusan yang diperoleh.
Bagi meningkatkan kejituan keputusan eksperimen ini, kita perlu memastikan
bahawa perubahan kedua-dua jisim kepingan kuprum pada anod dan katod
adalah sama. Oleh itu,
Hal ini dapat dilaksanakan sekiranya kepingan kuprum yang berfungsi sebagai
katod dijadikan anod untuk sementara waktu.

Cara untuk meningkatkan kejituan keputusan adalah dengan membersihkan


kepingan kuprum dengan menggunakan kertas pasir sehingga ia benar-benar
bersih sebelum ia ditimbang Hal ini bagi mengelakkan lapisan oksida pada
kepingan tersebut mengganggu hasil tindakbalas yang akan berlaku. Ianya juga
bertujuan untuk mengelakkan kesilapan ketika membaca nilai jisim kuprum
tersebut. Selain itu, pastikan bekalan kuasa disetkan tepat pada masa iaitu
sehingga 30 minit sahaja. Hal ini kerana, nilai pemalar Avogadro akan bertambah
sekiranya bekalan kuasa dibekalkan melebihi 30 minit. Ia berlaku akibat lebih
banyak zarah Cu yang dipindahkan melalui elektrolit dari anod ke katod. Akhir
sekali, pastikan elektrod kering sepenuhnya selepas menggunakan propanon
sebelum ia ditimbang. Sekiranya elektrod tidak dibiarkan kering sepenuhnya,
ianya bakal mengakibatkan kesalahan ketika bacaan jisim buat kali kedua
diambil. Ianya juga menyebabkan ralat pada nilai Avogadro.

4. Selain menentukan nilai pemalar Avogadro, nyatakan dan jelaskan


dua kegunaan lain proses elektrolisis dalam industri.
Kegunaan lain elektrolisis termasuklah proses menyalut kepingan logam dengan
logam yang lain melalui elektrolisis yang juga dikenali sebagai pengelektrosaduran.
Tujuan pengelektrosaduran ialah untuk melindungi logam tersadur daripada kakisan
yang cepat dan menjadikannya lebih cantik. Dalam sel elektrolisis bagi
pengelektrosaduran katod ialah bahan yang ingin disadur, anod ialah logam saduran
dan elektrolit ialah larutan garam yang mengandungi ion-ion logam saduran.
Seterusnya, elektrolis juga digunakan untuk mengesktrak logam. Sebagai contoh,
aluminium diekstrak daripada bijih bauksit iaitu aluminium oksida. Tindakbalas yang
berlaku pada setiap terminal juga boleh dilihat dalam jadual persamaan di bawah.

Katod

Persamaan

Pemerhatian

Al3+ (ak) + 3e- Al (ce)

Leburan
terbentuk

aluminium
dan

termendap di dasar sel


elektrolisis

2 O2 (ak) O2 (g) + 4 e

Anod

Gas oksigen terbebas

Persamaan penuh : 4Al3+ (ak)+ 6O2 (ak) 4 Al (ce) + 3O2 (g)

Kesimpulan :
Nilai

pemalar

Avogadro

boleh

diperoleh

melalui

proses

elektrolisis.

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dengan nilai sebenar pemalar


Avogadro disebabkan oleh ralat-ralat semasa menjalakankan eksperimen.

You might also like