You are on page 1of 11

Amalan semasa anak menghadapi peperiksaan

1.Syahadah 3 x

2.fatihah 10x

3.Surah 3 qul

4.Surah Insyirah 1 x

5.Surah Yasin 1 x
Ibu juga boleh bekalkan air minuman anak dengan dibaca :
1 ::Al-Fatihah (7 kali)
2 :: Selawat (7 kali)
3 ::Subhanallah (44 kali)
4 ::Alhamdulillah (44 kali)
5 :: Allahhu Akbar (44 kali)
6 :: YaHayyu Ya Qayyum (21 kali)
7 :: dan kemudian teruskan dengan bacaan doa ini :
- Ya Allah, YaHayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. Ya
Allah, permudahkanlah anakku (nama anak) di dalam urusannya menimba ilmu di atas
seruan dan perintah-Mu Tenangkanlah hatinya untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah
jiwanya untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah dirinya dengan rahmat-Mu Amin Ya
Rabbal Alamin Sama-sama kita berdoa semoga anak-anak kita berjaya di dalam
peperiksaan dan menjadi aset yang berharga samada di dunia mahupun di akhirat. Moga
amalan oleh ibubapa semasa anak di dalam dewan peperiksaan ini ataupun peperiksaanpeperiksaan lain akan memberi kejayaan yang didambakan. Ia juga akan dapat memberi
ketenangan kepada anak yang sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan dan juga
kepada ibubapa yang menunggu di luar. Segala hasilnya nanti kita serahkan kepada Allah
jua. Moga Allah jayakan semua anak-anak yang sedang meduduki peperiksaan. Aamiin.
Antara sebaik-baik doa ialah mendoakan orang lain di mana orang itu tidak mengetahuinya.

Jadi, dlm doa kita utk anak, doakan juga kejayaan anak kawan2 kita yang juga mengambil
peperiksaan. Jazakumullah Khairan Katsiran
Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan
kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang
terbaik.
1. Berpuasa sunat pada hari anak-anak menduduki peperiksaan.

Antara doa yang paling dimakbulkan oleh Allah ialah doa ibubapa. Doa orang yang
berpuasa juga amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Jadi jika ibubapa yang berpuasa
dan mendoakan kejayaan untuk anak-anaknya pastilah lebih makbul.
2. Lakukan solat taubat dan solat hajat.
Lakukan solat sunat taubat dan solat hajat memohon agar anak tenang serta dapat
jawab semua soalan peperiksaan dengan cemerlang.
Allah amat suka hambaNya yang seringkali bertaubat. Jadi pastinya doa yang tulus
ikhlas daripada orang yang bertaubat akan mudah diperkenankan Allah.
3. Baca Quran dan hadiahkan pahala kepada anak.
Baca Quran dan pahalanya diniatkan untuk dihadiahkan kepada anak-anak yang
sedang menduduki peperiksaan agar terang hati dan tenang fikiran.
4. Lakukan solat Dhuha
Lakukan solat dhuha di pejabat, di rumah ataupun di surau sekolah sewaktu
menunggu anak-anak yang sedang berjuang di dewan peperiksaan. Doalah untuk
kejayaan anak di dalam solat dan selesai solat.
5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim dan hadiahkan pahala untuk anak.
Semoga amalan ini akan memudahkan doa ibubapa untuk kejayaan anak-anak
dalam peperiksaan akan mudah termakbul. Ini adalah kerana amalan sedeqah amat
disukai Allah. Orang yang menerima sedeqah ini juga mungkin akan mendoakan
kejayaan dan kesejahteraan pemberi sedeqah.
6. Berterusan berzikir dan berdoa.
Samada anda berada di pejabat, di rumah ataupun di sekolah menunggu anak-anak
yang sedang berada di dewan peperiksaan, jangan putus-putus berzikir dan berdoa
kepada Allah untuk kejayaan anak-anak di dewan peperiksaan.
Allah akan mengingati kepada hambaNya yang mengingati lebih daripada
hambaNya mengingatiNya. Moga amalan berzikir dan berdoa dengan berterusan ini
akan memudahkan Allah memakbulkan doa kita supaya anak-anak berjaya dalam
peperiksaan.
7. Hantar gelombang positif kepada anak.

Ini adalah law of attraction dan law of vibration. Kita yakin dan bayangkan yang
positif. Bayangkan wajah anak dan yakin dia dapat jawab semua soalan dengan
tepat. InsyaAllah mereka berjaya di dewan peperiksaan.
Hadith Qudsi, Allah berfirman:
Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika
ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam DiriKu. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang
lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat
kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat
kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang
kepadanya berlari-lari.
(HR. Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)
8. Benar-benar bertawakkal kepada Allah dan redha dengan segala
ketentuanNya.
Setelah segala usaha kita dan anak kita buat sepanjang tahun sebagai usaha untuk
menghadapi peperiksaan ini, inilah masanya kita bertawakkal kepada Allah yang
maha mengetahui.

selain inginkan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan, kejayaan mereka


menjadi anak yang soleh dan solehah juga sesuatu yang ibubapa dambakan

Moga amalan oleh ibubapa semasa anak di dalam dewan peperiksaan ini ataupun
peperiksaan-peperiksaan lain akan memberi kejayaan yang didambakan. Ia juga
akan dapat memberi ketenangan kepada anak yang sedang berjuang di dalam
dewan peperiksaan dan juga kepada ibubapa yang menunggu di luar.
Segala hasilnya nanti kita serahkan kepada Allah jua. Moga Allah jayakan semua
anak-anak yang sedang meduduki peperiksaan. Aameen,
Nota:

1. Memilih kawan yang sesuai


Di saat ini sangatlah kritikal untuk memiliki kawan yang sesuai dengan
persediaan kita menduduki peperiksaan. Kawan yang sesuai adalah kawan yang
memahami bahawa kita dalam persediaan menghadapi peperiksaan, maka dia
tidak membawa kita kepada kelalaian, membuang masa dan tidak juga mengusik
hati kita. Kawan yang baik juga akan membantu kita memberikan keadaan yang
selesa dalam pembelajaran dan membantu bila perlu.
2. Mengutamakan nota pendek
Telah kita belajar sekian lama maka tidak punya masa lagi untuk mengulangkaji
dengan membaca seluruh buku teks tetapi nota-nota ringkas adalah bantuan
terakhir bagi mengingat kembali segala apa yang kita pelajari. Peta minda mudah
membantu dalam mengulangkaji ini.
3. Masa untuk meluahkan apa dipelajari.
Ada kalanya kita memahami apa kita pelajari tetapi sukar untuk
menyampaikannya kembali dalam bentuk jawapan. Maka dsyorkan bahawa di
saat akhir ini adalah penting untuk kita berlatih bercerita dan menulis kembali apa
yang kita fahami dan pelari. Cara lain adalah dengan menjawap soalan-soalan
tahun-tahun lepas dan soalan contoh agar kita terbiasa dengan mengeluarkan
segala ingatan dan fahaman kita. Ingatlah peperiksaan adalah medan untuk
meluahkan segala apa kita pelajari.
4. Menjaga Hubungan Dengan Manusia dan Alam
Menjauhkan diri dari melalukan kezaliman terhadap orang lain, haiwan dan alam.
Jadilah manusia yang baik mulai dari hari ini. Semoga dengan kebaikan kita
lakukan, maka kebaikan juga kita perolehi. Termasuklah kita tidak mencela orang
lain terutamanya para guru kita. Hubungan dengan ibu bapa teramat penting
untuk dijaga. Perbaikilah hubungan kita sesama manusia dan alam agar kita

memperoleh keyakinan yang terbaik kerana manusia yang memiliki rasa salah
pada orang lain dan manusia yang tidak disukai oleh orang lain adalah manusia
yang sering memiliki keyakinan yang lemah dan low-esteem.
5. Rehat yang Mencukupi
Ada para pelajar yang sangat berusaha hingga ke saat-saat terakhir tanpa
menghiraukan kesihatannya. Otak memerlukan tenaga yang cukup untuk berfikir
dan mengingati segala memori. Maka, wajar untuk tidak terlalu membebankan
badan di hari-hari menghampiri peperiksaan. Dapatkah tidur dan rehat yang
cukup. Jika bersedia, hanya ambil satu atau dua jam sahaja pada malam
peperiksaan untuk menelaah kembali dan terus rehat. Berehat tidak bermaksud
berhibur. Rehat yang cukup juga tidak bererti mengambil pil-pil untuk berjaga dan
memberi tenaga. Ini sangat tidak digalakan kerana pil-pil seumpama ini boleh
melemahkan keupayaan minda.
6. Mengelak Kecelakaan dan Menjaga Kesihatan
Elak mengambil masa di luar rumah atau di jalanan terlalu lama. Ini dapat
mengurangkan risiko mendapat kecelakaan. Berdoa agar Allah memberi
kebaikan pada kamu. Makanlah dengan makanan yang seimbang dan sihat.
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah amat penting bagi memberi vitamin yang
cukup ke otak. Kismis dan madu adalah amalan kesihatan yang baik. Jika
kesihatan terganggu, jangan membuang masa dan terus berjumpa doktor untuk
mendapatkan rawatan.
7. Memohon Guru Halalkan Ilmu
Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan ilmu yang dihalalkan oleh para
guru. Jangan lupa kita juga punya guru iaitu kawan-kawan yang mengajar kita.
Mohonlah mereka halalkan ilmu yang mereka ajari kita. Semoga dengan cara ini,
kita peroleh doa dari mereka dan keyakinan kita bertambah.
8. Doa & Qiamulail
Jangan tunggu sekolah untuk menganjurkan malam qiamulail dan majlis bacaan
yaasin untuk mula berdoa. Malah seharusnya kita sebagai pelajar harus selalu
bijak untuk mengatur jadual dan pilihlah malam yang sesuai untuk qiamulail dan
berdoa hajat pada Allah. Jangan jemu berdoa kerana Allah sangat gemar
hambanya yang berdoa padaNya. Bertaubatlah dengan segala kesalahan yang
kita lakukan. InsyaAllah dengan pembersihan jiwa sebegini, kita menjadi seorang
yang lebih berkeyakinan.
9. Sedekah
Keluarkanlah sekadar termampu sedekah. Jadikanlah ini amalan dan rancanglah
kewangan kamu. Meskipun kamu masih bergantung pada wang pemberian ayah
dan ibu, tidak bermaksud kamu tidak boleh bersedekah. Mungkin hanya sebiji
gula-gula atau seteguk air, itu sudah mencukupi sekadar sedekah yang

termampu terutamanya pada hari peperiksaan. Ini kerana Allah memberi


kebaikan kepada mereka yang bersedekah. Semoga salah satu kebaikan itu
adalah kemudahan dalam menjawap soalan dan memperoleh kejayaan.
10. Restu Ayah dan Ibu
Terakhir dan terpenting adalah mendapatkan restu ayah dan ibu. Jangan
melangkah ke dewan peperiksaan tanpa restu ayah dan ibu. Salam dan ciumlah
tangan mereka setiap hari ke dewan peperiksaan. Bagi mereka yang berjauhan,
telefonlah kepada ayah dan ibu sebelum hari peperiksaan. Ucapkanlah pada
ayah dan ibu doakan saya, restukan saya.
Insya-Allah, sama-sama kita doakan kita berjaya dalam peperiksaan dan menjadi
umat yang berilmu serta beramal dengan ilmu yang bermanfaat. Semoga
pesanan ini bermanfaat.
1. Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh Anak
Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang. Mungkin
ada diantara mereka tidak begitu menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat dari
segi perubahan sikap dan tingkah laku mereka. Ada anak-anak yang rungsing lalu tidak
berselera makan tetapi ada pula yang menjadi terlalu kuat makan. Ada yang tidak boleh
tidur tetapi ada pula yang semakin kuat tidurnya. Ada yang murung, marah-marah,
sensitif dan sebagainya. Sememangnya perasaan bimbang boleh menyebabkan
berlakunya perubahan sikap dan tingkah laku ini. Sebagai ibu bapa, kita mesti peka
terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan tersebut dengan
lebih memahami mereka. Katakan kepada mereka dengan jelas bahawa apa yang kita
harapkan dari mereka hanyalah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri
mereka. Jelaskan kepada mereka kecemerlangan akademik bukan hanya satu-satunya
syarat untuk mereka hidup cemerlang di dunia Allah ini.
Apabila tinggal beberapa hari lagi untuk menghadapi peperiksaan, elakkan dari
menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang mereka tidak ketahui
penyelesaiannya kerana ini akan membuatkan mereka rasa tidak bersedia. Keyakinan
diri mereka akan tergugat dan ini akan menjejaskan prestasi mereka dalam menjawab
soalan-soalan yang mereka sedia ketahui.
Adalah lebih baik ibu bapa diam tanpa memberikan sebarang komen apabila didapati
perasaan anak terlalu tertekan hingga ada ketikanya dia memberontak lalu meluahkan
perasaan dengan mengatakan yang dia pasti gagal. Perhatikan sahaja gelagat anak
sebab biasanya luahan perasaan itu bukanlah luahan yang sebenar. Selepas itu, ajak
anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah. Misalnya,
adakan masa untuk menonton cerita jenaka seketika. Berhibur dan bergelak ketawalah
sekeluarga. Ini akan membuatkan perasaan tegang dalam diri anak mengendur dan dia
kini bersedia untuk kembali belajar semula. Ketika ini, tanamkan keyakinan dalam diri
mereka semula. Rancang bersama jadual ulangkaji mereka dan cuba mudah-mudahkan
setiap langkah yang mahu diambil.
2. Tingkatkan Keyakinan Diri Anak

Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak. Ada diantara
mereka yang memang telah membuat ulangkaji sejak awal lagi tetapi tetap rasa tidak
yakin pada diri sendiri. Sebagai ibu bapa kita perlu tahu bahawa keyakinan itu
datangnya dari persediaan. Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlah
mereka. Persediaan ini pula bukan sekadar membaca, menghafal dan menyediakan nota
semata-mata. Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) dan
mengeluarkan (output) maklumat.
Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal,
bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan. Proses mengeluarkan
maklumat pula ialah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan
simulasi dengan menggunakan segala pengetahuan yang telah diperolehi dalam proses
mendapat maklumat itu tadi. Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar
mendapat pengalaman. Lebihkan proses latih tubi untuk mana-mana topik yang agak
lemah atau bentuk soalan yang kurang dikuasai. Seterusnya, perhebatkan simulasi iaitu
menjawab soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan ramalan mengikut masa yang
telah ditetapkan. Lakukan proses simulasi ini seolah-olah dia benar-benar berada dalam
dewan peperiksaan yang sebenar.
3. Dorong Anak Secara Positif
Ibu bapa hendaklah sering memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan katakata yang positif. Apakah kata-kata positif? Kata-kata positif adalah kata-kata yang
apabila diucapkan akan menghasilkan gambaran minda yang juga positif.
Misalnya:
bukan "Jangan buang masa" .... tapi ucapkanlah "Manfaatkan masa",
bukan "Jangan berputus asa"... tapi ucapkanlah "Berusahalah dengan lebih gigih lagi"
atau "Mak percaya adik pasti BOLEH!",
bukan "Jangan kelam kabut".. tapi ucapkanlah "Banyakkanlah bertenang",
bukan "Elakkan kecuaian".. tapi ucapkanlah "Tingkatkan ketelitian dan lebih berhatihati",
Malah banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan.
4. Kerjasama Sepenuhnya
Apabila seorang anak bakal menduduki peperiksaan penting maka keseluruhan ahli
keluarga yang ada dalam rumah hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya.
Antaranya, hormati waktu ulangkaji anak itu dengan setiap ahli keluarga menjadikan
waktu itu sebagai waktu belajar. Misalnya ibu bapa boleh manfaatkan waktu itu untuk
membaca bahan-bahan yang berfaedah. Adik kecil pula diberikan kertas dan pensil
untuk menconteng. Datuk dan nenek, kalau tinggal dirumah yang sama, gunakanlah
waktu itu untuk membaca al-quran. Begitulah juga dengan yang lain-lain. Pastikan tidak
seorang pun daripada ahli keluarga yang menonton TV, mendengar radio, sembangsembang kosong, bermain-main dan sebagainya sedangkan ada anak yang sedang
bertungkus lumus menghadapi pelajarannya. Dengan cara ini anak akan dapat rasakan
bahawa perjuangannya dihargai.

5. Kurangkan Aktiviti Luar


Elakkanlah dari terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti diluar seperti keluar
membeli belah, makan di luar, balik kampung, menziarahi saudara mara dan
sebagainya. Ingatlah setiap minit itu amat berharga untuk anak oleh itu pastikanlah
setiap aktiviti yang dirancang menyumbang kepada persediaannya untuk menghadapi
peperiksaan sama ada persediaan mental, emosi, fizikal atau rohani anak-anak.
Tambahan pula, kekerapan berada di luar rumah hanya mendedahkan mereka terhadap
perkara yang tidak diingini sama ada dari segi kesihatan atau keselamatan.
6. Elakkan Anak Dari Tidur Lewat
Ada yang suka belajar hingga lewat malam untuk menghabiskan ulangkaji mereka.
Jangan biarkan keadaan sebegini berlarutan. Pastikan anak anda masuk tidur awal dan
bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulangkaji diwaktu awal pagi walaupun
hanya untuk dua puluh atau tiga puluh minit. Diwaktu ini fikiran mereka tenang, emosi
belum terganggu dan suasana pula nyaman. Banyak maklumat yang dibaca ketika ini
akan diingat untuk tempoh masa yang lebih lama.
7. Berikan Anak Pelepasan Tugas Harian
Berikanlah anak anda layanan yang istimewa kerana menjelangnya peperiksaan. Berikan
dia bebas dari melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin hariannya
seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman rumah, mencuci
pakaian dan sebagainya. Agihkan sementara tugas-tugas ini kepada orang lain seperti
kakak, abang, adik atau ibu bapa sendiri. Dengan cara ini anak yang akan menduduki
peperiksaan dapat merasakan bahawa seluruh ahli keluarga memang benar-benar mahu
lihat dia cemerlang. Dia akan rasa bersalah kiranya waktu yang diperuntukkan untuk
belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya sedangkan semua orang telah memberikan
kerjasama. Dia juga akan sentiasa mengharapkan suasana peperiksaan sebegini datang
lagi kerana seronok mendapat pelepasan tugas. Anak-anak yang lain tidak ada sebab
untuk cemburu sebab apabila tiba masa mereka maka mereka juga akan dilayan dengan
cara yang serupa.
8. Nyatakan Ganjaran Dengan Jelas
Jangan biarkan anak anda berteka teki terhadap ganjaran yang bakal dia terima
sekiranya dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Nyatakan
dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya. Kalau ia berbentuk
kebendaan maka nyatakan dengan jelas. Tunjukkan gambar tentang apa yang mahu
anda berikan padanya. Kalau ia suatu percutian, beritahu destinasi yang akan dilawati.
Dapatkan juga risalah tentang destinasi tersebut dan tunjukkan padanya. Ganjaran
yang kabur atau samar-samar tidak akan merangsang jiwa. Misalnya, elakkan dari
berkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPM maka emak akan bawa abang melancong",
sebaliknya hendaklah kita berkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPM emak pasti bawa
abang ke Langkawi, insyaAllah".
Pastikan apa jua ganjaran yang mahu diberikan anda mampu menunaikannya. Kalau
tidak anak akan hilang kepercayaan terhadap kita sebagai ibu bapa dan lain kali janji kita
tidak diambil kisah lagi.

Ganjari juga usahanya bukan sekadar hasil atau pencapaiannya. kalau kita tahu anak
telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tetapi keputusan
peperiksaan tidak seperti yang dimahukan maka berikanlah dia sesuatu sebagai
menghargai penat lelahnya itu.
9. Ambil Cuti
Inilah masanya untuk ibu bapa berikan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada
anak yang bakal menduduki peperiksaan. Ambillah cuti beberapa hari dan usahakan
untuk hantar sendiri anak ke sekolah pada hari peperiksaan tersebut. Sepanjang
perjalanan terus berikan kata-kata perangsang dan nasihat kepadanya. Ingatkan anak
sekali lagi bahawa kita tidak pentingkan apa sekalipun hasil yang dia perolehi, yang
penting dia telah pun memberikan usaha yang terbaik. Apa sahaja keputusannya kita
terima dan bersyukur.
10. Banyakkan Berdoa dan Solat hajat
Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna untuk seorang anak ketika menduduki
peperiksaan selain daripada doa dan restu dari kedua ibu bapanya. Oleh itu, inilah
masanya untuk kita luangkan lebih banyak masa berdoa untuknya agar dipermudahkan
urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati.
Berdoalah dengan suara yang jelas agar didengar oleh anak dan biarlah dia aminkan doa
kita itu. Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat hajat dan berdoa
untuknya. Dengan cara ini mereka akan lebih menghargainya.
Semoga petua keibubapaan yang telah diberikan dapat membantu ibu bapa untuk
menjadi lebih cemerlang. Ingatlah, anak-anak bukan kita maka terimalah mereka
seadanya. Yang penting mereka lakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka
sendiri.

You might also like