You are on page 1of 10

1.

0 LATAR BELAKANG
Artikel ini membicarakan hasil dapatan kajian mengenai beberapa amalan
kepimpinan terbaik untuk sekolah sebagai panduan sebuah organisasi pembelajaran
(learning institution). Sebelum membangun senarai amalan kepimpinan yang terbaik ini,
penulis telah melakukan kaedah kutipan data menggunakan teknik Delphi tiga pusingan.
Teknik Delphi adalah satu tatacara untuk mencari kesepakatan dalam kalangan pakar
dengan menggunakan soal selidik dengan cara tidak bersemuka (Skulmoski et
al.2007)Pusingan

pertama

merupakan

temu

bual

bersama

15

orang

pakar

pendidikan,pusingan kedua dan ketiga menggunakan soal selidik ynag telah dibina dan
ditadbirkan kepada 15 orang pakar yang sama. Kajian ini telah menggunakan kaedah
tematik untuk menganlisis data temua bual, manakala data pusingan kedua dan ketiga
dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian ini telah menemui lima
elemen kepimpinan terbaik dan harus dipraktikan oleh setiap pemimpin di sekolah
khasnya pengetua dan guru besar. Ulasan jurnal ini akan lebih menjurus kepada
perbincangan mengenai elemen-elemen terbaik yang telah terpilih dan bagaimana
implikasi perlaksanaan elemen tersebut di sekolah
2.0 PERBINCANGAN
Sekolah merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan secara
tidak langsung membentuk sebuah organisasi pembelajaran. Dengan erti kata lain,
sekolah haruslah menjadi organisasi pembelajaran yang mana warga sekolah dilatih untuk
mengenal pasti, memperolehi dan berkongsi pengetauhuan dan kemahiran yang
dimilikinya (Pettigrew & Whipp, 2004).Selanjutnya, usaha tersebut dapat membantu
organisasi melahirkan warga yang bersifat toleransi, terbuka untuk perbincangan,
berfikiran terbuka dan mampu berfikir secara holistik dan sistematik.Ini seterusnya
memastikan organisasi berupaya bertindak balas terhadap perubahan persekitan secara
cekap dan berkesan dalam satu tempoh yang panjang. Menurut pelopor konsep organisasi
pembelajaran Senge (1990) di dalam bukunya The Fifth Discipline : The Art and
Practice of Learning Organization terdapat lima disiplin teras dalam konsep organisasi
pembelajaran yang harus dimiliki oleh pemimpin sesebuah organisasi,khasnya sekolah.

Dalam bidang pendidikan, sekolah menjadi wadah bagi menyebarkan ilmu dan
mendidik pelajar menjadi seimbang dari segi jasmani,emosi, rohan dan intelek (JERI).
Untuk membentuk insan seimbang, sesebuah institusi pendidikan khasnya sekolah
seharusnya menmpunyai komuniti atau organisasi pembelajaran yang menyokong dan
mendokong inspirasi mahupun visi sekolah dalam melahirkan ramai murid yang
cemerlang.Organisasi

pembelajaran

akan

memastikan

keberlangsungan

dalam

penerimaan ilmu dalam sesebuah komuniti pembelajaran. Guru anatara faktor penting
dalam membentuk sesebuah organisasi pembelajaran yang berkesan. Seorang guru harus
mengambil langkah yang bijak untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah di samping komunikasi yang berkesan sama ada dikalangan
rakan sejawat mahupun dalam penyampaian ilmu dengan cara yang lebik kreatif dan
kritis. Kajian Retna (2007) mendapati komunikasi berkesan dan perhubungan kerja yang
baik antara guru menyokong guru untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif.
Dalam sesebuah organisasi pembelajaran, setiap komuniti yang terlibat merupakan
pelajar. Ini termasuklah pemimpin, guru dan murid itu sendiri. Jadi bagi memastikan
keberkesanan organisasi pembelajaran di sesebuah sekolah, pemimpin seharusnya
mampu menyediakan iklim persekitaran yang mesra pembelajaran. Menurut Muhd
Suhaimai Taat (2012) iklim sekolah ialah sifat dan suasana yang ada di sekolah dalam
membezakannya dengan sekolah yang lain. Sifat yang ada di sekolah adalah hasil
interaksi guru dan pelajar serta masyarakat yang terdapat di sekolah itu secara
keseluruhannya. Kajian oleh Voulalas dan Sharpe (2005) mendapati bahawa kepimpinan
memainkan peranan paling penting dalam proses transformasi organisasi untuk menjadi
komuniti pembelajaran. Dalam memastikan proses transformasi organisasi menjadi
komuniti pembelajaran, pemimpin haruslah bijak dalam mentadbir dan mengurus guru
agar memahami keperluan sebenar sekolah dari segi visi, misi mahupun matlamat utama
sekolah. Staf ataupun guru harus memahami matlamat visi tersebut bagi membolehkan
mereka melaksnakan misi yang telah ditetapkan bersama-sama oleh warga organisasi
pembelajaran tersebut (Senge,1990). Oleh yang sedemikian, sesorang pemimpin
seharusnya menjadi role model pembelajaran kepada komuniti yang lain. Ringkasnya,

pemimpin beperanan penting dalam mewujudkan iklim pembelajaran melalui tingkah


laku dan amalan yang dimilikinya.
Selain itu, amalan-amalan terbaik yang harus dimiliki oleh seseorang pemimpin di
dalam organisasi pembelajaran juga turut dibincangkan. Senarai ini dibangunkan agar
organisasi sesebuah pembelajaran dapat menggalakkan budaya belajar di kalangan
komunitinya sendiri yang terdiri daripada guru dan kakitangan sekolah mahupun murid
itu sendiri. Metodologi kajian amalan kepimpinan terbaik untuk sekolah sebagai sebuah
organisasi pembelajaran ini telah dibangunkan menggunakan teknik Delphi tiga
pusingan. Teknik Delphi ini melibatkan beberapa pusingan maklum balas. Pusingan
pertama adalah sesi temu bual bersama 15 orang pakar kepimpinan sekolah. Pusingan
kedua, soal selidik yang telah dibina ditadbir kepada 15 orang pakar yang sama untuk
diberi penilaian semula menggunakan skala Likert lima poin. Manakala pusingan ketiga
pula, set soalan telah dimurnikan dengan item yang telah ditambahbaik beserta item baru
yang ditadbirkan kepada semua pakar dengan tujuan untuk merapatkan jurang perbezaan
penilaian antara pakar.
Melalui kaedah Delphi, maka hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat lima
elemen penting yang telah dikenaplasti sebagai amalan kepimpinan pengetua atau guru
besar untuk sekolah organisasi pembelajaran iaitu, menyediakan peluang dan ruang
pembelajaran untuk guru, menjadi model pembelajaran, menggalakkan inovasi,
memberikan penghargaan dan pengiktirafan serta, membangunkan potensi warga sekolah.
Pemimpin organisasi perlu mengenalpasti keperluan dan kehendak guru dalam
pembelajaran mereka. Ini termasuklah memberi peluang untuk guru-guru membangun
kemahiran profesionalisme diri masing-masing. Guru juga seharusnya diberikan raung
dan galakan dalam membangun dan mengenalpasti potensi diri dalam pembelajaran
mereka yang mana trurut dinayatakan oleh (DuFour et al.,2008; Haberman,2004;
Hord,2004) pengetua ataupun guru besar harus menyokong peluang guru untuk
meningkatkan kompetensi diri .Nilai perkongsian ilmu dikalangan guru juga harus
diterapkan oleh pemimpin sekolan organsasi pembelajaran. Ini penting agar, setiap guru
di bawah pentadbiran seseorang guru besar mahupun pengetua tidak ketinggalan dalam

meingkatkan ilmu pengetauhuan seiring dengan perubahan persekitaran seperti mana


yang dikemukana oleh Abdul Ghani (2009) yang menggalakkan agar guru menulis bahan
akademik dan membentangkannya dalam kursus dan seminar.
Pemimpin sebagai model pembelajaran juga merupakan salah satu elemen amalan
kepimpinan terbaik untuk sekolah organisasi pembelajaran.Pemimpin merupakan seorang
individu yang mempunyai kreadibiliti dalam mencetus budaya,contoh disamping menjadi
teladan mahupun sumber rujukan dalam komuniti khasnya guru. Menurut Bandura (1977)
menyatakan bahawa manusia belajar dengan cara memerhatikan langkah orang lain.
Bandura menganggap pemodelan merupakan demonstrasi yang penting tentang peranan
kognitif dalam pembelajaran. Budaya membaca juga merupakan digalakkan oleh
pemimpin organisasi pembelajaran.Amalan membaca amat penting kerana ia dapar
mengekalkan sikap berdaya saing .Artikel ini juga turut menyatakan bahawa pemimpin
harus bersikap terbuka kepada kritikan kerana kritikan membina maklum balas yang baik
untuk membuat refleksi dan melakukan penambaikan Lakomski (2001)
Kajian ini juga turut mengenalpasti elemen pemimpin menggalakkan inovasi sebagai
salah satu amalan terbaik. Dalam menangani ledakan kemajuan teknologi masa kini,
inovasi guru amat penting dalam organisasi pembelajaran. Pemimpin sekolah harus
mengalakkan guru-guru meneroka idea-idea baru bagi meningkatkan lagi mutu
pembelajaran murid-murid di sekolah.Kebebasan melakuakan kajian dan hasil dapatan
harus diberikan agar guru dapat mengaplikasikan penemu-penemuan baru merekeka
dengan jayanya.Ini sekaligus meningkatkan tahap kepercayaan guru terhadap
pemimpin.Apa yang penting pemimpim harus memamantau aktiviti inovasi tersebut agar
tidal lari dari landasan sekolah.Pengiktirafan dan penghargaan juga harus diberikan oleh
pemimpin

di

sekolah

organisasi

pembelajaran

kepada

guru-guru

di

bawah

pentadbirannya.Penghargaan dan pengiktirafan perlu agar penglibatan guru dalam apaapa aktiviti ataupun apa saja sumbangan yang diberikan terasa dihargai oleh pihak
pentadbir. Ini mampu meningkatkan lagi inspirasi guru dalam melaksanakan
pembelajaran berkesan di sekolah.

Elemen amalan terbaik dalam kepimpinan organisasi pembelajaran yang akan


dibincangkan di dalam ulasan ini ialah pemimpin harus membangun potensi warga
sekolah. Pemimpin sekolah seharusnya menjadi tunjang belakang guru-guru untuk
mempunyai kerinduan untuk memajukan diri. Aktiviti seperti coaching dan mentoring,
Latihan Dalam Perkhidmatan adalah contoh-contoh usaha guru dalam meningkatkan
potensi profesionalisme para guru. Menurut Hallinger dan Murphy (1985) menyatakan
dalam fungsi kesembilan kepimpinan pembelajaran adalah menggalakkan perkembangan
profesional dengan menggunakan pelbagai cara dalam usaha memajukan pengajaran
dengan memajukan perkembangan profesional guru. Dalam bahagian seterusnya, ulasan
akan lebih tertumpu kepada hasil dapatan kajian iaitu lima amalan kepimpinan terbaik
untuk sekolah organisasi pembelajaran.
3.0 PENDAPAT PENGULAS (KRITIKAN)
Artikel ini keseluruhannya mengupas isu amalan kepimpinan terbaik yang harus
dilaksanakan oleh pemimpin organisasi pembelajaran. Melalui kajian yang telah
dilaksanakan maka dapat disimpulkan di dalam artikel ini terdapat lima elemen penting
yang perlu ada di kalangan pengetua dan guru besar. Elemen-elemen yang telah
dikenalpasti oleh penulis yang mana perlu dimiliki oleh pemimpin adalah seperti (1)
pemimpin menyediakan ruang dan peluang pembelajaran untuk guru, (2) pemimpin
menjadi model pembelajaran, (3) pemimpin mengalakkan inovasi, (4) pemimpin
memberikan penghargaan dan pengiktirafan dan terakhir sekali adalah (5) pemimpin
membangunkan potensi warga sekolah.
Di bahagian ini,ulasan akan lebih tertumpu kepada hasil perolehan maklumat
mengenai elemen-elemen amalan terbaik kepimpinan yang berjaya dikumpulkan dan
dibangun oleh penulis serta tulisan-tulisan penulis-penulis lain yaang menyokong kepada
keperluan elemen-elemen tersebut. Selain itu, metodologi kajian artikel ini juga akan
turut dibicarakan. Ini dengan mengambil kira pendapat-pendapat penyelidik atau penulis
mengenai keberkesanan dan kesahihan teknik yang telah dipilih untuk mendapatkan hasil
kajian penulisan ini.

Menurut penulisartikel ini, Rosnah Ishak dan Muhammad Faizal A.Ghani, seorang
pemimpin seharusnya menyediakan ruang dan peluang pembelajaran untuk guru di
sesebuah organisasi pembelajaran. Seorang pemimpim organisasi perlu mempunyai
inisiatif untuk mengenalpasti keperluan pembelajaran serta kehendak pembelajaran
guru.Ini termasuklah menyediakan latihan yang sesuai dengan keperluan dan
menyediakan bahan rujukan yang dapat memenuhi kehendak pembelajaran guru. Selain
itu, pemimpin perlu bersikap adil dan saksama agar setiap guru dibawah pentadbirannya
memiliki peluang yang sama untuk meningkatkan tahap profesionalisme individu.
Dapatan kajian di dalam artikel ini selaras dengan pandangan Printy(2008) iaitu peranan
penting kepimpinan dalam organisasi pembelajaran adalah untuk menggalakkan guru dan
kakitangan terus meningkatkan ilmu profesional.Justeru, pemimpin perlu merancang dan
menyediakan latihan yang bersesuaian kepada kakitangan (Griegoet al.,2000)
Selain itu, peruntukan masa dan ruang pembelajaran seharusnya diberikan oleh
pemimpin kepada guru sebagai galakan kepada pembelajaran guru.Pemimpin juga perlu
menggalakkan perkongsian ilmu dikalangan guru. Pekara ini turut dinyatakan oleh
Crawford (2004) dan Wood (2007) bahawa guru besar atau pengetua perlu membimbing
guru untuk menganalisis dan meinterpetasi data mengenai pencapaian murid,
menyediakan jadual waktu untuk guru berbincang mengenai pencapaian murid dan
menyediakan masa untuk guru dibimbing mengenai kajian tindakan agar wujudnya suatu
budaya mencintai kajian seterusnya memupuk budaya pembelajaran sepanjang
hayat.Amalan ini seterusnya dapat membentuk komuniti pembelajaran yang berilmu dan
berintelektual.
Menurut kajian ini juga pemimpin merupakan model pembelajaran kepada sesebuah
organisasi pembelajaran. Elemen ini turut menggariskan pemimpin sebagai penggalak
budaya membaca dan merupakan individu yang bersedia menerima kritikan. Pemimpin
seharusnya menjadi teladan dalam berkongsi pengalaman bagi meningkatkan muru
pembelajaran. Menurut (Ellinger & Bostrom, 2002) pemimpin seharusnya memenuhi
tuntutan keperluan organisasi pembelajaran dengan menjadi model pembelajaran. Pekara
ini turut dinyatakan oleh Hord (2009) yang mana guru besar atau pengetua menjadi

contoh kepada guru untuk belajar dan guru menjadi contoh kepada murid untuk belajar.
Ini bermakna, pemimpin di sekolah adalah pengerak utama kepada peningkatan
pencapaian organisasi pembelajaran melalui peranannya sebagai pencetus budaya ilmu
dan sebagai rujukan guru di bawah pentadbirannya. Budaya ilmu termasuklah budaya
membaca yang mana sangat penting bagi memastikan kelestariam organisasi. Ini turut
dinyatakan oleh penulis Edmondson & Moingeon (2000) untuk mengekalkan sikap
berdaya saing dalam sesebuah persekitaran yang sentiasa berubah-ubah atau tidak
menentu, seseorang individu atau sesebuah organisasi perlu memiliki tabiat suka
membaca, ini kerana pengetauhuan dan kemahiran lalu terdedah kepada keusangan.
Manakala menurut Orlikowski (2002), kejayaan masa pada masa depan memerlukan
sikap bertanggungjawab dan pengetauhuan terkini.Maka boleh disimpulkan disini, minat
dalam membaca harus disemai dari peringkata awal lagi oleh pemimpin sesebuah
organisasi bagi memastikan komunitiya tidak ketinggalan dalam menghadapi ledakan
capaian maklumat terkini.Nilai keterbukaan dalam menerima kritikan dari kounuiti
pembelajaran harus ada dalam seserorang pemimpin. Menurut penulis (Garvin,1993;
Slocum, McGill & Lei,1994) pemimpin hendaklah mengalu - alukan maklum balas dalam
kalangan warag organisasi, bersikap terbuka terhadap kritikan dan mengakui kesilapan
diri. Ini bermakna, guru juga berhak bersuara dan menyampaikan pendapat dalam sesuatu
pekara.
Amalan kepimimpin terbaik seterusnya adalah pemimpin sebagai pencetus atau
penggalak inovasi dalam sesebuah organisasi pembelajaran. Guru harus mejadi kreatif
dan kritis dalam mencari jalan terbaik bagi memastikan murid dapat mencapai objektif
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai teknik dan idea baru yang harus diteroka
oleh guru bagi memastikan komuniti sekolah memperoleh input semaksima yang
mungkin.Idea-idea dan teknik-teknik baru yang ditemukan oleh guru-guru ini harus perlu
dijalani melalui proses yang sukar. Oleh yang sedemikian, aktiviti inovasi guru perlu
diiktiraf sebagai galakkan.Ini turut dinyatakan oleh Hallinger dan Murphy (1985),dalam
penulisannya yang menyatakan pemimpin perlu menyediakan ganjaran kepada guru
dengan mencipta iklim kondusif serta struktur kerja yang jelas dan memberi insentif atau
penghargaan lain terhadap prestasi guru. Guru besar atau pengetua hanya bertindak

sebagai pemerhati dan memastikan ada ruang untuk perbincangan untuk memberi
maklum balas mengenai inovasi atau pencapaian guru agar dapat diperbaiki kesilapan
yang ada mahupun melakukan penambahbaikan dalam kajian di masa hadapan.Selari
dengan pekara ini, Rasberry & Mahajan (2008), berpendapat bahawa guru haruslah
sentiasa terbuka dengan kritikan membina, wujudnya dialog refleksi, penilaian kendiri
dan bersama-sama membincangkan masalah mahupuan capaian yang ada untuk tujuan
penambahbaikan dalam organisasi pembelajaran.
Faktor penghargaan dan pengiktirafan juga penting bagi meningkatkan mutu
pencapaian kakitangan sesebuah organisasi pembelajaran. Amalan memberi penghargaan
dan pengiktirafan adalah salah satu elemen penting dalam membina hubungan antara
pemimpin dan orang yang dipimpin dalam organisasi pembelajaran. Sebuah model
kepimpinan dibina Yap (2006) berdasarkan pemerhatian dan pengalaman beliau dalam
memimpin dan mengurus sekolah menunjukkan elemen penghargaan dan pengiktirafan
adalah pendekatan pengurusan dan kepimpinan yang sangat berkesan. Pengiktirafan dan
penghargaan bermaksud tidak kira dalam bentuk hadiah, siji dan imbalan kewangan.
Kajian ini turut disokong oleh Fauziah Mat Yakop dan Mohd Izham Mohd Hamzah
(2011) mendapati amalan kepimpinan yang paling kerap diamalkan di dalam organisasi
pembelajaran adalah meletakkan pengaruh yang ideal, memberikan motivasi dan inspirasi
serta membina intelektual kepada guru. Maka jelaslah disini bahawa penghargaan dan
pengiktirafan

adalah

sangat

penting

bagi

memotivasikan

sesebuah

komuniti

pembelajaran.
Amalan terakhir sekali adalah pemimpin membangunkan potensi warga sekolah.
Seorang pemimpin yang efektif seharusnya dapat mengenalpasti potensi yang ada
dikalangan kakitangan dalam sesebuah organisasi pembelajaran. Pemimpin organisasi
pembelajaran seharusnya sentiasa menyokong dan mendorong warga sekolah dalam
memajukan diri. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin mengadakan kolaborasi
bersama kaktiangan organisasinya dalam memperkembangkan potensi serta kompetensi
dikalangan guru seterusnya mencapai matlamat dan objektif yang telah dipersetujui
bersama. Penulis menyatakan dalam kajian Philips (2003) bahawa pembangunan modal

intelek adalah salah satu elemen penting dalam organisasi pembelajaran. Bagi
membangun modal intelek, kolaborasi dikalangan pemimpin dan guru harus berlaku.
Dalam penulisan DuFour et al.(2008) Haberman (2004) dan Hord (2004) menyatakan
bahawa pemimpin seharusnya melibatkan guru dalam membuat keputusan secara
kolebrasi menerusi usaha seperti mengalakkan guru mengambil risiko dan mencuba
pekara baru (inovasi), menyediakan pengukuhan dan motivasi positif (ganjaran),
menyokong guru untuk meningkatkan kompetensi diri (mengembangkan potensi), dan
menyediakan masa untuk mereka menyelia dan berefleksi (mentoring dan coaching).
Usaha-usaha ini seharusnya dapat memeenuhi keperluan pembelajaran dan pembangunan
profesionalisme guru dalam organisasi pembelajaran.
4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya,dapatan kajian ini telah merumuskan lima amalan
kepimpinan terbaik yang seharusnya dilaksankan oleh guru besar mahupun pengetua di
organisasi pembelajaran. Hasil dapatan kajian ini tealh dipersetujui dikalangan pakar
dalam kepimpinan sekolah dan organisasi pembelajaran. Artikel ini memberi penekanan
kepada lima amalan terbaik kepada kepimpinan sekolah iaitu menyediakan ruang dan
peluang yang menyokong pembelajaran guru, menjadi model pembelajaran di sekolah,
menggalakkan inovasi, memberikan penghargaan dan pegiktirafan dan membangunkan
potensi warga sekolah secara berterusan.Penulis juga menyatakan melalui kajian ini
diharap pihak yang berkepentingan dalam organisasi pembelajaran dapat memperbaiki
corak kepimpinan dan strategi pentadbiran masing-masing. Seperti mana yang dinyatakan
oleh

penulis,kajian

ini

membawa

tiga

implikasi

iaitu

pertama

dari

segi

teoretikal,perkembangan dalam literatur berkaitan dengan organisasi pembelajaran


khususnya dalam bidang pendidikan seterusnya membantu pengkaji dalam melanjutkan
kajian masing-masing dari sudut kajian yang berbeza.
Dari sudut dasar pendidikan, pihak berkenaan seharusnya peka terhadap isu-isu
kepimpinan yang wujud. Latihan dan pemantauan serta bimbingan ke atas pemimpinpemimpin sekolah harus dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi dalam melaksanakan

tanggungjawab masing-masing.Institut latihan kepimpinan juga boleh diwujudkan untuk


melatih pemimpin-pemimpin muda untuk menjadi pelapis pada masa hadapan. Dari sudut
amalan pula, nilai-nilai kepimpinan yang telah digariskan di dalam kajian ini haruslah
dipraktikan. Setiap pemimpin harus mengaplikasi dan melaksanakan amalan kepimpinan
terbaik berdasarkan konteks sekolah masing-masing. Selain itu, pembangunan modal
insan guru harus diberi perhatian sewajarnya. Ini kerana, selama ini kepimpinan sekolah
hanya memberi tumpuan kepada kecerian dan pencapaian pelajar tanpa menyedari
bahawa pembangunan diri dan profesionalisme guru merupakan srategi penting bagi
menjamin peningkatan pencapaian pelajar dan keberkesanan organisasai pembelajaran
keseluruhannya menyedari kepentingannya sebagai agen dalam pembinaan generasi masa
depan.Kesimpulannya, kejayaan sesebuah organisasi pembelajaran bergantung kepada
corak kepimpinan dan perlaksanaan amalan terbaik yang diaplikasikan selaras dengan
iklim dan budaya yang sedia ada.

You might also like