You are on page 1of 5

Amalan Menjelang Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)

Posted 29/08/2011 by Shafi-Q in Syawal. Tagged: Amalan Menjelang 1 Syawal, cara


mnyambut hari raya menurut sunnah Rasulullah saw. 6 Comments




Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan beberapa kelebihan. Rasulullah
SAW bersabda: Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat,
malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebuah lagi hadis menjelaskan; Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu
Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.
Hendaklah memperbanyakkan takbir (membesarkan Allah), tasbih (mensucikan Allah),
tahmid (mengucapkan syukur) dan berselawat ke atas junjungan Rasul SAW.
.
.

AMALAN
Beberapa amalan lain yang dianjurkan pada Aidilfitri termasuk::
.

SEBELUM 1 SYAWAL
1. Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan.
2. Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.
3. Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan sederhana.
4. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.
5. Melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya.

6. Melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbih, taubat dan hajat di
masjid.

PAGI 1 SYAWAL
1. Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
2. Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
3. Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
5. Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke
masjid.
6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat
bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.
7. Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
8. Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
10. Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
11. Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.
.
Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: Nabi Muhammad SAW
makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda
memakannya dalam bilangan ganjil. Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan
bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.
.
.

UCAPAN SELAMAT
.

Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.


Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud
yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah
Taqabbalallahu minna wa minkum ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan
dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu.
.
Disebut dalam sebuah riwayat :
Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada
Baginda, taqabballahu minna wa minka, Baginda SAW menjawab : Ya,

MANDI SUNAT
.
Disunatkan mandi di pagi raya sepertimana mandi wajib, iaitu sebelum keluar menuju ke
masjid untuk solat Aidilfitri.
Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap
hari?
Baginda
SAW
menjawab:
Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari
Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri. (Hadis riwayat Imam Syafie).
.
Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidil Fitri:

.
.

TAKBIR AIDILFITRI
.
Seharusnya umat Islam memperbanyakkan Takbir, jangan terlalu sibuk dengan aktiviti
persiapan raya, menonton TV dan bermain mercun sehingga meninggalkan peluang
takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh
Syaitan.
Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri,
beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari
raya.
.
.

SAMBUTAN AIDILFITRI
Kedatangan 1 Syawal disambut dengan penuh kesyukuran kerana berjaya menunaikan
ibadat puasa sebulan Ramadhan. Ketika merayakan Aidilfitri, kita perlu:
1. Membersihkan hati dan memperbaiki hubungan sesama Muslim.
2. Bersabar dan mengikis segala perasaan benci, dendam, dengki dan iri hati.
3. Menanamkan perasaan kasih-mengasihi sesama umat Islam.
4. Bermaaf-maafan dan bina hubungan persaudaraan yang kukuh.
.
.

AMALAN SEPANJANG BULAN SYAWAL


.
Amalan yang perlu dilakukan pada bulan Syawal
1. Bersedekah kepada golongan memerlukan sebagai tanda kesyukuran di atas
nikmat Allah.
2. Elakkan campur aduk antara amalan baik dengan perkara yang ditegah, dalam
membuat persiapan hari raya.
3. Percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu
majlis perlu dielakkan dan jangan melakukan perlanggaran batas agama.
4. Menjaga adab sopan ketika ziarah dan memilih waktu yang sesuai berziarah.
5. Ziarah menziarahi sanak saudara,untuk mendapat keredaan Allah SWT.
.

You might also like