You are on page 1of 5

NAMA: CHUA JI HUI

NO IC: 911009-13-6009

KELAS: 3 PISMP SN PJ PK
ANGKA GILIRAN: 2013301340068

AMALI 5 : ARUHAN DAN TRANSMISI ARUS ELEKTRIK


Tujuan :

Untuk memahami penggunaan transformer dalam transmisi elektrik


Hipotesis :
1. Transformer injak naik bertindak untuk meningkatkan beza keupayaan bagi
bekalan arus ulang alik.
2. Transformer injak turun bertindak menurunkan beza keupayaan bagi bekalan
arus ulang alik.
Bahan/Radas :

Wayar solenoid, besi teras lembut C, power supply, suis, mentol, ammeter, voltmeter,
C-core clamp
Prosedur :
1) 10 putaran wayar solenoid telah dililitkan pada besi teras dan sambungkan
kepada punca bekalan kuasa arus ulang alik. Koil ini akan dijadikan sebagai koil
primer.
2) 20 putaran wayar solenoid telah dililitkan pada besi teras yang lain dan
hujungnya disambungkan dengan mentol. Koil ini akan dijadikan sebagai koil
sekunder.
3) Litar telah dipasangkan bagi mengukur arus dan beza keupayaan dalam litar
sekunder.
4) Jenis bagi setiap transformer telah dipastikan dan kecerahan mentol telah
diperhatikan.
5) Sambungan pada kedua litar primer dan sekunder telah dialihkan. Jenis
transformer yang terhasil telah dipastikan dan kecerahan mentol telah
diperhatikan.
6) Kecerahan mentol dalam transformer ini telah dibandingkan dengan kecerahan
mentol dalam transformer sebelum ini.
Keputusan :

Transform

Bacaan

Bacaan Voltmeter (V)

er CHUA JI HUI
Ammeter
NAMA:
NO IC: 911009-13-6009
(A)

KELAS: 3 PISMP SN PJ PK
ANGKA GILIRAN: 2013301340068

Primer

Sekunder

Primer

Sekunder

Injak Naik

0.5

0.5

0.5

1.5

Injak Turun

0.5

0.5

1.5

0.5

Bilangan

Bilangan

Hubunga

lilitan

lilitan

gegelun

gegelung

Ns

g primer

sekunder

dengan

antara

Pemerhatian
Bacaan

Bacaan

Ammeter

Voltmeter

Ip = 1.5A
Is = 0.5A

Vp = 4.0 V
Vs = 8.5 V

Kesimpulan

Np
10

10

20

20

Ns > Np

Ns < Np

Ip = 1.5A
Is = 3.5A

= 4.0 V
Vs = 1.5V

Vs > Vp
Transformer
adalah jenis
injak naik
Vs < Vp
Transformer
adalah jenis
injak turun

Soalan-soalan Pengetahuan dan Kemahiran :


1. Bagi transformer menaik, di litar manakah anda menjangka arus yang
lebih besar?
Untuk transformer injak naik, arus pada gegelung primer adalah lebih besar
daripada arus pada gegelung sekunder.
2. Bagaimanakah anda mengukur kuasa input dan kuasa output pada
transformer menaik?
Kuasa input injak naik dapat diukur dengan menggunakan formula di bawah:
Pi=V i I i
Kuasa output (gegelung sekunder),
Po=V o I o
Kuasa input = kuasa output
Po=Pi

NAMA: CHUA JI HUI


NO IC: 911009-13-6009

KELAS: 3 PISMP SN PJ PK
ANGKA GILIRAN: 2013301340068

V s I s=V p I p

3. Apakah hubungan di antara putaran dan beza keupayaan di dalam litar


primer dan sekunder?
Apabila bilangan lilitan dalam litar primer lebih banyak daripada bilangan lilitan
dalam litar sekunder, maka beza keupayaan akan dikurangkan. Sebaliknya,
apabila bilangan lilitan dalam litar primer kurang daripada bilangan lilitan dalam
litar sekunder, maka beza keupayaan akan ditingkatkan. Justeru, formula bagi
hubungan ini adalah seperti yang berikut:
Vs Ns
=
Vp Np
Di mana,

Vs = voltan output
Vp = voltan input
Ns= bilangan lilitan gegelung sekunder
Np = bilangan lilitan gegelung primer

4. Dalam transmisi eleltrik, kehilangan kuasa dalam kabel boleh dikira


dengan menggunakan formula,

kehilangan kuasa dalam kabel=I R

dimana I

ialah arus dan R ialah rintangan dalam kabel. jadi bagaimanakah


kehilangan kuasa ini dapat dikurangkan?
Kehilangan kuasa dapat dikurangkan dengan menggunakan dawai kuprum
yang lebih tebal supaya rintangan dawai kuprum lebih rendah, menggunakan
teras besi lembut yang mudah dimagnetkan dan dinyahmagnetkan, lilitan
gegelung primer dan gegelung sekunder dirapatkan supaya kebocoran fluks
tidak berlaku dan menggunakan teras besi yang berlapis dan ditebatkan dengan
cat enamel.
5. Jelaskan peranan transformer menaik dalam membantu mengurangkan
kehilangan kuasa dalam transmisi tenaga elektrik.

NAMA: CHUA JI HUI


NO IC: 911009-13-6009

KELAS: 3 PISMP SN PJ PK
ANGKA GILIRAN: 2013301340068

Transformer injak naik berperanan dalam membantu untuk mengurangkan


kehilangan kuasa semasa penghantaran elektrik. Semasa penghantaran
elektrik, sebahagian tenaga elektrik akan hilang sebagai tanaga haba. Jadi,
transformer injak naik akan digunakan untuk menaikkan nilai beza keupayaan
supaya arus yang mengalir dalam kabel penghantaran adalah kecil dan
mengurangkan kehilangan tenaga.
6. Huraikan dengan bantuan gambar rajah bagaimana arus elektrik dapat
dihantar dari stesen janakuasa ke kawasan perumahan dan perindustrian.
Elektrik yang dihasilkan di loji penjanaan penghantaran elektrik dibawa melalui
talian penghantaran voltan tinggi ke syarikat penghantaran tempatan yang
mengagihkan kuasa. Stesen-stesen kecil dan transformer mengecilkan voltan
supaya sesuai dengan penggunaan di rumah atau industri. Arus elektrik
dihantar keluar daripada loji kuasa pada voltan tinggi lebih kurang 25000 volts
apabila elektrik bergerak pada jarak yang lebih jauh adalah lebih baik pada
voltan ini. Elektrik boleh dihantar lebih efisien pada voltan tinggi. Kabel talian
penghantaran yang tebal dan panjang dibuat daripada kuprum atau aluminium
sebab mereka mempunyai rintangan yang rendah.
Perbincangan:
1) Prinsip fungsi transformer ialah apabila arus ulang alik dimasukkan ke dalam
gegelung primer sesuatu transformer, satu medan magnet yang berubah-ubah
dihasilkan. Medan magnet ini akan ditumpukan dan dirangkaikan oleh teras besi
lembut kepada gegelung sekunder.
2) Apabila bilangan lilitan pada gegelung sekunder adalah lebih banyak daripada
bilangan lilitan pada gegelung primer, maka jenis transformer ini dikenali
sebagai transformer injak naik.
3) Apabila bilangan lilitan pada gegelung sekunder adalah lebih kurang daripada
bilangan lilitan pada gegelung primer, maka jenis transformer ini dikenali
sebagai transformer injak turun.
4) Kuasa yang dibekalkan kepada litar primer = kuasa yang digunakan dalam litar
sekunder
Vp x Ip = Vs x Is
5) Sebahagian tenaganya akan hilang dalam bentuk haba. Oleh itu, kerja input
akan melebihi daripada kuasa output.

NAMA: CHUA JI HUI


NO IC: 911009-13-6009

KELAS: 3 PISMP SN PJ PK
ANGKA GILIRAN: 2013301340068

Langkah berjaga-jaga:

1) Pastikan tangan kering sebelum mengendalikan peralatan elektrik.


2) Pastikan voltan yang digunakan adalah bersesuai.
3) Pastikan ammeter dan voltmeter yang digunakan dapat berfungsi dengan baik
bagi mengelakkan ralat sifar.
4) Elakkan ralat paralaks ketika mengambil bacaan nilai.
Kesimpulan :

Hipotesis diterima.
1. Transformer injak naik bertindak untuk meningkatkan beza keupayaan bagi
bekalan arus ulang alik.
2. Transformer injak turun bertindak menurunkan beza keupayaan bagi bekalan
arus ulang alik.

You might also like