You are on page 1of 5

Tajuk : Amalan Berjimat-cermat Mendatangkan

Pelbagai Manfaat Kepada Sesebuah negara.


Huraikan Kepentingan-Kepentingan dan LangkahLangkah Amalan Berjimat-cermat.
_____________________________________________
_
Pendahuluan :
Istilah berjimat-cermat sering diuar-uarkan
oleh pihak kerajaan pada zaman muasir ini.
Sebenarnya berjimat-cermat merupakan istilah
keramat yang memacu kejayaan sesuatu bangsa
dan negara.Tanpa amalan tersebut maka tidak
mustahillah negara akan terdedah pada krisis
ekonomi dan mundurlah ekonomi negara tersebut.
Dalam konteks ini, semua individu di sesebuah
negara memainkan peranan penting dalam
mengamalkan amalan berjimat-cermat.Terdapat
banyak faedah yang diperoleh daripada amalan itu.
Amalan berjimat-cermat membolehkan individu
merancang masa depan mereka. Mengapakah
amalan berjimat-cermat perlu dilakukan? Hal ini
perlu dilakukan oleh semua orang bak kata
pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum
habis kerana kita tidak dapat menduga sesuatu
perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.
Bagaimanakah amalan ini perlu dilakukan?
Golongan masyarakat terutamanya ibu bapa perlu
mengamalkan sikap berjimat-cermat terutamanya
dalam aspek kewangan kerana sedikit-sedikit lamalama menjadi bukitdan sehari selembar benang
lama-lama menjadi kain. Hal ini akan dapat
membantu mereka membiayai perbelanjaan

pendidikan anak-anak apabila melanjutkan pelajaran


ke menara gading. Oleh itu, generasi muda perlu
berjimat-cermat untuk merancang perbelanjaan
mereka agar tidak berdepan dengan masalah pada
masa hadapan dan tidak bersikap sudah terhantuk
baru tengadah.
Selain itu, amalan berjimat-cermat penting
sebagai persediaan menghadapi waktu kecemasan.
Hal ini kerana malang tidak berbau. Peribahasa ini
sangat sinonim dengan fitrah kehidupan
manusia. Tiada sesiapapun yang mengetahui akan
musibah yang bakal dihadapi pada masa akan
datang.Sehubungan dengan itu, amalan berjimatcermat dapat membantu masyarakat sebagai suatu
persediaan apabila menghadapi waktu kecemasan
seperti perbelanjaan merawat pembedahan,
kemalangan dan penyakit kronik yang dialami oleh
diri sendiri, ibu bapa atau kaum keluarga.
Jelasnya, berjimat-cermat ini sangat penting
kepada masyarakat sebagai satu persediaan jika
berlaku sesuatu kecemasan kerana manusia hanya
merancang sedangkan Tuhan yang menentukan.
Seterusnya, faedah berjimat-cermat ialah
ekonomi negara dapat distabilkan. Tanpa kestabilan
ekonomi, sesebuah negara tidak dapat dibangunkan
atau dimajukan. Komitmen masyarakat untuk
berjimat-cermat amatlah diharapkan bagi
membangunkan ekonomi negara. Seseorang itu
dapat berjimat cermat dengan cara membeli
barangan buatan tempatan atau melancong dalam
negara mereka sendiri. Contohnya, apabila
seseorang itu membeli barangan buatan tempatan,

hal ini akan mengelakkan pengaliran wang keluar


negara. Maka, negara akan dapat membiayai
pelbagai projek yang mendatangkan keuntungan,
lebih-lebih lagi ketika kegawatan ekonomi. Oleh
yang demikian apabila kita berjimat-cermat ,
kegiatan ekonomi tempatan dapat dihidupkan
secara lebih aktif dan efektif. Impaknya, ekonomi
negara akan menjadi lebih mampan.
Untuk menggalakkan amalan berjimat-cermat, ibu
bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik
anak-anak mengamalkan tabiat suka berjimat-cermat,
sebagaimana pepatah Melayu ada menyebut bagaimana
acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa harus menunjukkan
sikap bijak dan berhemah apabila berbelanja dan
menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak sama
juga seperti peribahasa bapa borek anak rintik.
Antara langkah permulaan yang boleh dilakukan ialah
menggalakkan anak-anak membawa bekal makanan ke
sekolah. Dalam hal ini, anak-anak mereka bukan sahaja
ditanam minat suka menabung dan berjimat-cermat tetapi
juga membawa bekalan makanan seimbang yang
disediakan oleh ibu dari segi khasiatnya malah terjamin
kebersihannya. Tegasnya, membawa bekalan makanan
dari rumah perlu dijadikan satu budaya yang patut
diamalkan oleh setiap pelajar kerana hal ini menggalakkan
amalan berjimat-cermat.
Salah satu langkah lain untuk menggalakkan sikap
berjimat-cermat dalam kalangan rakyat ialah kerajaan
perlu menyeru mereka agar membuat pelaburan untuk
masa depan seperti pelaburan bagi pendidikan anak-anak.
Pelaburan ini amat berguna kerana ibu bapa dapat
mempersiapkan diri sejak awal lagi untuk membiayai
pendidikan anak-anak agar tidak perlu berhadapan dengan
masalah kewangan ketika sampai masanya.

Dengan berjimat-cermat, ibu bapa boleh memperuntukkan


sebahagian daripada pendapatan mereka untuk membuat
simpanan dalam skim pelaburan pendidikan. Justeru,
amalan berjimat-cermat sambil menabung sesuai dengan
peribahasa Melayu yang berbunyi sediakan payung
sebelum hujan.
Isi 6: Peranan golongan wanita
Apakah peranan golongan wanita dalam amalan berjimatcermat?
Kajian menunjukkan bahawa golongan wanita memainkan
peranan penting dalam mencorak perbelanjaan keluarga.
Mengapakah wanita perlu mempunyai pengetahuan dalam
bidang ekonomi?
Bagi golongan wanita yang celik ekonomi,mereka akan
sentiasa peka dan mengambil berat tentang wang yang
dibelanjakan.
Bagaimanakah golongan wanita boleh menstabilkan
ekonomi rumahtangga?
Oleh itu, untuk memastikan ekonomi dalam rumahtangga
mereka sentiasa stabil, wanita yang bergelar suri rumah
harus bertindak dengan bijaksana serta teliti ketika
berbelanja. Suri rumah perlu mengikis sikap terburu-buru
semasa membuat pilihan kerana hal ini akan merugikan
diri.
Contoh
Sebagai contoh, mungkin mereka terpaksa membeli
barangan yang tidak perlu atau tidak berkualiti hanya
kerana tertarik dengan iklan-iklan jualan murah
yang indah khabar daripada rupa. Selain itu, sekiranya
mereka ada masa terluang, suri rumah ini juga boleh
menyahut seruan kerajaan agar berjimat-cermat melalui

penanaman sayur-sayuran atau memelihara ayam itik di


belakang rumah. Kebaikannya memang ketara iaitu di
samping dapat menghidangkan sayur-sayuran yang segar
untuk keluarga, mereka juga dapat membantu suami
mengurangkan perbelanjaan rumahtangga. Pada masa
yang sama, kempen yang dilancarkan oleh kerajaan agar
membeli barangan buatan tempatan perlu dimanfaatkan
oleh golongan wanita. Jika selama ini mereka terlalu
taksub dengan barang-barang buatan luar negara yang
kononnya berkualiti tinggi,kini mereka boleh beralih arah
dengan barang-barang buatan tempatan yang tidak kurang
hebatnya. Selain murah, barang-barang ini juga
mempunyai kualiti yang lebih baik.
Rumusan isi
Oleh itu, di samping berjimat cermat, suri rumah juga
dapat membantu menjana ekonomi negara.

Penutup
Konklusinya, amalan berjimat-cermat perlu
diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat agar
hasrat murni kerajaan untuk menggalakkan
pertumbuhan ekonomi akan tercapai.
Sesungguhnya, amalan berjimat-cermat dapat
meloloskan diri daripada belenggu inflasi yang
melanda negara. Secara tidak langsung, hal ini akan
melahirkan warga negara yang bijak dan berhemah
dalam mengurus ekonomi keluarga,masyarakat dan
negara. Maka, sekiranya kita sayang akan keluarga
dan negara daripada dibebani krisis ekonomi, kita
perlu menggembleng tenaga dalam mengamalkan
budaya berjimat-cermat. Akhir kalam, berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian.

You might also like