You are on page 1of 4

JURNAL PRAKTIKUM

Minggu
Tarikh
Tajuk

: Pertama
: 24 Julai 28 Julai 2016
: Analisis Tahap Penguasaan Murid

1. MASALAH
Pada minggu pertama saya di SK Alor Peroi, saya mengambil peluang untuk
mengenali persekitaran dan juga budaya kerja warga SK Alor Peroi terlebih dahulu.
Saya diberi peluang untuk masuk ke dalam kelas tahun 5 Bestari untuk sesi suai
kenal dan juga ramah mesra bersama para murid. Selesai sesi suai kenal, saya telah
mengambil peluang untuk melakukan sedikit ujian diagnostik kepada para murid
tahun 5 Bestari untuk melihat sejauhmana penguasaan mereka terhadap topik
topik terdahulu yang telah diajar oleh guru matapelajaran Sains yang sebelumnya.
Hasil ujian yang dilaksanakan, saya telah mendapati empat orang murid daripada 32
orang murid didapati mempunyai penguasaan dibawah tahap minimum yang saya
jangkakan. Tahap minimum yang telah saya tetapkan ialah sekurang-kurangnya para
murid mampu menjawab 3 soalan dengan betul daripada kelapan-lapan soalan yang
diberikan.
Murid-murid tersebut ialah Ahmad Faiz Danish bin Lokman, Muhammad Faiezee bin
Mohamad Fazrol, Siti Nor Ayuni binti Abdullah, dan Nor Azira Husna binti Rusdi. Nor
Ayuni dan Muhammad Faiezee memperoleh jawapan yang betul kurang daripada
tiga manakala Ahmad Faiz dan Nor Azira langsung tidak melakukan percubaan untuk
menjawab sebarang soalan yang diberikan.
2. ANALISIS
Berdasarkan kepada masalah yang dinyatakan, terdapat dua punca yang
menyebabkan berlakunya masalah keputusan ujian diagnostik. Bagi Nor Ayuni dan
Muhammad Faiezee, mereka telah menjawab hampir kelapan-lapan soalan yang
diberikan dengan lengkap. Namun begitu hasil keputusan menunjukkan tahap
penguasaan yang dibawah tahap minima. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua murid
ini mempunyai kesungguhan dalam menjawab soalan dan juga keyakinan dalam diri
untuk menjawab soalan ujian yang diberikan. Walaubagaimanapun tahap ilmu
pengetahuan yang mereka miliki menjadi limitasi yang akhirnya menjadi penyebab
hasil keputusan ujian mereka di bawah tahap minima.
Hasil pemerhatian saya terhadap Nor Ayuni dan Muhammad Faiezee sewaktu di
dalam kelas, mereka merupakan pelajar yang bersungguh-sungguh dan aktif
sewaktu sesi perbincangan bersama saya dilakukan. Ini menunjukkan kedua-dua
pelajar ini tidak mempunyai masalah dalam aspek penglibatan dalam P&P namun

mempunyai masalah dari aspek penguasaan ilmu dan juga teknik pembelajaran.
Kesan daripada tidak menguasai ilmu pengetahuan dengan mencukupi dan
kemungkinan teknik pembelajaran yang tidak sesuai maka Nor Ayuni dan
Muhammad Faiezee mempunyai tahap penguasaan di bawah paras minimum.
Manakala untuk Ahmad Faiz dan Nor Azira, mereka langsung tidak mencuba untuk
menjawab soalan-soalan yang diberikan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua murid
ini tidak mempunyai keyakinan dalam diri mereka untuk melakukan percubaan
terhadap soalan ujian. Terdapat juga kemungkinan bahawa kedua-dua murid ini
mempunyai tahap pengetahuan yang terlalu rendah sehingga langsung tidak mampu
menjawab sebarang soalan.
Pemerhatian terhadap Ahmad Faiz dan Nor Azira menunjukkan bahawa kedua-dua
murid ini tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Mereka cenderung untuk berdiam diri
dan tidak memberikan respon aktif sewaktu perbincangan dilaksanakan di dalam
kelas. Mereka turut tidak memaparkan sikap mesra dengan rakan mereka sewaktu di
dalam kelas. Apabila saya bertanya dengan ahli kelas yang lain, mereka menyatakan
bahawa kedua-dua murid ini mempunyai masalah pergaulan dengan rakan sebaya.
Mereka tidak banyak berkomunikasi dan kebiasaannya melakukan kerja sendiri.
Kesan daripada sikap kurang aktif dalam komunikasi dan pergaulan ini turut
menyumbang kepada kurang keyakinan dalam diri mereka yang akhirnya memberi
kesan terhadap penguasaan terhadap isi pembelajaran.
3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
Untuk memperbaiki dan meningkatkan tahap penguasaan keempat-empat orang
murid ini terhadap matapelajaran Sains, saya merancang untuk membahagikan
mereka kepada dua kategori.Kategori pertama ialah untuk Nor Ayuni dan
Muhammad Faiezee. Para pelajar di kategori pertama akan diberikan pendekatan
pengajaran secara masteri untuk membolehkan mereka benar-benar menguasai
sesuatu topik Sains sebelum bergerak ke topik seterusnya. Di samping itu saya juga
akan melakukan bimbingan secara berterusan dan juga berfokus terhadap para
pelajar di kategori pertama.
Selain itu, saya akan menggunakan variasi kaedah pembelajaran agar kedua-dua
murid ini dapat menguasai isi pembelajaran semaksima mungkin. Bahan-bahan
ransangan P&P dan juga bentuk soalan yang bakal saya gunakan untuk menilai
tahap pemahaman mereka juga akan dipelbagaikan agar prestasi akademik mereka
dapat diperbaiki.

Untuk para murid di kategori kedua, iaitu Ahmad Faiz dan Nor Azira, saya akan
berusaha untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk mula terlibat aktif dalam
sesi P&P dan juga komunikasi dengan rakan sebaya. Caranya ialah dengan
menggalakkan sesi pembelajaran secara konstruktivis di mana mereka akan mula
melibatkan diri dalam proses pembinaan ilmu pengetahuan bersama rakan-rakan
yang lain. Saya akan memberi bimbingan dan motivasi kepada kedua-dua murid ini
di sepanjang proses P&P agar mereka menjadi lebih berkeyakinan dengan diri
mereka sendiri.
Seterusnya, saya juga akan menggunakan teknik Scaffolding dalam usaha
membantu mereka membina keyakinan diri di samping meningkatkan prestasi
akademik mereka. Bimbingan dan motivasi yang diberikan sewaktu pelaksanaan
aktiviti P&P diberikan ketika perlu dan bersesuaian. Kemudiannya bimbingan dan
motivasi yang diberikan akan berkurangan sehingga mereka sudah menguasai isi
pembelajaran dan menjadi bertambah yakin dengan diri mereka sendiri.
4. TEMPOH MASA
Lantaran isu utama masalah yang timbul ialah berkenaan dengan tahap penguasaan
murid terhadap topik topik matapelajaran Sains yang sebelumnya, saya bakal
memerlukan masa yang agak lama untuk menyelesaikan masalah ini. Sesi ulangkaji
diperlukan di samping aktiviti pengukuhan dan pemulihan perlu dirancang dengan
teliti untuk menjayakan usaha memperbaiki prestasi akademik dan juga tahap
penguasaan para murid ini. Saya berharap pada akhir September ini, tahap
penguasaan para murid ini dapat ditingkatkan setaraf dengan para murid yang lain.
5. PENILAIAN KEJAYAAN
Penilaian terhadap sejauhmana kejayaan saya dalam mengatasi masalah ini ada;ah
melalui pemerhatian daripada guru pembimbing dan saya sendiri di sepanjang sesi
praktikum. Setiap kali sesi selesai sesi P&P yang dilaksanakan, akan mendapatkan
pandangan daripada guru pembimbing berkenaan daripada perubahan tahap
penguasaan dan juga tingkah laku kedua-dua kategori kategori murid ini. Penilaian
untuk tahap penguasaan dilakukan melalui pengukuran pengetahuan dan kemahiran
yang dikuasai oleh murid dengan pelbagai teknik penilaian. Penilaian terhadap
perubahan tingkah laku dilakukan melalui pemerhatian terhadap perubahan dari segi
penglibatan murid dalam P&P.
6. TINDAKAN SUSULAN
Jika kedua-dua atau mana-mana masalah yang dinyatakan gagal untuk diatasi, saya
akan beralih ke pendekatan behaviouris dalam sesi P&P. Elemen peneguhan,
pengukuhan, ganjaran, dan hukuman akan diimplentasikan untuk menjadi peransang

kepada para murid dalam meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam topiktopik pembelajaran dan juga melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P.
Sekian, terima kasih.

Di semak oleh:

Di semak oleh:

( CHE ZAINI BINTI


)
Pensyarah Pembimbing
Praktikum Fasa Satu

( MOHD KHAIRUZZAMAN BIN ABAS)


Guru Pembimbing
Praktikum Fasa Satu

You might also like