You are on page 1of 2

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 5

Bagi para siswa pendidik semester 5, kami diwajibkan untuk melakukan suatu aktiviti
Bina Insan Guru(BIG). Bagi BIG kali ini, kami memilih untuk melakukan khidmat
masyarakat yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan Sungala, Port Dickson. Khidmat
masyarakat ini meliputi pembuatan mural di sekitar kawasan sekolah terutamanya di
bahagian pejabat pentadbiran, makmal sains dan bengkel Reka Bentuk dan
Teknologi. Selain itu, siswa pendidik PISMP turut mendengar sedikit taklimat yang
disampaikan sendiri oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungala berkaitan
sekolah tersebut termasuk daripada aspek sejarah sekolah serta berkaitan pelajarpelajar dan guru-guru di sekolah tersebut.
Setelah selesai taklimat daripada jam 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi, siswa pendidik
mengambil sedikit kudapan sebelum memulakan tugas utama kami. Siswa pendidik
seramai 38 orang telah dibahagikan kepada 6 kumpulan yang kemudiannya
bergerak ke tempat yang telah dibahagikan sebelum itu. Kami dibekalkan dengan
set cat oleh pihak sekolah dan turut diselia oleh guru-guru daripada sekolah tersebut
serta mentor-mentor iaitu Pn Fateen Adeeba dan Encik Mohd Kashfi. Sesi mengecat
mural dibahagikan kepada dua sesi iaitu daripada 11.00 pagi sehingga 1.00 petang
dan 2.00 petang sehingga 4.00 petang.
Selepas selesai aktiviti membina mural, seterusnya kami bergerak ke dalam dewan
sekolah bagi sesi penutupan. Kami kemudiannya mendengar sedikit ucapan
daripada saudari Sanitah Mudin selaku Pengerusi BIG bagi semester ini. Seterusnya
kami menutup majlis penutupan dengan sesi pertukaran cenderamata di antara
pihak IPG kami dan pihak Sekolah Kebangsaan Sungala. Siswa pendidik IPG
bertolak kembali ke kampus tepat jam 5.30 petang.

SWOT

Kekuatan (Strengths)

Kelemahan (Weaknesses)

Peluang (Opportunities)

Ancaman (Threats)

You might also like