You are on page 1of 2

Lakukan sesi temu bual bersama seorang tokoh guru dengan mengambil kira aspek

peranan dan kepimpinan beliau sepanjang perkhidmatannya. Lakukan sesi temu bual
bersama guru berkenaan dengan mengambil kira aspek peranan dan kepimpinan beliau
sepanjang perkhidmatanya.

Profesion perguruan merupakan profesion yang tidak ditelan zaman dan kini
kehebatannya telah diperakui ramai. Semenjak tahun 1960-an sehingga kini profesion
perguruan menjadi rebutan besar para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Guru
bertanggungjawab sebagai pendidik, kaunselor, pengadil, kerani, jururawat, pekerja sosial dan
lain-lain. Guru-guru perlu cekap memberikan kebebasan kepada pelajar dalam menggunakan
kebolehan mereka. Kecekapan guru juga merangkumi kebolehan berkomunikasi dengan orang
lain, membawa idea-idea baru, membuat keputusan, sentiasa membuat kajian dan berupaya
mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif. Guru adalah model yang menjadi contoh
kepada para pelajar. Guru bertanggujawab membina hubungan dengan setiap pelajar dan
memandang mereka sebagai individu yang unik.
Tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, malahan
tingkah laku dan amalan baik mereka akan sentiasa menjadi ikutan dan rujukan oleh semua
pihak. Oleh itu, profesion keguruan mempunyai kod etika yang perlu dipatuhi oleh setiap guru
bagi memastikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Seseorang guru itu haruslah mempunyai etika-etika yang harus dipatuhi dan sifat
kepimpinan yang tinggi supaya profesion keguruan ini akan disanjung sehingga akhir zaman.
Kepimpinan merupakan unsur penting dalam sesebuah organisasi formal. Banya kajian
menunjukan kejayaan sebuah organisasi disebabkan oleh pucuk kepimpinanya. Konsep
kepimpinan guru boleh dijelaskan sebagai salah satu model kepimpinan di mana guru-guru
yang terlibat dalam pdp menunjukkan kepakaran mengajar.
Pemimpin guru ialah guru biasa tetapi mampu membimbing atau mendorong guru lain
untuk bersama-sama berusaha meningkatkan amalan professional dan peringkat pencapaian
pelajar. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa
hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu
pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari
segi moral dan etika yang murni. Ketika kita bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini
untuk merealisasikan aspirasi negara, jangkaan terhadap tenaga pendidik oleh masyarakat juga

menjadi tinggi. Oleh itu, guru sebagai insan terlatih perlulah bijak memimpin bukan sahaja
dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran tetapi haruslah bermain peranan dan
sanggup menyumpang kepada sekolah.
Pada peringkat sekolah rendah guru memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembentukan seseorang murid dari aspek akademik dan juga pembentukan peribadi yang baik.
Pada tahap sekolah rendah, hampir semua murid bersikap aktif, mempunyai daya ingin tahu
yang tinggi, kreatif dan bersedia untuk dibimbing dan dilentur oleh guru mereka. dalam hal ini,
guru-guru mempunyai pelbagai peranan yang harus dimainkan seperti pengamal ilmu dan
kemahiran, pembimbing, pengamal reflektif, penyelidik, agen social, agen perubahan, pengganti
ibu bapa, pembentuk tingkah laku dan pengurusan pembelajaran. Setiap peranan yang tersebut
mengarah kepada peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

You might also like