You are on page 1of 5

Transkrip Temu Bual

Guru pelatih

: Selamat sejahtera kami ucapkan kepada En. Wong, guru di SK


Methodist ACS. Kami adalah guru pelatih dari IPG Kampus Raja
Melewar yang ingin menemu ramal cikgu memandangkan guru

Guru

merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang pendidikan.


: Selamat petang kepada anda semua. Saya ingin mengucapkan terima

cemerlang
Guru pelatih

kasih kerana memilih saya sebagai orang yang ditemu bual.


: Terlebih dahulu, bolehkah kami tahu nama penuh dan berapakah umur

Guru

cikgu?
: Oh, boleh. Nama saya ialah Wong Sui Sen. Saya dilahirkan pada

cemerlang
Guru pelatih
Guru

tahun 1960 di Seremban.


: Berapa tahun anda telah menceburi dalam bidang pendidikan?
: Saya telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 34 tahun.

cemerlang
Guru pelatih

: Bolehkah anda menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang

Guru

pendidikan anda?
Saya mula mengajar pada tahun 1982 di sebuah sekolah rendah di

cemerlang

Pahang. Pada masa itu, saya hanya menaiki lori balak pergi ke
sekolah. Saya mengajar di sana selama 5 tahun. Kemudian saya telah
mohon mengajar di sebuah sekolah orang asli. Bilangan murid di sana
hanya 48 orang sahaja. Saya mengajar sekolah tersebut setahun
sahaja. Selepas itu, saya ditukar mengajar Bahasa Inggeris di sebuah
sekolah rendah di Pahang. Saya mula mengajar di sekolah ini pada

Guru pelatih
Guru

tahun 2008.
: Berapa lamakah anda sudah berkhidmat di sekolah ini?
Saya berkhidmat di sekolah ini selama 8 tahun.

cemerlang
Guru pelatih

: Apakah peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh anda sepanjang

Guru

menjadi guru?
Peristiwa yang saya tidak dapat lupakan ialah semasa saya mengajar

cemerlang

di sekolah orang asli. Hal ini disebabkan oleh biasanya sekolah akan
mengadakan sukan di padang atau di darat, tetapi sekolah tersebut
hanya mengadakan sukan air. Acara-acara sukan air tersebut telah
melibatkan ibu bapa, murid-murid, guru-guru dan penduduk kampung
setempat. Saya dapat bergaul mesra dengan penduduk-penduduk di
sana. Semua orang yang terlibat telah memainkan peranan yang

Guru pelatih

penting dan bekerjasama untuk menjayakan sukan air tersebut.


: Adakah anda merupakan seorang pengamal reflektif yang akan

Guru

membuat refleksi kendiri selepas sesi pdp?


Ya. Pada pendapat saya, refleksi sangat penting bagi setiap sesi pdp

cemerlang

kerana saya dapat memperbaikikan kelemahan yang wujud dalam


sesi pdp saya dan saya dapat memajukan teknik-teknik mengajar

Transkrip Temu Bual

Guru pelatih
Guru
cemerlang

saya. Jadi saya akan membuat refleksi kendiri pada setiap pdp saya.
: Apakah peranan cikgu dalam kepimpinan sekolah?
Peranan cikgu dalam kepimpinan sekolah ialah sebagai pembimbing
kepada murid-murid.

Biasanya saya akan mengadakan kelas

tambahan selepas waktu persekolahan. Kemudian saya akan


membawa para murid untuk bermain bola. Selain itu, saya juga akan
membuat penyelidikan untuk mengkaji kemajuan dan kegagalan murid
dalam bidang akademik. Saya akan cuba menggunakan pelbagai
teknik mengajar yang berkesan agar dapat meningkatkan kefahaman
dan penguasaan ilmu murid. Seterusnya, saya juga memainkan
peranan dalam melantik pengawas-pengawas muda di sekolah
memandangkan sekolah ini tidak mempunyai pelantikkan pengawas.
Pada setiap hari Jumaat, saya akan mengambil masa untuk
mengadakan perbincangan dengan pengawas-pengawas saya untuk
berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka. Saya juga
sentiasa

mengadakan

program

yang

membina

seperti

kem

kepimpinan pengawas pada setiap tahun. Berikutan ini, dislipin dalam


Guru pelatih

kalangan murid menjadi baik.


: Sejauh manakah anda telah mengaplikasikan penggunaan ICT dalam

Guru

sesi pdp?
: Kadang-kala saya akan menggunakan LCD untuk menayangkan video

cemerlang

dan powerpoint dalam sesi pdp. Biasanya, saya akan membawa


murid-murid saya pergi ke makmal komputer untuk menjalankan sesi

Guru pelatih

pdp.
: Bagaimanakah anda menerapkan ilmu dan pengetahuan ICT dalam

Guru

sesi pdp?
: Saya selalu menggalakkan para murid untuk melayari laman web

cemerlang

untuk menjalankan aktiviti Frog-VLE. Dalam aktiviti tersebut terdapat


pelbagai latihan dalam bidang akademik, kuiz isu-isu semasa, berita
terkini

di

sekolah

dan

sebagainya.

Kadang-kala,

saya

akan

mengaturkan tugasan dalam laman web Frog-VLE sebagai kerja


Guru pelatih

rumah para murid.


: Pada pendapat anda, apakah sikap-sikap yang perlu ada pada

Guru

seorang guru?
: Pada pendapat

cemerlang

saya,

guru

harus

mempunyai

sikap

yang

bertanggungjawab, menepati masa, amanah, sanggup berkorban dan


berkongsi ilmu. Guru merupakan role model kepada murid-murid.
Guru harus segera menyiapkan tugasan tanpa melengah-lengahkan
masa dan selalu menyempurnakan tugasan yang diamanahkan dalam

Transkrip Temu Bual


tempoh yang ditetapkan tanpa alasan. Selain itu, guru juga harus
selalu

tukar

pandangan,

saling

membincang

masalah

dan

menyelesaikan masalah bersama-sama. Guru juga harus saling


berkongsi ilmu atau

kemahiran yang terkini, maka barulah dapat

Guru pelatih

melahirkan sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


: Apakah peranan anda sebagai seorang pembimbing kepada murid-

Guru

murid?
: Sebagai seorang pembimbing, saya selaku ibu bapa kepada para

cemerlang

murid.

Saya sentiasa bersifat penyayang dan membimbing murid-

murid dengan penuh kasih sayang dan sabar. Bagi murid yang
bermasalah, saya akan sentiasa memberi nasihat dan pertolongan
yang betul kepada mereka. Saya juga sentiasa mengamalkan sikap
hormat-menghormati. Saya sentiasa menunjukkan sikap hormat
terhadap semua murid termasuklah murid Tahun 1. Contohnya, saya
akan sentiasa berunding dengan murid-murid apabila membuat
keputusan
Guru pelatih

dengan

mengadakan

perbincangan

sebagai

tanda

menghormati mereka.
: Bukan senang untuk mendapat anugerah guru cemerlang, bolehkah
cikgu berkongsi dengan kami tentang peranan yang telah anda

Guru
cemerlang

lakukan sehingga mendapat anugerah ini?


: Sebenarnya tidak sukar untuk mendapat pangkat ini. Perkara yang
paling penting ialah sentiasa cuba sedaya upaya untuk menyiapkan
semua tugasan dan kerja yang telah diamanahkan. Kita juga haruslah
menunjukkan prestasi yang baik semasa menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai matlamat ini, guru
seharusnya mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik
darjah dan mewujudkan suasana persekitaran bilik darjah yang
kondusif. Selain itu, kita juga harus menjalinkan hubungan yang baik
dengan semua orang tidak kira rakan sekerja, pekerja-pekerja, muridmurid mahupun ibu bapa. Saya juga sentiasa bergaul rapat dengan
semua orang dengan memberikan salam kepada semua termasuk
pekerja-pekerja

apabila

bertemu

dengan

mereka

di

sekolah.

Komunikasi dengan orang luar juga amat penting bagi menambahkan


keyakinan diri dalam pergaulan. Pada masa yang sama, kita juga
mengambil pengalaman daripada orang lain untuk dijadikan sebagai
panduan hidup. Kesan daripada itu, saya telah mendapat anugerah
guru cemerlang untuk kali pertama pada tahun 1984 semasa saya
mengajar di kawasan FELDA, Pahang. Seterusnya, saya juga

Transkrip Temu Bual


mendapat anugerah guru cemerlang untuk kali yang ketiga semasa
Guru pelatih

saya berkhidmat di SK ACS pada tahun 2015.


: Sebagai seorang guru yang berpengalaman dalam bidang pendidikan,
apakah pandangan guru terhadap konsep guru cemerlang dengan

Guru
cemerlang

guru biasa?
: Bagi saya, seorang guru cemerlang bukan sahaja berperanan dalam
menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja,
malah mereka juga perlu meneruskan pengajaran mereka di waktu
selepas kelas. Contohnya, saya ialah seorang guru yang mengajar
Bahasa Inggeris. Apabila saya mendapati bahawa pencapaian murid
dalam subjek ini adalah amat rendah, saya telah mengadakan kelas
tambahan untuk murid-murid selepas tamat waktu kelas bagi
meningkatkan prestasi dan pencapaian murid dalam Bahasa Inggeris.
Pada yang sama, saya juga melancarkan pelbagai aktiviti dan
program yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid sehingga
saya telah mengadakan satu dialog dengan semua penghulu di
kawasan FELDA selepas berbincang dengan guru besar. Dialog ini
adalah satu perbincangan kecil yang berhubung dengan cara dan
strategi yang boleh dilakukan bagi meningkatkan prestasi dan

Guru pelatih

pencapaian murid dalam Bahasa Inggeris.


: Seterusnya, saya ingin bertanya apakah peranan seorang guru
sebagai agen perubahan dalam kehidupan murid-murid selain dari

Guru
cemerlang

aspek akademik?
: Bagi saya, peranan sebagai seorang guru adalah untuk mengasuh
dan mendidik anak-anak murid supaya mereka menjadi seorang insan
yang baik dan beraklak mulia. Saya berharap agar murid-murid
mendapat pencapaian yang tinggi bukan sahaja dalam aspek
akedemik, tetapi juga dari aspek rohani dan moral. Bagi mencapai
perubahan ini, maka guru boleh melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan. Penglibatan guru bersama dengan ibu bapa dan
murid-murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan akan lebih
memudahkan guru untuk membawa perubahan kepada masyarakat.
Misalnya, semasa saya mengajar di Pahang pada tahun pertama,
saya telah mengendalikan sukan air bersama-sama dengan ibu bapa,
guru-guru dan juga penduduk kampung bagi menjayakan sukan

Guru pelatih

tersebut.
: Pada pendapat cikgu, bagaimanakah seseorang guru itu boleh
melaksanakan inovasi dalam pengajarannya?

Transkrip Temu Bual


Guru
cemerlang

: Saya berpendapat bahawa setiap guru perlu sentiasa bertindak secara


inovatif dan kreatif dalam mengatasi sebarang masalah. Inovasi yang
saya katakan ini bermaksud guru perlu sentiasa berfikir di luar kotak,
apa sahaja cara baharu yang digunakan oleh guru dalam pengajaran
itu dikira sebagai inovasi. Contohnya, guru boleh mengamalkan
pengajaran

dan

pembelajaran

yang

berpusatkan

murid

atau

pembelajaran kendiri supaya murid berupaya menyelesaikan segala


Guru pelatih

masalah dengan lebih berkeyakinan dan berkemahiran.


: Sungguh panjang lebar penerangan cikgu. Baiklah, ini merupakan
soalan yang terakhir untuk sesi temu ramah kita pada hari ini. Pada

Guru
cemerlang

pendapat cikgu, apakah cabaran masa kini sebagai seorang guru?


: Pada pendapat saya, antara cabaran yang dihadapi oleh setiap guru
pada masa abad ke-21 ini ialah kaedah chalk and talk bukan lagi
suatu kaedah yang sesuai dalam menyampaikan pengajaran pada
masa kini. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan,
teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang
diperkenalkan. Saya berpendapat bahawa setiap guru harus sentiasa
memperbaharui ilmu pengetahuan dan kemahiran diri. Bagi saya, saya
sentiasa mengikuti dan menghadiri kursus yang berkaitan dengan
Frog

VLE.

Selain

menggunakan

power

point,

saya

juga

mengaplikasikan kemahiran ICT yang dipelajari dalam p&p di dalam


kelas. Sebelum memasuki kelas, saya akan menghasilkan portal bagi
menyediakan tugasan yang berkaitan dengan tajuk yang diajar di Frog
VLE dan meminta murid untuk menyiapkan tugasan tersebut di portal
Guru pelatih

semasa waktu pembelajaran di dalam kelas.


: Sebelum menamatkan sesi temu ramah ini, kami ingin mengambil
kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada cikgu

Guru
cemerlang

kerana sudi meluangkan masa bersama kami.


: Sama-sama. Diharapkan apa-apa yang saya kongsikan tadi dapat
memberikan panduan kepada anda semua untuk menjadi seorang
guru yang cemerlang pada masa hadapan.

You might also like