You are on page 1of 1

Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia.

Membaca amat penting dalam membentuk


masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat
membaca dalam kalangan anak-anak.
Membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan seseorang itu. Aktiviti membaca pasti membawa
pelajar memperoleh maklumat terkini.Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan
membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.Masa adalah emas
dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah
tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian. Pelajar yang
kerap membaca buku akan memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kejayaan ini berlaku
kerana banyak fakta yang perlu dihafal apabila pelajar menjawab soalan peperiksaan umum negara ini.
Ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau
semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anakanak akan gemar membaca buku seumur hidup.Ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di
rumah.Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh
menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi
dengan buku-buku yang bersesuaian yang dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Ibu bapa
perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat
dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak.
Konklusinya, amalan membaca membolehkan pelbagai jenis ilmu diperoleh oleh generasi muda kita.
Peranan dan sikap ibu bapa amat penting dalam memupuk sikap membaca ini kerana merekalah yang
menjadi teladan kepada anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkannya.

You might also like