You are on page 1of 1

15.

RUMUSAN
Permintaan terhadap perabot semakin meningkat pada zaman sekarang. Perabot diperlukan
bukan hanya kerana fungsinya tetapi perabot kini sudah menjadi produk berfesyen dan petunjuk
gaya hidup moden.Peluang perniagaan perabot mempunyai prospek yang baik pada masa depan.
Perniagaan saya ialah sebuah perniagaan yang sedang berkembang maju. Saya berharap
prestasi semasa perniagaan saya dapat ditingkatkan dengan cadangan seperti mengadakan promosi
jualan,menyertai pameran perabot dan mempelbagaikan jenis perabot untuk dijual. Saya berharap
cadangan-cadangan itu dapat meningkatkan hasil jualan dan keuntungan dalam jangka masa
pendek.
Saya juga berharap prestasi jangka panjang perniagaan ini dapat ditingkatkan dengan
perancangan ubah suai kedai sedia ada dan pembukaan dua cawangan baharu pada masa akan
datang. Projek membuka cawangan baharu memerlukan modal yang banyak. Lantaran itu, saya
merancang untuk membuat pinjaman daripada bank pada masa akan datang. Saya berharap
cadangan-cadangan itu dapat meningkatkan hasil jualan dan keuntungan dalam jangka masa
panjang.
Saya berharap semua cadangan yang saya kemukakan akan dilaksanakan dengan berjaya dan
prestasi perniagaan akan semakin meningkat pada masa hadapan.
Melalui tugasan ini,saya telah menggunakan pengetahuan sedia ada dalam mata pelajaran
Prinsip Perakaunan untuk menyediakan Jurnal Khas berdasarkan maklumat daripada kad stok,
mengeposkan catatan dari Buku Catatan Pertama ke Lejar,menyediakan Imbangan Duga
Terselaras,menyediakan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira mengikut format perakaunan
yang diamalkan.
Saya juga mengira nisbah,membuat tafsiran nisbah, menyediakan belanjawan tunai dan akhir
sekali saya telah mengemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan prestasi perniagaan.
Antara konsep, prinsip dan andaian perakaunan yang telah saya kuasai semasa penyediaan
tugasan projek ini ialah seperti catatan bergu, kos sejarah dan wang sebagai ukuran.
Antara iktibar yang saya peroleh melalui tugasan projek ini ialah saya dapat memahami dan
menghayati proses kitaran perakaunan untuk suatu tempoh perakaunan dan membuat perancangan
perniagaan untuk masa hadapan.

31

You might also like