You are on page 1of 19

Amalan Kitar

Semula di
Kawasan Kajian
Wakaf Che
Yeh,Kelantan

Nama : MUHAMAD SYAHRUL ANUAR B.ZAID


Tingkatan : 3 JAYA
Nama guru: EN.RUSDI BIN OTHMAN
Kandungan
 Penghargaan……………………………………….....

 Pendahuluan …………………………………………

 Objektif Kajian……………………………………......

 Kawasan Kajian ……………………………………...

 Kaedah Kajian………………………………………...

 Dapatan Kajian………………………………………..

 Rumusan………………………………………………

 Lampiran………………………………………………
Seribu Mawar,,
Sejuta Cabaran
Assalamualaikum……….

Alhamdulillah,syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaannya dapat


saya menyiapkan folio ini sebaik mungkin.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa serta guru geografi
saya,Puan Rosemini dan rakan-rakan seperjuangan kerana memberi sokongan,bantuan
serta dorongan kepada saya dalam menjayakan folio ini.

Saya berharap dengan kesungguhan saya ini,akan mendapat keberkatan daripada Allah
s.w.t dan akan mendapat markah yang baik.Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih
.sekali lagi kepada cikgu yang telah membantu saya dalam menyiapkan folio ini
Pendahuluan

Tajuk kajian saya ialah amalan kitar semula sebagaimana yang dipilih oleh guru
saya.Saya memilih kawasan Wakaf Che Yeh kerana di situlah sekolah dan rumah
saya.Hal ini dapat memudahkan saya untuk mengkaji kawasan ini dengan teliti dan
senang untuk saya membuat temu janji dengan kawan saya untuk sama-sama berbincang
bagi menghasilkan folio ini dengan sebaik mungkin.Tempoh masa kajian yang dijalankan
saya ialah selama 3 minggu.
Objektif Kajian
 Mengenal pasti konsep kitar semula.
 Mengenal pasti jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula.
 Mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula.
 Mengenal pasti masalah dan halangan amalan kitar semula.
 Mengenal pasti langkah-langkah dan cadangan mengatasi masalah dalam
melaksanakan amalan kitar semula.
 Menerapkan nilai atau unsur patriotisme.

Kawasan Kajian
Saya telah memilih Wakaf Che Yeh sebagai kawasan kajian saya.Wakaf Che Yeh
ialah sebuah kawasan yang amat terkenal sekarang dengan pelbagai keistimewaannya,
namun Wakaf Che Yeh dahulunya adalah sebuah pekan yang kecil saja dan di sinilah
tempat untuk masyarakat berkunjung untuk membeli barang dan makanan.Orang lebih
ramai datang ke pasar tani di Wakaf CheYeh pada setiap hari Jumaat.Wakaf Che Yeh
sekarang telah menjadi maju dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Wakaf CheYeh adalah kawasan yang terletak di selatan Kota Bharu dan ianya juga
berada di pinggir bandar.Kawasan Wakaf CheYeh adalah kawasan tanah pamah yang rata
yang mudah dibangunkan.Jarak kawasan Wakaf Che Yeh dari bandar ialah sejauh 4
kilometer.
Kaedah Kajian

Sebelum memulakan kajian,saya telah mengenal pasti beberapa kaedah kajian yang akan
saya gunakan untuk membuat kajian. Berikut ialah kaedah yang telah saya gunakan untuk
membuat kajian di kawasan Wakaf Che Yeh.

 Pemerhatian ; saya telah memerhati untuk mengenalpasti amalan kitar semula


yang terdapat di kawasan Wakaf Che Yeh.

 Rujukan ; selain itu,saya juga membuat rujukan di perpustakaan sekolah saya


dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat mengenai amalan kitar
semula dalam menyiapkan folio ini.

 Temu Bual ; disamping itu,saya juga telah menemu bual penduduk di sekitar
rumah saya dan juga di kampung lain untuk mendapat maklumat mengenai
amalan kitar semula di kawasan Wakaf Che Yeh.
Dapatan Kajian
8.1 Konsep Kitar Semula ;

Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai menggunakan semula atau memproses


barang-barang yang telah digunakan menjadi barang-barang baru.Antara barang yang
boleh dikitar semula ialah kertas,botol,kaca,plastic,pakaian dan aluminium.Konsep 3R
(Reduce,Reuse dan Recycle) telah diperkenalkan untuk mengendalikan barang-barang
yang boleh dikitar semula.

8.2 Bahan-bahan yang boleh dikitar semula ialah ;

 Kertas
 Kaca
 Mineral
 Getah
 Plastik
 Tekstil
 Sisa makanan
 Kayu
 Air
`
Amalan Kitar Semula ;

1. Mengguna semula- barang seperti botol terpakai boleh dibersihkan dan


digunakan semula untuk menyimpan barang seperti alat-alat tulis dan
sebagainya.Selain itu,beg kertas daripada pusat membeli belah boleh digunakan
semula.Maka,jika amalan ini dapat dilaksanakan oleh semua masyarakat,jumlah
sampah yang dibuang setiap hari dapat dikurangkan.

2. Memberi sumbangan kepada pihak lain- barang seperti buku dan majalah
boleh diderma kepada pihak tertentu.Selain itu,pakaian pula boleh diderma
kepada rumah kebajikan seperti rumah orang tua,rumah anak yatim dan lain-lain
atau diderma kepada keluarga yang kurang berkemampuan atau kepada ahli
keluarga sendiri.Disamping dapat membuat kebajikan,ianya juga dapat
mengurangkan masalah kemiskinan di negara ini.

3. Menghasilkan bahan baru- barang seperti kaca atau aluminium dapat diproses
menjadi barangan kaca yang baru atau barang baru yang lain.Barang yang baru ini
dapat dijual dan ini dapat menambahkan lagi pendapatan keluarga.Oleh
itu,amalan seperti ini perlu diterapkan dalam setiap diri masyarakat.
8.3 Kepentingan Kitar Semula ;

1. Kitar semula untuk menambah pendapatan.

Kita boleh menjana pendapatan sampingan dengan mengitar semula.Kita boleh


menjual barang-barang tidak diperlukan yang boleh dikitar semula kepada pusat kitar
semula,kedai-kedai dan lain-lain lagi.Dengan ini,kita akan dapat menambahkan lagi
pendapatan yang diperoleh selain daripada bekerja.

2. Kitar semula untuk menambah peluang pekerjaan.

Jika semakin ramai orang yang mengamalkan proses kitar semula, negara kita akan
membuka lebih banyak kilang untuk memproses bahan kitar semula tersebut.Secara
tidak langsung,ini akan menambah peluang pekerjaan kepada penganggur untuk
bekerja di kilang tersebut.

3. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran.

Sampah-sarap yang berlonggokan di dalam tong sampah,lori sampah,dan di tepi jalan


menyebabkan berlakunya pencemaran udara.Dengan mengamalkan amalan kitar
semula,pencemaran tersebut akan dapat dikurangkan.

4. Kitar semula untuk mengurangkan penggunaan sumber,kos, dan tenaga.

Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda bagaikan menjimatkan penggunaan


tenaga televisyen selama 3 jam. Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum
anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang
pokok.Untuk menghasilkan 1 tan kertas,sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang
Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yana perlu ditebang.
Dengan mengitar semula 1 botol kaca,anda bagaikan menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.

Dengan amalan kitar semula ini,ia akan dapat menerapkan unsur tanggungjawab dan
sayangkan kepada negara.
8.4 Masalah /halangan Amalan Kitar Semula

Ketika melaksanakan kerja kursus ini,terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti
iaitu :

1. Sikap

Terdapat segelintir yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini.Mereka


membakar begitu sahaja sampah yang boleh dikitar semula seperti plastic dan
kertas.Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

2. Kurang Pengetahuan

Selain itu,kebanyakan penduduk kampung membuang bahan kitar semula ini begitu
saja adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar
semula.Mereka lebih suka membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula.
Bagi mereka,amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak berfaedah.

3. Harga Terlalu Rendah

Hampir kesemua pusat pengumpulan membeli barangan kitar semula dengan harga
yang sangat rendah.Kertas dibeli dengan harga tidak kurang daripada 20 sen untuk 1
kg.Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih suka membuang dan membakar
bahan tersebut daripada menjualnya kerana ianya tidak menguntungkan.
8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

Beberapa langkah perlu dilakukan untuk menggalakkan lebih ramai penduduk di kawasan
kajian mengamalkan amalan kitar semula.

Antara langkah tersebut ialah :

1. Pendidikan

Para guru di sekolah perlu menggalakkan murid-murid untuk mengamalkan amalan


kitar semula.Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat
menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah.Pihak sekolah juga
boleh mengadakan pertandingan kitar semula berserta hadiah yang menarik untuk
menarik minat para pelajar.

2. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan

Kerajaan perlu menyediakan kemudahan pusat pengumpulan untuk memudahkan


penduduk menghantar bahan untuk dikitar semula sekaligus mendorong mereka
untuk mengitar semula.Ini penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak
membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati.Ini dapat mengelakkan
daripada berlakunya pembaziran.

3. Kempen

Orang ramai mesti sentiasa diingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar
melalui kempen.Para pekilang,usahawan. Dan peniaga serta orang awam mesti
digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap
alam sekitar.Kempen alam sekitar semula inidijalankan melalui media massa.Kaedah
dan aktiviti yang dijalankan ialah ceramah,pameran,kem kesedaran alam,bengkel
alam sekitar,lawatan penyebaran maklumat alam sekitar serta melalui media cetak
dan media elektronik.Agensi kerajaan yang terlibat dengan kempen alam sekitar ini
ialah Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Bahan
Grafik
Rumusan
Kitar semula merupakan amalan yang perlu dipupuk oleh setiap rakyat Malaysia
sejak dari kecil lagi.Apabila kita mengamalkan kitar semula,banyak pokok akan dapat
diselamatkan dari ditebang.Selain itu,alam sekitar pula akan sentiasa terpelihara daripada
sebarang ancaman dan bahaya.Sikap bertanggungjawab dan cintakan alam sekitar perlu
ada dalam diri setiap seorang rakyat di Malaysia supaya seruan kerajaan untuk
mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan
masyarakat.Oleh itu,amalan kitar semula ini perlu diamalkan oleh semua pihak.
Lampiran
Rujukan
Buku teks

 Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan,2004 Geografi Tingkatan 3

 Chong mui seng dan rakan,2002 Geografi Tingkatan 1

Buku rujukan

 Kursus Cepat PMR

 Oxford Fajar,Whizz Thru PMR

Internet
 http:/forestry.pahang.gov.my/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=85&Itemid=131

You might also like