You are on page 1of 6

27 SEP 2015

Konsep
Kesedaran tentang perlunya penjagaan kebersihan bilik darjah,
kantin, padang permainan, taman bunga, tandas serta keseluruhan
persekitaran sekolah haruslah dipupuk dalam minda pelajar.
Penghayatan terhadap keceriaan, keindahan dan kebersihan
hendaklah dibudayakan supaya akan menjadi amalan bagi setiap
pelajar.
Hidup sihat di sekolah
Mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat,bersih, indah dan
ceria
Menimbulkan 'sense of belonging' dan rasa sayang kepada sekolah
Masalah disiplin sekolah seperti merosakkanharta benda sekolah
(vandalisme) dapat diatas
Piawaian bersih
Tiada Contengan
Tiada Goresan
Tiada Sampah
Tiada Sawang
Tidak Berhabuk Atau Berdebu
Tidak Berlumut
Tidak Berbau Yang Kurang Menyenangkan
Sentiasa Dinyahkuman Untuk Mengelakkan Bakteria
Dalam Warna Asal

Berfungsi
Dijaga dan disenggara dengan baik
Boleh digunakan dengan sempurna pada bila-bila masa

Selamat
Tidak berbahaya
Tidak menjadi tempat pembiakan serangga atau haiwan perosak

Matlamat
Segala usaha pihak sekolah berhubung dengan kebersihan dan keceriaan
hendaklah ditumpukan ke arah mewujudkan suasana dan tradisi sekolah
yang dapat dibanggakan bersama oleh pelajar, guru dan ibu bapa.
((SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1996 : Sikap Mengutamakan
Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar)

Objektif
Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang
berterusan dalam menjalani hidup seharian.
Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap
kebersihan, keindahan dan kecerian, serta menghargai kemudahan
yang disediakan.
Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bekerja sebagai
satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.
Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan
maksimum.
Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat,
bersih, indah dan ceria.

Contoh aktiviti kebersihan yang dijalankan di sekolah

Gotong-royong
- di antara pelajar dengan guru atau PIBG
Pertandingan
- adakan pertandingan kelas contoh (bersih, cantik dan indah)
Program 3K (kesihatan, kebersihan dan keindahan)

Pengurusan & Perlaksanaan


Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan sekolah
mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isu berkaitan
keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah
Meliputi 3 program berasingan:
Program Sekolah Selamat
Program Kesihatan dan Kebersihan
Program Keceriaan Dan Keindahan Sekolah
Sebanyak 900 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara
melaksanakan program ini pada tahun 2004 berbanding 30 buah sekolah
pada tahun 2003.
Setiap program disertai oleh 30 buah sekolah (15 sekolah menengah & 15
sekolah rendah).
Setiap negeri diwakili oleh 2 buah sekolah.(rendah & menengah)
Merujuk surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
penyusunan semula program 3K ini dilakukan untuk mengelakkan
pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelum ini iaitu
Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah.
"Memandangkan terdapat beberapa pertindihan objektif bagi kedua-dua
program tersebut, maka Kementerian Pendidikan telah memutuskan
kedua-dua program disusun semula supaya lebih efektif dari sudut

pelaksanaan.
Mulai tahun 2004,hanya terdapat 1 program sahaja. (Datuk Abdul Rafie
Mahat
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia).
Setiap program dipantau oleh tiga pasukan yang berasingan, terdiri
daripada pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan juga agensiagensi kerajaan lain yang relevan dengan program tersebut.
Akhbar Utusan Malaysia menerusi ruangan Pendidikannya adalah akhbar
rasmi program ini sejak program ini diperkenalkan, selain penaja lain, Tetra
Pak.

Peranan Sekolah
Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang
berterusan dalam menjalani hidup seharian
Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bekerja sebagai
satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah
Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan
maksimum
Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat,
bersih, indah dan ceria
Sekolah perlu memastikan program ini mengikut piawai yang
ditetapkan oleh kementerian iaitu :
- Bersih
- Berfungsi
- Selamat

Bersih

Kawasan sekeliling sekolah perlulah bersih dari contengan, goresan,


sampah, sawang, habuk dan debu.
Permukaan simen yang berlumut serta bau yang kurang
menyenangkan perlulah dibersihkan dan dinyahkuman untuk
mengelakkan bakteria ataupun virus-virus yang bahaya.

Berfungsi
Segala peralatan yang menjadi hak milik sekolah perlu dijaga dan
diselenggara dengan baik, cekap serta efisyen.
Ini bertujuan barangan atau alatan itu dapat digunakan pada bila-bila
masa yang diperlukan.

Selamat
Pihak sekolah perlu memastikan bahawa program yang dilaksanakan
itu menepati ciri-ciri keselamatan dan mengikut peraturan.
Selain itu perlu dipastikan juga tidak ada sebarang tempat yang
boleh menjadi tempat atau sarang pembiakan haiwan perosak atau
serangga.

Peranan Pengetua/Guru Besar dan Pentadbir Sekolah


Memberi penerangan jelas kepada guru mengenai pelaksanaan
amalan kebersihan
Menubuhkan Jawatankuasa kebersihan yang dianggotai oleh guruguru, agensi kerajaan yangberkaitan, wakil masyarakat setempat dan
juga badan bukan kerajaan
Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan
warga sekolah.
Mengambil kira pengalaman murid dan guru sebelum menjalankan
aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan.

Pengurusan sumber sedia ada mengikut kemampuan sekolah

Peranan Ibu Bapa


Melibatkan diri secara aktif
Menyokong aktiviti atau program yang dirancang oleh pihak sekolah
Memberi bantuan kepakaran, kewangan,barangan serta sokongan
moral kepada sekolah .
Memberi galakan kepada anak untuk menyertai aktiviti
Memberi cadangan aktiviti yang boleh di laksanakan kepada
Jawatankuasa
Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan gaya hidup
sihat

You might also like