You are on page 1of 23

1.

PENGENALAN
Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elaktrik

yang mula - mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan kebahagian
bahagian lain beban atau bangunan. la juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan
pemasangan. Didalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan
perlindungan. Bekalan masuk utama yang boleh dikawal dan perlindungan utama untuk
melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan disini. Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU
adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus bagi menentukan kegunaan PSU itu
sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban
elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.
2.0

FUNGSI PAPAN SUIS UTAMA


Antara fungsi PSU ialah :
i.

Menerima bekalan
-

ii.

Mengagih bekalan
-

iii.

Mengagihkan bekalan kepada sub-sub kecil

Mengawal bekalan
-

iv.

Menerima bekalan dari pemegang lessen atau janakuasa

Mengawal pepasangan (OFF dan ON)

Memberi perlindungan
-

Melindungi keseluruhan perpasangan

3.0

KESELAMATAN
Dalam menjalankan tugas terutama mengendali Papan Suis Utama bagi sesuatu

bangunan atau kompleks, perkara yang penting sekali diingat ialah keselamatan nyawa dan
hartabenda, oleh sebab itu beberapa peraturan telah dikuatkuasa oleh JBE/STM, lEE dan
TNB. Kesemua peraturan ini mementingkan satu perkara iaitu "KESELAMATAN NYAWA
DAN HARTABENDA ".
Beberapa perkara yang mustahak diberi penekanan ialah:
i.

Bilik Suis hendaklah terletak di tempat yang sesuai dari segi keselamatan dan
kedudukan beban-beban elektrik yang akan disempurnakan kepadanya.

ii.

Saiz-saiz papan suis dan kabel-kabel adalah mencukupi untuk membawa beban-beban
elektrik yang dirancang dan juga jangka-jangka berkaitan disediakan untuk
menunjukkan beban, voltan dan lain-lain.

iii.

Alat-alat perlindungan disediakan untuk keselamatan pepasangan dan juga


keselamatan pengendali pepasangan semasa kerosakkan berlaku.

iv.

Litar-litar perlu disusun dan dibahagikan di papan-papan agihan supaya bahagian


yang rosak atau yang memerlukan senggaraan boleh diasingkan daripada sistem
elektrik dengan mudah.

v.

Alat-alat elektrik yang digunakan adalah jenis yang bermutu dan telah diluluskan
kegunaannya oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Penempatan pepasanganpepasangan elektrik perlu dirancang dari segi keselamatan pepasangan dan
penggunaan dengan mengambil perhatian tentang kelegaan tempat kerja untuk
menjalankan kerja-kerja senggaraan dengan selamat

4.0

JENIS-JENIS PAPAN SUIS UTAMA


Kepingan keluli yang digunakan membuat PSU mestilah berukuran tidak kurang

daripada 2.6 mm. (ketebalan) ianya disalut zink bagi melawan karat.Saiz Papan Suis Utama
yang direka biasanya mempunyai 20% spare untuk tambahan kemudian hari - untuk
tambahan suisgear/pengasing, kabel, kapasitor bank dan alatan lain.
Papan Suis Utama juga mestilah dibumikan mengikut peraturan yang telah ditetapkan
dengan menggunakan pita tembaga (copper strip) berukuran l"x 1/8" dan batang tembaga
teras keluli sebagai elektrod bumi (copper rode).
i.

Jenis lekat di dinding (Wall Mounted) - Untuk pemasangan kecil sehingga 100 A.

ii.

Jenis pedestal Untuk pemasangan yang sederhana (mempunyai kaki)

iii.

Jenis cubicle Untuk pemasangan-pemasangan yang besar.

Kebanyakan jenis cubicle dibuat dalam bentuk truck yang boleh memuatkan suis gear
secara disorong masuk dan mudah ditarik keluar bagi kemudahan penyelenggaraan
dan pembaikan

5.0

BINAAN
Papan suis utama terdiri dari binaan rangka utama yang menyokong berat segala

peralatan yang terdapat dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah minimum 10G berbentuk Usection channel. Rangka yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang
sesuai dan dengan jarak 25mm supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini
4

dipanggil jenis modular dimana ia boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu
dengan menyambung sahaja rangka tambahan. Di bahagian luar sekelilingnya dititutup
dengan kepingan logam tebal tertentu (tebal minimum 10G) dibahagian belakang dan tepi
PSU. Palang bus pembumian dangan keratan rentas yang mencukupi hendaklah dipasang
dibahagian bawah sebelah dalam PSU meliputi keseluruhan panjang PSU tersebut.

Rangka (Frame)
6.0
i.

KELAS PAPAN SUIS UTAMA


Tiada pemisah (no compartmen)
- Tiada dinding pemisah di antara bahagian - bahagian dalam PSU

ii.

Sebahagian pemisah (semi compartmen)


- Sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang lain.

iii.

Sepenuhnya pemisah (fully kompartmen)


- Semua bahagian diasingkan dari yang lain.
Jenis mana yang kita mahukan bergantung kepada keperluan, kesesuaian, tahap

keselamatan dan harga yang perlu kita bayar. Jenis yang paling baik dan mahal ialah setiap
kompartment dalarn PSU diasingkan dengan dinding logam supaya apabila berlaku percikan
api elektrik bahagian lain tidak terlibat. Selain mahal ianya juga berat.
Jenis sederhana baik hanya memisahkan sebahagian sahaja kompartment terutama
bahagian ruangan ACB kerana disinilah selalunya berkemungkinan besar berlaku percikan
api elektrik.

7.0

LOKASI DAN KEPERLUAN PAPAN SUIS UTAMA

Lokasi Papan Suis Utama


i.

Diletakkan di mana terdapat penempatan beban yang tinggi, bagi mengurangkan

ii.
iii.
iv.
v.

perbelanjaan submains dan kabel.


Bilik suis hendaklah diletakkkan di suatu tempat yang terhindar daripada banjir.
Saluran-saluran yang mencukupi bagi kemasukan dan juga keluaran kabel.
Ditempatkan di dalam kawasan khas dan mempunyai pintu yang berkunci.
Panjang, lebar dan tinggi papan suis juga diambilkira sebelum merekabentuk ruangan
untuk papan suis utama.

Keperluan di dalam bilik PSU .

i.

Ruang kosong berukuran 2 1/2' di bahagian belakang dan 4 1/2' hingga 5' di bahagian
hadapan papan suis bagi kemudahan membuat kerja-kerja senggaraan (jenis cubicle)

ii.
iii.
iv.
v.

Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.


Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti-vermin proof nettings.
Tersedia lampu dan soket alir keluar yang mencukupi.
Tersedia dengan Alat Pemadam Api (CO2) mudah-alih (dan jika terpasang bersama
dengan sistem pencegahan kebakaran adalah baik), Carta Pertolongan Cemas (CPR),
Kotak Perubatan dan Tikar Getah di sepanjang PSU.

vi.

Rajah Skema (satu garis) lengkap hendaklah dipaparkan dalam bilik PSU.

8.0
i.

KOMPONEN UMUM PAPAN SUIS UTAMA


Busbar
Busbar yang digunakan adalah dari jenis 'hard drawn high conductivity
copper' yang boleh tahan keadaan kerosakan maksima 31 MVA. Basbar hendaklah
dicat dengan warna merah, kuning, biru dan hitam bagi mengenali fasa dan neutral.
Neutral basbar mestilah mempunyai saiz yang sama dengan basbar fasa.
Basbar mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar
utama ke pemutus-pemutus litar yang lain. Ianya digunakan menggantikan kabel
disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas serta mudah melaksanakan kerja
pemasangan. Kedudukan palang bas biasanya mendatar, tetapi ada yang menegak dan
ada juga yang mengabungkan kedua-duanya. Palang bas hendaklah mempunyai
ketumpatan arus tidak melebihi 1.5A/mm persegi.

ii.

Pengasing (Isolator)
Pengasing (Isolator) digunakan hanya untuk pengasingan tempatan sahaja.
Ianya tidak digunakan untuk mengawal kabel. Pengasing (Isolator) adalah berlainan
daripada suis dimana ianya dikehendaki di 'OFF' apabila litar berkenaan tiada
membawa arus. Tujuannya bagi mempastikan yang bekalan tidak boleh dipulihkan
sekiranya suis kawalan di 'ON', yang boleh mendatangkan bahaya jikalau pada ketika
itu pengendali tidak menyangka litar-litar dihidup semula atau pun pada ketika itu
penyelenggaraan mekanikal sedang dibuat.

iii.

Alatubah Arus (Current Transformer)

Alatubah arus (current transformer) digunakan di dalam sesuatu pemasangan


adalah bagi mengelakkan penempatan jangka ampiar, jangka faktor kuasa dan geganti
terus kepada talian.
Pemasangan meter dan geganti dengan menggunakan CT mempunyai kebaikan
berikut:a) Alat yang dikeluarkan daripada talian dengan terminal yang telah dibumikan,
dengan itu pengguna dan peralatan boleh dijauhkan dari apa-apa punca
bahaya.
b) Nisbah arus di dalam jangka akan menjadi 1/K kali arus talian dan dengan
pergerakan jangka sebanyak 5 A boleh digunakan bagi mengukur arus yang
lebih besar.

iv.

Kabel
Kabel yang biasa terdapat atau yang berkaitan dengan PSU ialah dari jenis:
a) PVC.
b) PVC/PVC.
c) PVC/SW A/PVC.
d) PILCDSTAR.
Bekalan masuk selalunya melalui kabel bawah tanah. Kalau PSU berada ditingkat

bawah, tempat dimana ianya selalu ditempatkan, kabel bawah tanah masuk melalui parit
kabel (cable trench) dan ditamatkan menggunakan kotak kabel (cable box) atau cable gland.
Hujung kabel dipasang telinga kabel (cable lug), melalui telinga kabel inilah kabel
disambungkan menggunakan skrew dan nut kepada pemutus litar.
Kabel keluar disambungkan dari palang bas melalui pemutus litar. Saiznya selalunya
lebih kecil dari kabel masuk. ia keluar melalui parit kabel atau melalui trunking atau dulang
kabel (cable tray), bergantung kepada kemana kabel tersebut pergi, samada ke dalam
bangunan atau keluar bangunan.
10

Cable-box termination digunakan untuk kabel PILCDSTAR dan bagi kabel


PVC/SWA/PVC, cable-gland termination digunakan. Kabel-kabel tersebut kebiasaannya
diamalkan untuk pemasangan kabel bawah tanah.

v.

Penyentuh (Contactor)
Penyentuh atau contactor terdiri daripada banyak jenis. Ianya selalu
digunakan bersama-sama dengan alat-alat seperti suismasa (timeswitch), kapasitor
bank, motor-motor dan lain-lain peralatan memandangkan sesentuh mempunyai
keupayaan memutus beban tersambung. Sesentuh mempunyai relay coil yang
membuka dan menutup suis. Ianya boleh didapati dalam berbagai sukatan arus
bergantung kepada alat-alat yang hendak digunakan

vi.

Basbar Coupler
Juga merupakan pengasing, biasanya digunakan untuk menyambung dua
basbar dari berlainan kemasukan dengan keadaan yang sama. Untuk menggelakkan
Basbar Coupler (pengganding) dan dua kemasukan bekalan yang berlainan
diONkan serentak, ianya mesti dijalin dengan kekuncikaitpunca (interlocked).
11

vii.

Sesentuh tukar alih (change over contactor)


Sesentuh tukar alih secara asasnya adalah sejenis pengasing, mengandungi dua
set sesentuh tetapi dalam satu-satu masa hanya satu sahaja boleh ditutup. Setiap
sesentuh menerima bekalan dari punca yang berlainan, lazaimnya satu bekalan dari
TNB dan yang satu lagi dari janakuasa tunggusedia. Pada satu-satu masa hanya satu
sahaja bekalan boleh disambungkan ke palang bas PSU. Ia mempunyai ciri-ciri
interlock elektrikal dan mekanikal

9.0
i.

KOMPONEN PERLINDUNGAN PAPAN SUIS UTAMA


Suis Fius (low current}
Ianya adalah sesuatu unit tunggal terdiri daripada pengasing bersiri dengan fius HRC.
Ianya tidak terasing dari litar apabila suis di OFF kan, berbentuk SP&N dan TP&N
dengan ukuran piawai 15A, 20A, 30A, 45A dan 60A.

12

ii.

Fius Suis (high current)


Merupakan Pengasing dan juga sebagai alat perlindungan di mana fius HRC
ditumpangkan di dalam pengasing membentuk sebahagian daripada jalan pengalir
pengasing itu. Apabila di'OFF'kan fius terpisah dari palang basbar. Keutamaannya
digunakan bagi mengawal beban yang berbentuk TP&N dengan ukuran piawai 60A,
100A, 160A. 200A, 300A, 400A, 500A, 600A, 800A dan 1200A hingga 2000A.

iii.

Fius
Fius merupakan bentuk perlindungan arus berlebihan yang paling senang. Fius-fius
yang biasa digunakan ialah:
a) Fius 'rewireable' iaitu sejenis fius yang paling ringkas dan murah yang masih
digunakan dengan meluas disamping banyak keburukannya.
b) Fius 'catridge' adalah lebih berkemajuan di mana sukatan bagi penukaran
elemen fius telah ditetapkan oleh pihak pengeluar. Dengan ini sukatan fius
boleh diketahui dengan mudah dan tepat.
c) Fius HRC berkebolehan menghindar arus-arus kerosakan yang berat dengan
selamat. Sifat-sifatnya boleh direka untuk disesuaikan dengan keadaan beban.
Fius-fius jenis ini biasa digunakan bagi melindungi beban-beban industri yang
13

besar, kabel-kabel utama dan keadaan lain di mana kerosakan-kerosakan arus


yang besar berlaku.

iv.

Residual Circuit Breaker/Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB)


Residual Current' membawa maksud arus baki. lni bermakna alat ini
bergantung terus kepada keadaan di mana terdapat perbezaan di antara arus
(ketidakseimbangan) yang masuk melalui sesuatu beban dan arus yang keluar dari
beban yang sama. Dalam ertikata yang lain, alat ini hanya akan bertindak apabila
mengalami keadaan tersebut. Alat ini juga dikenali dengan nama Earth Leakage
Circuit Breaker (ELCB) dan untuk membezakan ianya dari kendalian voltan, ianya
telah dikenali dengan nama Residual Current Device (RCD).

Residual Circuit Breaker


v.

Pemutus Litar Kecil (Miniature Circuit Breaker - MCB)


MCB digunakan sebagai gantian fius untuk mengawal pemasangan domestik dan
beban-beban yang kecil. Ia biasanya dipasang pada litar yang menggunakan bekalan
satu fasa.
Sifat-sifat MCB ialah:
14

a) Nilai terpelantik beban telah ditetapkan oleh pihak pengeluar dan tidak boleh
ditukar.
b) Ia akan terpelantik bila berlaku beban lebih (overload). Tidak perlu ditukar,
hanya perlu diONkan semula.
c) Litar-litar yang rosak senang dikesan.
d) Bekalan boleh dipulih dengan cepat dan mudah
vi.

Pemutus Litar Kotak Teracu (Moulded Case Circuit Breaker - MCCB )


Dengan perubahan teknologi, MCCB direka untuk pengguna dengan kadaran
arus sehingga 400A, dan di masa akan datang kemungkinan ianya mampu membawa
arus yang lebih tinggi lagi. Dari segi penggunaan, MCCB adalah pengganti kepada
fius dan dipasang untuk mengawal litar tiga fasa. Ianya mempunyai beberapa
kebaikan jika dibandingkan dengan fius. MCCB hanya perlu diONkan sahaja
sekiranya ia memutus (trip). Ketiga-tiga fasa akan memutus apabila berlaku beban
lebih pada salah satu fasa maka masalah single phasing tidak berlaku. MCCB boleh
melindungi arus bocor ke bumi dengan disambungkan pada CT dan geganti rosak ke
bumi (E/F) tetapi ianya bergantung kepada binaan sesuatu MCCB. Dengan itu masa
senggaraan dapat dikurangkan dan kos dapat dijimatkan.

vii.

Pemutus Litar Udara (ACB)


Pemutus Litar Udara jika digunakan bersendirian tidak boleh memberi apa-apa
perlindungan kerana pemutus litar ini berfungsi sebagai pengasing sahaja. Ia mesti
dilengkapkan dengan geganti beban lampau (OCR) dan geganti kerosakan bumi
(EFR) dan dibantu oleh alatubah arus (current transformer).
15

Saiz Pemutus Litar Udara yang terkecil sekali ialah 630A. Biar pun saiznya 630A
tetapi ianya boleh ditatah untuk 300A asalkan nisbah alatubah arus (CT) yang
digunakan ialah 300/5A atau penatahan dilakukan pada geganti beban lampau.
Pemutus litar udara hendaklah berfungsi seperti yang telah ditetapkan seperti berikut:100% terus menerus (to carry). 120% selama lima (5) minit (to trip within 5 min.).
150% terpelantik serta merta (to trip in 1 sec.).
viii.

Geganti (Relay)
Geganti digunakan bertujuan untuk menentukan pada tahap kerosakan bagaimana
yang memerlukan pemutus litar bertindak memutuskan bekalan. Secara amnya,
geganti yang terdapat pada PSU voltan rendah digunakan untuk perlindungan arus
lebih, beban lebih dan rosak ke bumi.
Ada dua jenis utama:
a) Instantaneous (serta merta)
Akan memutuskan bekalan sebaik saja nilai kerosakkan mencapai tahap
ditentukan (set value). Oleh itu ia tidak mempunyai penatah masa.
b) Lewat masa (time delay)
Mempunyai penatah masa, walaupun nilai kerosakan telah mencapai tahap
ditentukan (set value), ia masih boleh berada dalam keadaan itu untuk
beberapa jangka masa tertentu.
Namun begitu ada geganti yang boleh memberikan kedua-dua ciri di atas, Geganti
Bocor Ke Bumi (Earth Leakage Geganti - ELR). ELR memberikan perlindungan
kepada bocor ke bumi untuk nilai yang kecil (maksima 300 miliampiar) dan lewat
masa yang terhad (0.1 saat) dan digunakan pada papan suis kecil (Sub Switch Board)
atau Papan Suis Utama bersaiz kecil (sehingga 300A).

16

10.0

PENGUKURAN (PERMETERAN)
Alatukur di papan suis yang dimaksudkan itu ialah peralatan untuk mengukur arus,

voltan, faktor kuasa, frekuensi (ulangan) dan lampu penunjuk. Semua nya adalah untuk
panduan dalam kerja-kerja seharian.
1. Meter Arus
Mengukur nilai arus semasa di PSU. Untuk nilai arus yang besar CT akan digunakan
bagi menukar nilai arus. Sekiranya suis pemilih (A/s/s) digunakan maka hanya satu
(1) bilangan meter arus berbanding tiga meter pada yang tidak menggunakannya. Bagi
sesetengah PSU pemintaan arus maksima (MD) ditunjukkan oleh jarum berwarna
merah yang dipasang bersama-sama di dalam meter arus.

2. Meter Voltan
Mengukur nilai voltan semasa di PSU. Bersambung terus pada basbar melalui suis
pemilih (V/s/s). Fius 6 A digunakan bagi mengawal arus yang masuk pada meter.
Lampu Penunjuk Fasa (merah, kuning dan biru) dipasangkan selari dengan meter
voltan.
17

3. Meter Faktor Kuasa


Menunjukkan nilai faktor kuasa untuk beban semasa. Biasanya sambungan adalah
satu fasa dari arus dan dua fasa dari voltan.

4. Meter KWH .
Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur jumlah unit tenaga yang digunakan.

5. Meter KVARH
Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur dan mendapatkan nilai purata faktor
kuasa, nilai KWH diperlukan bersama bagi tujuan ini.

18

11.0

CAPASITOR BANK (Simpanan Kapasitor)


Capasitor bank adalah satu alat yang boleh membaiki faktor kuasa bagi satu

Pengulang Alik.Ia amat penting bagi Sistem janakuasa kerana tugas Capasitor ini adalah
menyimpan Reaktif Power (Power yang tidak aktif) yang dihasilkan bila Janakuasa
disambung pada beban. Semakin rendah faktor kuasa maka semakin tinggi kuasa yang kita
janakan.Ini akan mengakibatkan kerugian. Akibat lain yang wujud dari Faktor Kuasa rendah
ialah arus yang tinggi diperlukan untuk Sistem Pepasangan maka Voltej Drop dalam kabel
adalah tinggi

19

12.0

PEMERIKSAAN / UJIAN
la dilakukan setiap hari bagi mengelakkan ketidaksempurnaan pada PSU antaranya
pengaratan. tumpahan minyak, skru longgar, kerosakan pada bilik PSU, kerosakan pada
perkakas PSU dan pemeriksaan permeteran Volt, Amp, Faktor Kuasa dan lain-lain.
Antara uiian untuk PSU ialah
a. Ujian penebatan antara fasa dengan fasa, fasa dengan neutral, fasa dengan bumi.

20

b. Ujian tekanan dengan voltan 2 kV selama 1 minit


c. Ujian suntikan primary dan secondary.
Bagi tujuan senggaraan, hanya Ujian Penebatan antara fasa dengan fasa, fasa dengan
neutral, fasa dengan bumi dan Ujian Suntikan Secondary untuk penatahan geganti
perlindungan dilakukan.

RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan tugasan ini dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Tugasan ini sedikit sebanyak menambahkan ilmu saya tentang papan suis
utama. Saya juga telah banyak mempelajari tentang cara melakukan penyambungan bawah
tanah ini mengikut jenis penyambungan yang berbeza-beza. Diharapkan dengan
melaksanakan tugasan ini, saya dapat menggunakan ilmu yang saya perolehi dengan baik dan
dapat digunakan pada masa akan datang.
21

RUJUKAN
1. http://galaxyelectrical.blogspot.my/2012/10/kertas-penerangan-ini-bertujuan.html
2. http://elektrikaldanaircon.blogspot.my/2013/06/papan-suis-pengenalan-kepada-papansuis.html
3. http://agnespuding.blogspot.my/2009_08_01_archive.html
4. http://reddragonslayeramy88.blogspot.my/2013/04/papan-suis-utama-psu.html

LAMPIRAN

22

Saiz Basbar dan Kadaran Arus

23

You might also like