You are on page 1of 1

Assalammualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih


kepada pengurusan Blog PIBG SKSD kerana memberi kesempatan untuk
saya mencatatkan sepatah dua kata dalam blog ini. Tahniah diucapkan
kepada AJK PIBG sesi 2016-2018 kerana telah dapat merealisasikan
pembinaan Blog PIBG SKSD buat julung kalinya.
Blog PIBG merupakan salah satu wahana sumber maklumat yang
berkesan bagi menjalinkan hubungan antara sekolah, PIBG dengan
komuniti di luar sekolah. Sesungguhnya Blog PIBG ini dapat memperluas
dan memperjelaskan lagi fungsi atau peranan PIBG sebagai agen untuk
membantu dalam proses kemajuan dan peningkatan sekolah dalam
semua bidang. Sesungguhnya peranan PIBG amat penting untuk
menggerakkan ibu bapa melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
kerana telah terbukti di negara-negara maju, ibu bapa adalah
penggerak utama untuk melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah.
Saya yakin SKSD dengan kerjasama jitu PIBG dapat meneruskan
peranan dan perjuangan untuk melahirkan modal insan yang berdaya
saing di peringkat global. Semoga Blog PIBG SKSD terus berkembang
maju dan dapat diperkasakan lagi agar dapat mencapai Visi dan Misi
yang selari iaitu menjadikan SKSD sebagai sebuah institusi Berprestasi
Tinggi dan disanjung tercapai. Insha-Allah.

Anak Nadi Aspirasi KitaPendidikan Anak


Tanggungjawab Bersama

Terima kasih.
Yang benar,
(ARIFF ANWAR BIN MUSTAHIL)
YDP PIBG
SK SERKAM DARAT

You might also like