You are on page 1of 9

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN
1

PENGHARGAAN
2

PENULISAN AKEDEMIK
3

REFLEKSI

RUJUKAN

PENGHARG
AAN
Hasil kerja kursus ini adalah atas kerjasama dan bantuan oleh pelbagai pihak.
Dengan ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuhan yang memberi
peluang untuk menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Seterusnya, kami
juga berterima kasih kepada pensyarah kami, Encik Meor yang banyak membantu kami
dengan memberi penerangan yang jelas tentang kerja kursus ini. Tidak ketinggalan, kami
turut mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa kami. Mereka telah memberi
banyak sokongan kepada kami dari segi kewangan mahupun moral. Akhir sekali,
penghargaan kami kepada rakan-rakan kami yang memberi kerjasama kepada kami.
Sebagai tanda ikhlas, kami ingin sertakan serangkap pantun bersama-sama ini.

Pulau pandan jauh ke tengah,


Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan daikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga

Penulisan Akademik

Dalam kehidupan seharian, kecelakaan atau kecederaan kepada tubuh badan


sering berlaku. Seperti kata pepatah Melayu yang tidak asing lagi, Malang Tidak Berbau.
Kecelakaan ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja termasuklah ketika bersukan. Di
Malaysia, permainan bola sepak adalah antara jenis sukan yang paling popular di kalangan
masyarakat kita tidak mengira bangsa ataupun umur. Sungguhpun sukan ini kurang lasak
berbanding dengan sukan ragbi, namun kecederaan tetap berlaku. Kebanyakkan
kecederaan yang dialami oleh pemain boleh dianggap ringan. Walau bagaimanapun
terdapat juga kecederaan lutut yang serius yang sering berlaku tetapi tidak dikesan atau
lambat dikesan. Kecederaan lutut ini dikatakan serius kerana membawa kesan buruk dalam
jangkamasa panjang (5-10 tahun) dimana lutut itu akan haus, bengkak dan kesakitan
osteoarthritis. Seperti yang dinyatakan dalam soalan, jenis kecedaraan yang dialami oleh Ali
ialah kecederaan pada anterior cruciate ligament (ACL).
Berbeza dengan kecederaan lain, umpamanya seperti
kecederaan ligamen buku lali (ankle) yang biasanya
boleh sembuh dengan sendiri, ligamen ACL yang
tercedera akan terkoyak dan terputus dan tidak dapat
sembuh dengan sendiri. Tanpa ACL lutut akan mudah
terkehel atau terpelecok dengan sendiri dan anda
mungkin akan terjatuh secara tiba-tiba disebabkan
ketidak stabilan sendi lutut. Hal ini kerana ACL
merupakan salah satu daripada ligament yang berfungsi sebagai penstabildi sendi lutut
untuk mengelakkan pergerakan yang berlebihan bahagian bawah kakikeatas bahagian atas
kaki, iaitu paha. Tanpa ligamen ini aktiviti harian biasa yang tidak lasak seperti berjalan dan
menaiki tangga masih boleh dilakukan. Sebaliknya aktiviti seperti bermain bola sepak, bola
keranjang, sepak takraw, bola jaring menjadi lebih sukar.
Jika pemain mengalami kecederaan ACL, pemain tersebut akan terpaksa
direhatkan dalam

tempoh masa

sehingga sembilanbulan.

yang

lama, iaitu

dari

tempoh

enam

bulan

Kecederaan seperti ini jelaslah mendatangkan kerugian

kepada mana-mana pasukan terutamanya jika pemain tersebut merupakan pemain utama
pasukan tersebut. Tambahan pula, kos rawatan bagi ACL adalah sangat tinggi. Jika
3

kecederaan tersebut melibatkan dua pertiga koyak penuh acl, kecederaan tersebut akan
mempengaruhi struktur lain dalam bahagian lutut. Jika ACL mengalami koyak
akan

menyumbang

kepada

masalah

jangka

masa

panjang,

penuh,

seperti kurangnya

kestabilan diri, kesan awal penyakit sendi pada lutut yang biasanya dihadapi oleh warga tua
disebabkan faktor usia.
Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab kecederaan ACL epada Ali. Kecederaan
ini berlaku apabila femur dan tibia, bergerak dalam arah yang berlawanan dengan berat
penuh badan. Pergerakan tersebut mampu menyebabkan ACL terkoyak. Berhenti secara
tiba-tiba selepas bergerak laju merupakan antara punca kecederaan ACL. Atlit yang
menghentika Teknik mendarat yang salah juga antara salah satu faktor kecederaan ACL.
Dalam gambar di bawah, atlit mendarat dengan teknik yang salah dimana postur bahagian
atas badan adalah tidak sebaris dengan bahagian kaki. Selain itu, semasa mendarat, atlit
tersebut juga tidak menyerap daya. Keadaan ini menyebabkan femur berputar ke dalam
manakala tibi berputar ke luar.

Dalam permainan bola sepak, kemampuan untuk menukar arah semasa membawa
bola dan mengelecek amatlah penting. Tetapi, keupayaan untuk menukar arah semasa
bergerak dengan laju mengundang risiko kecederaan ACL kepada pemain. Body contact
ataupun daya terus ke atas bahagian lutut dapat mendatangkan kecederaan ACL kepada
pemain. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, kaki
pemain tersebut telah dipijak oleh pihak lawan semasa
berebut bola dimana daya pijakan adalah dibawahlutut.
Daya tersebut mampu menyebabkan tibia bergerak ke
dalam manakala femurakan bergerak keluar. Disebabkan
pergerakan secara tiba-tiba dan kuat tersebut, ACL akan
terkoyak.

Untuk menangani masalah ini, Ali harus menjalani beberapa rawatan dan rawatan
pemulihan. Cara rawatan terbahagi kepada dua, iaitu rawatan awal dan pembedahan.
Rawatan awal dilakukan semasa berlakunya kecederaan ACL. Untuk rawatan awal, kaedah
PRICE dikenakan keatas lutut yang tercedera.
P ialah untuk Protection atau melindungi. Melindungi bahagian yang cedera adalah
langkah terawal yang sangat penting. Perlindungan yang diberikan akan dapat mengelakkan
kecederaan daripada menjadi lebih teruk. Ali seharusnya dihentikan daripada bermain.
Bahagian yang cedera harus dilindungi dengan mengunakan paddan mengunakan tongkat
ketiak untuk mengurangkan tekanan berat ke atas lutut. R ialah untuk Rest atau berehat.
Kecederaan yang dialami seharusnya diberikan masa untuk sembuh. Ali harus dielak
daripada meneruskan permainan dan segera dapatkan rawatan daripada doktor mengetahui
tahap kecederaan tersebut. I ialah untuk Ice atau ais. Letak ais keatas bahagian yang
cedera untuk mengurangkan kesakitan dan kebengkakan daripada menjadi lebih teruk.
Elakkan daripada mengenakan ais secara terus kerana bahan sejuk dapat menyebabkan
bakaran sejuk (cold burn) keatas kulit. Sebaik-baiknya, ais dibalut mengunakan kain atau
plastik sebelum diletakkan dibahagian yang cedera. Ais harus diletakkan selama 15-20 minit
dan selepas itu dialihkan. Selepas 1 jam setengah sehingga 2 jam, ais akan diletakkan balik
selama 15-20 minit. C ialah Compression atau menekan atau memampatkan bahagian yang
cedera. Langkah ini dapat membantu mengurangkan bengkak dikawasan tersebut.
Gunakan pembalut untuk membalut kecederaan tersebut. walau bagaimanapun, balutan
seharusnya tidak terlalu ketat dan harus diperiksa selang beberapa minit. Pemeriksaan yang
kerap adalah perlu kerana pembengkakan secara berterusan dapat menyebabkan balutan
menjadi ketat walaupun pada mulanya, kawasan tersebut tidak dibalut denganketat. E ialah
untuk Elevation. Mengangkat bahagian lutut kearas paras lebih tinggi dari paras jantung
dapat mengurangkan kebengkakkan pada lutut.
Setelah Ali disahkan mendapat kecederaan ACL, Ali perlu rujuk kepada pakar dan bahagian
yang cedera akan di scan dengan mengunakan magnetic resonance imaging(mri). MRI
digunakan untuk mengesan tahap kecederaan ACL dan kerosakan lain yangmungkin
berlaku pada struktur dalaman lutut.

Di (A) menunjukkan kerosakan ACL dandi (B),

menunjukkan kecederaan lain disebabkan kerosakan ACL.

(A

(B)

Satu-

satunya

cara

rawatan

yang efektif bagi

kecederan ACL adalah melalui pembedahan. Pembedahan terbahagi kepada dua


iaitu :
i. Pembedahan membaiki ACL.
Kaedah rawatan

dengan

membaiki ACL terbukti kurang efektif. Dalam

kaedah ini, ACL akan dijahit semula.


ii.

Pembedahan membina ACL


Tujuan pembedahan adalah untuk membina semula ligament di tengah lutut
dengan ligament baru. Pembedahan akan mengembalikan kestabilan asal lutut
dan juga fungsi asal yang lain sebelum berlakunya kecederaan. Selain itu, ianya
juga bertujuan untuk mengelakkan kerosakan berlaku pada struktur lutut yang lain.
Semasa dibedah, pesakit akan diberi ubat pelali, dimana sepanjang pembedahan,
pesakit akan tidur dan tidak mengalami kesakitan. Tisu yang akan digunakan untuk
mengantikan ACL yang rosak akan diambil dari badan pesakit sendiri ataupun
dari penderma. Prosedur pembedahan membaiki ACL biasanya dilakukan dengan
artroskopi.

Selepas

pembedahan,

luka

tersebut

akan

di

jahit.

Semasa

pembedahan, gambar semasa prosedur pembedahan diambil daripada skrin video


agar pesakit mengetahui tahap kecederaan dan apa yang telah dilakukan dalam
proses pembedahan tersebut.

Kesimpulannya, di Malaysia kefahaman dan pendedahan orang ramai terhadap


kecederaan ligamen ACL masih jauh kekurangan. Oleh itu jika Ali dapatkan rawatan awal di
hospital yang mempunyai kepakaran ortopedik atau kecederaan sukan sudah pasti masalah
ini dapat ditangani pada peringkat awal dan tidak dibiarkan berlarutan.

REFLEKSI
Berkat keizinan daripada Tuhan, saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini
dengan jayanya. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah saya, En Meor atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau yang banyak
membantu saya dalam proses menghasilkan tugasan ini. Sepanjang menjalankan tugasan
ini, terdapat kekuatan dan kelemahan tersendiri. Semasa saya mula mendapatkan tugasan,
saya agak beryakin untuk menyiapkannya. Hal ini demikian walaupun masih banyak ilmu
yang belum saya ketahui dalam menyiapkan tugasan ini tetapi saya cuba menyiapkan
tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan.
Sudah menjadi lumrah di dunia ini apabila melakukan sesuatu usaha, maka akan
ada masala-masalah yang muncul sepanjang usaha tersebut dijalankan. Penghasilan
tugasan ini juga tidak terkecuali daripada menghadapi beberapa masalah dan saya telah
mendapat jalan penyelesaiannya.
Yang pertamanya ialah saya menghadapi kesusahan untuk mencari buku-buku
yang mengandungi tentang kecederaan ACL. Kebanyakkan buku yang saya dapati terdapat
dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, saya telah menterjemahkan Bahasa Inggeris ke Bahasa
Melayu. Saya telah menghabiskan kebanyakkan masa saya di perpustakaan kampus saya.
Selain itu, saya turut melayari internet untuk mendapatkan lebih informasi tentang
ketamadunan ini lagi.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak pengalaman dan faedah telah saya
perolehi. Tugasan ini bukan sahaja mengajar saya erti kesabaran. Di samping itu, saya turut
dapat mengetahui lebih dalam tentang kecederaan. Contohnya kecederaan ligament
terbahagi kepada dua iaitu ACL dan PCL.
Saya turut dapat mengenali cara-cara untuk menangani kecederaan ACL dan juga
tentang pembedahan ACL.Lebihlebih lagi, saya dapat mendisiplinkan diri saya. Saya
7

berusaha untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditentukan. Saya tidak suka
untuk tangguhkan kerja saya. Saya selalu membuat catatan apa yang saya perlu
laksanakan. Ini memudahkan saya untuk menyiapkan segala tugasan.
Saya berharap semoga penghasilan tugasan saya ini dapat memberikan suntikan
semangat agar jangan pernah mengalah selagi belum mencuba sesuatu perkara. Semoga
usaha saya dalam penghasilan tugasan ini dapat menjadikan saya individu yang lebih
berusaha untuk memperbaiki diri, mempunyai jati diri yang mantap dan menjadikan saya
bakal guru yang komited dalam menjalankan tugas selari dengan tanggungjawab yang
diamanahkan. Saya berharap agar segala usaha saya ini dapat diterima oleh pensyarah dan
juga memberi inspirasi kepada saya untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan.
Tidak ketinggalan, semua pengalaman dan kemahiran yang saya perolehi ini
diharapkan dapat membantu diri saya apabila saya melangkah lagi ke alam perguruan. Ini
kerana dugaan dan cabaran yang ada di alam perguruan adalah lebih mencabar
memandangkan bidang pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada globalisasi
yang berlaku di Malaysia. Justeru, saya berharap pengalaman-pengalamam ini dapat
membantu saya pada masa depan.

RUJUKAN
ALTER. (1997). SPORT STRETCH. NEW YORK: CHAMPAIGN.
AZALLY, D. (2011, FEBRUARY ISNIN). CEDERA LUTUT. Retrieved SEPTEMBER 22,
2016, from SAKIT LUTUT:
http://cederalutut.blogspot.my/2011/02/kecederaan-lutut-yang-seriuskecederaan.html
ERWANSY, M. A. (2013, APRIL 16). ENERGETIC HS02. Retrieved SEPTEBER 21,
2016, from KECEDERAAN DALAM SUKAN: http://hs20ums.blogspot.my/2013/04/kecederaan-dalam-sukan.html
ISMAIL, D. B. (2005). PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN .
SELANGOR DARUL EHSAN : PERCETAKAN PRINTSYSTEM SDN.BHD.

You might also like