You are on page 1of 24

PENGENALAN

Amalan dasar luar negara kita setelah hampir 50 tahun merdeka telah banyak
memberi manfaat kepada negara. Dasar luar yang pragmatik dan berlandaskan
keperluan serta kepentingan negara telah menghasilkan sebuah negara Malaysia
yang pesat membangun, dihormati serta disegani dunia luar. Hari ini, kita berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju dunia. Kita
bebas dan bermaruah. Kita tidak rasa tersisih ataupun diketepikan oleh
masyarakat dunia. Suara kita terus didengari di persada antarabangsa.

Dasar luar negara yang pro-aktif dan bervisi adalah mustahak untuk menjamin
kepentingan dan kedaulatan negara. Tanpa dasar luar yang mantap, Malaysia
mungkin telah lama hanyut, hidup mengikut telunjuk kuasa-kuasa besar.
Sehubungan itu, penting bagi penggubalan dasar luar negara mencerminkan
keadaan serta keperluan dalaman negara.

HASIL PEMBELAJARAN

1.
Menerangkan dan membezakan prinsip-prinsip dasar luar berdasarkan
era kepimpinan.
2.
Menerangkan latarbelakang dan objektif setiap kerjasama yang
dijalinkan secara multi-literal seperti ASEAN, OIC, PBB, KOMANWEL dan NAM.

14.1

DASAR LUAR PEMIMPIN NEGARA

Dasar luar Malaysia yang telah dibentuk sejak merdeka telah melalui empat
tahap oleh pemimpin yang berbeza. Semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman
(1957-1970), dasar luar Malaysia lebih bercorak pro-Barat dan antikomunis
memandangkan negara baharu sahaja merdeka dan pada waktu ini ancaman
komunis masih kuat.[1]

Pada zaman Tun Abdul Razak Hussein (1970-1975), dasar luar Malaysia
menitikberatkan pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih
banyak hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
politik.

Pada zaman kepimpinan Tun Hussein Onn (1975-1981), penekanan dasar luar
adalah berdasarkan kerjasama pertahanan dan keselamatan negara.

Semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad, dasar luar negara lebih
mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya.
Selain itu, soal keamanan dan keadilan masyarakat antarabangsa juga turut
menjadi agenda penting.

Dasar luar di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi, beliau menekankan
hubungan dagangan dengan Negara China, membuka lembaran baru dalam
hubungan antara Malaysia dengan Singapura di samping meneruskan dasardasar pemimpin terdahulu.

Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara luar melalui dua pendekatan


iaitu secara bilateral dan multilateral. Contohnya, hubungan bilateral iaitu
hubungan sebuah negara sahaja, contohnya Malaysia dengan Iran, manakala
hubungan militeral pula merupakan hubungan secara kumpulan seperti Malaysia
dengan negara lain melalui PBB, ASEAN, OIC dan sebagainya.

PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA

Dasar luar Malaysia telah melalui beberapa perubahan selaras dengan


perkembangan di dalam dan di luar negara. Dasar luar Malaysia terbahagi
kepada lima tahap mengikut pemimpin negara Malaysia yang memerintah pada
masa itu[2].

Dasar Luar Dalam Tempoh 1957 1969

Dasar luar Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman adalah bercorak
Pro-Barat, Pro-Komanwel dan Anti-Komunis.

1.

Dasar Pro-Barat

i.
Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) dimeterikan pada tahun
1957. Kerajaan British menajmin bantuan tentera sekiranya tanah Melayu
diserang oleh mana-mana negara.
ii. Mengamalkan dasar perdagangan bebas (laissezfaire). Perjanjian pelaburan
ditandatangani dengan beberapa negara bukan komunis seperti Jerman Barat,
Amerika Syarikat dan Jepun.

2.

Dasar Anti-Komunis

i.
Tunku Abdul Rahman telah memberi sokongan penuh kepada Amerika
Syarikat untuk membendung perluasan pengaruh komunis di Vietnam Selatan.
ii.
Melawat Vietnam selatan pada tahun 1958 dan memberi jaminan
persahabatan kepada Presiden Ngo Dinh Diem.
iii.
Tidak mengiktirafkan Republik Rakyat China yang diperintah oleh
kerajaan Komunis. Juga mengutuk pencerobohan China ke atas Tibet pada tahun
1959.

3.

Dasar Kerjasama Serantau

i.
Menganggotai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun
1961 bersama dengan Negara Thai dan Filipina.
ii.

Menganggotai MAPHILINDO pada tahun 1963.

iii.

Menganggotai ASEAN pada tahun 1967.

iv.

Menganggotai Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

v.

Menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).[3]

Dasar Luar Dalam Tempoh 1970 1980

1.

Dasar Berkecuali

i.

Tamat konfrontasi dengan Indonesia.

ii.

Berpegang teguh kepad dasar berkecuali dan ZOPFAN.

iii.
Menggugurkan dasar anti-komunis, mengadakan hubungan diplomatik
dengan Republik Rakyat China, Rusia dan Jerman Timur.
iv.

2.

Menyokong kemasukan China dalam PBB.

Dasar Pro-Barat Yang Semakin Luntur

Corak perniagaan dan perdagangan laissez-faire berubah menjadi campuran. Jadi


pelaburan asing disekat (selaras dengan Dasar Ekonomi Baru)

3.

i.

Dasar Pro-Islam

Aktif dalam Pertubuhan Persidangan Islam OIC.

ii.
Mengeratkan hubungan dengan negara-negara Islam seperti PLO dan
negara Arab.

4.

Penglibatan Yang Aktif Dalam PBB

Dasar Luar Dalam Tempoh 1980-an

1.

Mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur

Merapatkan hubungan dan kerjasama teknikal dan perdagangan dengan negara


Jepun dan Korea Selatan.

2.

Mengurangkan Pergantungan Kepada Barat

Mewujudkan Kumpulan 15 yang terdiri daripada negara sedang membangun.

3.

Mementingkan Semangat Selatan-Selatan

i.

Mengadakan Suruhanjaya Selatan-Selatan dan Dialog Selatan-Selatan.

ii.

Berjuang mewujudkan Order Baru Ekonomi Dunia.

4.

Bergiat Cergas Dalam KOMANWEL

Menjadi tuan rumah kepada CHOGM pada tahun 1989.

5.

Isu Antartika

Antartika boleh digunakan untuk menggalakkan pelucutan senjata nuklear tetapi


mesti bebas daripada ketenteraan dan senjata nuklear.

Dasar Luar Dalam Tempoh 1990-an

i.
Lantang menyuarakan isu alam sekitar, mahukan negara maju
memikul tanggungjawab bersama (Sidang Kemuncak Bumi).
ii.
Menjadi tuan rumah kepada IFNGO (Persidangan Badan-badan Bukan
Kerajaan dalam Pencegahan dan Penyalahgunaan Dadah).
iii.
Mengemukakan ketidakpuasan cara PBB menyelesaikan isu BosniaHerzergovina.
iv.
Menentang ujian nuklear yang dijalankan oleh Perancis di Lautan Pasifik
Selatan.
v.
Pada tahun 1996, Tan Sri Razali Ismail iaitu Wakil Tetap Malaysia ke PBB
dilantik menjadi Presiden Perhimpunan Agung PBB.

Dasar Luar Dalam Tempoh 2000-an

i.
Menghantar pasukan tentera untuk menyertai pasukan pengaman PBB
di Timor Timur di Indonesia.
ii.
Menentang keganasan antarabangsa dan menentang pengambilan
tindakan ketenteraan untuk menghapuskan keganasan.
iii.
Menyeru PBB menganjurkan persidangan antarabangsa untuk
mengkaji punca-punca yang menyebabkan munculnya kumpulan pengganas.
iv.

Menjadi Pengerusi NAM dan OIC pada tahun 2003.

14.2 PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)

Logo ASEAN

Logo ASEAN

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Association


of South East Asian Nations (ASEAN) di tubuhkan pada pada 8 Ogos 1967.

Penubuhan ASEAN diisytiharkan melalui Deklarasi Bangkok yang ditandatangani


Oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik
(Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat
Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Romas (Setiausaha Luar Filipina)[4].

Deklarasi Bangkok 1967 ada menyebut bahawa ASEAN bertujuan untuk


memperbaiki kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, pendidikan,
Teknologi dan pentadbiran dan diharapkan dapat mewujudkan keamanan dan
kestabilan di rantau Asia Tenggara.

Penyertaan Malaysia dalam ASEAN merupakan satu keutamaan dalam


menentukan arah tuju dasar luar negara. Malaysia mementingkan pengukuhan
ASEAN kerana sekiranya kestabilan ASEAN terjejas, ini akan memberi kesan
negetif terhadap Malaysia, terutama dari segi politik dan ekonomi.

Objektif Penubuhan ASEAN

Walaupun pertimbangan politik dan strategik merupakan asas penubuhan ASEAN


namun peranan Deklarasi Bangkok amat penting khususnya dalam mewujudkan
kerjasama ekonomi dan kestabilan sosial kawasan serantau. Deklarasi Bangkok
telah menggariskan tujuh matlamat penting penubuhan ASEAN iaitu:

i.
Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi,
kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan serantau.
ii.
Mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan
menghormati dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan negaranegara kawasan serantau serta mematuhi prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu.
iii.
Memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan
bersama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan
pentadbiran.

iv.
Membekalkan bantuan dan kemudahan latihan, penyelidikan dan
pembangunan dikalangan negara-negara anggota.
v.
Mewujudkan kerjasama yang lebih efektif dalam penggunaan sumber
yang lebih banyak dalam industri pertanian, memperluaskan perdagangan dan
membuat kajian mengenai masalah perdagangan komoditi antarabangsa,
meningkatkan kemajuan bidang pengangkutan dan perhubungan serta
bekerjasama bagi menaik taraf hidup rakyat negara-negara anggota.
vi.
Meningkatkan bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di Asia
Tenggara.
vii.
Mengekalkan kerjasama yang erat dan berfaedah menerusi pertubuhan
serantau serta pertubuhan antarabangsa yang telah wujud dan mempunyai
matlamat yang sama.

Prinsip- Prinsip Utama ASEAN


Prinsip-prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:
i.
Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan
dan identiti nasional semua negara.
ii.
Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas
daripada campur tangan luar.
iii.

Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman.

iv.

Menolak penggunaan ketenteraan.

v.

Kerjasama effektif antara anggota.

Negara-Negara Anggota Dan Tarikh Menyertai ASEAN


Sehingga kini, ASEAN dianggotai oleh 10 buah negara iaitu :
(1)

Malaysia 8 Ogos 1967

(2)

Thailand 8 Ogos 1967

(3)

Indonesia 8 Ogos 1967

(4)

Filipina 8 Ogos 1967.

(5)

Singapura 8 Ogos 1967.

(6)

Brunei Darussalam 8 Januari 1984.

(7)

Vietnam 28 Julai 1995

(8)

Laos 23 Julai 1997

(9)

Myanmar 23 Julai 1997

(10)

Cambodia 30 April 1999

Kerjasama Dalam Bidang Politik Dan Keselamatan

Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN
pada peringkat awal penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang
melibatkan isu-isu politik dan keselamatan[5] ialah:

i.

ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971.

ii.

Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976.

iii.

Deklarasi Konkord ASEAN 1976.

iv.

Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994.

v.

Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) 1995.

Kerjasama Dalam Bidang Ekonomi

Antara kerjasama ekonomi yang dilaksanakana oleh ASEAN ialah:

i.

Projek Industri ASEAN 1976.

ii.

Skim Pelengkap Industri ASEAN 1981.

Kerjasama Dalam Bidang Sosial

Antara kerjasama sosial yang dilaksanakan oleh ASEAN ialah:

i.

Menganjurkan pesta filem dan pesta lagu ASEAN.

ii.

Pertunjukan kebudayaan ASEAN dan pertukaran radio dan televisyen.

iii.

Kerjasama kesusateraan, sukan dan kesihatan.

iv.
Setiap negara anggota menyediakan tempat di pusat pengajian tinggi
kepada pelajar dari negara anggota yang lain.
v.
Penubuhan SEAMEO (Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia
Tenggara) untuk memajukan kerjasama dalam bidang pelajaran, sains dan
kebudayaan.
vi.

Kerjasama dalam mengawal penyalahgunaan dadah.

vii.
Usahasama dalam menjalankan penyelidikan ke atas penyakit-penyakit
tropika.
viii.
Kerjasama dalam bidang pelancongan dengan mengadakan projekprojek pelancongan secara bergilir-gilir diantara anggota ASEAN[6].

Rakan dialog ASEAN terdiri daripada China, Jepun, Korea Selatan dan India.

14.4 PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)

OIC ditubuhkan pada 25 September 1969 di Rabat, Marocco, sebagai menyahut


seruan Almarhum Raja Faysal Ibn Abdulaziz kearah penyatupaduan dunia Islam.
Ibu pejabatnya terletak di Jeddah, Arab Saudi. Malaysia turut menganggotai OIC
dan Tunku Abdul Rahman (bekas Perdana Menteri Malaysia) telah dilantik
menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Objektif Penubuhan OIC

i.
Tujuan utama penubuhan OIC ialah untuk mewujudkan kerjasama
antara negara- negara angota ke arah memupuk perpaduan umat Islam di dunia.
ii.
Mengeratkan perpaduan dan kerjasama di kalangan negara anggota
khususnya dalam bidang ekonomi, sains, sosial dan kebudayaan.
iii.
Memperkukuhkan kerjasama bagi memelihara kehormatan,
kemerdekaan dan hak bangsa.

iv.

Menyelesaikan masalah pertelingkahan yang melibatkan negara Islam.

v.
Menghapuskan sebarang penindasan dan penjajahan bagi mewujudkan
keamanan sejagat.

Negara Anggota OIC

Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 buah negara Islam di seluruh dunia.
Kebanyakannya terdiri dari negara Timur Tengah dan Utara Afrika. Terdapat juga
ahlinya dari negara Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Selatan.[7] Antaranya
ialah:

1. Afghanistan

2. Albania

3. Algeria

4. Azerbaijan

5. Bahrain

6. Bangladesh

7. Benin

8. Brunei
12. Comoros

9. Burkina Faso

10. Cameroon

11. Chad

13. Guyana

14. Indonesia

15. Iran

17. Jordan

18. Kazakhstan

19. Kuwait

21. Lebanon

22. Libya

23. Malaysia

24. Maldives

25. Pakistan

26. Palestine

27. Qatar

28. Saudi Arabia

29. Senegal

30. Sierra Leone

31. Somalia

32. Sudan

33. Suriname

34. Syria

35. Tajikistan 36. Togo

20. Kyrgystan

37. Cote d Ivoire

38. Djibouti

41. Gambia

42. Guinea

43. Guinea- Bissau

44. Mali

45. Mauritania

46. Morocco

47. Mozambique

48. Niger

49. Nigeria

50. Oman

51. Tunisia

52. Turkey

53. Turkmenistan

56. Uzbekistan

57. Yemen

Program OIC

39. Egypt

16. Iraq

54. Uganda

40. Gabon

55. UAE

i.
Tabung perpaduan Islam yang ditubuhkan selepas Persidangan
Kemuncak Islam pada tahun 1974.
ii.

Pengajian Sejarah Tamadun Islam dan bahasa Arab.

iii.

Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa di Malaysia.

iv.

Menubuhkan Universiti Islam di Nigeria.

v.
Simposium atau seminar antarabangsa seperti, Penerapan Syariah
Islam di Islamabad pada tahun 1979, Islam dan Dasar Sosial Dalam Konteks
Bentuk Baru Ekonomi Antarabangsa di Geneva pada tahun 1980, Islam dan
Jurusalam di Paris pada tahun 1981, Kongres Islam Sedunia di Colombo pada
tahun 1982.
Strategi OIC

i.

Pembiayaan pelajaran, kebajikan, penerbitan dan sukan.

ii.
Pembiayaan pembinaan bangunan, membekalkan bahan bacaan dan
alat pendidikan dan menubuhkan fellowship.
iii.
Bantuan kepada negara Islam Afrika yang menderita termasuk Chad,
Gambia, Guinea, Mali, Maritania, Nigeria, Senegal dan Upper Volta.
iv.
Kerjasama menyediakan dan menghantar doktor dan petugas
perubatan sukarela.
v.
Menumpukan kepada pembangunan kerohanian dan kebajikan
khususnya belia Islam peringkat antarabangsa.
vi.
Menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam (IDB) dan menubuhkan
IDB di Malaysia pada tahun 1995.
vii.

Bersepadu menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Peranan Malaysia Dalam OIC

i.
Malaysia telah memainkan peranan aktif dalam usaha perantaraan
bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC. Berikutan pengumuman
gencatan senjata antara Iran-Iraq pada bulan Ogos 1988, sepasukan 15 pegawai
tentera Malaysia telah menyertai pasukan tentera pemerhati PBB.
ii.
Malaysia memberi sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin
dan pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Malaysia menjadi tuan rumah pada

Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur


pada bulan Mei 1983. Dan menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan
nasib sendiri, termasuk hak mereka untuk mempunyai sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat.
iii.
Malaysia juga menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap
Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Rusia sejak tahun 1979. Malaysia telah
membenarkan Mujahidin Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala
Lumpur pada tahun 1984.
iv.
Pembinaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Selangor, telah
membantu perkembangan pendidikan tinggi di kalangan negara- negara Islam.
v.

Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia- Herzegovina

vi.

Menganjurkan Musabaqah al- Quran pada tiap- tiap tahun.

vii.
dunia.

Mengadakan program Nida Ul Islam untuk mendakwah Islam ke seluruh

viii.
Memberi bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa
bumi di Turki dan mangsa peperangan di Chechnya.

14.4 PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BEKAS TANAH JAJAHAN BRITISH


(KOMANWEL)

Bendera Negara-negara Komanwel.

Bendera Negara-Negara Komanwel

Pertubuhan Komanwel merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang


dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan British yang telah merdeka.
Komanwel telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1931 dan dinaungi
oleh Ratu England.

Pertubuhan ini adalah sebagai satu lambang pengaliran rangkaian persahabatan


secara berkesan untuk mengekalkan tanah jajahan British sebagai sebuah

negara yang masih bersatu bukan sahaja dengan Britain malah dengan tanah
jajahan yang lain seperti Australia, New Zealand, Kanada, United Kingdom
(Britain), India dan Sri Lanka.

Negara-negara anggota Komanwel tersebar disetiap benua dan penduduknya


terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa dan kebudayaan. Malahan
Komanwel menjelang abad ke-21 ini meliputi kira-kira suku daripada permukaan
bumi dan penduduknya melebihi 1000 juta orang.

Kini anggota Komanwel sudah mencatat 54 buah negara. Kebanyakan negara


anggota Komanwel mempunyai persamaan dari segi politik, ekonomi,
pentadbiran dan undang-undang. Pertubuhan Komanwel bukanlah sebuah
persekutuan yang mempunyai Kerajaan Pusat. Ia tidak mempunyai sebarang
ikatan sepertimana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan tidak
mempunyai undang-undang bertulis tetapi hanya Perisytiharan Prinsip Komanwel
yang telah diluluskan sebulat suara pada tahun 1971[8].

Pentadbiran Pertubuhan Komanwel telah dijalankan oleh sebuah sekretariat yang


diketuai oleh Setiausaha Agung Komanwel. Malaysia telah menganggotai
Pertubuhan Komanwel sejak dari tahun 1957. Negara ini telah memperolehi
banyak faedah menerusi penyertaannya dalam Komanwel terutamanya dalam
bidang pertahanan, perdagangan dan pendidikan.

Objektif Penubuhan KOMANWEL

i.

Memberi kemudahan dan faedah kepada negara anggota.

ii.
Mewujudkan hubungan diplomatik antara negara-negara anggota dan
bukan anggota.
iii.
Untuk mewujudkan persahabatan diantara negara-negara bekas
jajahan British suatu masa dahulu.

Program KOMANWEL

i.
sosial.

Kerjasama perdagangan, penyelidikan dan bantuan ekonomi dan

ii.

Persidangan speaker-speaker Komanwel pada tahun 1987.

iii.
Persidangan ketua-ketua Negara Komanwel pada tahun 1999 di Kuala
Lumpur.
iv.
Rancangan Colombo-Program yang paling aktif yang mana ditubuhkan
pada tahun
v.
1950 selepas Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negara Komanwel di
Colombo, Sri Lanka.
vi.

Rancangan Biasiswa dan Fellowship Komanwel.

vii.

Tabung Komanwel.

viii.

Kerjasama Teknik.

ix.

Isu Antartika sebagai Warisan Bersama Dunia.

Strategi KOMANWEL

i.
Persidangan di kalangan menteri-menteri berbagai portfolio, ahli-ahli
parlimen dan Speaker Parlimen.
ii.
a.

Rancangan Colombo dilaksanakan untuk:


membekal pakar-pakar latihan dan penyelidikan.

b.
menyediakan tempat latihan di universiti-universiti bagi yang
memerlukan bantuan.
c.

menyediakan peralatan bagi penyelidikan dan bantuan.

d.

pembiayaan projek-projek pembangunan fizikal.

e.

bantuan kesihatan, pertanian dan pemasaran.

f.

penentangan terhadap Isu Aparthied.

g.
menjadikan isu Antartika sebagai agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu.

iii.
Melalui bidang ekonomi dan perdagangan, Mesyuarat Ketua-ketua
Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Vancouver, Kanada pada tahun
1987.
iv.
Malaysia diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah bagi sukan
kedua terbesar pada tahun 1998 iaitu Sukan Komanwel.[9]

Malaysia Dalam KOMANWEL

i.
Malaysia telah menyertai beberapa aktiviti Komanwel termasuk
menjadi pengerusi jawatankuasa bagi menyemak semula peranan dan arah
masa hadapan organisasi ini.
ii.
Malaysia juga pernah menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-ketua
Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989.
iii.
Dua deklarasi diisytiharkan melalui persidangan tersebut iaitu
Deklarasi Kuala Lumpur yang berkaitan dengan Dasar Apartheid dan Deklarasi
Langkawi yang berkaitan dengan alam sekitar.
iv.
Melalui Deklarasi Kuala Lumpur, negara-negara Komanwel bertekad
untuk memansuhkan Dasar Apartheid yang di Afrika Selatan yang telah di
amalkan sejak 300 tahun dahulu.
v.
Di samping itu, Malaysia juga turut memberi kerjasama kepada
Sekretariat Komanwel bagi merangka program kerjasama teknikal yang lengkap
dan menyeluruh di bawah Tabung Komanwel bagi Kerjasama Teknik (CFTC).
vi.
Malaysia telah mempengerusikan Kumpulan Perundingan Komanwel
mengenai Pengurusan Teknologi sejak penubuhannya pada tahun 1989. Pada
tahun 1995 Malaysia telah mempengerusikan Gabungan Komanwel bagi
Pengurusan Teknologi (CPTM).
vii.
Perdana Menteri Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad telah
mencadangkan supaya konsep perkongsian pintar yang diilhamkan oleh Malaysia
dipraktikkan di kalangan negara-negara anggota Komanwel.
viii.
Hal ini kerana dalam konsep tersebut, semua pihak mendapat
keuntungan. Konsep ini begitu popular dinegara selatan Afrika.
ix.
Malaysia juga melibatkan diri dalam sukan Komanwel pada tahun 1998
yang mana atlit-atlit dari seluruh Komanwel dan yang bertaraf dunia akan
mengambil bahagian dalam sukan komanwel yang ke -16 di Malaysia.

14.5 PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

Logo Nam

Logo NAM
Pergerakan Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang
disertai lebih 114 negara yang berkecuali (seperti di bawah ) dan tidak memihak
kepada mana mana blok kuasa.

Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25


buah Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri
persidangan pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan
Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6
September 1961[10].

Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser


(Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh
Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan Presiden Ghana iaitu Nkrumah.

Dalam pada masa yang sama, Pergerakan ini terbentuk hasil daripada Perang
Dingin (Cold War) yang berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun
1990-an. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (Non-Align Movement-NAM)
ditubuhkan pada tahun 1961 di Belgrade, Yugoslavia. Pergerakan ini berpegang
kepada prinsip berkecuali iaitu tidak memihak kepada mana-mana ideologi sama
ada Blok Barat (demokrasi) atau Blok Timur (komunis).

Prinsip tersebut menekankan betapa pentingnya sesebuah negara atau kuasa


menghormati kemerdekaan dan kedaulatan negara lain. Pendirian memihak
kepada mana-mana blok hanya akan mewujudkan suasana tegang yang boleh
mencetuskan keadaan politik yang tidak stabil.

Negara-negara berkecuali merujuk kepada negara-negara yang tidak memihak


kepada mana-mana blok dunia sama ada Blok Barat (yang diketuai oleh Amerika
Syarikat dan disokong oleh Britain, Perancis dan negara-negara yang

mengamalkan konsep demokrasi-kapitalis) atau pun Blok Komunis (yang


diketuai oleh Rusia dan disokong oleh Negara China, Jerman Timur dan negaranegara yang mengamalkan konsep komunisme). Kedua-dua blok ini telah
memperkuatkan tentera masing-masing dan mengadakan konfrontasi secara
aman yang dikenali sebagai Perang Dingin.

Sebagai langkah menyekat perkembangan komunisme, Amerika Syarikat telah


membentuk Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) pada tahun 1955 yang
ahlinya terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Pakistan, Negara Thai
dan Filipina. Kebanyakan negara di Asia dan Afrika yang merdeka dan sedang
membangun tidak mahu terbabit dalam Perang Dingin itu dan tidak mahu
menyertai SEATO. Negara-negara tersebut telah mengamalkan dasar berkecuali
dan tidak mahu memihak kepada mana-mana pihak kerana tidak mahu terbabit
dalam sebarang pertempuran antara kedua-dua blok tersebut.

Secara kesimpulannya, Pertubuhan Negara-negara Berkecuali merujuk kepada


negara-negara yang tidak memihak kepada mana-mana blok dunia, sama ada
Blok Barat atau Blok Timur. Yang mana pergerakan ini sangat aktif dan bebas
membuat keputusan atau dasar mengikut pandangan mereka dan
sememangnya pergerakan ini menggalakkan kerjasama dalam semua bidang
terutamanya bidang politik, ekonomi dan sosial dikalangan negara-negara
membangun.

Tujuan Penubuhan NAM

Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979


ialah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan
negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neokolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing,
pekerjaan dan dominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik.
Selain itu dalam laman web Jabatan Penerangan juga ada membincangkan
tentang tujuan penubuhan NAM. Antara tujuannya ialah :

i.

Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.

ii.
Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian
berhubung isu-isu semasa.
iii.

Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.

iv.
Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang
membangun.
v.
Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isuisu ekonomi.
vi.
Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM
melalui rundingan.
vii.
Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya
pertubuhan ini dihormati.

Secara kesimpulannya, daripada tujuan utama NAM yang dibincangkan telah


melahirkan beberapa prinsip yang digunakan oleh negara-negara anggota NAM
ini. Antaranya ialah:

i.
negara.

Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan sesebuah

ii.

Mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara.

iii.

Menyelesaikan segala perselisihan antarabangsa secara damai.

iv.

Menghormati hak asasi manusia

Malaysia Sebagai Sebuah Negara Berkecuali

Pada dasarnya, pergerakan ini diasaskan pada tahun 1955 dalam Persidangan
Kemuncak Negara-negara Berkecuali di Bandung, Indonesia yang dihadiri oleh 25
buah negara dari Asia dan Afrika yang mengamalkan dasar berkecuali.

Kini, pergerakan ini dianggotai oleh lebih 100 buah negara yang sebahagian
besarnya terdiri daripada negara dunia ketiga yang terletak di Asia, Afrika dan
Amerika Latin. NAM diasaskan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun
istilah berkecuali datangnya dari idea Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru
dalam ucapannya di Colombo, Ceylon (Sri Lanka)[11]. Di Colombo, Nehru
memperkenalkan 5 tonggak asas dalam menjalin hubungan antarabangsa di
mana ia turut dikenali sebagai Panchseel iaitu:

i.

Hormati kawasan

ii.

Saling tidak menceroboh antara Negara

iii.

Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan

iv.

Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan

v.

Mewujudkan keamanan

Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah diadakan di Bandung
dan dinamakan Persidangan Bandung. Prinsipal Panchseel telah mula
diperkembangkan dan disinilah bermulanya pembentukan konsep pengecualian.

Konsep ini menyarankan negara-negara anggota tidak terlibat dalam Konfrontasi


Ideologi Timur-Barat semasa Perang Dingin. Secara tidak langsung negaranegara anggota akan berusaha untuk mencapai kemerdekaan, pembangunan
ekonomi dan pembasmian kemiskinan.

Malaysia mula menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali pada tahun


1970. Penyertaan Malaysia ini dibuat berlandaskan beberapa faktor yang
menjadi pegangan negara sejak merdeka iaitu:

i.

Menyelesaikan secara aman terhadap apa-apa pertikaian.

ii.

Menghormati keutuhan dan kedaulatan wilayah negara lain.

iii.

Mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman.

iv.
Tidak campur tangan dalam urusan negara lain, sama ada gerakan
subversif atau lain-lain gerakan sekali pun.

Peranan Malaysia Dalam NAM

Sejak menjadi anggota NAM, Malaysia telah memberi sumbangan yang besar
dalam pertubuhan ini. Antaranya ialah:
i.
Memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan kerjasama
antara negara sedang membangun dengan negara miskin melalui apa yang
dikenali sebagai Kerjasama Selatan-Selatan.

ii.
Mempelopori perang penyalahgunaan dan pengedaran dadah di
peringkat antarabangsa.
iii.
Memperjuangkan Isu Antartika sebagai hak warisan bersama manusia
sejagat.
iv.

Berusaha dalam menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan.

v.
Mempertahankan pendirian pergerakan ini berhubung dengan isu-isu
tertentu dalam sidang dan forum antarabangsa, termasuk persidangan PBB.

Secara keseluruhannya, Malaysia telah memainkan peranan yang berkesan


dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali sejak menganggotai pergerakan ini
sejak tahun 1970. Sebagai pengiktirafan terhadap peranan dan komitmen
Malaysia yang aktif dalam pergerakan tersebut, Malaysia telah dipilih menjadi
Pengerusi NAM untuk tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2003 hingga tahun
2006[12]. Kesemua ini melambangkan pengiktirafan antarabangsa terhadap
sumbangan Malaysia di peringkat global.

Negara-Negara Anggota NAM

Antara ahli-ahli NAM:

Afghanistan | Algeria | Angola | Bahamas | Bahrain | Bangladesh | Barbados |


Belarus | Belize | Benin | Bhutan | Bolivia | Botswana | Brunei | Burkina Faso |
Burundi | Kemboja | Cameroon | Cape Verde | Republik Afrika Tengah | Chad |
Chile | Colombia | Comoros | Cte d'Ivoire | Cuba | Republik Demokratik Congo |
Republik Congo | Djibouti | Dominica | Ecuador | Mesir | Equatorial Guinea |
Eritrea | Ethiopia | Gabon | Gambia | Ghana | Grenada | Guatemala | Guinea |
Guinea-Bissau | Guyana | Honduras | India | Indonesia | Iran | Jamaika | Jordan |
Kenya | Kuwait | Laos | Lubnan | Lesotho | Liberia | Libya | Madagascar | Malawi |
Malaysia | Maldives | Mali | Mauritania | Mauritius | Mongolia | Maghribi |
Mozambique | Myanmar | Namibia | Nepal | Nicaragua | Niger | Nigeria | Korea
Utara | Oman | Pakistan | Palestin | Panama | Papua New Guinea | Peru | Filipina |
Qatar | Rwanda | Saint Lucia | Saint Vincent dan the Grenadines | So Tom dan
Prncipe | Arab Saudi | Senegal | Seychelles | Sierra Leone | Singapura | Somalia |
Afrika Selatan | Sri Lanka | Sudan | Suriname | Swaziland | Syria | Tanzania |
Thailand | Timor Leste | Togo | Trinidad dan Tobago | Tunisia | Turkmenistan |
Uganda | Amiriah Arab Bersatu | Uzbekistan | Vanuatu | Venezuela | Vietnam |
Yaman | Zambia | Zimbabwe

Negara-negara pemerhati: Antigua dan Barbuda | Armenia | Azerbaijan | Brazil |


Republik Rakyat China | Costa Rica | Croatia | Cyprus | Dominica | El Salvador |
Kazakhstan | Kyrgyzstan | Mexico | Serbia dan Montenegro | Ukraine | Uruguay

Organisasi pemerhati: Kesatuan Afrika | Liga Arab | Pertubuhan Bangsa-Bangsa


Bersatu

14.6 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada 24 Oktober


1945 di San Francisco, Amerika Syarikat. Bilangan negara anggota PBB
bertambah kepada 191 buah negara. Matlamatmatlamat utama PBB ialah:

i.

Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia

ii.
Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang ekonomi,
sosial dan kebudayaan
iii.
agama.

Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira jaum,jantina atau

Antara program yang dilaksanakan oleh PBB ialah:

i.

Majlis Perhimpunan Agung

ii.
Keselamatan bagi menentukan dan memutuskan isu-isu keselamatan
melalui kuasa veto.
iii.

Majlis Ekonomi dan Sosial PBB bagi meningkatkan taraf hidup.

iv.
kanak.

Bantuan kecemasan kepada mangsa peperangan, terutama kanak-

v.

Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.

Strategi yang digunakan oleh PBB bagi mencapai matlamat yang telah
digariskan ialah:

i.
Persidangan perwakilan negara anggota bagi menyelesaikan masalah
pertikaian yang melibatkan negara-negara anggota.
ii.

Menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia.

iii.

Mengadili sebarang pertikaian antarabangsa.

iv.
Mengendalikan program PBB melalui agensi termasuk Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi
Orang-Orang Pelarian (UNHCR), Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
v.
Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk
berlindung, memperoleh makanan, pakaian dan perubatan.
vi.
Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea dan mendirikan
penempatan sementara.

Keahlian PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dengan syarat
mereka bersetuju menerima Piagam PBB. Badan-badan PBB yang utama ialah:

(1)

Majlis Perhimpunan Agung

(2)

Majlis Keselamatan

(3)

Majlis Amanah

(4)

Majlis Ekonomi dan Sosial

(5)

Mahkamah Pengadilan Antarabangsa

(6)

Sekretariat

Ketua PBB ialah Setiausaha Agung. Setiausaha Agung PBB yang pertama ialah
Trygve Lie dari Norway. Keputusan Perhimpunan Agung mengenai perkaraperkara yang mustahak dibuat berasaskan sokongan 2/3 daripada ahli-ahli yang
hadir. Keputusan mengenai perkara-perkara lain hanya memerlukan sokongan
lebih suara.

Persekutuan Tanah Melayu menyertai PBB pada tahun 1957 dan meneruskannya
selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Malaysia merupakan
penyokongnya yang kuat.

Bagi menjamin dan memastikan peranan Malaysia yang aktif dalam PBB,
Malaysia melalui Kementerian Luar Negara, khususnya melalui Jabatan Bahagian
Politik Pelbagai Hala bertindak merumuskan pendirian dan peranan Malaysia di
pertubuhan tersebut[13].

Selaku ahli PBB, Malaysia menyertai secara aktif dalam perbincangan PBB
dengan menyuarakan pendirian mengenai pelbagai isu yang mempunyai
kepentingan kepada Malaysia dan negara-negara membangun.
Bukti komitmen Malaysia terhadap perkembangan dunia yang aman dan adil
ialah penyertaan Malaysia dalam sembilan misi pengaman PBB seperti di Congo,
Bosnia-Herzegovina, Angola, Timur Leste dan lain-lain. Selain itu, Malaysia juga
telah dilantik untuk menganggotai Majlis Keselamatan PBB dan Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia PBB.
Kesimpulan

Pengenalan sesebuah dasar terutamanya dasar politik di Malaysia sesungguhnya


telah memberi kesan ke atas sikap penduduk Malaysia, budaya kerja, mutu kerja
dan kedudukan Malaysia di mata dunia melalui dasar luar Malaysia. Kesemua
perkara ini boleh dikatakan telah memenuhi matlamat dan hasrat Wawasan
2020. Usaha kerajaan untuk membangunkan negara melalui usaha-usaha yang
dijalankan tidak harus dipandang ringan memandangkan dengan adanya dasar
inilah yang telah membentuk perpaduan negara, keamanan dan kekayaan
negara kita yang dimiliki sekarang.

You might also like