You are on page 1of 2

Simpanan wang merupakan satu amalan murni yang harus ditanam dalam jiwa remaja kita.

Namun begitu amalan ini belum lagi berakar umbi dalam masyarakat kita.
Nyatakan tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini.
Amalan menyimpan wang bolehlah dikaitkan sebagai sikap suka menabung dalam kalangan
masyarakat moden. Wang dianggap oleh masyarakat sebagai satu kayu pengukur dalam
penentuan kejayaan kehidupan seseorang itu. Individu yang mempunyai simpanan wang yang
cukup pasti akan menikmati satu kehidupan yang jauh berbeza daripada mereka yang kais
pagi makan pagi kais petang makan petang. Lantaran itu, ada pelbagai tindakan yang boleh
dilaksanakan untuk memastikan sikap menyimpan wang ini menjadi satu budaya kita yang
berakar umbi dalam jiwa masyarakat.
.. langkah awal ialah kerajaan perlulah mengadakan satu kempen kesedaran
yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang
wujud di negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen
ini dijelaskan cara-cara menyimpan wang, faedahnya dan dirangka dalam satu bentuk yang
mudah untuk difahami oleh remaja kita semua. Maka, kempen yang dirangka dengan baik
dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri
masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahagakan kesedaran sejati itu.
.selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai
pembentuk yang sejati dengan memberikan teladan yang sewajarnya. Setiap bulan ibu bapa
haruslah memaparkan kepada anak mereka bahawa mereka memang membuat simpanan
wang di dalam bank yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam pemikiran anak mereka
itu kelak. Kalau sejak kecil remaja sudah didedahkan dengan sikap ibu bapa merek sendiri
yang suka menyimpan wang sudah pasti sikap yang positif ini akan terus tertanam dalam jiwa
mereka. Sesungguhnya ayah borek anak rintik menjadi bukti bahawa teladan ibu bapa yang
mampu mewujudkan tabiat suka menyimpan dalam jiwa remaja kita itu.
..pihak bank juga boleh mewujudkan pelbagai pakej simpanan yang
menarik dan memberikan pulangan pelaburan jangka panjang yang banyak. Kewujudan pakej
simpanan sebegini mampu menarik minat masyarakat terutama golongan muda untuk
membuat simpanan ketika usia mereka masih muda kerana menyedari simpanan itu akan
membawa pulangan yang lumayan kelak. Simpanan yang dibuat sejak muda hendaklah diberi
sedikit keistimewaan yang memberikan faedah tambahan seperti pemberian perlindungan
insuran selain memberikan faedah yang tinggi kadarnya. Jelaslah, pihak bank turut
mempunyai peranan untuk memupuk semangat suka menyimpan ini dengan merangka pakej
simpanan yang mampu menarik minat masyarakat.
..pihak sekolah juga boleh menghulurkan bantuan dengan mewujudkan
Kelab Menabung di sekolah. Kita semua sedia maklum bahawa sekolah mempunyai banyak
pelajar yang mampu untuk menyimpan dalam bentuk harian yang boleh dikumpulkan untuk

menjadi satu jumlah yang besar lalu boleh dilaburkan oleh pihak sekolah dalam pakej
kewangan yang membawa keuntungan pula. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa tidak
digunakan sepenuhnya oleh pelajar lalu boleh dijadikan asas kepada simpanan secara sedikit
demi sedikit oleh pelajar itu. Sesungguhnya, pihak sekolah mampu memberi kefahaman
kepada pelajar akan kepentingan simpanan dengan penubuhan kelab sebegini di sekolah.
Konklusinya, semua tindakan yang dijelaskan itu berupaya untuk memupuk sikap suka
menyimpan dalam diri masyarakat terutama golongan muda. Kerjasama semua pihak
terutama pihak sekolah dan ibu bapa pula memberikan impak yang paling penting kerana
remaja menghabiskan masa mereka di rumah dan sekolah. Jika amalan ini mampu dipupuk
sudah pasti negara kita akan mempunyai satu aset simpanan wang yang sukar untuk
ditandingi oleh mana-mana negara di dunia pun. Sememangnya menyimpan wang itu satu
amalan murni kerana sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.

Amalan menabung

Maksud

Kaedah menabung

Prakarsa (Peranan)

Peribahasa

You might also like