You are on page 1of 2

Amalan Gaya Hidup Sihat

Isu-isu

yang

berkaitan

dengan

amalan

gaya hidup

sihat kerap

diperkatakan oleh doktor dan pakar kesihatan. Amalan gaya hidup sihat akan
membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Pada pandangan
saya, tidak wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat.
Terdapat beberapa amalan yang berkaitan dengan gaya hidup sihat.
Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian
kita. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan
seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk.
Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat
pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing
manis.
Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan
melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik
dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam.
Senaman yang kita lakukan juga akan membolehkan darah mengalir dengan
baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.
Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah
dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak
mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dibuang ke tempat
yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai
atau dibakar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam
sekitar.
Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan.
Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta.
Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh mengambil langkah
tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keadaan yang
baik. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat dua kali setahun.
Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan.
Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisapkan rokok,
minum

arak

menyebabkan

dan

menagih

seseorang

dadah.

mendapat

Tabiat

menghisap

penyakit

paru-paru

rokok
dan

boleh

jantung.

Menakala penagihan dadah boleh menyebabkan seseorang mendapat


penyakit berbahaya seperti penyakit AIDS.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang patut kita lakukan
untuk membolehkan kita hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini mesti
dipupuk oleh ibu bapa sejak anak mereka masih kecil lagi. Pada pendapat
saya, pihak media massa boleh memainkan peranan untuk mengajak
masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat. Sesungguhnya kesihatan yang
baik lebih bernilai daripada harta benda.

You might also like