You are on page 1of 2

Amalan Makanan Seimbang

Makanan adalah keperluan asas manusia selain daripada pakaian dan


tempat tinggal. Makanan yang kita makan akan member kesan kepada tubuh
badan. Pada pandangan saya, kita perlu mengambil makanan seimbang
untuk memastikan badan kita terus sihat. Makanan seimbang terdiri
kombinasi beberapa jenis makanan dan kita perlu makan mengikut had yang
telah ditetapkan.
Terdapat beberapa jenis makanan yang kita boleh makan dengan lebih
banyak. Makanan jenis ini mengandungi karbohidrat. Contoh makanan jenis
ini ialah bijirin dan ubi-ubian. Namun demikian, jika kita mengambil makanan
ini secara berlebihan, badan kita akan menjadi gemuk dan ini akan
menyukarkan pergerakan kita.
Selain itu, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh dimakan
dengan bantak. Contoh makanan jenis ini ialah buah-buahan dan sayursayuran. Makanan jenis ini mengandungi bantak vitamin yang amat penting
bagi tubuh kita untuk melawan penyakit dan tumbesaran. Makanan
berbentuk buah-buahan dan sayur-sayuran ini juga penting sebagai bahan
pelawas.
Terdapat makanan yang kita perlu makan secara sedarhana. Makanan
jenis ini membantu tubuh kita untuk menyerap zat dan ia juga amat penting
untuk tumbesaran. Contoh makanan jenis iai ialah ikan, ayam dan kekacang.
Makanan jenis ini mengandungi mineral dan ia amat penting untuk kesihatan
badan.
Di samping itu, ada jenis makanan yang kita perlu makan sedikit sahaja.
Makanan jenis ini mengandungi banyak minyak dan lemak. Contoh makanan
yang mengandungi banyak minyak dan lemak ialah buah kelapa dan lemak
haiwan. Pengambilan makanan berminyak dan berlemak secara berleihan
akan menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti darah tinggi dan
penyakit jantung.
Air juga penting dalam pemakanan kita setiap hari. Kita perlu minum
banyak air iaitu 8 hingga 11 gelas sehari. Selain menghilangkan dahaga , air
juga dapat membantu dalam membersihkan buah pinggang dan seterusnya
buah pinggang dapat berfungsi dengan baik.
Sebagai kesimpulan, pemakanan seimbang perlu kita amalkan setiap
hari. Amalan makanan seimbang akan menjadikan kita sihat sepanjang
hayat. Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu mengawal pengeluaran
makanan segera yang tidak berkhasiat. Pihak kerajaan juga perlu

mengadakan kempen amalan makanan seimbang secara berterusan agar


pemakanan seimbang menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia.

You might also like