You are on page 1of 2

AWAL MUHARRAM

Awal Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah) berdasarkan
kalendar Islam. Pada mulanya, Muharam dalam konteks Islam bermaksud haram atau pantang
dan Allah S.W.T melarang sebarang peperangan atau pertumpahan darah. Walaubagaimana,
larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. Sejak pembukaan Mekah dan penamatan
larangan tersebut, Umat Islam dibenarkan melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa merasa
serba salah. Awal Muharram atau dikenali sebagai Hari Maal Hijrah adalah suatu hari yang amat
penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa yang sangat penting dalam sejarah
Islam. Peristiwa peristiwa tersebut ialah peringatan penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota
Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Sebelum Nabi Muhammad berhijrah dari Mekkah ke
Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Selain daripada itu, peristiwa yang kedua
merupakan hari keagamaan di mana Umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di
seluruh negeri. Pada hari 10 Muharram terdapat 14 perkara sunat yang dilakukan, antaranya
adalah melapangkan masa belanja anak/isteri, memuliakan fakir miskin, menahan marah,
menunjukkan orang sesat, menyapu/mengusap kepala anak yatim, bersedekah, memelihara
kehormatan diri, mandi sunat, bercelak, membaca qulhuwallah, sembahyang sunat empat rakaat
dan berpuasa. Setiap satu perkara ini mempunyai kebaikkannya tersendiri apabila diamali oleh
Umat Islam.
Manakala di Malaysia, Awal Muharram merupakan hari cuti umum dan merupakan
permulaan tahun Hijrah bagi umat Islam khususnya orang Melayu. Biasanya dalam masyarakat
Islam di Malaysia sambutan Awal Muharam bermula dengan bacaan doa akhir tahun dan bacaan
doa awal tahun yang seringkali diadakan di masjid atau di surau. Bacaan doa tersebut juga
diadakan di majlis - majlis ceramah pada bulan Muharram. Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada

akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah dan doa awal
tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram. Umat Islam juga digalakkan
untuk mengamal bacaan solat dan sebagainya.
Pada hari 10 Muharram, kesemua orang Melayu akan berkumpul bersama untuk
bergotong-royong untuk meraikan Majlis Asyura. Perkataan Asyura berasal daripada perkataan
Arab, Asyara yang bermaksud sepuluh. Majlis ini juga merupakan hari dimana masyarakat Islam
percaya pada hari 10 Muharam itu, terjadi kejadian Nabi Musa a.s dan pengikutnya diselamatkan
oleh Allah S.W.T dari tentera Firaun. Pada hari tersebut juga, Nabi Muhammad s.a.w. datang ke
Madinah, dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa. Menurut orang Yahudi, hari tersebut
merupakan hari yang baik kerana pada hari tersebut Allah membebaskan Nabi Musa dari
Firaun. Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w, digalakkan untuk menambahkan puasa pada hari
Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum atau sehari selepas. Nabi Muhammad s.a.w.
memerintahkan hal ini bertujuan untuk membezakan amalan orang Yahudi disunatkan juga
kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Walaubagaimanapun, ada yang
anggap bahawa Hari Asyura berkaitan dengan peristiwa Nabi Nuh yang telah selamat daripada
banjir besar dan kerana peristiwa itu, maka makanan yang dibuat hanya dibuat daripada apa yang
tertinggal sahaja. Makanan itu adalah bubur. Disebabkan itu, maka terbitlah bubur asyura sebagai
sejenis makanan untuk mereka. Pada zaman sekarang, pada Hari Asyura, masyarakat Melayu
akan berkumpul dan masak bubur tersebut di Malaysia. Bahan-bahan yang digunakan untuk
memasak bubur itu dibawa oleh semua orang serba sedikit.

You might also like