You are on page 1of 5

ISTILAH BERKAHWIN DAN MASALAH DALAM PERKAHWINAN

Masalah suami isteri ertinya masalah perkahwinan atau masalah rumah tangga. Di mana-mana di
dunia ini dahulu dan hingga ke saat ini mereka mengadu, meminta nasihat dan pandangan
dengan kawan-kawan, pakar motivasi, akhir sekali ke pejabat pendaftaran perkahwinan atau
pejabat agama.
Anak-anak muda di sana sini membaca nove-novel romantik, ke panggung wayang melihat
filem-filem romantik, maka masing-masing pun ghairah dan mengambil keputusan untuk
berkahwin, kerana perkahwinan pada mereka:
"Bagaikan berada di tilam berbunga ros, bagaikan berada di syurga yang kekal abadi."
Malangnya perkahwinan tidak semanis seperti apa yang difikirkan sebelum berkahwin. Ramai
yang tidak mengetahui istilah... "Berkahwin dan Masalah Dalam Perkahwinan," kerana ia
saling berkait. Kita semua perlu tahu dan perlu ingat, sebaik sahaja kita berkahwin, kita perlu
berhadapan dan menghadapi "permasalahan dan tanggungjawab yang tidak kita jangka, yang
tidak kita terfikir dan pastinya tidak pernah kita alami sebelum berkahwin.
Setelah melalui semua keriangan, kegirangan dan kegembiraan atas kehadiran semua saudara
mara dari jauh dan dekat, berkompang, bersanding bagaikan 'Raja Sehari', selanjutnya pergilah
berbulan madu seperti tempat yang telah dirancang untuk mengecapi segala kemanisan.
Realitinya, untuk hidup bersama, menghadapi apa saja bersama, mula menjenguk keriangan dan
kegembiraan mula perlahan-lahan bertukar menjadi kebimbangan, lemah semangat, tawar hati
menghantui diri masing-masing, kurang bercakap, kurang berinteraksi. Semua yang indah-indah
dahulunya, sudah mula menjadi kusam dan muram, itu semua ada kaitan tentang seperti yang
saya maksudkan dan tidak diketahui ramai tentang "perkahwinan dan masalah selepas
perkahwinan".
Tahap yang paling kritikal dalam berkahwin adalah apabila sampai waktunya, masing-masing
sudah tidak bercakap atau berkomunikasi buat sekian lama, petunjuk atau petanda akan berlaku
perceraian.
Tahap tidak bercakap lagi di antara suami isteri adalah; (a) Sewaktu sarapan pagi di meja
makan, masing-masing sibuk membaca surat khabar; (b) Balik dari kerja duduk di
hadapan TV, menonton cerita di saluran kegemarannya, di hujung minggunya pula sibuk
dengan aktiviti-aktiviti lain seperti memancing, bermain golf dan lain-lain. (c) Tiada lagi
perasaan mengambil tahu terhadap perasaan masing-masing.
Si isteri pula, lazimnya selepas berkahwin, tidak lagi berminat untuk menjaga tubuh badannya, di
depan suami dan di khalayak ramai, dirinya sudah mula terabai dan kelihatan berserabut. Si
suami pula sudah merasa bosan, jemu, hilang selera dan ransangan. Mulalah Si suami mencari
alternatif di luar rumah, mencari keseronokan.
Bilakah masanya ketidakpuasan mula masuk menyelinap dalam perkahwinan seseorang?

Tahun 'pertama' adalah tahun yang sangat baik. Masuk tahun 'kedua', Si isteri masih mahu
mendengar dan menerima teguran Si suami.
Di tahun 'ketiga' dan ke atas... atau seterusnya, jiran-jiran mula mendengar pekikan, jeritan,
laungan dan pertelingkahan yang tidak lagi mengindahkan sesiapa saja di sekelilingnya.
Biasanya 'ketidakpuasan' di antara satu sama lain dari peringkat awal lagi kerana kurangnya
persediaan dari banyak aspek. Contohnya;
1. Latarbelakang agama, sunnah dan peraturan.
2. Motivasi awal, yang membolehkan setiap pasangan berhadapan dengan sesuatu
yang tidak diduga sama ada suka atau duka yang akan dihadapinya.
3. Memahami persekitaran dan fenomena alam, kejiranan, saudara mara dari
kedua-dua belah pihak, ekonomi, pekerjaan, kewangan dan sebagainya.
'Ketidakpuasan' yang banyak melanda kaum suami selepas berkahwin, setelah sekian lama
bersama timbul, kerana seperti kata pepatah;
"Ada rumpun rumput yang lebih hijau di seberang pagar sana."
Ertinya kecenderungan orang lelaki walaupun sudah beristeri, masih tertarik kepada seks, kerana
seks tidak menghad batas umur. Kegelisahan orang lelaki walaupun sudah beristeri, boleh
berlaku pada bila-bila masa, begitu juga di pihak perempuan, walaupun sudah bergelar 'isteri'.
Cuma kekuatan iman masing-masing saja yang mengukuhkan ikatan perpaduan dan kerukunan
berumah tangga.
Kebosanan adalah perkara biasa. Kekecewaan dengan pasangan masing-masing juga aduan yang
pernah dan selalu didengar. Bila sesuatu yang diharapkan atau yang dijangkakan tidak tercapai
atau tertunai maka timbullah; sungutan, rungutan, bebelan dan terkilan akan menjadi ungkitan
yang berlarutan. Sebab itulah bila tiada komitmen dan tiada asas keagamaan yang kukuh, apa
saja boleh berlaku pada bila-bila masa dan mengancam rumah tangga masing-masing.
Saudaraku pembaca yang budiman, khususnya suami isteri;
Bercinta sudah, berkahwin sudah, gelaran untuk 'suami-isteri' sudah pun dinobatkan, lebih
tinggi darjat untuk mendapat gelaran seorang 'ibu' dan seorang 'bapa' pun sudah dapat. Ya!
majoriti sesiapa saja berkahwin pasti boleh 'beranak'. Tetapi persediaan awal apakah
pengetahuan, apakah yang ada di dada itu sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan?
Justeru, mari kita cari apakah akar umbi 'ketidakpuasan'?
Ramai isteri khususnya, mengatakan dia menghendaki agar suaminya sentiasa mendengar katakatanya lebih dari segala-galanya atau sesiapa pun. Dia mahu diberi tumpuan sepenuhnya dari
segi perasaan dan kemahuannya. Itulah yang membuat semuanya mendidih dan bergelora yang
tidak sama seperti perkahwinan orang-orang dahulu yang serba kekurangan dalam bidang Sains
dan Teknologi dan kesibukan zaman yang penuh perubahan fenomena dan suasana.

Kini perempuan lebih terpelajar, berpengetahuan, menyandang jawatan tinggi dan mereka tahu
akan haknya sebagai seorang isteri.
Justeru, Si suami atau lelaki pula, perkahwinan padanya memang menjadi tujuan dan matlamat
untuk dicapai, maka ia terpaksa menumpukan segala usaha gigihnya, kerana ia merupakan aspek
penting dalam hidupnya, karier atau perniagaannya.
Penghidupan seorang perempuan atau isteri pula, sebaliknya, adalah sangat berbeza. Apabila
setelah berkahwin, dia mengharapkan lebih kasih sayang dan keakraban atau lebih intim. Justeru,
ia sangat memerlukan suaminya dapat meluangkan masa yang lebih kepadanya.
Ambil nasihat saya, dan jadikan azimat dalam berumah tangga;
"Jangan sekali-kali membawa permasalahan luar, ke dalam rumah tangga, khususnya
kepada pasangan kita (isteri/suami), dan anak-anak, kerana itulah punca kehancuran,
ketidakstabilan, lalu menjadi tegang dan putus akhirnya (bercerai)."
Kalau kita rajin membuat kajian dalam masyarakat Asian, permasalahan lazimnya timbul dari
gangguan 'mentua', 'ibu mentua'... Itu sudah jadi kelaziman dan semua orang tahu. Mentua
lazimnya cuba mempengaruhi anaknya dalam membuat keputusan terhadap anaknya masingmasing.
Apa yang selalu menjadi aduan Si isteri adalah terhadap suaminya yang suka mendengar cakap
ibunya daripada mendengar percakapan isterinya.
Gangguan daripada mentua untuk membesarkan cucunya juga menjadi faktor, itu juga sudah
menjadi kebiasaan di dengar di sana sini.
Ada juga datuknya yang memanjakan cucunya, membuatkan cucunya rosak kerana terlampau
dimanjakan dan menjadi penyebab juga kepada pertelingkahan rumah tangga.
Ada juga suami isteri muda yang baru berkahwin, tidak gembira dan tidak membenarkan
datuknya terlampau intim dengan anaknya, kerana khuatir anaknya akan diajar cara penghidupan
secara kolot atau kuno.
Ramai yang beranggapan bahawa berkahwin itu suatu kewajipan dan dirasakan berkahwin itu
sangat penting dalam hidupnya. Tetapi perlu diingat, bagi mempastikan kejayaan dalam
perkahwinan di dalam sesebuah rumah tangga; "Pasangan tersebut mestilah belajar dan
berusaha mengharmoni dan mengurangkan seberapa yang boleh..." Soal perbezaan
pendapat yang mungkin juga perlu menerima dan mengalah, kesilapan, kekurangan dan
kelemahan masing-masing.
Sedangkan, pasangan yang kita dengar sangat intim dan cocok sekalipun mengalami konflik
rumah tangga, bergaduh, bertengkar, marah-marah.
Pasangan suami isteri sepatutnya dan sewajarnya memahami kelemahan dan kekurangan masing-

masing yang berada pada diri masing-masing dan menghargainya serta bersetuju untuk duduk
semeja dan meluahkan emosi masing-masing secara jelas dan berhemah.
Jangan malu dan segan untuk mendapatkan pandangan daripada sesiapa yang arif dan pakar.
Kerana jika kita enggan meminta nasihat daripada orang ketiga, natijahnya nanti segala salah
faham akan mengheret kita ke jurang yang lebar dan semakin parah. Kalau pasangan secara
rasionalnya boleh memahami dan menerima di sebalik segala salah faham, sebenarnya terdapat
hikmah yang boleh mengukuhkan lagi ikatan berumah tangga. Ini kerana apa yang kita semua
lalui adalah menjadi pengalaman yang sangat berguna.
Kita juga perlu tahu, gigi dan lidah lagi tergigit, pinggan mangkuk di dapur pun berlaga, maka
dalam rumah tangga selaku suami dan isteri, selisih faham sebenarnya perlu dan penting untuk
meneruskan hidup berumah tangga yang sihat.
Ambil ingatan!
"Apa jua perselisihan faham, tidak sependapat, sehingga membangkitkan pertelingkahan,
ia hanya boleh diberhentikan atau ditamatkan oleh kedua-dua belah pihak dengan
'MEMAAFI' dan 'MELUPAKAN' segala peristiwa yang telah terjadi."
Setelah berkahwin sepuluh (10) atau tiga puluh(30) tahun, perlu diingat!...
"Kasih sayang mesti terus dipupuk, dibelai, dibaja dan terus dijaga dan disiram, setelah
begitu lama, sama-sama berpengalaman melalui liku-liku penghidupan, susah, senang,
suka, duka, sakit, pening, semua itu telah dilalui melalui masa, ketabahan
penumpuan, keberanian dan persefahaman."
Sebab utama yang timbul dan menjadi masalah di dalam perkahwinan adalah "mental yang
tidak terurus, tiada ketahanan mental dan roh." Maka wujudlah syak wasangka, kesangsian
dan kecurigaan. Dalam 'akad' kita sudah jadi orang yang tidak amanah... 'pecah amanah'.
Dalam kerukunan berumah tangga, selaku suami isteri, 'akad' merupakan amanah masingmasing, tidak boleh ada rahsia atau cuba merahsiakan sesuatu yang boleh menimbulkan
kecurigaan. Kerana kecurigaan boleh membawa kepada cemburu, cemburu pula boleh
membangkitkan amarah, amarah pula boleh membentuk permusuhan, dan natijah dari
bermusuhan boleh berlaku perceraian, bunuh diri dan membunuh.
Jika suami isteri boleh berkongsi suka dan duka di dalam hidup sehari-harinya, boleh saling
memujuk antara satu sama lain dan mengenepikan segala yang terkilan. Dalam ertikata lain
"selaku suami isteri, janganlah kita menjangkakan kemanisan, kegembiraannya saja
dalam perkahwinan. Bersedialah!"
Ada banyak lagi yang menanti kita di hadapan, yang sangat menyakitkan, yang sangat pedih,
yang kita semua selaku suami isteri tidak tahu, yang bakal timbul dari perangai suami atau isteri
atau dari akhlak anak, jiran, di tempat kerja, kewangan, ekonomi, ipar duai, emak mentua dan
berbagai lagi yang bakal kita tempuh.

Sehingga ada pepatah mengatakan:


"Hancur Hati Engkau Aku Cuba."
Saling berbincang tentang masalah antara satu sama lain selaku suami isteri akan menguatkan
keyakinan dan kepercayaan untuk melepasi segala halangan dan rintangan yang sedang samasama hadapi.
"Selaku suami isteri kita perlukan kekuatan, tekad serta azam dan bersungguh-sungguh
untuk mengurangkan ketegangan atau 'tension' agar sama-sama dapat mengukuhkan
keyakinan ke arah melayari bahtera rumah tangga dengan penuh sabar dan
persefahaman."

You might also like