You are on page 1of 8

PENGURUSAN TERBAIK PEMANGKIN KEMANTAPAN DAN KUALITI

PROGRAM DLP DI SEKOLAH

Mohd Razali Bin Hassan


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya

Cik Kuah Swee Toh


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya

ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan tentang kepentingan pengurusan yang baik dalam
memantapkan program Dual Language Programme (DLP) yang dijalankan di
sekolah. Selain daripada kepentingan pengurusan dalam DLP, kertas kerja ini juga
membincangkan cadangan-cadangan amalan yang terbaik yang boleh dilakukan
oleh pihak sekolah dalam menjadikan program DLP di sekolah menjadi satu
program yang mantap dan membantu meningkatkan kualiti pendidikan pelajar
sekolah.

Terdapat

lima

cadangan

amalan

terbaik

pengurusan

DLP yang

disenaraikan dan dibincangkan dalam penulisan ini. Lima cadangan tersebut ialah
pertama mengadakan program Professional Learning Communities (PLC), kedua
memperbanyakkan aktiviti amali, ketiga mengadakan program mentor mentee,
keempat menjalankan program kerjasama antara panitia Matematik dan Sains
dengan panitia bahasa Inggeris dan kelima meningkatkan ujian formatif untuk
menilai kefahaman pelajar.

1.0 PENGENALAN
DLP (Dual Language Programme) adalah satu program yang diperkenalkan di
bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI) yang memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria

untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris


sepenuhnya selain daripada bahasa Malaysia bagi matapelajaran Matematik, Sains
Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi. PPSMI pula
merupakan satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris
menggantikan bahasa kebangsaan sebagai perantaraan matapelajaran Sains dan
Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar ini telah dilaksanakan pada tahun
2003 oleh Tun Mahathir Mohamad dan telah dimansuhkan sepenuhnya pada tahun
2012 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai visi negara maju yang
berteraskan kepada sains dan teknologi menjelang tahun 2020. Kerajaan
berpendapat, untuk mencapai Wawasan 2020, matapelajaran Sains dan Matematik
hendaklah diperkasakan supaya dapat menyokong pembangunan modal insan. Oleh
hal demikian, kurikulum Sains dan Matematik sering kali mengalami perubahan yang
drastik.

2.0 AMALAN TERBAIK PENGURUSAN DLP


DLP merupakan satu program yang dilaksanakan bertujuan untuk menyokong
penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa
pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung.

Bagi memastikan

program DLP ini dapat dijalankan dengan jayanya di sekolah, pengurusan DLP yang
baik amat diperlukan. Pengurusan ialah satu proses perancangan, penyusunan,
pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua
sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Oleh hal demikian,
pengurusan yang baik akan menjadikan program DLP ini berjalan dengan lancar dan
berjaya.

Pengurusan memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu program.


Antara kepentingan pengurusan adalah seperti berikut:
a. Memastikan matlamat organisasi tercapai
b. Memastikan kelancaran perjalanan keseluruhan sesebuah organisasi
c. Memastikan segala sumber iaitu semua faktor pengeluaran di dalam
organisasi digunakan secara berkesan
d. Memastikan semua sumber di dalam organisasi dapat diselaras dan
diagihkan dengan baik dan teratur.
e. Memastikan tiada pembaziran sumber dalam organisasi .

3.0 CADANGAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN DLP


Pengurusan DLP perlu dimantapkan agar program DLP menjadi satu program yang
dapat membangunkan pendidikan negara bukannya satu program yang akan
menggugat kualiti pendidikan negara. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa
cadangan amalan yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah dan pihak yang terlibat
untuk memastikan pengurusan DLP berjalan dengan baik dan mantap.

3.1 Program PLC


PLC ialah singkatan kepada program Professional Learning Communities boleh
dijalankan di sekolah untuk tujuan memantapkan kualiti guru dan murid yang
terlibat dengan program DLP. PLC merupakan satu koleksi aktiviti akademik
secara bersepadu yang berteraskan lima strategi utama sebagai usaha
menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.

PLC akan

menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi
mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.
Lima strategi utama dalam PLC adalah seperti berikut:
3.1.1 Learning walks (Belajar secara berjalan)
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhati pengajaran guru lain dan
aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokolatau fokus yang spesifik.

3.1.2 Peer coaching/ instructional coaches (Bimbingan rakan sebaya


guru atau pembimbing instruksi)
Secara sistematik memerhati pengajaran guru lain dengan menggunakan
kitaran pra konferens, pemerhatian dan pasca konferens.

3.1.3 Lesson study (Belajar menggunakan rancangan pengajaran


harian)
sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran
diikuti dengan pengajaran serta memerhatikan pengajaran, membuat
penambahbaikan semasa sesi pengajaran.

3.1.4 Teacher sharing sessions (Sesi perkongsian guru)


Sekumpulan guru secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.

3.1.5 Video critiques of teaching moments (Kajian video pengajaran


guru)
Menonton dan berbincang klip video pengajaran guru

3.2 Memperbanyakkan Aktiviti Amali


Amalan kedua yang boleh dilakukan untuk menjadikan pengurusan DLP terbaik
ialah dengan memperbanyakkan aktiviti amali atau praktikal. Contohnya adalah
untuk matapelajaran Sains. Guru perlulah memperbanyakkan aktiviti amali
dengan pelajar. Hal ini kerana melalui aktiviti amali, lebih banyak pancaindera
pelajar yang akan digunakan. Semakin banyak pancaindera yang digunakan
semakin meningkat tahap kefahaman dan semakin mudah untuk pelajar
mengingat. Pelajar akan lebih mudah untuk mengingat dan memahami sesuatu
perkara apabila pelajar melalui atau melakukan sesuatu aktiviti. Pihak guru perlu

mengelakkan menggunakan video untuk memaparkan sesuatu amali daripada


mereka melakukan sendiri amali tersebut.

3.3 Program Mentor Mentee


Cadangan amalan terbaik dalam pengurusan DLP yang ketiga ialah program
mentor mentee. Program mentor mentee ini boleh dilakukan melibatkan keduadua pihak iaitu pihak guru dan juga pelajar. Program mentor mentee antara guru
boleh dijalankan antara guru DLP yang pakar dengan guru DLP yang baru.
Mereka boleh saling memberi bimbingan antara satu sama lain bagi
memantapkan lagi kualiti pengajaran mereka.

Manakala program mentor mentee antara pelajar DLP juga boleh dilakukan.
Pelajar yang lemah akan diberikan mentor yang terdiri daripada pelajar yang
cemerlang. Program seperti ini secara tidak langsung dapat memotivasikan dan
menanam minat pelajar yang lemah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran
mereka. Selain itu, program seperti ini juga dapat meningkatkan kefahaman para
pelajar. Hal ini kerana pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu huraian atau
penerangan dari rakan sebaya berbanding guru kerana jurang pemikiran dan
jurang usia yang tidak jauh berbeza.

3.4 Program Kerjasama Antara Panitia


Program usaha sama antara panitia Matematik dan Sains bersama panitia
Bahasa Inggeris boleh dijalankan bagi tujuan untuk menghadapi cabaran guru
dan peljar yang lemah dalam menguasai bahasa Inggeris. Guru-guru Bahasa
Inggeris boleh memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru-guru DLP bagi
meningkatkan penguasaan dan keyakinan mereka untuk menggunakan Bahasa
Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Kedua-dua
panitia ini juga boleh bekerjasama untuk menjalankan program untuk
memantapkan dan menambahbaik penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar sekolah.

3.5 Memperbanyakkan Ujian Formatif


Cadangan amalan terbaik pengurusan DLP yang kelima ialah memperbanyakkan
ujian formatif secara berkala. Hal ini bertujuan agar para guru dapat memantau
kefahaman para pelajar dan mengenalpasti kelemahan pelajar. Jika kelemahan
para pelajar dapat dikenalpasti oleh guru, perkara ini akan memudahkan para
guru untuk menyediakan bantuan yang diperlukan pelajar untuk mengatasi
kelemahan yang dihadapi oleh pelajar.

Ujian formatif yang dijalankan tidak semestinya berbentuk peperiksaan atau


ujian.

Ujian

formatif

boleh

diperbagaikan

dengan

kaedah

yang

tidak

membosankan dan kaedah yang menyeronokkan. Contoh bentuk lain ujian


formatif yang boleh dijalankan oleh pihak guru kepada pelajar ialah melalui
permainan kuiz dan pembentangan. Guru juga boleh menggunakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 untuk menilai kefahaman pelajar.
Antaranya seperti aktiviti round table, think pair share, hot seat, pembentangan
hasil sendiri, role play dan gallery walk.

4.0 RUMUSAN
Pengurusan akan menentukan jatuh bangun sesuatu program yang dijalankan.
Pengurusan yang terbaik dapat menjadikan program tersebut menjadi satu program
mantap dan berkualiti. Manakala pengurusan yang lemah dan tidak mantap akan
menyebabkan program menjadi gagal. Dengan kata lain, pengurusan merupakan
tulang belakang sesuatu program.

Program DLP yang diperkenalkan di sekolah-sekolah ini mempunyai satu


matlamat iaitu untuk memberi peluang kepada pelajar mengguna pakai bahasa
Inggeris melalui matapelajaran yang terlibat dengan DLP. DLP membolehkan
masyarakat Malaysia meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai ilmu untuk
bersaing di peringkat global.

Sebagai pihak yang melaksanakan, kita perlulah berusaha menjadikan


matlamat yang ingin dicapai oleh pihak kementerian dapat dicapai dengan jayanya.
Oleh hal demikian, melalui pengurusan yang baik dapatlah kita memantapkan
program DLP ini dan sekaligus meningkatkan kualiti pendidikan generasi hari ini.

5.0 LAMPIRAN
Seperti yang dilampirkan

6.0 RUJUKAN
UITM (2010). Persepsi Pelajar UITM Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains
Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Mohini Bt Mohamed & Saiful Azman
Bin Mokhter Malaysiahttp://eprints.utm.my/11551/1/Persepsi_Pelajar_UITM_
Terhadap_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Sains.pdf
CHEONG YUEN KEONG (2010) Impak Pengajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris ke atas Pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
www.ukm.my/terjemah/images/terjemah/makalah/
Aziz Bin Nordin & Yang See Boon (2010) Persepsi Guru Sains PPSMI Terhadap
Masalah Perlaksanaan Pengajaran Subjek Sains (PPSMI) Di Sekolah Rendah
Kawasan Skudai, Johor Bahru. Fakulti Pendidikan eprints.utm.my/11669/...
Sains_PPSMI...Subjek_Sains.pdf PDF file
Kementerian Pelajaran Malaysia (2015)_Program Dwibahasa Dual Language
sksaujanaimpian.net/download/FAQ%20DLP.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Versi 1.0. Garis Panduan Pelaksanaan
Dual Languange Programme. (Dokumen yang tidak diterbitkan).
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Versi 2.0. Soalan Lazim Program
Dwibahasa Dual Languange Programme. (Dokumen yang tidak diterbitkan).
Program Transformasi Kerajaan. (2015). Laporan Tahunan.

You might also like