You are on page 1of 2

Jadual 3.

1 Indikator Amalan Kreativiti bagi Setiap Fasa


Kemahiran Utama

Indikator Amalan

1.0 Fasa Persediaan


1.1 Pemerhatian
Membuat pemerhatian
aktif untuk
mengumpul maklumat.

1.2 Analisis
Menganalisis maklumat
dengan menghuraikan
bahagian kepada yang
lebih kecil bagi
memahami sesuatu.

1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan,


rasa atau bau.
1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek,
perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh.
1.1.3 Menggunakan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen
yang sesuai.
1.1.4 Mengendalikan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen
dengan betul.
1.1.5 Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang sesuai.
1.1.6 Mengenal pasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan
tepat.
1.1.7 Mendapatkan makna dengan betul.
1.1.8 Mengenal pasti objek, situasi atau fenomena sekeliling yang
berkaitan.
1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul.
1.2.2 Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.
1.2.3 Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.
1.2.4 Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu.
1.2.5 Mengesan sebab berdasarkan maklumat berwibawa.
1.2.6 Mengkaji kesan baik dan kesan buruk
1.2.7 Mengimbas kembali idea.
1.2.8 Mencari banyak bukti yang diterima dan disokong
berdasarkan fakta dan maklumat.

2.0 Fasa Imaginasi


2.1 Penjanaan idea
Menghasilkan idea-idea
yang berkaitan dengan
sesuatu perkara.

2.2 Sintesis idea


Menggabungkan
maklumat yang
berasingan untuk
menghasilkan dan
memilih sesuatu.

2.1.1. Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak (yang mungkin


benar atau tidak pasti tetapi logik).
2.1.2. Menghasilkan idea secara berterusan.
2.1.3. Menghasilkan idea yang bermakna.
2.1.4. Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan
maklumat yang ada.
2.2.1 Membuat kesimpulan, membuat pengitlakan dan membina
tajuk.
2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik lukisan, kraf,
binaan, peta, rajah, puisi, muzik, lagu, karangan, laporan dan
lakaran.
2.2.3 Menentukan maklumat diperoleh mencukupi dan memastikan
sama ada maklumat tambahan diperlukan.
2.2.4 Membuat keputusan tentang sintesis akhir.
2.2.5 Membincang kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau
kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir.

2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama


ada memerlukan tindakan susulan atau diketepikan.
2.2.7 Membuat refleksi yang berterusan.

3.0 Fasa Perkembangan


3.1 Penambah baikan
Membuat
penambahbaikan untuk
mengembangkan atau
mempelbagaikan
sesuatu idea untuk
meningkatkan mutu atau
keindahan hasil karya
atau ciptaan
3.2 Menilai
Membuat pertimbangan
tentang sesuatu perkara

3.1.1. Menokok tambah idea.


3.1.2. Mengubah suai idea.
3.1.3. Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea.
3.1.4. Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan.
3.1.5. Memberi pelbagai kategori atau aspek.

3.2.1 Memberi alasan yang tepat untuk menerima atau menolak


idea.
3.2.2 Menyatakan kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan
keburukan, kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau
alasan tertentu.
3.2.3 Membuat wajaran dengan betul.
3.2.4 Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar
dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka.

4.0 Fasa Tindakan


4.1 Pelaksanaan
Menyampaikan dan
mempersembahkan idea
atau menghasilkan
prototaip

4.2 Amalan berterusan


Peka kepada perkara di
sekeliling dan menjana
idea untuk berkreatif.

4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih


kecil dan khusus.
4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.
4.1.3 Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain, idea tidak
seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya
kecil.
4.2.1 Peka kepada perkara di sekeliling.
4.2.2 Membuat pemerhatian untuk mengenal pasti masalah,
kesilapan dan kelemahan.
4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea
baharu secara berterusan.

You might also like