You are on page 1of 3

NUR IZZATI BINTI AB AZIZ

248172
ULASAN BUKU (FIKSYEN/BUKAN FIKSYEN)

Tajuk : Budak Kampung (The Kampung Boy)


Penulis : Datuk Muhammad Nor Khalid (Lat)
Penerbit : Berita Publishing Sdn.Bhd
Tahun : Cetakan Ke-7 Tahun 2006
Secara ringkasnya, buku cerita ini mengisahkan tentang hidup Mat, iaitu seorang budak lelaki
yang berasal dari kampung dan bagaimana dia menjalani kehidupan sehariannya sebagai anak
kampung dari kecil sehinggalah dia keluar meninggalkan kampung untuk menyambung
pelajaran di bandar. Buku cerita ini juga berkonsepkan komik yang disertai dengan dialog
perbualan harian watak-watak kartun hasil lukisan Datuk Muhammad Nor Khalid atau lebih
dikenali sebagai Datuk Lat. Buku yang dihasilkan ini sememangnya sangat dikenali ramai
malah bukan di Malaysia sahaja, tetapi hingga ke luar negara. Buku cerita ini juga telah
diterjemah ke 13 bahasa lain di dunia bagi memudahkan peminat dari luar negara untuk
membaca buku cerita ini.
Menurut Datuk Lat, dia menghasilkan watak Mat itu hanyalah sekadar untuk
menggambarkan kisah suasana hidup beliau sendiri pada zaman kanak-kanak dahulu dimana
dia seorang budak lelaki kampung yang suka bermain, lasak, mempunyai sifat ingin tahu
yang kuat dan kadang-kadang terikut menjadi nakal pengaruh daripada sahabat-sahabatnya.

Kisah-kisah hidupnya itu dianggap normal sahaja dan mungkin kisahnya lebih kurang dengan
kisah hidup kita sewaktu kecil dulu.
Tetapi sebenarnya yang biasa dan normal itulah yang menjadi tarikan orang untuk membaca
buku cerita ini. Ini terbukti dengan betapa banyaknya bahasa yang telah buku ini
diterjemahkan buat orang luar kerana mereka sebenarnya merasa tertarik dengan cara kanakkanak kita di Malaysia membesar. Lihat saja budaya dan adat orang kita dari sejak kita
dilahirkan, ada majlis cukur jambul, naik buaian, marhaban kemudian beralih bila besar
sedikit kita pergi bermain sungai, memancing dan tangkap ikan, pergi mengaji dengan ustaz,
kemudian ada pula majlis perkahwinan, main tarik-tarik upih pinang, musim buah, dan
banyak lagi aktiviti kampung dan juga perkara lain yang diceritakan dalam buku ini. Perkara
dan suasana di kampung itu tidak dapat dirasai oleh kanak-kanak yang hidup dibandar dan
itulah pengalaman unik yang cuba Datuk Lat kongsikan.
Namun demikian, cerita yang dikongsikan oleh Datuk Lat itu berlaku sekitar tahun 50an
dahulu dan ianya sangat berbeza dengan dunia yang kita lalui sekarang ini. Dunia masa kini
lebih moden dan banyak ke arah teknologi. Kemungkinan besar, perkara-perkara yang dilalui
oleh Datuk Lat dahulu tidak lagi dilalui oleh kanak-kanak zaman sekarang. Kanak-kanak
sekarang lebih banyak menghabiskan masa untuk online sahaja menggunakan pelbagai
aplikasi seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan lain-lain sehingga mereka tidak
lagi berminat untuk bermain permainan tradisional seperti tarik upih pinang dan juga bermain
guli seperti yang pernah diceritakan oleh Datuk Lat.
Secara jujurnya bila membaca buku cerita ini, ia sememangnya mengembalikan semula
nostalgia lama zaman kanak-kanak di kampung dahulu. Kita yang hidup di kota sudah pasti
rindu dengan suasana itu kerana realitinya sekarang memang ramai anak-anak muda sudah
tidak ambil tahu mengenai budaya ketimuran dan adat-adat Melayu dulu. Contoh yang paling
mudah kita lihat ialah tarian atau lagu. Remaja mana yang masih minat lagu zapin berbanding
lagu kpop. Para ibu juga sudah ramai yang tidak mengamalkan pantang cara lama dan lebih
suka berpantang dengan cara moden kerana kurang minat dengan herba-herba kampung.
Mungkin ada yang masih mengamalkan tapi mungkin juga sudah tidak. Itulah persoalan yang
diperoleh apabila membaca buku cerita ini kerana ia membuatkan kita bertanya kenapa masih
tidak diteruskan lagi budaya seperti dulu? Kenapa hidup tidak seperti dulu?
Buku Budak Kampung ini, ketika membacanya pasti akan mengingatkan sedikit sebanyak
kisah-kisah pembaca waktu kecil dulu dengan suasana kampung sehingga akhirnya pembaca

tersenyum berseorangan. Buku kartun ini dan buku kartun karya Datuk Lat yang lain haruslah
dibaca dan dihayati kisahnya satu demi satu bagi memahami tauladan disebalik setiap
ceritanya. Kemudian teliti lah setiap inci lukisan Datuk Lat pada setiap helaian muka surat
kerana disebalik inci lukisan itulah yang terselit perkara-perkara menarik dan seronoknya.

You might also like