You are on page 1of 5

3.

0 Ciri Bahasa Rasmi

Bahasa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam semua urusan


rasmi sesebuah negara (Kamus Dewan Bahasa Edisi 4, 2005). Contoh pengunaan
bahasa rasmi ialah dalam surat menyurat, upacara rasmi seperti penabalan Sultan
dan mesyuarat (Ab. Rahman& Yap Kim Fatt, 2006 ). Sesebuah negara boleh
memiliki lebih dari satu bahasa rasmi. Negara jiran kita iaitu Singapura mempunyai
empat bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan
Bahasa Cina. Namun begitu, Malaysia hanya mempunyai satu bahasa rasmi iaitu
Bahasa Melayu. Perkara ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti peratus
penduduk melayu merupakan jumlah terbesar di Malaysia dan jumlah penduduk
yang berupaya bertutur dalam Bahasa Melayu juga banyak berbanding dengan
bahasa lain.

Pada tahun Jun 1961, selepas Seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan dipinta
kedudukan Bahasa Melayu bertambah baik (Siti Hajar, 2008). Namun begitu,
Bahasa Inggeris turut digunakan disamping Bahasa Melayu dalam urusan rasmi
sehingga tahun 1969 kerana mulai tahun itu tempat Bahasa Inggeris diisi oleh
Bahasa Melayu (Ab. Rahman& Yap Kim Fatt, 2006). Hal ini berlaku demikian kerana
walaupun sudah lama Tanah Melayu pada masa itu telah dijajah oleh Orang Inggeris
namun penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum tidak dapat bertutur Bahasa
Inggeris dengan baik. Oleh itu, satu tindakan drastic telah diambil dengan
menggubal akta diatas bagi membolehkan semua rakyat bertutur dalam bahasa
rasmi.

Akta Pendidikan 1961 telah menegaskan bahawa bahasa pengantar di


sekolah ialah Bahasa Melayu. Antara ciri Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
ialah sebagai bahasa pengantar di sekolah. Subjek- subjek di sekolah perlu diajar di
dalam Bahasa Melayu kerana ciri Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ialah
sebagai medium pengantar di sekolah. Antara subjek yang diajar dalam Bahasa
Melayu ialah Sejarah, Geografi dan Pendidikan Moral. Walau bagaimanapun,

pengecualian menggunakan bahasa rasmi diberikan kepada Sekolah Jenis


Kebangsaan (Ab. Rahman & Yap Kim Fatt, 2006). Bahasa pengantar di Sekolah
Jenis Kebangsaan ialah bahasa ibunda iaitu bagi Sekolah Cina, bahasa
pengantarnya ialah Bahasa Mandarin manakala bagi Sekolah Tamil, bahasa
pengantarnya ialah Bahasa Tamil. Hal ini ditetapkan kerana menghormati bahasa
lain walaupun bahasa tersebut bukan bahasa rasmi Malaysia iaitu Bahasa Melayu.

Ciri yang terunggul bagi bahasa rasmi ialah sebagai bahasa lisan pegawai
kerajaan sewaktu menjalankan urusan rasmi negara (Siti Hajar, 2008). Bahasa
Melayu digunakan secara menyeluruh dalam urusan pentadbiran negara, surat
menyurat, mesyuarat dan semua majlis rasmi negara (Siti Hajar, 2009). Ciri bahasa
rasmi sendiri menuntut bahawa bahasa rasmi perlu digunakan dalam semua urusan
rasmi negara. Maka, sudah tentu urusan rasmi negara dan juga bahasa pertuturan
pegawai kerajaan turut menggunakan bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu.

Selain itu, bahasa rasmi juga mempunyai ciri sebagai sebagai bahasa
penulisan dokumen dan rekod kerajaan (Siti Hajar, 2009). Semua dokumen kerajaan
seperti minit mesyuarat, surat- menyuarat, aturcara program, buku program dan
kertas kerja bagi sesuatu program atau aktiviti perlu disediakan dalam Bahasa
Melayu. Semua penulisan dilakukan dalam bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu
kerana sebagai syarat yang telah ditetapkan, iaitu menggunakan bahasa rasmi
negara Malaysia dalam penulisan.

3.1 Cabaran yang dihadapi oleh Bahasa Rasmi

Dewasa ini, Bahasa Melayu sentiasa menghadapi pelbagai jenis cabaran


dalam memainkan peranannya sebagai bahasa rasmi Malaysia. Bahasa Melayu
semakin kurang kepopularitiannya pada masa kini. Ia disebabkan oleh pelbagai
faktor yang berbeza seperti persaingan sengit daripada Bahasa Inggeris, bahasa
sms yang kini semakin banyak diggunakan terutamanya dari kalangan remaja dan
dialek negeri.

Cabaran yang paling utama ialah persaingan dengan Bahasa Inggeris.


Bahasa Inggeris diggunakan secara berleluasa dalam laman web sesawang,
internet dan teknologi. Ini kerana, Bahasa Inggeris merupakan bahasa global yang
digunakan oleh ramai orang dari segenap dunia. Laman web sesawang terutamanya
menggunakan Bahasa Inggeris dan ia secara tidak langsung mendorong orang
ramai untuk menggunakan Bahasa Inggeris lebih.

Cabaran yang kedua yang dialami oleh Bahasa Melayu ialah penggunaan
bahasa pesanan ringkas atau

pun lebih dikenali sebagai SMS yang semakin

meningkat. Gejala ini berlaku terutamanya dalam kalangan remaja. Mereka telah
menjadikannya sebagai satu ajaran sesat dimana perkataan yang ringkas pun masih
diringkas lagi. Contoh perkataan yang diringkaskan dengan menggunakan aplikasi
Bahasa SMS ialah dapat menjadi dpt.

Di samping itu, satu lagi cabaran serius yang dialami oleh Bahasa Melayu
ialah penggunaan dialek negeri. Hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai
dialeknya yang tersendiri. Contohnya, negeri Kelantan mempunyai dialek atau
dikenali sebagai Bahasa Kelantan. Penggunaan dialek secara tidak langsung
mencabarkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Ini kerana, ramai
orang setelah bercakap dalam sesuatu dialek Bahasa Melayu, mereka akan

terpengaruh untuk menggunakan dialek tersebut daripada menggunakan Bahasa


Melayu standard.

3.2 Cara memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi

Bahasa Melayu semakin jarang digunakan dalam kehidupan seharian. Hal ini
kerana kebanyakkan pengguna Bahasa Melayu menganggap penggunaan Bahasa
Melayu adalah sangat memalukan dan tidak sesuai digunakan di khalayak ramai.
Mereka juga menganggap penggunaan Bahasa Inggeris jauh berstandard jika
dibandingkan dengan Bahasa Melayu.

Untuk mengatasi senario seperti di

atas, Bahasa Melayu

perlulah

dimartabatkan. Cara utama memartabatkan Bahasa Melayu ialah dengan mengajar


murid- murid dari masa mereka kecil lagi. Bah kata pepatah Melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Ini kerana apabila mereka diberi didikan dari kecil lagi, maka
perasaan sayang dan bangga akan Bahasa Melayu akan wujud dengan sendirinya.
Cara ini sudah tentu akan memartabatkan Bahasa Melayu.

Selain itu, kerajaan turut mengambil iktibar memartabatkan Bahasa Melayu


dengan pelbagai cara seperti mengadakan kempen atau aktiviti yang bertemakan
Bahasa Melayu. Contohnya, Bulan Bahasa Melayu peringkat Kebangsaan. Program
sebegini sudah tentu turut meliputi kepentingan Bahasa Melayu. Melalui aktiviti
sebegini, rakyat Malaysia turut belajar untuk menghargai Bahasa Melayu yang telah
banyak berjasa kepada kita semua.

Bahasa Melayu turut dapat dimartabatkan melalui pelajaran Bahasa Melayu


di sekolah. Dari tahun 1 lagi, murid- murid diajar akan mata pelajaran Bahasa
Melayu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, para pelajar
sudah tentu peka akan kepentingan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.

Untuk memastikan bahawa para pelajar dapat menguasai mata pelajaran Bahasa
Melayu, kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
diwajipkan dan para pelajar mesti lulus kertas ini untuk melayakkan diri mereka
mendapat sijil SPM.

You might also like